Wednesday, December 28, 2011

Harapan

Alhamdulillah,

Jika kamu ditanya, apakah harapan kamu ketika ini yang mahu kamu kecapi?

Pasti beribu harapan terfikir.

Hmmmm.. Aku pun lebih kurang saja.

Secara peribadinya banyak harapan. Akan tetapi jika ditanya, satu harapan sahaja, aku mahu jawab...

" Semoga Allah meletakkan orang-orang yang aku kenal dalam naungan rahmatnya sepertimana Allah merahmati orang-orang yang soleh. "


Jika aku berada di akhirat kelak, alangkah indah jika dapat bersama insan yang sentiasa menyayangi saudaranya sepertimana menyayangi dirinya.

p/s: adeshh.. Masih update blog, homework specialist bagi tak siap2 lagi wei!!!.. Nasib boss sangat baik, terasa bersalah bila lambat selesaikan tugasan. :P

Monday, December 26, 2011

Impianku

Alhamdulillah... pujian bagi Tuhanku yang memberiku kudrat untuk terus bernafas dalam hela yang masih dikira baik lagi. Alhamdulillah.

Tajuk entri yang menarik sebab banyak impian dalam hidupku, tetapi disebabkan 'impian' kat atas tu hanya impian bukan impians, maka satu saja yang aku mahu kongsikan.


Impian itu adalah impian  yang aku simpan beberapa belas tahun sejak aku mengenali kewujudanNya dengan lebih mendalam.

Impian ingin berehat di kawasan lapang yang selamat, dalam suasana malam yang indah. Sejuk dan damai. Sesekali hembusan angin malam menemani.

Fuhhh.. Aku  mahu berjuta bintang di langit sambil menarik nafas panjang seolah itu nafas terakhirku. Kerana merasai keagungan Tuhan yang tidak terperi sehingga tidak mampu tertahan betapa selama ini keangkuhan aku melanggari arahan dan larangannya membuat diri longlai.

Ketika itu, alangkah indahnya jika aku mampu solat tahajjud di bawah langit biru disinari purnama yang terang. Cuba membuktikan hati yang mahu bersyukur dan mengharap redhanya.

Setelah beberapa ketika , aku mahu bermuhasabah dengan merenungi kesilapan lalu, betapa banyak kata-kata durjana aku lepaskan sehingga menyakiti hamba-hamba Allah yang lain, yang baik-baik. Betapa banyaknya kelakuan buruk aku melampaui batas. Hasad,dengki, dan segala kemunkaran menyeksakan hati sendiri mahupun orang lain.

Alangkah indahnya andai aku mampu berjalan menyusuri alam, mendengar bunyi alam. Menikmati dingin malam. Merasai sunyi dan sepi bumi yang dalam kegelapan kehilangan mentari.
tapi.... dunia nyata, menafikan impian ini. Mana mungkin aku berjalan sendirian malam-malam buat tanpa ada rasa takut dan gementar kerana binatang buas pasti berkeliaran dalam gelap...
Sebab itulah, ini hanya impian... hehe..

Diharap saat itu, bersendirian melihat malam akan mampu aku hayati untuk aku menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.

hmmm.. Mungkin boleh cuba dalam mimpi. ....

Friday, December 23, 2011

hmmm

Alhamdulillah.. Syukur pada Allah yang masih meminjamkan nikmatnya untuk aku hidup di dunia. Mungkin masih ada sisa rezeki aku di sini yang memungkinkan aku menulis sesuatu di dalam blog yang aku wujudkan bersama seorang sahabat aku.

Mengenang dan mengimbau masa lampau, kewujudan blog ini amat bermakna kerana berdirinya nama TRONX013 atas bantuan orang. Atas bantuan seorang sahabat yang hebat tetapi berpenampilan biasa. Yang aku tidak kenali dia sehinggalah ramai yang mengatakan kehebatannya baru aku tersedar. Hmmm..

Inilah dunia... seorang yang lemah seperti aku masih dibimbing oleh Allah dengan memberi bantuan kekuatan dari sumber yang aku tidak pernah fikirkan.


Perjalanan aku yang tidak tahu sejauh mana lagi, walaupun matlamat aku terlalu jauh... namun, itu hanyalah perancangan.

Apa yang mampu aku lakukan, hanya meneruskan...
Bukanlah aku seorang yang sempurna untuk memberi tunjuk ajar. Bukanlah aku seorang yang berilmu untuk memberi syarahan. Aku hanyalah insan kerdil yang cuba dan mahukan insan di sekeliling aku selamat di dunia dan akhirat. Dunia ini akan berakhir. Jika bukan bumi yang tamat, nyawa kita yang akan berakhir. Masanya sahaja tidak akan diketahui. Sebelum terlambat, biarlah aku berusaha untuk membantu mengingatkan saudara seislam aku itu walaupun hanyalah picisan usaha. Bukan minta dibalas, tetapi minta Allah merahmati kita semua.

Tidak kutahu jua dosa pahala aku.
tidak terasa berganda dosa kulakukan kerna kelalaian seharianku..
Angkuh dan ego sendiri membutakan aku merasa diri cukup sempurna...
Ampunilah dosa-dosaku, wahai pemilik jasadku. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim.

Thursday, December 15, 2011

"Budak Kaabah"



Alhamdulillah,
 Sempat lagi aku menulis blog dalam kesibukan bekerja. 

Internet baru pasang, sudah tentu excited.

Budak Kaabah, inilah gelaran aku terima bila aku masuk ke tempat kerja baru.  Pada mulanya ,aku blur, apa itu budak kaabah. Sebab aku tak pernah pergi Mekah lagi pun. hmmm Umrah pun tak pernah pergi. 
Setelah beberapa kali di'perli', akhirnya aku faham, rupanya depa gelar aku kerana sikap aku yang kononnya macam budak baik. hmmm baikkah? 

Sudah tentu aku ni banyak kekurangan. Aku tak layak pun nak terima gelaran budak kaabah . Perangai aku lantang dengan emosi, amarah pun sukar dikawal. Ilmu agama aku pula tersangatlah cetek. Banyak yang aku tak tahu. Inikan pula mahu menerima gelaran budak baik. Apa yang penting bagi aku adalah menjauhi kemunkaran. Namun, apakan daya,aku ada kala tersasar dengan suasana yang terpaksa . Ampunilah dosa hambaMu ni Ya Allah.

Sejak pindah di rumah sewa ini, alhamdulillah, semangat aku untuk solat berjamaah makin bertambah. Inilah kesyukuran aku yang amat aku suka kerana hidup mati aku adalah dengan Masjid. Aku tak sanggup berpisah dengan Masjid walau dimana jua aku pergi. Masjid tempat aku tenangkan hati. Walaupun sebentar di situ, tapi cukup memberi ketenangan. Berlagakkah aku menyatakan ayat-ayat ini? Sudah tentu tiada  apa yang perlu dibanggakan, kerana usaha aku ini hanyalah picisan buat seorang yang bergelar muslim. Muslim sepatutnya hidup membesar di masjid dan sentiasa memakmurkan masjid. sedangkan aku hanya beberapa ketika mampu ke situ. Sudah tentu, aku jauh ketinggalan dalam memakmurkan masjid. 

Jika dahulu aku mendapat gelaran penduduk dari Planet Marikh, kini aku digelar budak Kaabah pula. Adesh... Macam-macam. 

Apa yang merisaukan aku, amarah yang semakin teruji dan membahang. Adesh. Sukar dikawal. 


Dialog buat renungan.....

Perbualan santai aku dan bro H .

Aku : hmmm.. Mana kau pergi tadi? Layan asap(merokok) ke?
Bro A: tak lah... xkan lama sangat kot kalau layan tu. (ayat bermadah nak menafikan)
Aku : Ye lah tu.
Bro A : hmmm.. kau merokok ke?

Aku : hahaha.. of kos tak! Haram wei. Aku beriman pada Quran dan sunnah. (Walaupun tak sesempurna mana. Insaf pada diri sendiri juga kerana terpaksa menyatakan keyakinan bahawa merokok itu haram). 

Bro H : (tersenyum).

Moralnya , bukan ayat poyo aku yang perlu dipertikaikan, tapi kenyataan hukum Haram merokok itu perlu difahamkan. Bukan mengutuk perokok sebab tak suka, tapi menasihati kalian kerana kamu semua saudara seislam aku. :)

Sunday, December 11, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah, lama sudah aku tidak menaip di blog sendiri. 

Syukur pada Tuhan, aku masih diberi peluang bernafas di muka bumi yang indah ini. 

Alam bekerja amat mencabar. Habis posting surgery, kini aku di posting orthopaedic. Fuhhhh.. Mengenangkan pengalaman di posting surgery, hanya mampu tersenyum sahaja kerana rahsia perjalanan di situ yang amat dahsyat. hmmm.. Apapun, biarlah pengalaman itu disimpan rapi agar aku jadikan ia pengalaman untuk membaiki diri.

Sudah hampir dua minggu aku berpindah di rumah sewa bersama rakan setempat kerja. Alhamdulillah, rakan yang amat baik dan murah hati melayan aku yang telah digelar penduduk dari Marikh. Huh. Terpaksa akur dengan gelaran tersebut kerana aku tidak dapat memenuhi apa yang penduduk bumi sudah buat.

