Sunday, January 30, 2011

Santai : Hari Lahir Izzat 7 Tahun



Sabtu, 29 hb Januari 2011, hari pertama aku bercuti di kampung. Agak meeltihkan juga perjalanan yang hanya duduk di dalam bas selama hampir 10-12 jam. Alhamdulillah. Hari ini aku ada program khas buat sepupu aku bernama Izzat. Sebenarnya aku baru tahu sambutan hari lahirnya adalah hari ini, kerana sebelum ini nenek aku katakan, ada majlis tahlil sahaja. Maka, tidaklah aku bersedia untuk membeli apa-apa hadiah buat si cilik ini. Seperti biasa,aku suka memberi sesuatu buat mereka. Bukan mahu meminta balasan, atau dikenang. Cukuplah bagi aku melihat mereka ini gembira apabila hari yang bermaknanya diraikan. Aku tidak kisahpun andai pemberian aku itu tidak diketahui pemiliknya. Asalkan ia sudah sampai dan dimanfaat.


Nampak lemah sahaja hari ini untuk menulis. Suasana di luar masih sejuk dengan mendung yang masih besar membaluti langit negeriku. Pilihanraya Tenang pula sedang hangat. Tipu helah dan strategi juga sedang giat dilancar untuk memastikan kemenangan abadi. Semoga Allah membantu pihak yang benar. Malah, aku juga letih dengan kerenah rakan-rakan FB yang giat mengajak berdebat tentang isu yang aku tidak mengajak untuk berdebat sama sekali. Entah mengapa suka menuduh aku cuba memutar belit keadaan, menuduh aku cuba menyeleweng,cuba untuk mengelirukan, cuba itu dan ini. Aduih, letih juga memikirkannya bila tujuan untuk balik kampung ini adalah untuk aku membaca buku yang aku minat dengan tenang tanpa gangguan di kampus. Logiknya, biarkanlah aku mengenali siapa musuh aku dan siapa bukan musuh aku. Kalau masa pengenalan ini,  diganggu, bagaimana aku mahu bergerak dengan lebih kemas. Izinkanlah aku mengenali siapa mereka. Janganlah kacau aku. Jika aku minta bantu, maka bantulah aku. Jika aku minta jangan diganggu, janganlah buat kacau. 

Hormatilah hak orang lain. Bercakaplah,bersuaralah sebagai orang yang berilmu dan matang. Kalian boleh tergelak sampai keluar isi perut, keluar hati atau keluar jantung sekalipun kerana menyampah dan geli hati melihat gelagat orang membicarakan sesuatu yang tidak pasti, tetapi percayalah, pihak musuh memandang anda sebagai orang yang tidak bernilai dan hanya sampah barangkali kerana orang yang banyak ketawa dan lalai adalah orang yang paling mudah dimusnahkan. 

Hmmm.. entahlah, abaikan sahaja mereka. Hujan semalam menyebabkan aku terasa lumpuh untuk ke masjid kerana angin bertiup juga agak kencang,terlalu sejuk. Jalan raya juga sibuk dengan kenderaan. Maka, aku berhasrat untuk solat di rumah. Alhamdulillah, Tuhan memahami perasaan aku. Pak cik aku dan anak-anaknya sampai sebelum maghrib, dan kami sempat berjamaah ,bertahlil malam ini. Yes!! Tertunai hasrat aku.

Menyambut hari Lahir sebanyak 3 kali setiap tahun rasanya. Sebab, tidak pernah sedar bahawa kek itu bukan menyambut kelahirannya. Huhu

Sorry Izzat, abe dah try dah cover gigi tu, tapi still nampak sikit kerongakannya. :P Peace!

Gelagat sepupu yang masih kecil cukup menghiburkan aku pada malam ini. Ya, walaupun laptop dan kamera aku menjadi mangsa juga. Terpaksalah aku melayan mereka juga. Aduih!!... ganasnya depa!

Saturday, January 29, 2011

Sembang :Perjalanan Pulang Balik Kampung

Pagi ini, Sabtu, 29 hb Januari aku tiba di rumah dalam jam 8 pagi dengan menaiki bas Maju dari stesen bas Batu Pahat ke rumah. Alhamdulillah. Cuma apa yang aku ingin kongsikan adalah cerita semalam.

Hari Jumaat itu, aku bangun untuk bersiap dengan mengemas bilik dan meja study dengan alar kadar sahaja.Maklumlah, tugas utama hari ini adalah membasuh baju, mengemas bag,membeli keropok,sos  pencecah dan buah Pauh/Mangga. Selesai membasuh, aku bersiap untuk pergi ke kedai keropok yang mungkin jaraknya tiada siapa yang sudi menemani aku bila diajak.Agak meletihkan bila aku memberitahu jaraknya. Tapi tidak mengapa, kerana aku sudah biasa berjalan kaki dengan jarak sebegitu,ditambah pula cuaca yang sejuk dan berangin. Tiada masalah. Malangnya, kedai itu tutup dan aku berpatah balik menuju ke supermarket Mydin  yang hanya berada di depan kampus USMkk. Alhamdulillah, aku hanya membeli sos buatan orang kampung di Kelantan. Sos Maggie sudah lama tak makan, boikot. Sos lain aku tak minat. Maklumlah, sejak sampai di Kelantan, aku lebih suka produk tempatan.

Misi membeli keropok tidak berjaya lagi.Mengemas barang pula bila jam 4 petang nanti. Jadi seusai solat jumaat, aku bergerak sekali lagi menuju ke kedai menjual keropok. Sebelum itu, aku makan di Radix Fried Chicken,RFC bersama teman setia Atiq dan Raqib. Setianya mereka sampai membiarkan aku sahaja yang menjamu selera. Mereka berdua hanya tekun mencatat sesuatu yang aku tidak tahu apa yang ditulisnya. Alhamdulillah, makan nasi herb. Sedap tapi pedas lah! InshaAllah, dalam tempoh satu hari ni, aku akan sakit perut. Harap-harap bukan di bas. Makanan sudah habis, kini aku berjalan 40 langkah paling kurang ke kedai tersebut. Ya, tutup juga. Nampaknya aku terpaksa bergantung pada Tuhan agar pak cik driver bas berhenti lama di stesen bas Pasir Puteh. Di  situ ada jual keropok, pauh dan macam-macam tetapi tidaklah sebaik kedai keropok. 


