Friday, February 25, 2011

Karya : Lukisan Kata









Saf 1



Jumaat, 25 Februari 2011,hari yang aku nantikan kerana aku mahu ke Masjid Demik untuk solat Jumaat dan duduk di belakang imam! Bolehkah? Sudah kali keempat berturut-turut. Sehingga yang tadi aku  terasa ingin menitiskan air mata kerana terasa kecilnya diri yang masih jahil dengan ilmu agama dan masih lalai, tetapi ingin menduduki tempat yang paling besar darjatnya di kalangan jemaah solat. Allah ampunilah dosa hambaMu ini.

Aku duduk selepas solat sunat di barisan kedua belakang imam. Namun,setelah azan tamat, dia menuju ke minbar,tempatnya kosong. Maka, aku pandang kiri dan kanan andai sesiapa mahu memenuhi tempatnya. Namun, seolah semuanya tidak mahu bergerak.Aku terus bangun dan duduk memenuhi ruang itu. Selalunya perkara sebegini terjadi. Maka,inilah rezeki aku untuk merasa solat betl-betul dibelakang imam. Andai di negeri aku, pastinya pemuda-pemuda sukar mendapat peluang solat dibelakang imam,kerana golongan tua sudah 'menempah' kawasan itu. Percayalah, barisan pertama sof solat telah dikhaskan kepada orang tertentu. Sehinggakan aku ada kala takut untuk menjejaki sof pertama kerana takut mendapat jelingan tak puas hati orang tua. Inilah kisah ketika zaman sekolah dulu. Namun,golongan yang diharapkan mendengar khutbah ini juga terlentok dek sof yang selesa. Dengan kipas dan hamparan istimewa. Terbuang nilai pahala di saf pertama kerana kelalaian mereka sendiri. Hari ini berbeza, aku hadir di saf pertama atau yang kosong mengikut kemahuan aku. Aku sudah tidak memperdulikan siapa yang mahu memandang aku. Ya,aku sudah dewasa dan aku tahu apa yang aku lakukan. 

Saf pertama itu indah, namun, keindahan itu hanya layak dirasai oleh mereka yang benar-benar layak. Apalah nilai seorang hamba yang masih jahil ingin merasa keindahan saf pertama kalau dia menjadi penghalang para solehin untuk duduk di situ. Allah Maha besar.KeadilanMu membenarkan siapa sahaja merasa saf pertama. Akan tetapi diri yang hina ini terlalu malu untuk duduk di barisan para pahlawan agamaMu.



Baca Novel Tahajjud Cinta 25 February 2011



Rabu lalu, aku singgah di Syarikat Muda Osman berdekatan kampus aku selepas sempurna makan malam di warung roti canai. Makan malam bermenukan roti canai sahaja sudah biasa bagi aku yang ada kala cerewet. Alhamdulillah, selesai satu bahagian exam pagi itu. Maka,aku pun bercadang melihat buku atau novel karya penulis Islam yang menghasilkan karya keagamaan. Walaupun masih banyak lagi novel yang belum terbaca,tetapi sengaja aku mahu melihat karya terbaru jika ada.

Selesai membelek, aku hanya memilih sebuah Novel Cinta Granada. Dalam hati aku, Novel Tahajjud Cinta di bilik masih belum habis. Maka, aku bertekad untuk habiskannya selepas exam bertulis khamis ini. Habis exam sahaja, sampai di bilik, aku terus mengambil Novel tersebut. Karya Muhammad El-Natsir. Sebuah karya yang laris melebihi 50000 unit terjual baru-baru ini. 

Novel ini banyak mengajar erti kehidupan Islam. Bagi aku,inilah salah satu jalan dakwah yang terbaik buat pendakwah untuk menarik hati pembaca novel. Aku bukan peminat novel. Percayalah. Aku tidak suka  membaca. Namun, kerana azam dan tekad aku untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam,maka aku memilih untuk terus membaca apa-apa karya atau pendapat. Semoga ilmuku turut bertambah dengan izinNya. 

Jam 1am,Jumaat. Aku tamat bacaan novel yang hebat ini. Alhamdulillah. Tak sangka aku mampu habiskan dalam beberapa jam sahaja. Selalunya,aku mengambil masa berhari-hari untuk habiskan novel. Semoga pengajarannya mampu aku fahami dan aplikasikan.