Soalan pertama :
1. Minat makan KFC? Mc D? Pizza?
jawapan aku : dulu minatlah, tapi dalam hidup aku hanya beberapa kali makan KFC, Mc D hanya 2-3 kali je, Pizza masih mampu makan kalau ada rezeki sebab  tepungnya sedap.

2. Pernah main snooker, karaoke, lepak dengan gitar, tengok bola ramai-ramai?
Jawapan aku : hmmmm... petik gitar orang pernahlah. Setakat petik, baby 8 bulan pun tahu buat. hihi. Bola? Aiseyyman. Ini yang melemahkan aku, soalan dan topik paling lemah aku nak jawab, sebab aku tak minat langsung dengan bola. Hanya sokong pasukan Malaysia sahaja. Asal gol, aku sorak belakang. hihi.

3. Weekend atau cuti , pergi wayang tengok cerita apa?
Jawapan aku : Wayang? Jejak masuk pun aku tak pernah. 
( Rakan serumah dah pelik dengan jawapan luar biasa aku.)

4. Biasa pergi jalan-jalan?

Jawapan aku : ini yang sedih nak jawab, saya cuti biasanya jalan-jalan keliling rumah je. Kalau bosan pergi pancing, masuk kebun. heheh. Sebab itu ilmu pengetahuan am aku lemah dan banyak tempat aku tak tahu nama. 

Ada beberapa lagi soalan yang aku tak mampu jawab dab 'blur' nak jawab kerana ceteknya ilmu.

Apapun, syukur, aku masih diberi peluang untuk berada di rumah ini,melayari internet dan berehat.


Ada satu kisah buat Si Pandai. 

" Suatu hari aku ingin menderma darah. Memang tidak aku rancang tetapi Allah lebih mengetahui setiap perancangan hambanya. 

Seorang doktor yang sudah beberapa tahun kerja ditugaskan untuk menjaga station blood pressure.
Aku pun duduk di atas kerusi yang disediakan. Doktor yang pandai tersebut macam tidak puas hati dengan posisi aku.

" boleh ke depan sikit sampai line kat lantai tu? Kerusi mesti berkedudukan sampai line tu"

dalam hati aku, " apa kaitan line atas lantai tu dengan tekanan darah? Apa pasal doktor ni malas nak gerak? Kenapa layanan dia terhadap pesakit macam teruk sangat, macam melayan orang yang tidak berakal yang akan menurut perintah."

" ok, beres." aku pun membetulkan kerusi sampailah ke posisi yang dia mahukan.

Sampailah dia bertanya, " Kamu kerja apa?"

Aku jawab " HO"

Dia seolah tak faham, " Apa HO"

" Houseman lah"

Doktor tersebut tersentak dan terus berubah bengang. Melayan aku macam Horseman
Apa pasal pula perangai dia berubah ? Hari itu aku cuti. So, aku cuti lah! Layan aku seperti biasa sudahlah. 
Ini tidak, mahu kenakan aku sebab ada benda yang aku terlupa nak isi, dan ada benda yang aku tak mampu recall. Alahai, baru kerja jadi doktor senior belum lagi jadi pakar pun.  Perangai sudah buruk. hmmmm... 

Macam inikah seorang yang dalam kategori pandai melayan orang kampung dan masyarakat?  hmmmm memalukan. 

What you give, you will get back.

Selepas aku diperli habis sebab mengkantoikan pernagai buruk dia memperbodohkan aku (mengarahkan aku membetulkan kerusi ke tempat garisan di lantai untuk keselesaannya), doktor tersebut terus memerli aku sebab tertinggal satu soalan dalam borang. Inikah HO , borang pun tak lengkap isi. ( Inilah ayat dia kepada aku yang tidak sengaja terlepas pandang mengisi borang). 

Sejurus kemudian, kawan aku bertanya pada aku sambil menunjukkan angka Hb : 14.0. " eh! fadzli, tekanan darah aku ini ok tak?" 

" errk?Itu bukan tekanan darah bro.  Ko pergi jumpa doktor tu, suruh dia tulis blood pressure ko!"
Aku mengarahkan kawan aku tu dengan suara penuh tegas dan tegang agar doktor tersebut sedar bahawa dia juga manusia yang ada kelemahan! Jangan sesekali menghina orang kerana kelemahannya, kerana Allah pasti membalas. Benar! Hanya sekelip mata, dia menerima balik air liur yang diludah ke langit , membasahi mukanya. Sifat bongkak dia terus menjadi bahan bual rakan aku yang petah berbahasa Inggeris. Menerangkan penyakit yang sedikit pun tidak difahami oleh rakan aku kerana bahasanya yang pelik. Malah dalam masa yang lain, memerli rakan aku yang sedikit berbadan besar. 

Orang pasti ingat aku berasa puas hati dengan apa yang diterima. Secara jujurnya, aku tidak suka orang berpangkat rendah dalam masyarakat di pandang dan dilayan seperti sampah! Jangan sesekali memperbodohkan orang lain kerana kononnya kita bijak.

Dalam dunia kerja aku, banyak sudah aku bertemu dengan anak datuk, anak saudara sultan, orang berjawatan besar, tetapi mereka begitu rendah diri dan hormat aku sebagai orang yang membantu merawatnya. Walaupun aku hanya beberapa bulan umur bekerja. Alhamdulillah. Yang aku pelik, bila bertemu dengan golongan yang merasai dirinya pandai dan sempurna. Alahai, sempurnalah sangat.

Selagi aku masih bernyawa, inshaAllah, aku mahu membela kebajikan saudara seagama aku. Aku tidak mahu orang yang kononnya bijak dan hebat menganiaya orang bawahan. Kerana, aku benar-benar yakin bahawa tiada yang mampu mengatasi kekuasaan Allah. Tiada yang mampu mengadakan jika Allah katakan Tidak! Begitu sebaliknya. 

p/s: Pengalaman aku ini hanyalah suatu kisah untuk dijadikan pengajaran dan bukan untuk perbahasan. Ia lebih kepada kejujuran kita dalam hidup dan beragama.

Wednesday, October 12, 2011

Hanya yang mampu....

Alhamdulillah masih bernafas lagi hari ini.. Untuk berapa lama entahlah, yang pasti saat untuk menghembuskan nafas terakhir semakin hampir. Cuma tidak tahu bila.

Ya, saat hidup yang ada kala naik dan turun emosi dan kualitinya.

Sedih,suka , geram, pilu dan macam-macam adalah perjalanan dalam kehidupan.

Betapa berat dugaan yang mendatang, terpaksa kita hadapi. Betapa berat ujian menguji, kenalah sedia menghadapi.

Cukuplah merungut atau  memendam.

Kuatkan hati, sedia menerima kelemahan, sedia menerima kesilapan.
Berusaha keras untuk membaiki, lebih rajin lebih proaktif dan berdoalah selalu pada Allah. Semoga Allah bantu kita dan menyedarkan kita agar sentiasa ingat padaNya.

Sunday, October 2, 2011

Bilakah mampu aku terus tersenyum?

Sesaat duduk memandang laptop, melihat semua laman web yang biasa aku lawati, facebook, blog, email dan sebagainya, terkenang saat 10 tahun dahulu yang teringin sangat memiliki komputer sendiri sehingga bertahan lapar untuk mengumpul duit sendiri yang akhirnya terasa mustahil untuk memilikinya kerana sehari hanya mampu menabung 20sen atau paling tinggi seringgit sahaja. Pasti duit terkumpul akan habis diguna untuk membeli keperluan lain atau barang yang terasa perlu ketika itu.

Teringat saat itu, kembali mengenang saat zaman sekolah rendah yang penuh kegembiraan kerana tiada yang menghalang untuk aku menikmati kehidupan yang tiada tanggungjawab. Gelak ketawa tanpa terasa seksa di dalam hati. Cuma ketika di dalam kelas adalah saat neraka bagi seorang kanak-kanak yang tidak suka pada peraturan. Ia perjalanan yang wajib bagi penduduk Malaysia.

Masa berlalu, saat ini aku melihat kanan,kiri depan dan belakang. Manusia masih mampu gelak dan ketawa. Mereka masih mampu bertahan dengan hidup yang tidak sesekali mengganggu emosinya. Apakah benar mereka tiada masalah? Atau mereka berjaya menghadapinya dengan baik? Hebat. Bagaimana mereka menghadapi segala dugaan,kritikan, dan segala macam masalah? Sungguh hebat sehingga mampu untuk terus tersenyum. Merasai nikmat hidup dengan penuh maknanya. Itulah nikmat duniawi.


Dan tidakkah aku layak merasainya juga?
Adakah aku tidak mampu menemui saat untuk terus tersenyum lagi?
Adakah saat indah itu sudah lupus dalam perjalanan sejarah masa depan aku?
Atau apakah kesudahannya...?

Seperti biasa jawapannya.. biarlah ia menjadi sebuah rahsia yang tenggelam dalam lautan kehidupan. hehe..

Semoga kita menjadi hamba Allah yang bersyukur.

Sunday, September 18, 2011

GPS


Alhamdulillah, hari ini aku kerja dari pukul 7am sehingga 5 pm. Memang tenang sikit hari ini. Tak berapa penat.

Misi hari ini, adalah untuk balik rumah!

Aku ada kirim pak cik aku untuk beli GPS sebab mahu pergi konvokesyen 21 hb SEPTEMBER 2011. InshaAllah.