Petang itu juga, aku menghadapi masalah pengangkutan ke stesen bas  utama apabila tiada siapa yang sanggup menghantar aku ke sana. Sahabat yang baik dan sanggup membantu, semuanya ada hal dan sudah pulang ke rumah.Aku menemui pak cik teksi dan berharap dia akan sedia membantu. Namun, Allah lagi hebat perhitungannya. Pak cik teksi kata" kalau pukul 5.30pm saya tak mahu lah. Waktu bekerja sudah tamat" Aduih!. Pak cik ni pun, saya nak upah dia tak mahu. Mungkinkah mereka sudah kaya sebagai pemandu? Walhal, tidakkah mereka faham bahawa orang yang meminta hantar ke stesen bas benar-benar mengharap untuk dihantar? Kalau bukan mereka(pemandu teksi ), siapa lagi? Aduih... Macam-macamlah pak cik ni. Aku pergi dengan suatu senyuman kerisauan. Dalam masa yang sama, aku hanya berserah pada Tuhan. Perancangan aku, selepas solat asar, terus mandi dan bersiap ke bengkel bas Transnasional untuk tumpang bas yang mahu ke stesen bas di Langgar. Alhamdulillah. Pelan ini berjaya  apabila driver bas kali ini sangat baik. Masalah tersebut selesai. Hanya misi keropok dan pauh menjadi utama kali ini.Biasanya bas dari bengkel ini bertolak mengikut masa yang tidak dapat dipastikan. Aku selalu terlepas, sebab itulah aku lebih suka ke stesen bas utama dengan dihantar oleh rakan.

Bas membawa aku ke stesen bas utama, dan sebelah aku seorang lelaki yang nampak macam bapa budak. Sudah berjanggut tetapii dicukur habis. Aku hanya tersenyum  sebagai membalas sapaan dan diam. Sebab aku keletihan hari ini berjalan dan memikul bag  ke sana sini. Aduih.. belum kerja lagi ni, dah mudah penat. 

Aku perhatikan bro sebelah aku, terkejut juga aku apabila melihat jam dia. Besarnya! tapi warna pink! aduih hai.... jambunya. Dia keluarkan hanset pula, besar gedabak iphone ke apa aku pun tak taulah. bukan warna pinklah, hitam kalau tak silap, tapi pembalutnya warna pink juga! aduih... Boleh plak ko pilih warna tu. Suasana di sekitar semakin lewat senja dan semakin sejuk. Dia mengambil bag di bawah kerusi. argh!! terkejut lagi aku, besar juga  bagnya dan bewarna pink lagi!.. apa nak jadilah mamat ni? Semuanya pink. selamatlah sweater dia tak bewarna pink. Akan tetapi, yang menariknya, dia sempat keluarkan anak patung haiwan bewarna biru. Aku pun tak tau binantang apa. Boleh pula mamat ni buat pondok-pondok dalam bas. 

Biarkan sahaja, akhirnya bas ini berhenti di tempat yang strategik iaitu di tempat yang aku harapkan. Aku perhatikan driver juga  mahu mengunjungi kedai  keropok, maka aku meminta laluan untuk turun ke kedai tersebut. Aku memilih kedai mak cik yang agak sunyi, sengaja aku menghiburkan hati insan berumur ini dengan gelagat terburu-buru sambil membeli barangan di gerainya. Paling tidak, ia suatu pengalaman indah buat mak cik itu apabila ada pelanggan di kedainya, ditambah gelagat lucu yang takut ditinggalkan bas. Aku memang bergegas sedikit bila driver sudah mula kembali ke bas. Perancangan masa aku tepat,alhamdulillah. Sempurna misi sebelum balik.

Aku terfikir, inilah bangsa Melayu Islam yang ditunjangi oleh kerajaan Malaysia yang mengatakan kerajaan yang paing baik dan hebat katanya sendiri. Merasa diri mereka itu suci dan ada kala mencipta hukum sendiri. 

Aduhai, lemahnya umat Islam hari ini bila perangai lelaki sudah berwatakan perempuan. Yang perempuan pula semakin menggedikkan dirinya.

Jika zaman dahulu, anak-anak kecil dihantar berlatih silat, yang perempuan juga turut diajar.Jika tidak pun, anak perempuan dilatih memasak di dapur atau  membasuh baju menggunakan tangan. Hasilnya amat hebat. Wanita yang bersemangat tinggi dan tidak pernah berputus asa. Menangis pun bukan dihadapan orang. Hari ini, wanita menangis di depan jutaan orang kerana ingin mendapat publisiti murahan. Lemahnya mereka. Akan tetapi pihak media merasakan tangisan seorang lelaki atau wanita di dalam TV amat bernilai dan mampu menjana duit yang banyak. 

Inilah hasilnya hari ini, tampuk pemerintahan yang menjauhi Islam. Kita dielmahkan dengan persekitaran yang tidak menjana minda dan kekuatan spiritual. Ya, aku tahu kita tidak boleh salahkan persekitaran atau sistem. Akan tetapi bayangkanlah orang yang sedang mabuk dengan dunia, bagaimana kita mampu keluarkan mereka daripada kancah kezaliman? Hanya memujuk dan berkata-kata nasihat tidak mencukupi. Melainkan kita buat sesuatu yang maha hebat memberi tamparan pada jiwa raga mereka agar mereka sedar tanggungjawab mereka dengan sepenuh hati. Usah ditanya apa tanggungjawab mereka kerana mereka sudah tahu jawapannya. Mereka skor A dalam exam. Cuma tindakan mereka itu masih kurang. Termasuk diri aku juga. Aku juga ada kala hanyut kerana kelemahan diri. Usahlah merasa diri sempurna mengatakan orang lain, sedangkan diri juga tergolong sebagai insan yang lemah.