Kepada peminat novel atau membaca. Silalah beli novel ini di pasaran. Pengorbanan duit anda melambangkan kesungguhan anda menelaah ilmu.

Saturday, February 19, 2011

Memori : 50 sen


Alhamdulillah, malam ini terasa ingin mencatat sesuatu kerana ada  yang menggerakkn aku untuk mencatat. Ketika aku berjalan menuju ke asrama, ada sebuah motor yang ditunggani oleh seorang ayah dan anaknya yang masih kecil. Ish, benda biasa je pun. Memang biasa je. Cuma ia benar-benar mengingatkan aku ketika aku kecil dulu ketika berumur bawah 12 tahun. Aku pun macam itulah,membonceng motor pada malam waktu bersama ayah aku. Hanya masa sakit sahaja merasa untuk menaiki motor pada malam hari,keluar dari rumah menuju ke bandar melihat suasana bandar. Hahaha.. Memang katak bawah tempurunglah blogger ni. Tak tahu apa-apa pun. Sebab itulah aku benci bandar. Sebab jarang terdedah dengan suasana bandar.

Mengapa istimewa kisah ini, kerana hanya saat inilah aku gunakan untuk membeli makanan ringan asam jawa bersalut gula dengan harga 60 sen. Walaupun ketika ini aku demam panas. Namun, inilah saat yang aku tunggu untuk membeli makanan ini di sebelah klinik. Pasti sedap. Duit harian yang dikumpul pasti aku korek sampai dapat dalam 2 ringgit. Duit makan aku 50 sen sehari masa sekolah rendah. Maka, dalam masa seminggu hanya dapat kumpul RM2.50. Bagi aku ia cukup lumayan. Dalam masa yang sama, kenalah aku menahan diri untuk makan dan minum. Kalau rajin, aku akan bawa bekalan air dan makanan dari rumah. Agak susah juga dulu sebab botol air dan bekas makanan pun tiada. Tekad di hati, jangan sesekali pergi ke kantin  untuk melihat makanan. Pasti duit aku akan habis. Kuih 20 sen,air 20 sen.Baki 10 sen hanyalah suatu yang amat kerdil bagi aku yang tidak kuat azam.

Minggu ke minggu duit dikumpul, kononnnya ingin membeli itu dan ini. Namun, ke mana duit itu pergi. Aku sendiri tidak ingat. Huh... Kenangan lama.

Kisah keazaman untuk berjimat banyak mengajar aku tentang motivasi dan cekal. Kisah sedia bersyukur dengan nikmat juga adalah suatu yang amat bermakna. Aku harus lebih kuat daripada dahulu. Hari ini, berlapar sedikit pun sudah banyak rungutan hati. Aduhai, iman yang lemah.

Moga aku tidak lupa kepayahan dahulu kerana hari ini juga ramai yang masih dalam kesusahan dan memerlukan bantuan. InshaAllah.

Sembang Pagi : Kuatkan Semangat dan Jasmaniku



InshaAllah, pagi ini aku terpaksa bersedia untuk menghadapi exam posting pada minggu depan. Bila? Aku pun tak pasti kerana ia mengikut ketentuan doktor. Aduhai.

Minggu ini terasa lemah sungguh dek kerana badan yang kurang sihat,kurang bermaya dan kurang fokus kerana masalah kesihatan tadi. Namun, aku gagahkan diri juga untuk menuntut ilmu Allah yang Allah amanahkan padaku. Kerana aku percaya, semuanya datang daripada Allah. Dialah yang memberi kekuatan dan nikmat hidup. Buat apa aku mahu mengalah dan beralasan demi mengharungi cabaran sedangkan Dia pasti membantuku. Pergi ward seperti yang aku belajar di Tahun 4. Jangan ponteng! Inilah inisiatif aku apabila dalam beberapa hari ini badan aku mulalah meragam mahu menyambung tidur walaupun tidak mengantuk. Cuma badan sahaja tidka bermaya. Entah mengapa,aku pun tidak tahu. Hanya Allah yang mampu berikan kekuatan! Impaknya besar, ketika bertemu pesakit, diri yang tidak sihat ini akan mengganggu performance di depan pesakit. Sukar berwajah ceria seperti biasa. Namun, kita lakukan yang terbaik. InshaAllah, pesakit juga akan membantu kita dalam belajar.