Wah, bila dapat alat ini, mulalah jakun!
RM 499 melayang. Apakan daya, inilah usaha aku untuk belajar tentang perjalanan. Atas sebab aku seorang manusia yang sangat lemah daya ingatan dalam mengingati jalan bermusafir. Maka, ini sahaja usaha termampu aku lakukan.

Pulang bersama pak cik dan mak cik yang datang ke Muar untuk membawa aku pulang ke Batu Pahat. Maklumlah, aku hanya ada basikal . Mana sempat sampai rumah dalam masa sejam.

Sempat singgah di Sabak Awor untuk makan malam. Alhamdulillah, kena jaga makan minum. Banyak makan sayur, dan kurangkan seafood. hehehe

Seterusnya, bila sampai di rumah, bertemu pula dengan kucing comel , Si Putih. Bila aku melangkah ke dapur, aku terdengar kucing mengeow. Terlihat kucing aku yang dibuang 2 minggu lalu kerana masalah 'disiplin'. hehehe. Terkejut juga aku. Betapa hebatnya kucing mencari jalan pulang ke rumah ini setelah dibuang sejauh 2-3 kilometer. Yang mungkin susah mahu kesan alamat rumah ini. Ini kuasa Tuhan.

Inilah pengajaran yang kena kita faham. Bahawa usaha keras untuk kembali pada 'tuannya' tidak akan pernah ditutup melainkan kita yang memilih untuk berhenti mencuba.



.......Kisah lain pula.

Ada kala kita akan rasa yang diri kita dihargai bila seseorang yang kita hormati teruamanya orang yang lebih tua, lebih bagus penampilannya menelefon kita. Bertanya khabar. Kita melihat hanset, namanya terpampang. Buat pertama kalinya, kita terasa gembira. Inilah hadiah ukhwah daripada Allah.

Namun, jika yang menelefon kamu dengan nada selamba, tanpa anda kenal dengan rapat, bertanya di mana anda untuk bertanya tugasan yang anda lakukan ketika anda masih dalam usaha menyelesaikannya. Kemudian menyindir anda kerana lewat siapkan tugasan tanpa bertanya mengapa tidak siap pada masanya? Tidak memahami. Sebaliknya mengutuk anda yang juga terlewat solat beberapa minit selepas azan. Apa perasan anda ketika ini? Rimas bukan? Rimas dengan sikap orang yang baru senior yang masih tidak matang dalam pengurusan dirnya sendiri. Bukan tidak menghormatinya tetapi realiti menafikan hak untuk kita merasai kepimpinannya. Entah kemana pergi kekuatannya. Anda terasa tawar menghargai kehebatan yang mungkin dimilikinya.


Apapun, segala pemberian dan tunjuk ajar sangatlah aku hargai.
Segala peringatan dan ingatan serta doa, semoga Allah berikan balasan yang setimpal. Semoga Allah rahmati insan yang semulia itu. Amiin.

Saturday, September 10, 2011

Iman kita


Jika suatu masa dahulu, kita selalu sahaja ditanya, apa maksud iman? Apa itu rukun iman?
Kenapa kita perlu beriman?

Soalan biasa yang ditanya dan jawapannya pula sudah boleh dihafal sekalipun para non-muslim pun mampu menjawab dengan lebih baik jika ditanya.

Apa yang membezakan kita dengan orang lain?Apa yang membezakan kita dengan non-muslim?

Iman... Taqwa!
Iman itu termasuk hati, pertuturan dan tingkah laku. Inilah pakej iman yang sebenar.

Bukan harta , bukan kecantikan atau kekacakan , bukan jawatan , bukan keturunan!
Harta akan musnah, harta akan hilang, miskin akan jadi kaya dalam sekelip mata. Menang juara lagu, seguni duit akan kau kecapi dan nikmati buat sepuluh keturunan.

Cantik atau hodoh, semuanya subjektif. Dalam beberapa tahun, wajah kau akan berubah. Sama ada semakin bercahaya atau rosak kerana kesilapan atau juga kemalangan menimpa.

Jawatan? Hiduplah engkau dalam keadaan bongkak dengan jawatan besar kau! Berlagaklah dengan segala macam prinsip dan kekuasaan engkau. Besar kepala, dominasi dan penindasan.
Yakinlah, yang kuasa engkau itu kau yang punya, agar suatu masa, ketika engkau dalam kepayahan, engkau akan tahu milik siapakah kuasa dan jawatan itu!

Keturunan? Tiada siapa yang hiraukan siapa datuk nenek moyang engkau kerana zaman telah berlalu pantas. Sekalipun engkau mengubah sejarah. Semuanya sia-sia kerana keturunan hanya meletakkan kau dalam keadaan kepayahan kerana mencuba untuk bangga dan besar diri.


Kita yang tersedar akan kepentingan agama, kesedaran dalam membentuk hati yang ingat Allah dan kematian menemuiNya, pasti mahu seluruh ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang kita sayang , turut berusaha dalam jalan Allah. Namun, percayalah. Iman itu bukan suatu yang mudah dinikmati dan dikuasai.

Beribu kali kita cuba untuk mengingatkan saudara yang kita sayang itu agar  mengingati Allah, jika mereka tiada usaha berubah, maka tiada siapa mampu mengubahnya.

Diri kita sendiri juga ada kalanya terumbang ambing dalam perjalanan menemui Allah, inikan pula mahu beria-ia membantu orang lain.Akan tetapi, janji Allah itu pasti, Allah tidak akan sia-siakan usaha kita.

Di mana kita sekarang, di sinilah Allah amanahkan kita untuk terus berjuang.

Ada kalanya, kita mengharapkan kita mampu bersama orang-orang yang soleh. Namun, tidak semua orang-orang yang kita rasakan mereka itu soleh akan menerima kita. Mengapa? Mungkin mereka memiliki masalah tersendiri. Aku pun tidak tahu.Apa yang penting, diri kita sendiri mesti memiliki niat dan pendirian untuk membaiki kelemahan. Memastikan hari ini lebih baik daripada hari semalam.

Apa yang penting dalam perubahan adalah sedia menerima apa juga cabaran dan sedia berubah!
Untuk berubah amat sukar. Aku sendiri pernah merasa kesakitan dalam berubah. Aku yang lemah sering saja terasa dalam menerima ujian yang aku rasa amat berat. Tetapi, aku percaya Allah akan bantu aku. Allah akan berikan aku sesuatu yang aku tidak tahu apa kepentingannya buat ketika itu, tetapi ia amat baik pada masa yang Allah akan tetapkan. Maka, segalanya aku terima. Segalanya hanya untuk Allah, aku serahkan diri ini.

Budak skema



Minggu lepas, senior sekolah menengah aku yang sudah bekerja di tempat aku kembali bekerja. Maka, bertemulah dia dengan aku.

" Assalamulaikum, saya fadzli. Your junior,Dato' Onn(SMKDO).heheh. Kenal tak?"

"waalaikumusalam, eh, ni ke fadzli yang dioarang cakap tadi. Dato Onn ke?hahahaha. Lain giler. Dulu bukan main skema giler! Pakai songkok! sekarang lain giler lah."

" hehehe, sekarang otai sikit, Lepak je. Dah tak minat pakai songkok. Songkok itu alat yang tak bersih. Saya suka pakai topi atau kopiah je."

Senior sekolah lama aku itu seorang yang pendiam dan perangainya sampai sekarang lebih kurang je. Hahaha.. Baru aku sedar yang perubahan aku ketika semakin membesar memang agak ketara jika dibandingkan dengan zaman muda-muda yang penuh lakonan sahaja.

Ketika awal-awal bekerja lagi aku katakan pada rakan-rakan " saya ni nampak je macam skema, tapi perangai macam hantu sikit nanti. Tunggu masa je nak jadi 'hantu'.heheh" Tapi, tak semua percaya. Sampai ada yang katakan aku ini, memang 'jahat' atau 'nakal' bila sudah sebulan kerja. Apakan daya, sudah perangai aku memang macam itu. Bermula dengan skema dan berubah menjadi diri sebenar setelah berjaya mengadaptasi. Alhamdulillah, aku juga kena perbaiki kelemahan .

Kawan aku mengingatkan junior aku masa kerja, " ni fadzli, orang baru juga kat sini, dia ni nampak je skema, tapi perangai macam 'hantu' sikit.  Tapi ok lah. Lawak pun ada. "

Dalam masa yang sama, ketika rakan-rakan aku beraya di rumah cikgu sekolah lama,mereka ada bercakap pasal aku. Cikgu aku memberitahu rakan-rakan aku yang aku sangat lain ketika dia bertemu aku di USM Kelantan suatu ketika dulu jika dibandingkan aku pada zaman sekolah. Amat berbeza. Aku lebih banyak bercakap dan lebih berani.

Alhamdulillah, perubahan positif yang aku terima amat aku syukuri setelah berkali-kali berusaha dan menerima kritikan, akhirnya aku berjaya melakukan perubahan yang baik. Ini semua sokongan daripada semua. Bantuan daripada rakan-rakan, doa daripada saudara seagama aku. Alhamdulillah.

Terima kasih.

Cuti Sabtu



Alhamdulillah.
Ada masa nak menulis lagi. Kalau masa student dulu tertanya-tanya, adakah aku ada masa nak menulis blog atau blog akan terkubur? Akhirnya terbukti, bahawa pengurusan masa dan strategi dalam menempuhi masa-masa akan datang amat penting.