Entri kali ini aku sengaja tuliskan untuk kita semua sama-sama sedar akan tanggungjawab kepada Allah dan sentiasa bergantung harap pada Allah dengan cara merancang dengan teliti apa yang harus kita lakukan untuk mencapai matlamat.

Di samping itu, janganlah bersifat lemah sebaliknya kuatkan semangat dan jadilah seorang yang kuat dalam dunia yang hampir di penghujungnya!

Friday, January 28, 2011

Sembang pagi Jumaat : Kotor



Anda pasti pasti marah jika tandas awam tidak dijaga dengan baik. Najis bersepah  di sana sini. Anda juga marah kepada si pelaku yang membuat kotor. Tidak ada rasa tanggungjawabkah mereka ? Tidak ada rasa malu ke melakukan sedemikian?


Malah, jika sesiapa yang tinggal di asrama pasti merasaa rimas dengan perangai manusia yang menggunakan tandas tetapi tidak tahu untuk 'flush' dan tidak tahu untuk menggunakan tong sampah. Malah anda merasakan, tong sampah itu adalah diri si pelaku itu . 


Jika diperhatikan, kita banyak merengek, banyak mengeluh. Marahkan nyamuk sampai mahu membakar kelambu. Akan tetapi kita jarang melihat diri sendiri. Kita sanggup menulis di Facebook mengutuk sikap buruk si pelaku. Kita sanggup menulis amaran di atas kertas kerana mahu si pelaku nampak dengan bebola matanya sendiri. Akan tetapi kita jarang sekali melihat diri sendiri. Pernahkan anda melihat diri anda? 

Berapa banyak sampah yang anda buang sepanjang perjalanan anda ke suatu destinasi?

Jika anda menaiki kereta, dan ketika itu anda sedang makan snek atau makanan ringan seperti gula-gula, tingkap kereta pula terbuka luas, adakah anda membuang sampaih itu di dalam plastik di dalam kereta untuk dikumpulkan atau anda membuangnya di luar kereta? Berapa banyak sampah yang anda buang dengan cara ini?

Dalam situasi lain, berapa banyak sampah yang anda buang di tempat yang tidak sepatutnya, ketika berjalan melalui jalan yang tidak ada orang, anda pula mahu membuang sampai makanan yang baru habis. Pasti, anda melemparkan ia ke tepi jalan dengan rasa selamat,bukan?. Aduhai,inilah dunia...


Aku juga belajar untuk menjadi seorang yang bersih. Maka, selepas ini, usahlah mengeluh jika anda sendiri pun berperangai buruk . Tidak menjaga kebersihan tempat orang. Kalau diri sudah tidak bersih, janganlah mengharap orang lain akan bersihkan tempat kita. Tahap kebersihan kita semua berbeza. Akan tetapi, jadilah orang yang ada kemajuan. Kalau ditegur, berubahlah menjadi yang lebih baik. Jika, diri tidak mahu berubah, maka jadilah orang yang rugi selamanya.

Thursday, January 27, 2011

Sembang Malam : Aduhai....

Apa kata anda?


Jika seorang rakan yang tak lah rapat sangat, datang dari rumah dia berjalan kaki ingin menuju ke restoran. Dalam suasana sepi, hujan renyai membasahi malam yang masih muda. Dalam perjalanan itu, dia terpaksa singgah di rumah anda kerana tidak membawa payung kerana menyangka hanya gerimis sahaja. Anda menyambut dengan baik dan bertanyakan dia, ingin ke kedai makan ke? Anda mengajak dia ke Supermarket sekali untuk menemani diri anda yang keseorangan. Dia mengatakan Ok sahaja dalam berbelah bahagi. Anda mula seronoklah bila ada member.  Anda katakan kepadanya, rehat dulu beberapa minit, nanti kita pergi dengan payung yang aku ada.

Beberapa minit  sebelum bertolak, dia menerima panggilan yang anda pun tidak tahu apa yang dibualkan. Dia meminta keluar rumah sebentar untuk menjawab. Anda menanti di dalam rumah sambil bermain Facebook. 10 minit kemudian, hanset E63 anda bergetar menandakan mesej baru sampai. Anda membuka mesej , “ salam, maaf aku keluar dulu dan tak dapat ikut kau ke supermarket”.

Anda pun berjalan keluar menuju supermarket tanpa berlengah kerana khuatir masa berlalu pantas. Ya, hujan sudah berhenti membasahi bumi yang sudah tua ini.Patutlah....


 Soalannya: apakah yang anda faham tentang situasi di atas? Dan apakah yang akan anda lakukan.

Jawapan aku : Perkara yang berlaku kepada aku sebenarnya hanya sebentar tadi. Apa yang aku lakukan? Huhu… mula-mula budak ni masuk bilik, aku dah halau dia dengan olok-olok. Dia pun tersengih kerana yakin aku main-main. Dia kata hujan. Oh, aku pula ambil payung dan memberikan kepada, “ ok, ini payung dan boleh gerak sekarang juga”. Huhu… Aku memang suka bergurau secara kasar. My style lah kot.

Tapi, dia pun tak kisah, seperti yang aku ceritakan di atas, dia menjawab  panggilan telefon yang aku yakin, dia mahu ke restoran untuk akan malam bersama orang tertentu. Bukannya keseorangan. Namun, aku membiarkannya. Dia keluar dan aku menanti dengan sabar. Hmmm.. bila mesej hanset yang diberi oleh budak itu  telah aku baca. Aduih!!... Rasa nak pasang je scan hati tak ikhlas di pintu bilik aku. Huhu.. Ia tak wujud. Apakan daya, aku ini seorang yang lemah. Maka, aku berlatihlah untuk menerima situasi ini dengan sabar dan hati yang terbuka. Bahawa manusia  di dunia ini bukan dia seorang yang sepertinya, tetapi ramai lagi kat luar sana. Yang lagi teruk pun melambak. Aduhai. Allah sahaja mengetahui diri aku. 