Teringat aku akan cerita Matrix. Dalam cerita ini, watak utama telah diajar bagaimana mengawal minda. Jika minda berfikiran lemah, maka satu badan akan lemah. Jadi, ia jelas dalam agama kita sendiri yang menunjukkan bahawa umat Islam harus kuat. Bagaimana kisah Sultan Al-Fateh menawan kota yang mustahil ditawan,akhirnya tumpas dengan usaha bijak pemimpin Islam ketika itu. Allah Maha besar. InshaAllah. Kita juga mampu lakukan.

Walaupun begitu, diri kita juga ada pasang surutnya. Itulah kelemahan manusia. Maka, bersedilah sebelum surut, dan manfaatkan ketika semangat melonjak tinggi. 


Allah Maha besar.


Yang ini bukan novel, tapi ada seorang hamba Allah yang sent email. Maka, aku print out. Nak baca dengan jelas. Aduhai, as usual, susah nak memahami dengan baik jika tiada dalam usrah. Pasti,ketika ini, aku teringat 4.5 tahun dahulu bila senior menjadi naqib Usrah. Ketika itu,usrah sangat dibenci ole sesetengah pihak. Entah mengapa, kesengalan nyata melarang usrah? Dari usrah itulah tercetus pelbagai idea kreatif yang bakal menggegar dunia pengajianku. Mungkin, golongan itulah yang merosakkan bangsa mereka sendiri.

Ya, ini dia.

Satu novel lagi, Mimpi Adif. Novel tu aku tak pasti sangat ceritanya tentang apa. Cuma aku beli untuk menambah koleksi buku di rumah.
Dalam kesibukan ini, aku teringin sahaja menghabiskan buku novel di atas ini. Huh, sengaja aku membaca novel Islamik. Moga hati ini terhibur dengan hasil penulisan orang Islam yang sudi berkongsi karyanya.


p/s: gambar menggunakan kamera hanset dan tak diedit langsung. Malas pula nak edit. Kamera kesayangan aku pula sudah lama bertapa di rumah. :)

Tuesday, February 15, 2011

Apa Yang Kita Buat Jika Takut?



Aku cuma ingin berkongsikan sedikit sebab dan cara aku dalam menghadapi sifat takut. Ya, aku seorang yang berani bercakap dan mengutuk orang. Tapi aku sebenarnya penakut dengan impaknya. Sebab aku tak ready dan aku tidak tahu impaknya.


Mengapa seorang itu takut? Antara sebabnya(yang ada pada aku), sebab aku tak tau apa kelebihan dan kelemahan perkara tersebut. Aku tidak bersedia menghadapinya. Aku lemah dan yakin aku tidak dapat mengatasinya. Malah imaginasi yang terlampau pun boleh mnyebabkan aku takut jika tidak mengetahui sesuatu itu dengan jelas.Masalah imaginasi ini adalah masalah kawalan minda.

Inilah antara sebab-sebab yang ingin aku kongsikan.

Lantas, bagaimana pula aku hadapinya?

Ia rumit tetapi kita  mudahkan ia. 

Jika kita tak tahu, kita hendaklah belajar.
Jika kita tidak bersedia, maka bersedialah dengan kelengkapan dengan baik.
Jika kita terlalu berimaginasi dengan imaginasi yang terlampau . Kenalah cari sebab mengapa kita keterlaluan? Jika ilmu tentangnya tidak cukup,maka belajarlah. Kawalah minda kita dengan bersungguh-sungguh.


Tidak ada point untuk menyuruh untuk orang yang dalam ketakutkan  supaya tidak takut jika kita tidak mengetahui sebab mereka berada dalam ketakutan.Aku sendiri sejak kecil dan mungkin sampai sekarang masih bergelumang dalam satu fobia yang aku rasa, ia amat berguna dalam hidup aku. Kerana segala kelemahan aku, membentuk suatu motivasi buat aku. Motivasi yang terbentuk membentuk kekuatan dalam diri. Ramai sahaja yang menyuruh aku supaya tidak takut, mereka menemani aku bila ketakutan ketika kecil dulu. Namun, ketika itu aku berumur bawah 10 tahun lagi.Maka mereka mungkin boleh menemani aku. Ketika itu juga, aku berfikir sampai bila aku akan ditemani? Sampai mati? Sampai bila? Aku tidak mahu berada dalam ketakutan selamanya. Maka, aku melalui kehidupan dengan mengawal pemikiran dan sentiasa mengkaji kenapa aku takut. Mencari setiap titik kelemahan dan menggunakan kelemahan itu untuk mendorong aku sentiasa bergantung pada Tuhan. Sehingga aku rasakan, Tuhanku, Allah Maha Kuasa, memberikan 'hadiah' ketakutan ini untuk aku sentiasa ingat dan bergantung padaNya. Alhamdulillah.Sehingga ada suatu ketika, biarlah aku menjadi seorang penakut agar aku akan bergantung pada Allah dan tidak yang selainnya. 