Pernah melihat blog senior yang hampir 2 tahun tak update kerana kerja. Entah apa yang berlaku ketika dia menempuhi alam pekerjaan, aku pun tidak tahu, tetapi berdasarkan ceritanya, amat payah perjalanan kerjanya. Memang mencabar. Itulah kehidupannya. Aku sangat kagum dengan kesabaran senior aku ini yang mampu melepasi dugaan dalam alam pekerjaan,

Sebagai pekerja dalam dunia kerajaan, aku melaluinya dengan sedaya upaya. Memahami setiap langkah dan gerak kerja. Susah dan penat kenalah tanggung. Aku bukan budak yang cemerlang. Tahap aku hanya sekadar budak biasa-biasa sahaja. Cuma yang membuatkan aku mampu berdiri kerana aku masih ada sisa-sia motivasi yang dibekalkan semasa alam pengajian aku di USM Kelantan.

Bekerja dan belajar amat berkait rapat. Jika kamu seorang yang pemalas ketika belajar, maka kamu juga akan menjadi pemalas ketika bekerja. Melainkan kamu berubah. Begitu sebaliknya. Namun, kebaikan yang dicari pasti akan diberi perhatian oleh Allah. Allah akan bantu kita. InshaAllah.

Bekerja dan berurusan dengan manusia amat susah. Kita terpaksa memahami perasaan, berkomunikasi dan berusaha mencari apa masalah mereka. Ada kala emosi kita goyah, emosi orang lain juga goyah. Semua akan bercampur baur jika tiada yang bertolak ansur. Aku hampir tertekan apabila dalam keadaan sibuk, masing-masing mahu melepaskan rasa tidak puas hati dan berkeras dengan pendirian. Ini lumrah. Maka, aku hanya senyap dan terima apa respon orang lain dan sabar.

InshaAllah, kita akan selamat mengawal keadaan.

Inilah pengalaman semasa belajar. Pengalaman dalam melaksanakan urusan program ketika zaman belajar dulu.Terima kasih semua rakan-rakan di universiti serta sesiapa sahaja yang membantu.

Kita kena ada sifat sabar, sedia menerima teguran dan mengalah. Bukan kerana kita lemah, tetapi bagi mengawal keadaan agar ia berjalan lancar demi kemudahan bersama.




Tutup cerita di atas....

Minggu lepas, aku dapat cuti hari ahad, maka matlamat cuti itu adalah untuk beraya rumah cikgu kesayangan aku,ketika aku di zaman sekolah menengah. Cikgu sekolah rendah,mungkin tidak ingat kami lagi kot.. entahlah, kalau dapat beraya rumah mereka pun bagus. Namun, sedikit terkilan kerana aku ditinggalkan oleh kawan aku setelah merancang program tersebut beberapa hari sebelum aku cuti. Apakan daya. Kawan-kawan aku beraya sehari lebih awal tanpa memberitahu aku. Maka, hari ahad itu hambar kerana tiada teman yang mahu ikut serta. Yang ada cuma beberapa kawan sahaja yang memang merancang untuk tidak pergi beraya.

Hati ini, mungkin sedih.Namun, kuasa Tuhan. Allah membuka hati kawan-kawan aku yang tidak merancang untuk beraya, yang merancang untuk shopping ke The Store, tetapi akhirnya bersetuju beraya ke rumah seorang cikgu sekolah kami. Alhamdulillah.Terima kasih semua,

Sebenarnya, hari ahad itu menjadi hambar kerana aku telah memberitahu cikgu tersebut untuk datang ke rumahnya jika tiada masalah bersama rakan-rakan yang bersetuju nak turut serta. InshaAllah. Akan tetapi aku mungkin terpaksa membatalkannya kerana tiada sesiapa mahu turut serta.

Petang itu, setelah habis shopping, kawan-kawan aku berasa serba salah membiarkan aku dalam dilema kerana telah memberitahu cikgu tersebut untuk beraya. Mereka pun Ok saja nak join sekali walaupun mereka tidak rapat dengan cikgu tersebut. Aku pun sama, cuma aku merasa terharu ketika cikgu ini sampai di Kelantan melawat saudaranya di Hospital USM,Kubang Kerian,cikgu ini masih ingat aku. Dan berusaha mendapatkan nombor hanset aku melalui cikgu sekolah aku yang lain. Berusaha untuk bertemu dengan aku di USM Kelantan. Jarang sekali aku menerima penghargaan sebegitu,kerana cikgu tersebut merupakan cikgu sains tingkatan 3 kami sahaja. Tetapi, dia masih ingat aku. Jadi mengapa aku ada alasan untuk melupakan beliau pula?

Sebab itulah, raya tahun ini, raya pertama aku sebagai pekerja,ingin beraya di rumah cikgu yang pernah ingat aku ketika aku belajar di perantauan.

Walaupun ada kala aku merasa seolah bersendiri, hakikatnya, ramai yang ada di sisi. Semoga Allah merahmati kalian semua. Semoga Allah melimpahkan kasih sayangnya dan menempatkan kalian semua dan diri aku juga dalam golongan yang mendapat rahmatnya,serta syurganya.

Sunday, September 4, 2011

Faham dan redha



Faham... sesuatu yang amat sukar dilakukan, tetapi jika ia dikuasai, amat mudah menempuhi segalanya.

Redha.. sesuatu yang sukar juga. Pernah kami debatkan tentang definisi ini. Ada seorang senior yang tidak mengiktiraf redha sebagai sesuatu yang baik ,sebaliknya merasakan redha adalah sesuatu yang terpaksa. hmmm entahlah. Aku pun tak tahu.


Ada masa kita gembira, ketika itu saudara kita berada dalam kesedihan. Siapa yang tahu?

Ada masa kita dipuji, kita bangga. Dalam masa yang sama, sahabat kita dikritik,dimarahi ,ditengking kerana kesilapannya. Siapa yang tahu perasaannya ketika itu?

Ketika kita bersama keluarga, gembira, ada pula saudara kita yang kehilangan ahli keluarganya. Mereka dalam keadaan amat sukar. Kita pula bergembira menikmati keindahan dalam berkeluarga. Namun, dalam masa yang sama itu, adakah kita mengingati keadaan saudara kita yang lain?


Itulah pentingnya memahami dan redha.


Ketika aku naik kerja, setelah cuti raya pertama. Aku bekerja rya kedua. Petang itu, ada seorang pesakit yang sedang berperang dan berjuang dengan nyawa kerana terlibat dalam kemalangan. Hari raya kedua. Pendarahan dalam otak. Ketika itu, dia hanya bergantung pada alat pernafasan setelah pelbagai jenis ubat diberi. Namun, harapannya sangat tipis dan boleh kata sudah tidak mampu meneruskan hidupnya. Aku terdengar bisikan keluarganya , " Ya Allah, permudahkanlah pemergian anakku ini. Ampunilah dosa-dosanya. "

Aku hampir menitiskan air mata, namun, aku cekalkan hati. Mengapa terasa? kerana ia suatu lumrah seorang manusia yang menyayangi saudaranya yang lain yang dalam kepayahan menempuhi suatu kematian. Bertemu dengan Tuhan.

Apapun.... Perjuangan kita, apa yang kita ada dan tanggungjawab yang diamanahkan. Kita lakukan yang terbaik. InshaAllah, Allah pasti membantu kita.

Teringat aku ketika aku oncall, betapa hanya pada Allah, aku serahkan harapan dan bantuan. Aku sudahlah lalai padaNya, tetapi masih meminta padaNya. Amatlah aku rasa segan meminta... tapi apakan daya, aku hanya insan yang amat lemah, terpaksa meminta padaNya kerana aku tiada kudrat melainkan Dia yang meminjamkan padaku.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa hambaMu ini. Berikanlah kami ketenangan dan rahmatMu di dunia dan akhirat.

Tuesday, August 30, 2011

Hari raya Pertama

 Alhamdulillah....

Hari raya pertama, lewat sedikit ke surau untuk solat. Maka, terpaksa duduk di ruang luar surau untuk menanti solat. Surau agak penuh dengan jamaah yang balik beraya di kampung ini.


Apa yang menarik tentang jamaah di surau ini, ialah songkok. Sudah lama aku meninggalkan songkok kerana sejak zaman sekolah lagi aku tidak gemar memakainya tetapi aku terpaksa memakai songkok untuk ikut sunnah(menutup kepala) dan kerana tiada alternatif lain.

Pandang kanan kiri, depan dan belakang, semuanya pakai songkok. Kalau ada pun kopiah putih hanyalah satu dua sahaja.

Aku memang suka berkopiah putih sebab nampak bersih. Kalau kotor sikit, aku terus basuh.

Aku suka memakai pakaian yang sesuai untuk buat solat terus tanpa perlu ditukar ganti. Sebab itulah aku pastikan pakaian aku dalam keadaan suci dan bersih.

Sempena syawal ini, sempat juga kami berONLINE dari keluarga di Kedah pagi ini melalui SKYPEE. Buat pertama kalinya. Secara tak langsung dapat mengubat rindu semua. Hahah..

Kalau dulu kami sepupu papat, menaiki motor merempit sampai jatuh motor. Huhu...

Tahun ini lebih baik, dengan suasana lebih teratur dan mesra. InshaAllah, moga Allah terus berkati keluarga kami semua.

p/s: Hidangan ayam masak merah, sambal kacang dan ketupat mengungguli jamuan sepanjang tahun. Rendang, lemang, kari ke, semuanya tidak diminati oleh famili aku. huhuhu.. walau sesedap mana pun, kami tetap memilih ayam masak merah!! yeah!