Apapun, hadapi maslaah dengan berhati-hati.

Sunday, January 23, 2011

Tazkirah : Merendah Diri sebab Tingginya Ilmu

Malam ini, aku pulang dari ward, seperti biasa terus menerjah laptop melihat FB yang sentiasa ON. Huh, Pengguna tegar! Namun ia sesuatu merugikan jika aku tidak menghargai masa. Pasti! Ia Janji Allah. InshaAllah, smeoga menjaga aku daripada terus lalai. InshaAllah, FB untuk tujuan yang baik.

Aku terbaca ayat ini daripada seorang pe:

Seperti biasa selesai majlis ilmu, si penceramah akan turut serta membantu petugas2 majlis mengemas kembali dewan majlis. Ketika beliau sedang menyusun kerusi, seorang petugas menghampiri beliau sambil berkata
"Tuan, biarkan saja kami yg melakukannya kerana tuan masih penat berceramah tadi".
Dengan senyum beliau menjawab:,
"Tidak mengapa, walaupun aku yg menyampaikan ilmu tetapi aku khuatir amalan manakah yang Allah terima dariku, sama ada kerana aku menyampaikan ilmu atau kerana aku menyusun kerusi-kerusi ini" assyahid Imam Hasan al-Banna



Ya, walaupun aku tidak mengenali beliau secara terperinci tetapi aku tahu beliau merupakan insan yang hebat. Segala yang diajar atas nama Islam, pasti membuatkan setiap hati yang mahukan ketenangan menerima ilmu yang diajar dengan baik.
Hari ini, cabaran hidup semakin hebat. Mahu atau tidak,aku kenalah bersedia. Dalam masa yang sama pergantungan terhadap Allah amatlah suatu yang luar biasa pengaruhnya. InshaAllah. Dia pasti akan memberi segala keperluan dan rahmatnya.

Syaratnya, kenalah jaga segala perintah Allah.

Friday, January 21, 2011

Sembang : Nilai Yang Dijajah.


Pernahkan andai dilayan dengan tidak adil? Pernahkah anda dikutuk dengan suatu kutukan yang melampau seolah andai ini seorang hamba yang jijik di pandangan mereka?


Sebab itulah, aku selalu mempersiapkan diri untuk menghadapi segala kemungkinan ini. Ya, persediaan aku bukanlah sudah lama. Ia masih baru dan masih mentah dalam sistem pertahanannya. Mungkin ia masih 'fragile' sehingga serangan yang terlalu 'extreme' membuatkan aku melenting juga.  Namun, inilah latihan aku dalam menjalani kehidupan.


Prepare for trouble and make it double!... Ini slogan Pokemon dalam cerita kartunnya. Ia nampak seronok dan 'bebal' kerana slogan itu dikatakan oleh pihak musuh yang sentiasa kalah. Akan tetapi aku mengambil pengajaran daripada ayat itu untuk bersedia dalam segala hal. Ia bermaksud kita bersedia dengan lebih baik dan menyediakan 'plan' A, B atau C atau banyak lagi jika segala perancangan kita menghadapi masalah. Begitulah cara pemikiran yang perlu dilatih. Kita mesti kreatif dan sentiasa sedia menerima perubahan dengan baik. Ya, dalam masa yang sama, urusan agama hendaklah kita jaga dan tingkatkan kekuatan. Perlu diingat, segala yang kita lakukan jika kita meletak pergantungan pada Tuhan, maka tenanglah hati dan rahmat Allah seolah dirasai oleh hati-hati yang sentiasa ingat Allah. Bukanlah ia suatu yang angan-angan tetapi inilah penceritaan orang yang hebat zaman dahulu dan mungkin hari ini. Akal manusia tidak akan mampu mencapai dan menceritakan pertolongan Allah diluar logik akan. Akan tetapi akal yang memiliki hati yang baik pasti akan duduk diam merasa kehambaan dn merenung dosa-dosa lalu kerana Tuhan masih memberi nikmat dan bantuan ketika dia dalam senang dan susah.


Ingin aku kongsikan suatu cerita. Aku sebagai seorang pelajar perubatan. Hari ini,aku sudah bergelar pelajar tahun akhir dan tinggal lebih kurang 85 hari lagi untuk menjalani peperiksaan akhir. Maka,secara kasarnya aku dalam zon kuning yang membuatkan aku kena lebih bersedia. Ya, berbalik kepada cerita asal. Ketika aku berpakaian seorang pelajar perubatan yang berkot putih, orang luar akan memandang ia suatu yang hebat. Akan tetapi berlainan dengan orang di dalam hospital yang memandang kami ini sebagai pelajar sahaja dan tidak bernilai sangat. Ia nampak kejam pandangan ini tetapi ia suatu yang nyata yang kita kena hadapi. Apabila aku berjalan dengan pakaian kot putih ini, orang luar suka memandang dan apabila aku berikan senyuman maka mereka membalas dengan baik. Namun, ketika aku berpakaian T-shirt  sahaja dan berjalan seolah pelawat pesakit, senyuman aku pun tidak dilayan. Orang disekitar seolah tidak memandang aku langsung kerana aku tidak kelihatan sebagai orang yang 'hebat'. Inilah kehebatan kot putih. Aku keutarakan situasi ini kerana aku mahu orang lain termasuk aku juga,mengamalkan budaya Islam. Sentiasa mesra,memberi salam dan senyum bila bertemu sesama kita. Bukan kerana pangkat baru nak tunduk hormat. Bukan kerana harta dan kekayaan membuatkan kita tergedik-gedik nak berbuat baik. Tidak perlu. Akhlak baik kita adalah harta yang amat bernilai. Percayalah, seorang yang berakhlak baik dan sentiasa jujur dlaam usahanya akan merasai nikmat kehidupan dengan tenang dan sentiasa dicukupkan dengan segala nikmat . Tanda orang bersyukur ialah mereka yang sentiasa melaksanakan perintah Allah dan rasulnya.Bukankah berkelakuan baik itu suruhan Allah? Mudah bukan, tapi masih susah dilaksanakan. kerana otak kita sudah diset dengan pelbagai protokol yang pelik dan walalupun kunci untuk membuka pintu perubahan berada di tangan kita, tetapi kita tidak mampu untuk membukanya. Mengapa? bukan kerana kunci itu silap tetapi kerana kita memilih untuk dihambakan dengan sesuatu yang menjadikan kita berfikiran sebagai orang jahil. Setiap perubahan dan teguran kita anggap ia suatu ancaman bukannya kita anggap ia sebagai suatu cabaran untuk dipertimbangkan. 