Aku pernah diberi suatu 'tangkal' oleh seseorang untuk melindungi aku jika ada sesuatu yang mengacau aku. Aku dipesan agar tidak membuka balutan itu. Masa itu umurku 16 tahun. Aku pun bercakap kepada tangkal. Apa yang kau boleh buat pada aku? Walaupun aku tidak yakin dengan tangkal itu, aku terpaksa mengambilnya untuk sedapkan hati mereka(mereka di sini bukan ibu bapa aku kerana ibu bapa aku tidak mengetahui apa-apa tentang isu ini). Yeah! Aku membawanya ke mana-mana sebab ia aku masukkan dalam bag dalam kocek tersembunyi agar ia tersorok. Aku letak dan biarkan. Tidak aku endahkan ia sangat sebab fokus aku adalah study untuk SPM. Sehingga suatu hari, aku berkelah di air terjun, entah mengapa ketika aku keluarkan pakaian aku mungkin, kocek tersebut terbuka tanpa aku sedari kenapa aku membuka poket kecil tersebut. Mungkin untuk mengambil sesuatu. Ketika balik, aku check, ia hilang!!.. O'oooo.. Matilah aku nak jawab apa dengan tuan punya tangkal tu. Aduih!... Tapi aku yakin mereka tidak akan marah kot. Dalam masa yang sama, aku berterima kasih kepada Allah kerana Allah menghilangkan tangal itu untuk menjauhkan aku daripada perkara yang syirik dan sia-sia. Malah Allah membantu aku untuk menjauhkan tuan punya tangkal daripada berterusan dengan perkara yang Allah murka. Aku tersenyum sendirian ketika itu.

Mungkin pembaca atau pelawat blog mahu menilai siapa aku? Maka, disebalik kisah ini, yakinlah bahawa  betapa ramai dan betapa agungnya perkara syirik seperti tangkal, bomoh masih berleluasa di sana sini. Maka, bagaiman pertolongan Allah mampu dikecapi? Maka bagaimana doa akan dimakbulkan? . Ibarat isteri yang menduakan suaminya. Membawa lelaki lain ke rumah dan berzina. Suami mana yang tidak akan murka dan marah? Pasti suami akan merasa sangat murka dan benci dengan sikap si isterinya bukan?

Jika manusia pun marah atas perbuatan keji itu. Maka, sedarilah Allah Tuhan kita yang memberi kita nikmat untuk disyukuri. Maka jadilah manusia yang bersyukur. 


Mengapa aku kongsikan kisah aku dan 'tangkal' itu? Inilah kisah yang pembaca harus tahu bila seseorang yang dalam kepayahan dan ketakutan. Maka perkara-perkara tak baik dan syirik akan mulalah mengambil alih. Sebab itulah, berhati-hatilah wahai pemilik hati yang memiliki sifat takut yang banyak. Kepada yang berjiwa kuat, inilah cabaran anda untuk menempuh jalan dakwah yang kalian laungkan.

Kelemahan kita adalah  pencetus  untuk kita berusaha menjadi kuat.


Salam Maulidurasul !

Bagaimana kecintaan kepada Nabi kita? Ayuh, muhasabah diri. Tambahlah kekuatan hati dan fizikal dengan melaksanakan sunnah. InshaAllah, kita mampu berjaya dengan baik.