Salam Syawal



Alhamdulillah,

Salam Syawal buat semua pelawat blog ini yang mungkin sudah tidak semeriah dulu kala kerana aku sudah jarang melawat blog rakan-rakan. Jadi , tidaklah hairan jika blog ini sunyi sepi tanpa siapa yang sudi melawatnya. Apapun, terima kasih kepada yang masih berkunjung. Aku bukanlah orang popular atau berpengaruh atau berilmu untuk dilawati. Hanya ukhwah yang menguatkan semangat aku untuk terus menulis dan melawat blog rakan-rakan.


Sempena raya ini, aku ingin menyampaikan ucapan SELAMAT HARI RAYA , Maaf Zahir batin atas silap dan salah.

Terima kasih atas penaja butang baju raya.

Terima kasih atas tajaan baju raya x2, kad raya, kuih/biskut raya termasuk biskut tronx (biskut makmur kot).

Terima kasih juga atas ucapan raya melalui sms,facebook , doa dan semangat.

Sesunguhnya, aku sangat bersyukur memiliki saudara seislam yang sentiasa memberi sokongan kerana perjalanan yang kita lalui bukanlah mudah. Memerlukan sokongan dan bantuan untuk terus kuat.


Semoga Allah mempertemukan kita di ramadhan tahun hadapan dan seterusnya. InshaAllah.

p/s: Cuti raya pertama sahaja. Maaf juga, gambar tiadalah. Tak sempat nak edit. Keletihan bekerja membuatkan aku malas nak edit. Malah, nak save energy untuk kerja minggu ni. ehehe..

Saturday, August 27, 2011

Ramadhan tahun ini....


Alhamdulillah, masih dapat aku mengingati Tuhan, mengucapkan tasbih kesyukuran. 

Ramadhan sudah ingin menutup tirai keagungannya. Aku pula baru sahaja dapat kelapangan untuk fokus dalam ramadhan. Aku cuti 28-30hb Ogos. Alhamdulillah, walaupun sementara tetapi cukuplah bagi aku cuti itu. Semoga aku beroleh keberkatan.

Banyak sungguh dugaan dari dalaman, luaran dan sebagainya ramadhan ini.

Dari segi luaran adalah kesihatan dan bidang kerja yang amat mencabar. Menjadi seorang doktor adalah suatu dugaan, setiap hari berdepan dengan pelbagai masalah dan kena mencari penyelesaiannya. Boleh aku katakan doktor ini adalah seorang insan yang sentiasa diuji kekuatannya dan keupayaannya. Melakukan kesilapan bukanlah sesuatu yang perlu dihampakan tetapi sesuatu yang perludipelajari dandiambil iktibar.
Selalu dimarahi kerana kesilapan. Kerana kecuaian. Selalu ditegur kerana mengulangi kesilapan. Mengapa? Ada kala kami terlalu penat, terlalu banyak kena uruskan sehingga terabai sesetengah perkara. Sebab itu kami redha jika dimarahi kerana kecuaian, semoga kami akan belajar dan membaiki diri pada masa hadapan. 


Walau apapun, kerja adalah isu yang tidak boleh diambil mudah. Kena datang awal dan balik lewat sedikit untuk mendapat gaji yang bersih. Kalau boleh hendaklah tanya rakan yang lain apa-apa yang boleh dibantu , buka meminta balasan, tetapi mengharap kita melatih hati agar sedia membantu. Bukankah rasulullah mengajar kita berbuat baik dan menjauhi kemunkaran. Aku sebenarnya bukanlah rajin, tetapi bukanlah pemalas sampai ponteng kerja. Aku insan biasa, berlatih membaiki diri.  Bukankah kita mahu hari esok lebih baik daripada hari ini. InshaAllah. 


Ramdhan..... Selamat menyambut Syawal. Maaf atas salah silap yang saya lakukan. Terkasar bahasa, memainkan perasaan, menyakitkan hati dan segala macam kesalahan. Semoga Allah ampuni dosa kita semua dan membantu kita agar menjadi hambaNya yang taat dan diberkati. InshaAllah.

Saturday, August 20, 2011

Ramadhan Kali ini.....

Alhamdulillah, sempat menunaikan solat isyak berjamaah dan tarawikh. Walaupun solat tarawikh lapan sahaja, tapi aku merasa cukup tenang, tertutama bila dapat berjamaah di kampung sendiri. Tidak sangka setelah hampir 5 tahun aku di Kelantan, akhirnya kembali di bumi sendiri. Aku memilih Muar daerah sebelah, bukan Batu Pahat atas alasan tersendiri. Sesiapa yang mengetahuinya,diharap biarlah ia rahsia. Biarlah aku di sini dengan tenang melaksanakan tanggungjawab, lagipun aku masih belajar. Aku masih memerlukan ruang untuk fokus pada diri dan memerlukan masa membina kekuatan diri.


Sejak 3 minggu bekerja, aku sudah hilang hampir 5 kilogram. Cepat betul turun. Bukan kerana sakit, mungkin kerana kurang makan dan banyak bergerak.  Bulan puasa plak tu. Bersahurkan air masak beberapa teguk di sebelah katil. Berbuka pula dengan air manis dan kuih. Ada kala beli nasi sedikit. Sudah 4 hari aku berbuka kuih sahaja. Malam ,selepas balik kerja, aku makan malam sama ada nasi atau mee. hmmm

Solat tarawikh? Tadarus? Hmmmmm... susah nak komen. Hanya sempat sampai di rumah dalam pukul 10pm. Itu pun belum mandi, belum berkemas. Maka, bayangkan suasana ini untuk menghadapi saat ramadhan. Ia amat meletihkan, sehingga ibadat tadarus, tarawikh aku terabai seketika. Ia nampak seolah aku memberi alasan, dan mengelak daripada melakukan ibadat. Orang akan kata, kalau betul-betul, bijak memberi masa, pasti ada masa untuk solat tarawikh dan tadarus. Benar. Ia tidak salah. Akan tetapi, aku manusia biasa,aku hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Memang aku mahu bertarawikh, tadarus, namun, keletihan dan lemahnya iman, membuatkan aku tumpas dengan keadaan.


Diharap, cuti di penghujung ramadhan akan memberi peluang aku beribadat dengan lebih baik.

p/s: hmmm terasa amat berbeza membeli makanan di bazar . Kalau di Kelantan, penjual wanita mesti memakai tudung walaupun lilit sahaja. Tetapi di sini, berbeza, rambut gerbang, ada macam-macam corak, dan warna. Walaupun bulan ramadhan, aurat masih terbai seolah ramadhan hanya bulan berniaga dan menahan lapar.

Hari ini ...

Hari ini 20 hb Ogos, sudah 20 hari berpuasa.... Sudah dekat sebulan aku kerja. Hmmmm Ya, banyak lagi yang aku tak tahu. Banyak pula yang sudah aku lupa. Namun, aku bersyukur, semenjak aku beekrja di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, aku merasa di sini memiliki insan-insan yang baik dan sangat membantu. Terutamanya rakan-rakan sekerja yang sangat baik. Ini jelas kelihatan apabila kita minta bantuan, inshaAllah, mereka sedia membantu.

Rakan sekerja yang belajar di luar negara, seperti di Ukraine, Indonesia, India dan lain-lainnya, memiliki perwatakan yang amat baik dan nampak matang dalam bekerja. Kebanyakan mereka sangat peramah dan baik hati, sedia mengajar dan belajar.

Semalam,18 hb Ogos aku oncall buat pertama kalinya. Aduhai. sebenarnya tidaklah ramai pesakit, tetapi, ketika itu aku jatuh sakit, demam,sakit kepala dan selesema sampai pening kepala. Ini menguji aku ketika oncall. Alhamdulillah, aku tempuhi dengan sedaya upaya. Oncall pertama kalinya, memang menakutkan. Setiap kali oncall adalah saat menakutkan.. huhu..

Pengalaman seterusnya, apabila masuk dewan bedah buat pertama kalinya. Huhu... Memang blur. Antibiotic dan dose ubat yang aku tak tahu kerana aku kurang arif dalam bidang ini. Maklumlah, ketika itu, aku terlupa bawa buku dose ubat. Aku tak pasti dose ubat antibiotic di ward sama dengan dose ubat untuk orang bedah. Jadi aku pun bertanya pada MO. Huh!! MO tengok aku dan jeling. Hmmmm.. Maksudnya, dia irritated dengan  soalan 'bodoh' aku. Sebenarnya, antibiotic yang diminta berlainan dengan antibiotic yang biasa aku belajar. Itu yang aku jadi ragu-ragu. Bertanya lebih baik daripada buat-buat pandai. Demi keselamatan pesakit. Do no harm to the patient.  Maka, aku mengambil pengajaran agar bersedia dengan ilmu farmasi banyak sikit sebelum ke dewan bedah selepas ini. InshaAllah. InshaAllah, kalau aku sudah bergelar MO dan senior, aku tidak akan mencontohi perangai membiarkan orang lain terkontang kanting sedangkan kita mampu membantunya. Aku akan berusaha menjadi lebih baik daripada itu. InshaAllah. Ilmu itu milik Allah, bila-bila masa Allah akan beri  atau tarik balik. Kita mungkin ada ilmu, tetapi ia tidak mungkin mampu mengatasi ilmu Allah. Kita mungkin ada banyak ilmu tetapi belum tentu mampu menandingi ilmu insan yang biasa-biasa. Kerana Allah itu adil. Itulah keyakinan aku !Aku yakin Allah akan bantu aku. Akhirnya, aku menelefon rakan sekerja lebih senior untuk mengetahui dose ubat tersebut. Rupanya ia sama dengan dose digunakan di ward.  Fuhhh.. Beres. Apa yang berlaku di bilik bedah? hmmmm biarlah rahsia. Tiada yang istimewa pun..