Itulah umat Islam hari ini, pandai berkata-kata tetapi belum tentu dalam menerima teguran oleh orang yang lebih kecil walaupun idea dia bernas dan bermakna. Kerana pangkat dan statuslah yang kita pertimbangkan untuk didengar nasihatnya, maka orang berstatus budak hingusan tidak layak memberi pandangan dan kritikan. Semut yang nampak 'bodoh' membawa mesej yang besar dalam usaha perubahan . Inikan pula idea manusia yang berakal. Pasti ia ada makna disebalik lontaran ideanya. Maka, pertimbangkanlah segala kritikan dan teguran serta nasihat tanpa mengambil kira status. 

Percayalah, penyakit merasa gah dan hebat dalam diri bakal meghancurkan kejayaan yang sepatutnya ditempa oleh kita pada masa depan.Untuk mencapai cita-cita itu, berusahalah untuk menjadi seorang yang lebih baik dari semalam.


Aku tidak kisah andai nasihat dan teguran aku dibuang di tong sampah atau dilempar ke muka aku balik. Aku tidak kisah jika nasihat atau teguran aku dipermainkan atau diludah.

Aku juga tidak sesekali risau segala nasihat aku dihumban ke gaung kehinaan. 

Mengapa? Kerana segala yang aku lakukan itu adalah arahan dan perintah Tuhan melalui firman Allah dalam surah Al-Asr. Berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Jadi, mengapa harus aku khuatirkan jika Allah memerintahkan kita untuk melakukan sesuatu, pasti Allah jugalah yang akan memberi sesuatu yang terbaik buat kita. 


p/s: Maaf, jika entri kali ini suatu yang agak tegas dan nampak keangkuhan. Tidak berniat. Cuma entri kalu ini berbentuk suatu cabaran dan motivasi buat diri. Moga aku dan yang lain menjadi insan yang lebih baik daripada hari sebelumnya.

Wednesday, January 19, 2011

Imbasan Program Motivasi I'll Survive

Lokasi : MRSM Kota Putra, Terengganu.





Aktiviti yang dianjurkan oleh MRSM dengan kerjasama MSFT(Medical Student Fasilitator Team). MSFT itu adalah sebuah kumpulan yang dilatih khas untuk menjadi fasilitator . Sebuah kumpulan yang berharapan tinggi dalam membentuk dirinya dan juga membantu yang lain untuk mencapai kejayaan yang tinggi. Mereka ini adalah pelajar medic yang mengharapkan program sebegini mampu menjana kekuatan soft skills untuk terus maju.


13-14 hb Januari adalah tarikh keramat buat kami semua. Inilah tarikh untuk kami menuju ke MRSM Ululalbab. Alhamdulillah,kehadiran kami disambut baik dengan suara lantang pelajar ini yang nampak yakin tetapi belum teruji lagi kehebatan mereka.

Pastinya mereka memiliki kekuatan tersendiri. Aku percaya,mereka juga sama seperti pelajar di sekolah lain, tetapi mereka ini lebih mendapat layanan yang amat istimewa . Manakan tidaknya, mereka dijaga dalam pelbagai aspek agar kekuatan intelek mereka diasah agar mencapai kecemelrangan. 

Program kami, I'll Survive. Menghidangkan pelbagai aktiviti antara yang seronok adalah Explorace dan Kembara Malam. Malah,sesi kerohanian juga pasti menambat hati. Akan tetapi, aku tidak sempat untuk menyertainya. Aktiviti berkumpulan lain seperti modul teamwork,lets go home, dan sebagainya benar-benar membuka minda pelajar untuk terus kreatif dan sedar akan kehidupan ini mesti memiliki tujuan, strategi dan kekuatan.











Aku dan seornag rakan pula diberi slot Bersama Fasilitator. Namun, slot ini tersekat kerana kesuntukan masa. Aku hanya sempat berkata-kata dalam beberapa minit sedangkan masa yang dirancang adalah 30 minit. Akan tetapi  rakan saya telah menambah masa slot bersama fasilitator ini selepas tamat program penutup untuk melengkapkan slot ini dengan lebih jelas. Ya, sudah pasti pengalaman lalu yang aku mahu kogsikan dan pesanan ringkas yang aku rancang untuk beritahu tersekat. Ia suatu mesej yang nampak mudah tetapi ia amat perlu diberitahu agar mereka tidak terjerumus  ke lembah kelemahan. Allah maha menguasai. Moga mereka berjaya mengharungi dengan baik. Mesej- mesej aku hanyalah sekadar bunga-bunga rumput yang mahu mewarnakan alam. Untuk pengembara merasa indahnya hidup.



Friday, January 14, 2011

Percaya



Cerita ini mungkin akan membawa suatu pertikaian, namun aku kisahkan di sini bukan untuk dipertikaikan tetapi untuk kita fahami. Hakikat di dunia ini bukanlah ia semuanya kebetulan tetapi semuanya itu suatu ketetapan.