Saturday, February 12, 2011

Karya : Indah Di Sebalik Yang Tersembunyi


Terima kasih kepada yang suka melihat gambar di atas.
Gambar ini diambil semasa cuti raya cina 2011 yang lalu. Ketika aku pulang dari laut untuk bersiar bersama kawan. Aku terpandang suasana indah ini melalui cermin tepi/ 'side mirror' ketika menunggang motor. Aku berhenti dan terus menangkap gambar dengan menggunakan DSLR alpha-230 yang sudah setahun rasanya. 

Suasana asal tempat di atas adalah kawasan perkuburan orang Islam di Batu Pahat yang dalam keadaan banjir dan aku edit gambar di atas agar fokus utama adalah mentari. 

Mengapa aku katakan mentari tidak selalunya ada.Luas maksudnya. Sesuatu yang berkuasa tidak akan selamanya. Sesuatu yang kita ada tidak selamanya ada. Sesuatu yang indah bukan selamanya kekal. Sesuatu yang indah itu juga,selalunya sementara dan sangat sekejap.

Yang kekal abadi hanya Allah. Ayat ini bersempena tempat gambar diambil. Ketika itu, teringat akan nyawa kita suatu masa akan dikembali kepada Tuhan. Kita tidak kekal. Allah akan sahaja yang kekal. Kawasan kubur ini,merupakan kawasan yang wajib aku lalui dan singgah ketika pulang bercuti di kampung jika tiada masalah pengangkutan dan kesihatan. Kerana aku solat berjamaah di masjid berdekatan dan aku akan singgah di kawasan ini sekadar melaluinya sahaja. Cuma, baru-baru ini, arwah atuk dikebumikan di sini,dan aku tidak pasti kedudukannya, maka aku turun ke kubur beliau untuk mengingati lokasi sebenarnya. Ya, terasa seram itu jauh sekali hari ini berbanding sepuluh tahun dahulu yang pasti berdebar jantung jika melalui kawasan ini. Hari ini, aku sudah mampu berjalan melalui kawasan ini dengan yakin dan lebih matang.

Apa respon kau?


Hari ini Sabtu, 12 Februari 2011, hari yang penuh dengan makna buat umat Islam apabila pemimpin Hosni Mubarak telah meletakkan jawatannya. Biarpun begitu, kesukaan umat Islam hendaklah sejajar dengan usaha yang mereka lakukan. Orang menegur kita bila kita berpesan agar jangan terlalu yakin dan terlalu gembira dengan kejayaan ini. Mereka kata kita kolot,atau berfikiran negatif. Ini terpulang kepada pemikiran masing-masing. Kerana setiap orang memiliki cara berfikir dan bertindak. Masing-masing memiliki keuatan dan kelemahan. Yakinlah, menghormati pandangan orang lain adalah terbaik selagi ia tidak melampaui batas. Manusia tidak semuanya benar. Mereka juga melakukan kesilapan. Sedagkan sejarah lalu bagaimana kekalahan umat Islam semasa  perang berlaku apabila mereka terlalu yakin akan usahanya itu,sedangan kita tiada daya melainkan Allah yang meminjamkan kepada kita.


Sebagai umat Islam, apa yang kita lakukan untuk umat Islam? Adakah kita layak bergembira atas kejayaan perjuangan umat Islam di Mesir,sedangkan kita di Malaysia bermain games,mendengar lagu-lagu melalaikan dan bergelak ketawa. Sedangkan perkara itu berlawanan dengan apa yang mereka alami, bersesak dengan manusia, kurang tidur, hidup dengan penuh susah,lapar dan bahaya yang berkeliaran sehingga mampu meragut nyawa dalam sekelip mata.

Apa fungsi kita?

Adakah kita bersedia menghadapinya jika ia berlaku di sini?


Adakah negara kita akan selamat?
Percayalah, negara yag zalim,pemimpin yang melampaui batas dan tidak berlaku adil, akan mendapat murka Allah dan Allah telah berjanji untuk menghancurkan mereka. Maka, usah risau. Yakinlah, bantuan Allah akan sampai. Apa yang kita perlu lakukan, berusaha untuk menegakkan yang makruf,menjauhi yang munkar.


Percayalah, tatkala ini, mereka yang bergelumang dalam maksiat dan kejahatan berada dalam ketakutan jika mereka sedar kejahatan yang mereka lakukan. Mereka sekarang berdepan bukan sahaja dengan manusia yang meminta keadilan, tetapi bersama orang-orang baik ini adalah para malaikat dan Tuhannya. Mereka akan merasai betapa takutnya  bila berdepan dengan suasana itu sepertimana mereka lakukan terhadap orang di bawah pimpinannya. Kezaliman yang nyata dan penindasan. Hidup yang senang lenang atas kuasa yang dieksploitasikan.