Apapun, Hospital Pakar Sultanah Fatimah ini banyak memberi impak dalam hidup aku. Suasananya lebih baik berbanding suasana di tempat pengajian kerana di sini, kami bekerja secara teamwork. Aku yang berada di posting Surgery pula bersyukur kerana banyak ilmu yang aku pelajari di USM mampu diaplikasikan semasa bekerja. Cuma lemah sikit dalam bidang farmasi, dose ubat dan pengurusan dokumentation di  sini.

Akhir kata, selamat menempuhi 10 malam terakhir ramadhan. InshaAllah. :)

Saturday, August 13, 2011

Cuti Ahad ni!!!

Alhamdulillah. rasa gembira bila dapat gunakan internet di bilik sister ini dengan aman pada hari sabtu ni. Alhamdulillah,.

Hmmm sungguh sibuk menghadapi saat kerja yang masih baru. Day 18 bekerja dan day 4 offtag surgical posting.. huhu suasana menjadi busy di ward ini. Maklumlah, macam-macam jenis pesakit muncul dan macam-macam perangai ada. Letih juga nak hadapi sikap manusia,melebihi letih bekerja 16 jam berterusan. Pastinya balik rumah tidur terus.

Esok aku dapat cuti!! Yeay!!
Terasa gembira sebab ingin bertrawikh di kampung. Ingin melihat kampung halaman setelah 3 minggu di kampung jiran..hahaha. Padahal setiap minggu balik rumah..eheheh balik untuk basuh baju je.  :P

Ok lah. Hanya nak update blog. sementara tak busy ni.

Selamat bertarawikh, bertadarus dan beribadat di bulan Ramadhan.

Saturday, August 6, 2011

Hari ke 11 menjadi Pekerja

Alhamdulillah, dapat juga aku menulis malam ini dengan selamba di dalam bilik sister ward surgery..huhu Harap sister tu tak buka blog aku..hihih...

Aku bekerja di Hospital Pakar Sultanah fatimah ,Muar. hmmm

Rutin aku? Keluar pukul 6.30am dan balik pukul 10pm.

Jadi, untuk bersiap, dalam pukul 5.30am aku bersiap untuk pergi. Dan balik pula kenalah lewat sikit untuk memasti8kan keadaan dalam ward stabil.. ceewah!.. Konon-kononya lah. aku kan budak baru, kenalah banyak belajar. Jadi inilah masanya aku nak eblajar. Susah wei!! rasa macam tak study je dulu. Alhamdulillah pengalaman masa pengajian di USM sangat membantu. Aku sangat menghargai jasa tunjuk ajar dan tarbiyyah doktor, nurse dan warga USMKK. Mereka memang best! Banyak membantu aku masa zaman kerja aku.

Kes menarik? Huhuhu.. semuanya menarik untuk belajar. Even selsema pun kena tahu nak bagi apa.. hahaha..

hmmmm.. Apapun, aku rasa tidak lah terlalu stress di sini kerana rumah aku lebih kurang 1 jam je . Maka, aku boleh balik anytime. InshaAllah.

Salam ramadhan, buat semua.... Dah bersiap menemui 10 hari terakhir?

Aku? hmmm.. Susahnya.. tarawikh pun hancur. Buat sendiri. Duarakaat dan tumbang atas katil.. letih. Iman tak kuat. Allahuakhbar.

Harap aku akan perbaiki diri pada masa akan datang. Semoga Allah membantu aku dalam usaha menjadi hamba Allah yang disayanginya. Terasa diri amat jauh padaNya.

Dengar cerita, kampung aku pun sudah ramai doktor ye? huhu bagusnya. boleh rawat aku masa sakit nanti. :P

p/s: terima kasih pada semua.

hmmmm..... rindunya nak berbuka puasa di rumah,,huhu...

Tuesday, August 2, 2011

Sunday, July 24, 2011

Terima Kasih Semua



Alhamdulillah. Itulah ucapan aku mahu sampaikan terutamanya kepada penduduk kampung aku sendiri yang penuh ambil berat tentang aku sejak aku di alam pengajian, sehingga mahu menduduki exam final sampailah aku dapat kerja dan mahu berdaftar esok.

Ya, aku bukan budak pintar atau genius. Aku memang insan biasa. Sebab itu usaha aku akan membuatkan mereka yang gebius bimbang...dan..Kerana doa-doa mereka yang ikhlaslah mungkin aku terlepas lulus menerima rezeki yang aku dapat hari ini. Rahsia Allah, aku tak mampu melihatnya.

Apa yang ada padaku hari ini, inshaAllah, akan aku ingat akan segala jasa mereka yang mendoakan dan membantu aku. Mengajar aku dalam segala hal. Terima kasih.

Aku mendapat tahu bahawa rakan ibu aku sanggup menelefon ibu aku semata-mata ingin mengucapkan Tahniah kerana aku mendapat kerja. Malah, ada juga rakan ibu aku yang turut menzahirkan kegembiraannya apabila mendapat tahu aku mendapat kerja. Sehari selepas wakil aku umumkan dalam Fb aku, kawan-kawan ibu aku terus menelefon ibu aku. Terima kasih. Sesungguhnya aku tidak memiliki apa-apa untuk memberi. Semoga Allah membalas kalian dengan rahmat dan barakahnya. Ya Allah, betapa hinanya aku jika aku menjadi hambaMu yang tidak pernah bersyukur.

Tanggungjawab aku bermula secara rasmi esok 25 Julai.

Ramai juga rakan-rakan yang gembira aku mendapat tempat di kawasan dekat dengan rumah. Mungkin mudah bertemu. Ya, terima kasih semua.

Kepada rakan maya, facebook , blogger, email dan sebagainya yang mendoakan aku. Terima kasih sekali lagi. Semoga Allah memberkati kalian. Mereka amat penting dalam perubahan aku menjadi insan yang lebih 'profesional'  walaupun sebenarnya aku masih di level rendah. Ia lebih baik daripada aku dulu yang tak tahu apa-apa.


Dua bulan lebih aku bercuti.
Dua bulan juga pelbagai masalah dan cabaran muncul. Bermula kes dituduh itu dan ini sehingga hari terakhir ini, sehari sebelum bekerja aku menerima cabaran . Jiwa yang goyah untuk menghadapi alam pekerjaan diuji lagi dengan komen dalam post entri blog aku. Aduhai. Kesilapan aku mungkin kerana menceritakan kisah sahabat aku, namun, identitinya dirahsiakan. Akan tetapi ia menjadi isu besar kerana ramai yang tak berpuas hati. Maka, jika kalian merasaka ia entri sampah, buang sahaja. Bagi aku, ia entri aku tulis yang aku mahu manfaatnya walaupun sebesar biji sawi. 

Alhamdulillah, masalah kontroversi entri tersebut telah aku selesaikan dengan tuan punya kisah entri itu. Sahabat USM. Terima kasih sahabatku. Nasihat kau amat aku hargai. Terima kasih dan syukur pada Allah kerana mengurniakan aku sejumlah sahabat yang amat mulia dan berjiwa hamba padaMu. Semoga Kau rahmati sahabat-sahabatku dan kenalan aku ya Allah. Ampuni dosa-dosa mereka. Mereka membantu aku. Mereka menyayangiku. Jadikanlah aku insan yang mulia seperti rasulullah.

Walaupun pelbagai suara-suara aneh menjelma dalam blog dan apa jua cara, namun, aku yakin Allah penyelamat aku . Dia ada. Maka padaNya aku memohon.  Cukuplah dua bulan lalu mengalirkan kesedihan aku yang amat berat kerana satu keluarga terlibat. Hari ini, aku kena lebih berhati-hati. InshaAllah. Apa cerita itu? Biarlah rahsia.

Kisahku akan bermula...

Saturday, July 23, 2011

Jawapan teka teki 5 makhluk itu


Entri sebelum ini telah aku berikan teka teki 5 Makluk yang tiada ibu dan ayah ketika dilahirkan.  Soalan sabahat,Mawardi ketika kursus induksi. Seorang yang a'lim dan baik.

hmmm.. Apa dia jawapannya?
Bagi klu sahaja.
1. dua daripada 5 itu adalah manusia.
2. 3 daripada 5 itu adalah binatang.

Merintis akal yang cergas dan kritikal...

Link tambahan : http://mohdfadzliiberahimshah.blogspot.com/2011/07/berlatih-sebelum-bekerja.html

Doakanlah kejayaan kami dalam alam pekerjaan pula.

Friday, July 22, 2011

Kursus Induksi UD 41 ku...

Alhamdulillah, 19-22 Julai 2011 yang lalu, aku telah mengikuti kursus induksi sebelum melaporkan diri ke hospital yang ditempatkan.