Hari ini, aku menghadiri suatu seminar yang disampaikan oleh pensyarah kesayangan ramai dan rakannya. Alhamdulillah, pembukaan seminar yang amat baik oleh Prof N. Diikuti oleh Prof ZL. Namun, peristiwa yang membuat audien tergamam apabila slide yang mengandungi gambar bas yang terdapat bena bertulis " there's probably no god' yang terdapat di UK atau London. Aku kurang mengerti mengapa ia diletakkan di slide Prof ini. Mungkin ia suatu gimik untuk menyampaikan seminar tentang genetik. Ketika Prof ini berseloroh tentang God, dengan katanya " kalau di UK atau London, perkataan ini mungkin tiada pertikaian. Akan tetapi kalau di Malaysia, jika kamu tampal ...." ketika ayat ini tidak habis disampaikan,lampu dewan dan microfon terputus bekalan elektrik buat beberapa ketika. Tidak sampai 30 saat. Ketika itu, semua tergamam. Seolah Tuhan itu wujud dan 'marah' terhadap ayat itu. Itulah perasaan  yang dapat digambarkan untuk ketika itu. Soal Tuhan itu tidak boleh dibuat main-main. Mungkin ramai yang akan berfikir bahawa kejadian itu hanya kebetulan? Suatu yang tidak sengaja? Namun, apakah kamu fikir ia suatu yang sia-sia?... Pastinya ia suatu peringatan bahawa Allah itu wujud dan kekuasaan dan bukti kewujudannya bakal menjelma jelas buat beberapa ketika ini. Qiamat itu pasti. Kehadiran Dajjal itu juga pasti. Penyesatan yang amat besar.

Ya, percayalah, jika kita berusaha dan dekat kepada Allah, maka bantuan Allah juga sangat hampir dan meimpah ruah! Percayalah pada Allah setulus hatimu...

Saturday, January 8, 2011

Stimulasi Otak : Piramid


Rujukan : Mr Wiki

For thousands of years, the largest structures on earth were pyramids: first the Red Pyramid in the Dashur Necropolis and then the Great Pyramid of Khufu, both of Egypt, the latter the only one of the Seven Wonders of the Ancient World still remaining. Khufu’s Pyramid is built entirely of limestone, and is considered an architectural masterpiece. It contains around 1,300,000 blocks ranging in weight from 2.5 tons to 15 tons and is built on a square base with sides measuring about 230 m (755 ft), covering 13 acres. Its four sides face the four cardinal points precisely and it has an angle of 52 degrees. The original height of the Pyramid was 146.5 m (488 ft), but today it is only 137 m (455 ft) high, the 9 m (33 ft) that is missing is due to the theft of the fine quality limestone covering, or casing stones to build houses and Mosques in Cairo. It is still the tallest pyramid. The largest pyramid in the world ever built, by volume, is the Great Pyramid of Cholula, in the Mexican state of Puebla. This pyramid is still being excavated.




Pernah tak kita terfikir bahawa pyramid ini dibina oleh siapa?

Sesuatu yang jelas pasti akan mendapat fakta yang jelas. Berbanding dengan sesuatu yang ingin dirahsiakan, maka datangnya fakta kepada kita menjadi sesuatu maklumat yang amat meragukan.


Contohnya, Nabi Adam. Sampai sekarang fakta tentangnya tidak pernah berubah. Begitu juga tentang Nabi Isa, serta yang lain. Hakikat ini jelas. Namun, mengapakah pembinaan piramid ini masih tidak jelas sampai sekarang? Andai ia dibina oleh beribu atau berjuta orang yang kononnya hamba abdi yang membantunya, pasti ramai juga jiran-jiran yang menyaksikan pembinaan itu. Mereka pasti ada dan menyimpan fakta itu dengan jelas. Melainkan ia sesuatu yang dirahsiakan? Andai ia rahsia sekalipun, pasti ia akan terboongkar kerana sudah lama ia terbina, pasti ada manusia yang membongkarnya.


Malangnya, tiada siapa yang tahu bagaimana ia dibina dengan jelas.


Bayangkan .....





Pelbagai teori diberi...namun, ia tetap pelik.
Mengapa perlu dibina sedemikian rupa bentuk? Mengapa?


Tak kah kita rasa pelik, bagaimana mereka membina bangunan sebegitu rumit? Sedangkan teknologi hari ini pun susah untuk membina bangunan sebegitu rumit. Jelas, teknologi mereka melampaui zaman. Siapakah mereka? Alien? Avatar? Clerk Kent?...hmmm

nak panjat batu pun susah, inikan pula nak angkat....

ha! satu blog batu tu, lebih kurang berat satu gajah dewasa. Pernah angkat tak gajah? Pernah tegok orang angkat gajah? ada kot.. tapi hari ini, orang tak payah angkat gajah,

Pernah pergi KL?Pernah nampak menara tabung haji? Tingginya lebih kurang dengan piramid je. Tinggi tak? Agaklah tinggi. Tapi, bukannya ketinggiannya menjadi ukuran, tetapi ketinggian pemikiran kita mengkaji sesuatu yang ada di muka bumi. :)

Bangunan Tabung Haji (aka: the Lembaga Urusan Tabung Haji building)
another extraordinary KL building (152m/498f, 38 stories, 1994).
The building is owned by the body that deals with pilgrimage to Mekah.

Aku masih mencari dan mengkaji tentang hakikat permainan dunia. Jika kalian ingin kongsikan ilmu, silalah share. Jika tersilap fakta, maaf. Sila betulkan.  Ayuh,sama-sama jadi manusia yang sentiasa berfikir dengan landasan yang betul dan Allah redhai.




Piramid ini juga dikaitkan dengan gambar di bawah.... ha!! seram tak gambar tu...