Ayuh, saudara sekalian, kita sebagai umat Islam, hendaklah berusaha keras membaiki diri. Memartabatkan sunnah . Jangan lalai dan jangan lemah!.. Dunia hampir dipenghujungnya. Allah akan membantu kita. Percayalah!

Masih belum terlambat untuk kita bertaubat dan membaiki diri.

Friday, February 11, 2011

Apa Yang Kamu Rasa?



Aku memang bersifat suka mengeluh dan suka mengambil jalan mudah. Ia sifat aku sejak kecil dan gelaran pemalas itu sudah biasa bagi aku dan aku tidak marah sesiapa nak gelarkan aku pemalas. Namun, itu kisah 10 tahun dahulu. Sebab masa itu, aku tidak berminat membuat kerja rumah, seperti menyapu sampah, menyusun pasu bunga dan apa sahaja yang berkaitan berkemas,kerana aku lebih tertarik kepada permainan dan masuk 'hutan' atau belukar. Sifat aku memang suka melihat alam dan kalau boleh aku mahu semua yang ada di alam sekitar ini berada dalam genggaman. Semut yang kecil pun akan aku masukkan dalam balang dan melihat apa yang semut itu lakukan. Setelah sekian lama, baru aku sedar, tak semua yang kita mahukan itu akan kita miliki. Banyak haiwan yang aku tangkap sakit dan ada yang mati. Kejam bukan? Nampak kejam. Sebab aku tidak tahu menjaga dengan baik dan kerana aku menyekat kehidupan asalnya. 

Sebagai manusia biasa, kita juga mengalami kesusahan atau kepayahan. Sebab, tak semua yang kita mahu,kita akan perolehi.Maka, bersediakan kita menghadapinya.


Dalam dunia perubatan ini, sering kali aku bertemu dengan pesakit yang dalam kesusahan. Suami yang mendapat penyakit kronik, tetapi keluarga tidak mampu menanggung. Ada kala mereka menceritakan masalah sehingga menitiskan air mata di depan aku. Aduih...Menangis dengan berlakon dengan menangis dengan ikhlas sesuatu yang mudah dibezakn oleh sesiapa sahaja .Namun, dalam tangisan itu, terpancar jiwa yang masih tabah. Masih tersenyum melihat geagat suaminya yang ada kala merenget sakit. Aku pula, tatkala itu, nak senyum pun terlalu ketat untuk melakukannya kerana betapa aku tidak tahu betapa hebatnya menerima berita 'buruk' penyakit suaminya yang dikira penyakit yang merbahaya. Lemahnya aku. Aku juga tidak berharta. Aku tidak mampu membantu dari segi kewangan. Dalam dunia pengajian ini, apa yang mampu aku lakukan hanyalah membantu pesakit memahami kondisinya, membantu memberi nasihat tentang penjagaan kesihatan dan kalau termampu memberi sedikit motivasi secara tak langsung. Tanggungjawab terbesar aku juga, belajar bersungguh-sungguh demi membantu golongan yang memerlukan serta menjaga kesihatan diri aku juga.


Ya, aku juga ingin membantu. Ilmu yang kita ada bukan dari kita. Ilmu yang kita ada juga bukan untuk kita sahaja. Ilmu yang kita belajar mesti diperluaskan dan ditambah. Cemburu dengan kepandaian secara tidak bijak tidak patut wujud dalam dunia pengajian. 

Tanda kita berterima kasih atas sumbangan orang lain adalah dengan cara menghargai segala pemberiannya dan memperluaskan nikmat itu kepada yang lain. Inilah tanda terima kasih yang tidak ternilai.

Ingat lagi aku akan pesan orang-orang berilmu.

" Kita jangan beri ikan kepada orang untuk dibuat makanan. Sebab kalau kita tidak beri ikan itu, maka dia tidak mampu makan dan tidak tahu mencari makanan. Sebaliknya, ajarlah mereka cara memancing atau menangkap ikan, kalau kita tak beri dia ikan, dia mampu menangkap ikan." 