Aku telah berkursus selama 4 hari ini di Hotel Pemaisuri, Ujong Pasir Melaka. Hotel yang indah di tepi laut tetapi kurang meriah sebab tak ramai penghuni selain kami,peserta kursus.

Aku bersyukur dengan kehadiran rakan-rakan Muslim -Mawardi, Aliff,Azizi yang membentuk 4 ahli kumpulan 'makan' yang sangat proaktif dan cekap. Mengapa? nanti aku akan ceritakan.

" Kami bereempat merupakan kelompok yang suka mengejar meja makan sejurus waktu makan diumumkan. Bagi kami, cepat dan tepat adalah terbaik kerana bagi mengelakkan kami beratur panjang untuk mengambil makanan. Hmmm. Malah ia suatu yang menyeronokkan buat kami yang seronok bila dapat makan dengan selesa dan aman tanpa menunggu lama.  Apapun, inilah masanya nak berbaik dan merapatkan ukhwah."

Semoga kami bertemu kembali. InshaAllah.


Secara ringkasnya, kursus induksi untuk UD 41 sangat rilak.

Hari pertama
-Pendaftaran,pembahagian kumpulan dan tugasan kumpulan.
-Malamnya akan ada satu ceramah, dan pengumuman tempat POSTING melalui surat rasmi.
-Jika tidak berpuas hati dengan tempat posting, maka, rayuan diperlukan. Surat tulis by hand dengan contoh surat rayuan yang dibekalkan dalam sampul surat  rasmi posting. Perlu dihantar malam itu juga atau esoknya ASAP.

" Aku dihantar ke hotel ini oleh keluarga yang mahu berjalan-jalan ke Melaka. Susah juga mencari hotel ini. Rupanya dalam perkampungan Portugis. hmm Malam itu pula keputusan tempat posting diumumkan. Alhamdulillah, aku dapat Hospital Sultanah Fatimah,Muar. Pilihan pertama aku. Pilihan kedua aku JB,dan ketiga Batu Pahat. Sangat mendebarkan. Namun, syukur. "

Hari kedua dan ketiga.

- penuh dengan ceramah tentang protokol perubatan, tentang tugas pegawai perkhidmatan awam.
-tentang gaji, rasuah ,kepimpinan dan sebagainya.

" Ceramah memang membosankan, memang kuatkan azam untuk tahan mengantuklah. Ada benda yang bagus kita perlu contohi dan ambil tahu. Manakala yang kurang, perlu diperbaiki".

Hari keempat
- Ceramah farmasi.
-Ujian bertulis-20 objektif dan 2 subjektif. Semuanya ada dalam ceramah.Contohnya tentang rasuah,suapan. Ujian selama satu jam.
- persembahan kumpulan.
- Pengumuman keputusan rayuan tempat.

" Kebanyakan rayuan diterima melainkan mereka yang memilih hospital yang sudah penuh. Mendapat tahu rakan seangkatan yang dipostingkan di tempat yang sama dengan aku akhirnya bertukar ke tempat lain, maka aku redha . "



Aku bersama rakan-rakan USM dan USIM yang semuanya berjumlah 78 orang akhirnya berjaya melengkapkan kursus ini dengan sempurna. InshaAllah.

Sempat belajar teka teki daripada kawan aku, Apakah 5 makhluk yang dilahirkan di dunia tanpa ibu dan ayah?
1. ______________
2. ______________
3. ______________
4. ______________
5. ______________


Cubalah jawab?

Sepanjang kursus ini, makanan memang sedap disediakan oleh pihak hotel. Terima kasih kepada tukang masak dan staf di sana. Memang sedaplah!

Hotel ini juga menghadap lautan Selat Melaka. Best! Cantik. Cuma aku saja yang tidak membawa kamera aku.

Memang sedikit menyesal. Namun, cukuplah segala keindahan itu disimpan dalam memori di ruang otak ini.

Aku pulang ke rumah dengan menaiki kereta kawan pula. menumpang ke rumah.

Sunday, July 17, 2011

Santai : Hari-hari yang tinggal


Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah.

Sudah lebih 2 bulan aku merasa dan menikmati nikmat penganggur. Merasa kelapangan yang amat lapang kerana banyak aktiviti tersekat dek kos yang menyekat ke mana-mana. Sehingga banyak saudara, rakan-rakan yang kecewa kerana tak mampu menunaikan permintaan untuk bercuti di negeri mereka. Hanya Allah yan tahu segala perancangannya. Aku hanya redha.

Duduk di rumah, berehat,bermain dan menimba pengalaman di internet. Belajar apa yang masih tak tau. Hmmm mungkin ada rakan yang buat elektif di hospital , namun, tidaklah termampu aku untuk turut mengikuti mereka. Ya, banyak alasan kalau sudah tak mahu. Entahlah. Ada sebab. Maka, kita rancang apa yang telah kita pilih.

19 Julai ini, Selasa, aku akan mula ke Melaka untuk Kursus Induksi bersama rakan-rakan medic. Alhamdulillah. Ada juga rezeki untuk memiliki kerjaya sendiri .

Masa kecil teringat lagi ketika aku melihat ayah aku pergi kerja,

" suatu masa aku kena pergi kerja juga. Kena tanggung keluarga. Hmm Mesti guna duit banyak. Nak beli rumah, kereta, tv dan semuanya guna duit. Tak sukanya kena kerja. Mesti berpisah dengan keluarga. Tak best!! Hmmm"  Suara hati yang penuh emosi kerana tak suka saat itu menjadi realiti. Namun, hari ini soalan itu terjawab. Hmmm InshaAllah, tiada masalah besar. Aku harungi dengan tabah.

Saat ini, aku masih berkemas lagi apa-apa yang tidak lengkap. InshaAllah, kena bersedia fizikal, mental, rohani dan segalanya. Hmmm. Perasaan? Mestilah bercampur baur dengan sedih ,suka , seram, risau dan macam-macam lagilah yang aku tak dapat nafikan muncul dalam benak aku. Apapun, terima kasih atas segala doa semua, sahabat-sahabat maya, realiti, dan sesiapa yang pernah mengenali aku. Terima kasih atas sokongan dan tunjuk ajar. Mohon kemaafan jika ada salah. Hehehe. Macam nak raya lah pula, maklumlah, cuti raya tak confirm lagi. Macam beraya di tempat kerja sahaja. huhu.. Harap hati aku tak kisah lah ye. Yang penting semua selamat. Percaya pada janji Allah. Kita bertemu di akhirat sebagai saudara seislam. Itu yang utama.

Ya Allah, bantulah hambaMu ini.

Wednesday, July 13, 2011

Karya : Curi Karya Orang : Kebebasan

Gambar sempena hari itu....

Hari-hari berakhirnya...


Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah. Yang telah memberi rezeki pada hambanya yang masih alpa dan masih mencari diriNya lagi. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini. Bantulah kami ya Allah dalam segala hal.Lindungi kami daripada sebarang kejahatan dan maksiat.

Entri kali ini aku tuliskan hanya untuk memberi tahu bahawa aku bersama rakan seperjuangan akan memulakan sesi kerja dengan didahului oleh kursus induksi 19 Julai 2011 ini. Maka selepas ini, kuranglah 'blog ini di update'. Maklumlah, hanset yang saya fikirkan untuk mencatat pengalaman juga sedang dibaiki, kalau ia berfungsi baik, maka sempatlah menaip semasa kerja nanti. Kalau sebaliknya, berehatlah blog ini . InshaAllah, hanya Allah yang menentukan segalanya.

Semoga kita menjadi pekerja, membantu masyarakat dengan penuh dedikasi,ikhlas dan bersemangat moga ia juga menjadi pembaik pulih diri sendiri agar menjadi insan yang lebih baik. InshaAllah.

Sunday, July 10, 2011

Nasi Ambang or Nasi Ambeng



Alhamdulillah, semalam Sabtu, aku ke Kluang,sebuah kampung yang damai dengan suasananya. Masyarakat yang sepakat dan baik hati. Aku bersama keluarga dengan 3 buah kereta ke sana untuk menghadiri kenduri tahlil. Bertolak selepas asar, dengan perut yang tak makan tengahari lagi, hanya berbekalkan nasi lemak pagi tadi dan cendol petang itu. Memang lapar.

Selesai tahlil, doa makan di baca. Makanan terhidang dengan kuih muih dan yang paling penting nasi ambeng. Adat jawa memang akan menghidangkan nasi ambeng ini. Huhuhu Macamana rupanya?
Saya ambil dari link  http://nailofar09.blogspot.com/2010/04/nasi-ambeng-lauk-pauk-n-cara-hidang.html
Bacalah link tersebut, ada penerangan.

8-10 dulang paling sikit untuk lelaki sahaja. Maka, aku bersama kembar aku,pak cik aku dan ayah aku makan dalam satu hidang . Makan hidangan dalam dulang seperti gambar di atas. Sedap nampaknya tapi tak berkuah. Aku sudah pelik. What?! Nasi ambang suruh makan tapi tak ada kuah? Nasi pula kering wei! Bentak hati aku. Aku pun suarakan kepada pak cik aku, " Kuah tak ada ke?" . Pak aku kata, " makan sajalah. Kering pun keringlah. " Aku korek lauk sampai jumpa serunding kelapa, baru sedap nak makan. Mungkin ini petanda sesuatu yang aku tak faham.