Friday, January 7, 2011

Imbas Konsert Muhasabah Cinta

 6 hb Disember 2011, adalah hari yang aku nantikan dalam minggu ini kerana ia adalah hari terakhir kuliah atau kelas. Bukan setakat di situ,ada aktiviti yang seronok menanti iaitu konsert Edcoustic,Diwani dan Fika. Semua artis itu aku tak kenali langsung, cuma sedikit analisa aku buat di internet untuk mengenali siapa mereka. Tak lah secara mendalam kajian aku,kerana aku tau,jika di You Tube contohnya suara mereka sedap, belum tentu dalam konsert live,mereka mampu hasilkan yang terbaik. Maka,aku saksikan konsert ini dengan meredah hujan lebat yang tidak henti membasahi bumi Kelantan dan juga semenanjung Malaysia.

Mantap Vokal vokalis Diwani


Alhamdulillah, konsert tahun ini amat luar biasa sekali. Walaupun kata penganjur,penonton macam kurang sikit, tetapi aku rasa, bolehlah dikatakan penuh juga. Terutamanya perempuan. Mungkin faktor cuaca menghalang mereka mahu ke konsert ini. hmmm bagi aku, jika hati mahu, tiada yang menghalang. Aku? kalau nak pergi konsert ni, redah sahaja hujan lebat dengan payung. Pernah suatu ketika dulu, aku mahu Solat Jumaat, tetapi hujan sangat lebat, dan hukumnya sudah tidak wajib sebab memang amat lebat. Aku pula tiada payung. Maka, dengan sedaya upaya, aku mencari payung di sekitar blok asrama aku. Sehingga menemui sekaki payung yang amat besar milik seorang budak cina. Aku mengetuk pintu dan memberitahu untuk meminjam. Dia seumpama berat mahu memberi tetapi aku pujuk juga. Alhamdulilah, berjaya. Semuanya dengan izin maha Kuasa.

Berbalik topik asal, konsert malam ini dibuka dengan persembahan hebat vokalis Diwani. Suara sebiji macam arwah Asri kumpulan Rabbani. Gaya dah lebih kurang sahaja. Best jugalah. Bila suara ditarik tinggi, aku sudah terfikir, kalau masuk Malaysian Idol boleh menang dia ni. Kalah Jacklyn Victor.

Seterusnya, edcoustic. Nampak semoi dan biasa sahaja. Hakikatnya, mereka lebih mesra di atas pentas. Dua orang sahaja. Pemain gitar yang mempunyai ramai peminat termasuk budak-budak perempuan USMKK dan mungkin orang luar juga. Vokalis yang hebat juga. Pandai mencuit hati.

Penampilan seterusnya,Fika. Nampak bersahaja dan mesejnya dalam lagunya juga baik untuk dihayati. Akan tetapi kekuatan konsert pada malam ini terletak pada lagu tema iaitu Muhasabah Cinta. Manakala lagu Ketika Cinta Bertasbih didendangkan oleh edcoustic juga menarik perhatian ramai penonton kerana keenakan lagunya serta popularitinya juga.


p/s: harap tiadalah yang cuba-cuba nak download/save this picture . :P

Di pertengahan konsert, tazkirah ringkas diberi cukup menusuk hati bila disampaikan dengan penuh serius dan sinis kepada penonton yang berhati sensitif. Kalau hati itu kenal Tuhan,maka cintanya amat bernilai. Itulah yang amat digeruni ayatnya kerana ia pengubah masa hadapan seseorang itu yang bertauhidkan Allah.


Fika



Kameraman pun kena tangkap..huhu.. Boleh pinjam DSLR? huh...

Tahniah Naim! walaupun gambar tak berapa baik. Lighthing tak Ok..huhu..


pengacara yang sedang mengambil tempat selepas persembahan edcoustic


Bagi pengacara semiformal di atas pentas, gelagat mereka untuk pelajar USMKK amatlah sudah jemu kerana menampilkan perkara yang sama. Kami pelajar USMkk adalah penonton tetap. Maka, setiap kali kehadiran mereka,kenalah ada sesuatu yang berbeza. Apapun, mereka telah sampaikan dengan baik. Cuma,masa banyak diambil dengan celoteh yang kurang perlu.



Secara keseluruhannya, aku amat bersyukur dengan kejayaan konsert ini kerana banyak yang aku dapat malam ini termasuk bergambar dengan mereka semua. hihi..


MUHASABAH CINTA


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Thursday, January 6, 2011

Nampak sama tapi...

Apa yang kita perlu faham...


Pernah dulu aku mendengar rungutan anak seorang pak cik yang susah nak ke kelas atau kuliah sebab jauh. Terpaksa beli sebuah motosikal berjenama Honda. Itupun,pak cik ini risau akan keselamatannya. Maka, anak ini dilatih dengan belajar  memandu kereta. Beberapa bulan kemudian,ayahnya membeli sebuah kereta pula. Sebab kesiankan si anak berpanas terik,menadah risiko kemalangan dan cuaca yang tak menentu. Tak akan nak belikan basikal pula,jauh juga dekat satu dua  kilometer. Aku pun bersetuju. Ya, memang itulah jalan terbaik.

Terdetik di hati kecil aku,"wah sedapnya ada motor dan sekarang kereta pula. Aku nak beli basikal pun fikir dua tiga empat lima kali. Aduih. "

Tiba-tiba aku dilontar soalan, "kamu tak beli motor ke? Pergi kuliah naik apa?"Aduih, macamana nak respon ye? Aku pun menjawab... " eh, motor? Jalan kaki je cik, dekat je tempat kuliah. Tak sempat nak berpeluh, dah sampai kelas. Lagipun, kalau nak makan, depan kampus ada KFC(macam je aku pergi),Mydin, Supermarket dan macam-macam kedai. Jadi, biasanya saya naik kaki sendiri je. Lagi cepat. "

Pak cik itu mengangguk setuju dengan aku. Padahal, hampir tiap-tiap hari aku meminjam motor bernombor CAQ ***. heheh,terima kasih tuan punya motor.  Ye lah, sudah penat menhadiri kuliah seharian, tak akanlah mahu berjalan kaki ke kedai yang pastinya jauh di mata sebab badan sudah kepenatan. huh..