Bayangkan lautan luas penuh dengan hasil laut yang enak di makan. Akan tetapi berapa ramai yang tahu cara menangkap hasil lautan tersebut? Jika semua nelayan memboikot dan memberontak tidak mahu menangkap ikan atau menjual ikan. Adakah kita mampu menangkapnya sendiri? Kita mungkin beralih kepada sumber lain sebagai alternatif mendapatkan protein. Akan tetapi, sedarkah kita betapa bodohnya kita sebab tidak mampu melakukan sesuatu yang mampu dibuat oleh orang lain. 

Manusia berlainan kemahiran dan kekuatan. Maka, janganlah sesekali memandang rendah terhadap orang lain. Merasa orang lain bodoh adalah tindakan memperbodohkan diri sendiri. Membuatkan kita menjadi lebih bodoh daripada sepatutnya.

Ya Allah, bimbinglah diri ini ke jalan yang engkau redha. Perbaikilah akhlakku Ya Allah.

Saturday, February 5, 2011

Sembang: Definisi Sahabat Hari Ini



Hari ini kalau kita bercakap soal kawan,sahabat atau teman, pasti semuanya mengidamkan seseorang yang mampu memberi segala kebahagian di dunia mahupun di akhirat. Kebanyakan orang memberi definisi sahabat adalah insan yang berada di sisi ketika senang dan susah. Malah, sahabat juga adalah orang yang mebantu dalam apa jua masalah.

Hari ini, rasanya susah untuk mendapat seorang sahabat yang baik. Ia sukar.  Aku juga inginkan. Akan tetapi aku pula bukan mudah menjadi sahabat yang baik. Jadi,bagaimana mampu aku mengharap untuk memiliki seorang sahabat yang baik. Sahabat bukan boleh dibeli dengan harta atau kebaikan kita. Mereka adalah yang sederhana dan tidak melampaui batas.

Aku perhatikan dunia hari ini, manusia lebih suka bersahabat dengan mereka yang suka membawa 'kesenangan'. Ya, mereka senang dan susah bersama di dunia. Kawan-kawan inilah yang bahaya jika kita perhatikan. Ada sahabat yang hidup senang, dan mereka ini akan sedia membantu kawannya yang dalam kesusahan terutama yang mempunyai masalah wang. Mereka juga akan menghiburkan dengan menonton movie dan membawa jalan-jalan untuk hilangkan stress.

Golongan kawan yang melalaikan ini banyak. Mereka lebih mendominasi berbanding kawan yang mengajak dan menegurnya untuk menuju ke arah yang Ma'ruf. Kembali kepada Tuhan. Menunaikan solat berjamaah bersama dan tidak meninggalkan solat. Sahabat yang sebegini hanya mendapat jelingan,cemuhan dan kritikan. Malah, mereka ada yang memberi respon buruk terhadap panggilan ke arah yang ma'ruf.Mungkin jiwanya kacau dan cara kita tidak tepat. Namun, sebagai manusia biasa, diri sendiri kena fikirkan akan natijah dan akibat daripada tindakan kita menuruti nafsu. 


Ya, kita boleh jadi pandai dan kaya dengan menjadi orang yang lalai kepada Allah. Percayalah, ramai sahaja orang di luar sana. Berseluar pendek, dan berjalan berdua-duan tanpa ada akad nikah yang sah. Tetapi mereka berjaya apa? So what?

Buatlah apa yang kita suka sampai waktunya, bila tiada lagi nasihat daripada Allah,tika itu nywa kita sudah samapi di penghujungnya... Siapa yang mampu membantu kita? Sedangkan nasihat dan teguran sering kali ditolak dengan bangganya. Adakah kita mahu malaikat turun memberi nasihat? Adakah kita mahu Perdana Menteri turun menegur kita atau tok guru? Atau kita mahu orang yang menjadi idola kita memberi nasihat? Percayalah, kita memohon Allah memberi kekuatan,keimanan, ketaqwaan... tapi kita sering lupa akan tegurannya, ujiannya semua itu adalah untuk menjadikan doa kita menjadi realiti. Sedarkah kita?

Walau apapun, azam aku, berusaha menjadi orang yang lebih baik. Sedia menerima teguran dan sedia untuk berubah menurut haluan yang rasulullah ajarkan. Tidak mudah berputus asa.


Friday, February 4, 2011

Kiasan : Kau Kutinggalkan Buat Sementara

Hari ini,aku berada di USM setelah enam hari berehat di rumah ,ya, bukanlah semua yang kita rancang akan tercapai. Aku percaya,Allahlah,sebaik perancang. Aku sedih dan kecewa kerana banyak perancangan yang tidak berjaya. Apalah kesudahannya sedangkan Allah ingin mengajar sesuatu buat aku. Terimalah semua dengan hati yang tenang. Hujan yang berpanjangan adalah cabaran yang maha hebat dalam membenamkan segala perancangan aku menjadi tidak realiti. Aduhai. Allah Maha Besar!

Inilah hidup, bersedia menghadapi masalah. Memikirkan apa masalah yang akan muncul dan bersedia dengannya adalah sebaik perancang. Itulah yang aku faham. Namun, aku masih dipermulaan untuk menambah baikkan diri. Banyak kelemahan.

Hari ini, buat pertama kali,aku terpisah setelah beberapa bulan mengikat janji untuk bersama. Namun, aku terpaksa tinggalkannya demi keselamatan dan perjuangan aku. Sedih dan amat payah untuk mengambil keputusan tersebut. Apapun yang berlaku,aku berharap Tuhan menjaga dikau.

Jasa dan pengorbanan dikau amat kuhargai. Memahami setiap perasaan aku. Menenangkan aku dalam kesedihan. Membawa aku menuju ke jalan mengenal Tuhan. Membawa aku ke jalan yang tidak pernah aku lalui demi mencari suatu pengalaman baru. Kau juga mengajar erti persaudaraan yang lama aku tidak kenali. Kau juga menyatukan aku,dia dan mereka. Kau juga banyak mengajar aku tentang ilmu dan amalan. 

Suatu masa,kita akan terpisah juga. Suatu masa kau mungkin akan pergi atau aku dulu yang akan pergi. Tiada siapa yang tau. 

Semoga kau terus dilindungi oleh Yang Maha Kuasa. 

Tuesday, February 1, 2011

Karya : Di Penghujung Saat






Hari keempat bercuti, mengharap untuk bertemu rakan-rakan sekampung.... Namun,masih belum ada kesempatan. Cuma beberapa sahaja yang dapat bertemu.

Apapun mengenangkan suasana di Mesir, pasti merisaukan kita di sini. Bila suasana itu bukan setakat di sana, malah ia juga mungkin akan berlaku di bumi kita sendiri.. Siapa yang akan menjamin ia tidak berlaku di sini? Ingatkah kita akan peristiwa perhimpunan Kuning? Semoga, negara kita masih waras dalam perjuangannya.

Ke Sini Lagi, Teluk Wawasan



comouflage: cuba cari benda yang tersembunyi.. hahaha...

Hari ketiga bercuti di rumah sempena hari raya cina, benar-benar membuatkan aku tertekan kerana baru hari ini dapat aku menghirup udara kampung yang nyaman.Hujan yang berterusan sejak hari pertama aku sampai di rumah seolah menyambut kepulangan aku di Batu Pahat. Seolah menanti kehadiran untuk terus berada di sini. hihi.. Ayat perasan sebab tertekan.

Alhamdulillah, aku berbasikal menuju ke rumah kawan aku dan mengajak ke Teluk Wawasan. Subhanallah, nyaman sungguh suasana kampung yang baru disimbah hujan. Banjir besar di daerah jiran,Muar,Segamat dan lain-lain tidak banyak menggugat kestabilan kampung ini yang kedudukannya lebih tinggi. Alhamdulillah. Walaubagaimanapun, air tetap bertakung di dalam kebun. Pada waktu inilah, saat yang paling bahaya buat penduduk kampung kerana binatang berbisa akan keluar dan mencari tempat yang selamat. Ular, kala jengking, lipan dan sebagainya akan bergerak menuju ke kawasan yang lebih baik dan mungkin tersesat masuk ke rumah. Di rumah aku ini, sudah biasa dimasuki ular dan lipan. hmmm seram pun ada. bila nampak seekor ular, pasti ada temannya.


Apapun, gambar di bawah ini, adalah gambar Teluk Bakung 31 January 2011. Mungkin ia akan berubah menjadi lain hari ini,esok atau lusa... tiada siapa yang akan tahu...