Ya, bukanlah aku mahu merungut. Aku bersyukur atas apa yang Allah kurniakan. Aku percaya, aku tidak diizinkan memiliki motorsikal atau kereta, kerana itulah yang terbaik buat aku. Aku akan lebih banyak berjalan dan berfikir akan kesusahan orang lain. Buat apa memiliki kemewahan jika ia tidak memberi ketenteraman diri. Diri asyik hidup senang. Sampai bila? Bila semuanya sudah tiada? Adakah kamu yakin kamu akan mampu hadapi kesusahan dengan baik andai kamu tidak dilatih dengannya? Untuk orang lain, mungkin ya! Bagi aku, aku tidak mampu menghadapi masalah yang baru jika aku tidak bersedia dengan sesuatu yang sesuai dengannya. Kerana itu, di hati ini, hanya Dia. Kerana aku percayakan Allah akan memberi yang terbaik. Walaupun, aku ada kala terkesan dek ujian yang maha berat dan payah. Namun, aku kenalah berusaha menghadapinya. 

Itulah yang aku mesti semaikan dalam jiwa. Untuk para pembaca,jika apa yang saya katakan ini suatu yang silap, maka tegurlah. Jika ia suatu yang kalian juga perlu fahami. Maka, fahamilah ...

Wednesday, January 5, 2011

Makna segalanya...




Minggu yang paling hebat ujian buat aku kerana beberapa peristiwa dan beberapa masalah muncul atas sebab kecuaian diri  dan atas sebab kelalaian untuk tidak memastikan apa yang sepatutnya dilakukan dengan teliti.

Banyak kisahnya, namun di sini bukanlah tempat untuk si penggosip mengumpulkan data-data itu. Kerana biarlah masalah itu diselesaikan oleh aku dengan izin Tuhan Yang Maha Agung. Bukanlah ia tidak mampu aku hadapi,tetapi ada kala aku juga lemah. Dalam kelemahan inilah, manusia yang berhati haiwan dan syaitan suka dan teriknja-kinja melihat saudara seagamanya bermasalah. Aduih, seagama atau sestatus sahaja. 




Walau apapun cabaran yang mendatang, kenalilah masalah dan cabaran itu agar kau tau kelemahan dan kekuatannya agar segalanya itu mampu kau hadapi dan memperelokkannya kepada suatu peluang membaiki diri. Percayalah, doa kita pasti Allah makbulkan. Tiada yang layak bagi orang yang zalim itu adalah suatu kehancuran!

Monday, January 3, 2011

Sukarnya...



Apa yang kalian lakukan untuk menghadapi saat tertekan?

Apa yang kalian rasa dan fikirkan ketika dalam saat sangat sedih?

Adakah motivasi anda hilang tanpa kesan?

Perlukah anda akan seseorang untuk berkongsi masalah?

Perlukah anda meluahkannya?

Perlukah anda merasa terhina dan kecil bila tekanan semakin berat?




Percayalah, ujian anda hanya sedikit... sebaliknya, ada yang lebih mencabar dan lebih parah tekanannya. Namun mereka hadapi dengan tabah.


p/s: aku di posting paediatric, bila aku melihat anak-anak kecil di ward, hati aku mulalah tenang melihat mereka yang masih suci daripada dosa. Alangkah bahagia hidup mereka tika ini. Akan tetapi, amatlah risau aku bila masa hadapan mereka pasti zaman yang amat mencabar. Pasti mereka bergelumang dengan dosa dan maksiat jika tidak mendapat panduan yang baik.

Saturday, January 1, 2011

Tahun 2011 Tahun Yang Amat Mencabar



1 Januari 2011 adalah hari pertama dalam tahun ini yang amat mencabar. Mengapa? Kerana pada tahun inilah aku wajib bekerja keras dan bersungguh-sungguh mengulangkaji dan belajar ilmu perubatan untuk menghadapi peperiksaan akhir Tahun 5 Perubatan pada bulan April ini. Peperiksaan yang menentukan bahawa aku layak atau tidak menjadi seorang doktor. Allahhu Akhbar. Berat sungguh menerima ayat itu. Ia bukan sesuatu yang boleh diambil ringan. Andai seseorang itu mengambil sambil lewa dalam study dan dia juga melepasi exam itu,sedangkan suatu masa dia akan menjadi seorang doktor. Maka,jadilah dia seorang doktor yang sambil lewa pada masa akan datang. Namun,sebaliknya,jika seorang pelajar perubatan berusaha bersama-sama mengulangkaji pelajaran dan sentiasa mengambil berat soal pesakitnya,inshaAllah, dia akan menjadi seorang doktor yang lebih bertanggungjawab.

Ingin menjadi seorang doktor bukanlah boleh dengan seribu lakonan yang menunjukkan anda seorang yang simpati,'empati' atau seorang yang sangat 'malaikat'. Doktor adalah suatu kerjaya dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada orang-orang tertentu untuk disempurnakan tugasan itu dengan baik. Malah, kerjaya lain juga adalah tanggungjawab kepada orang yang terpilih. Maka laksanakan dengan sepenuh hati. Memang ada kala ia amat sukar. Namun, percayalah, Allah tetap akan membantu kita dalam susah dan senang.



Tahun 2011 juga akan menetukan hala tuju aku dan bagaimana keadaan aku? Apakah yang berlaku seterusnya, belumlah aku perolehi kuncinya lagi untuk membuka pintu masa hadapan yang aku tidak mampu buka lagi. InshaAllah, perjalanan ini akan menemukan segala kunci masa hadapan yang aku cari.

p/s: thanks Luqman Halim(http://www.luqmanhalim.co.cc) sebab menjadi model gambar aku. Nanti aku belanja tauhu goreng this coming CNY holiday,inshaAllah.