Habis doa tadi, kami berempat makan. Aku fokus makan dengan tunduk tanpa menghiraukan orang sekeliling. Kembar aku dah belasah ayam sampai habis. Pak cik aku pula berborak dengan aku sambil makan. Cerita pasal nasi Ambang yang zaman dulu lagi ganas dengan nasi dah macam bukit dalam dulang. Manakala ayah aku yang terpandang orang kampung  terasa pelik. Ayah aku berkata, " nasi ambeng ni , orang tak makan, biasanya mereka bungkus bawa balik.". Aku pun tersentak. " ye ke?". Aku ingatkan ayah aku menambah bual pak cik aku. Ayah aku sambung, " tengoklah lah kat belakang tu, orang kampung semua tak makan. " Aku dengan muka 'alim' melihat ke belakang  dan pasti, semuanya tak makan. Yang paling menarik, semuanya pandang kami yang tengah syook berbual makan. Kah3!!! Lawak. Aku terasa aku berada dalam zoo sekarang ni. Bila menjadi bahan pelik. Adeih! Malah, mereka semua tersenyum bila saya pandang mereka .Selepas itu mereka berbual 'perli' kami. Walaupun mereka benarkan kami makan, tapi seganlah sebab tak tahu adat orang kampung di situ.

Yeah! Majlis ini turut disertai dengan kaum hawa yang di tempatkan di ruang yang tertutup. Mereka juga dihidangkan dengan makanan. Maka, mak cik-mak cik aku dan anaknya juga senasib dengan kami. Mereka lagi dahsyat dengan strategi yang lebih baik, ketika sedang makan dengan penuh semangat, mereka tersedar bahawa orang kampung sedang membungkus dan mahu pulang dah. Apa mereka buat? ....hmmm.. Mereka fokus makan, kata mak cik aku kepada rakan seperjuangan makannya, " Tunduk fokus makan, jangan pandang orang lain. Nanti kena salam. Segan lah, sebab kita bantai makan nasi ambeng ni.Aku tengah lapar sangat ni. " . Hahaha... terasalah yang aku dan keluarga ni macam orang bandar pula. Sedangkan kami pun tinggal di kampung ni. Tengah melepak kat kampung ni. Cuma kampung kampung sudah hampir hilang identiti jawanya. Mungkin.


Alhamdulillah, aku melihat orang kampung di situ sangat peramah, mesra, baik, bersemangat dalam apa jua keadaan. Mereka datang ke rumah jiran dari segala penjuru kampung yang aku tak tahu di mana datangnya. Bagus. Mereka juga memiliki semangat kejiranan yang baik.

Maka, ketika terkantoi tengah makan, kami berhenti seketika ketika ketua majlis ingin membaca doa selepas makan, maka, terbantut enzim-enzim badan pencerna makanan. Selepas doa habis dibaca, kami bantai makan lagi. hahaha.. Lapar sangat. Memang seronok bila dapat makan beramai-ramai.

Malah seronok bila dapat lihat dan bertemu saudara mara yang tak pernah jumpa lama. Ada juga saudara aku, sepupu juga yang satu sekolah, tua setahun dan selalu bertemu di sekolah tapi tak pernah tegur sangat. Rupanya dia adalah sepupu aku dan hal ini baru aku tahu 4 hari lalu. Hmmmm... betapa teruknya perjalanan aku merentas usia ini . Alhamdulillah, Allah tetap mempertemukan aku dengan saudara terdekat aku. Sebab itu, aku wajib melayan baik dan bekelakuan baik terhadap sesiapa. Mereka saudara seagama aku . :)


Persoalannya :
- Ke mana aku ketika kecilku dalam dunia kampung,sehingga tidak tahu adat keturunan aku?
- Ke mana aku ketika majlis kenduri di rumah aku ketika aku kecil dahulunya?

Jawapannya :

Hahaha... Usah ditanya jawapannya kerana jawapan aku sudah pasti Biarlah Rahsia. Yeah. Maaf.

-----------------------------------------------TAMAT-------------------------------------------------------------

Monday, July 4, 2011

Dialog : 'Demam Xanthophobia'

Nama saya Ning Lu'lu(Ada kaitan dengan Ana lu'lu ke?)Nama panjang sebenar saya sila klik di sini, saya suka bunga matahari, kerana bunga matahari memberikan sinar kebahagiaan kepada semua orang.(ikan pun suka ke? Ada ke bunga dalam air masin?). Suatu hari, adalah seorang hamba Allah ni, ke mana aku pergi, dia mesti ada. Aku sudah mula cemas. Sampai suatu tempat, aku terserempak dengan dia.....
Kisah Satu :


Ning Lu'lu : What??!! Apa tengok-tengok I.. Tak puas hati? Lu fikir la, I kan ikan, tak kan lah I terlibat.

Mr P : Hmmmm... Sudah lama saya perhatikan gerak geri kamu.

Ning Lu'lu : What? You 'skodeng I ke? Buat apalah saya nak buat perkara yang menghancurkan keamanan. I tidak terlibat dengan perkara itu semua. Percayalah. Ni yang I rasa nak bunuh diri. Percayalah. I tak terlibat. Tak kanlah sebab warna baju I ni ,you mahu jadikan alasan yang saya ni terlibat sama? Kalau macam tu, pupuslah spesis I.

Mr P : Terlibat apanya You. I tangkap you, sebab I nak buat asam pedas je.Kecoh lah.Ntah pape je. Perasan hebat je.

Ning Lu'lu :opss.. Malunya I. Silalah tangkap I. Asam pedas kaw-kaw sedap tau. Barulah I dapat mati dengan aman.

Kisah Kedua :


Nama ambo blue(Tuan, kesilapan tatabahasa jika menulis nama dengan huruf kecil di permulaannya.). Oh ye ke?(Blue menggaru kepalanya sambil memikirkan macamana orang boleh nampak huruf 'b' dalam perkataan blue itu huruf kecil semasa dia bercakap memperkenal  dirinya. huhu) Maaf. Ulang suara, " Nama saya Blue. Saya berasal dari blog ini

Blue: Ya ada apa ? Nama saya " Blue TangRegal Tang ~ Blue Surgeonfish ~ Indo-Pacific Blue Tang"

Mr P : Ada aku kisah.

Blue: Kenapa pandang saya macam tu, saya kan ikan. Ekor saya memang dilahirkan begini. Mengapa pula saya mahu disalahkan? Oh tidak.hukhuk(sedih)

Mr P :Saya harap kamu bagi kerjasama.

Blue :Tuan, saya ini ikan. Saya jelaskan lagi, SAYA INI IKAN. Saya pula hidup dalam air masin sahaja. Saya tak boleh menulis pun, apatah lagi untuk bersuara.Nak berjalan pun tak boleh,hanya berenang saja.

Mr P : Saya harap kamu beri kerjasama, kalau tak kamu yang akan susah.

Blue :TUAN!Saya tak bersalah!" sambil menangis teresak-esak.
Mr P : Gedik lah kau. Aku nak beri makanan ni je pun. Dramatik betul.

Blue : Oh ye ke? Malunya I.


______________________________Tamat______________________________________


Kisah ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Ini merupakan gambaran apa yang berlaku ketika ini, bila perarakan beramai-ramai pada Sembilan Julai ini. mencetuskan fenomenanya Aduhai, semuanya cemas kerana pelbagai tindakan diambil untuk menjaga keamanan.

Aku memuji anggota polis kerana mereka berusaha keras menjaga keamanan, berkorban masa dan tenaga untuk memenuhi amanah ke atasnya. Semoga Allah memberi mereka keberkatan dalam hidupnya.

Dalam cemas itu, tercetuslah idea ini kerana kelelahan aku melihat masyarakat yang sudah mula 'cemas' dengan keadaan sekeliling.

Dinyatakan bahawa entri ini tidak  mengutuk sesiapa, tidak ditujukan kepada sesiapa. Hanya gambaran keadaan sekarang.

Pengajaran :

1. Berani kerana benar.
2. Memberi kerjasama bila diminta berbuat demikian.
3. Tidak membuat huru hara kerana marahkan orang lain.
4. Bersangka baiklah terhadap saudaramu.

Sunday, July 3, 2011

Santai : Parit Jawa : Makan Asam Pedas


Alhamdulillah, hari ini kami dapat bersama lagi untuk bertemu. Sahabat sejak sekolah rendah lagi sampai ke sekolah menengah, terpisah sementara kerana berbeza haluan pengajian. Walaupun terpisah, kami selalu saja bertemu jika ada masa lapang. Alhamdulillah.

Sehingga hari ini, masing-masing cuba 'kacau' antara satu melalui Facebook  atau SMS atau membuat panggilan telefon. Bertanya khabar. Aku sebenarnya takut untuk berlebih-lebihan dalam bergurau dengan sahabat ini walaupun telah lama kenal. Manusia mudah berubah. Malah, aku juga pernah ditegur kerana mengganggu seseorang yang aku cuba bertanya khabar dan bergurau. Aku tidak kisah dengan teguran itu. Mereka berhak. Walaupun ada yang mengatakan mereka stress atau apa pun, tetapi alasan itu bukan rasional untuk menghukum orang lain  kerana masalah sendiri. Yup, aku terima teguran dengan baik. Bercampur dengan masyarakat, maka aku kena sedia bertolak ansur. Aku ni kan faham bahasa. huhuhu..

Seawal jam 10am, kereta kawan aku sudah sampai di depan rumah. Adesh!! Awal betul. Perjalanan dalam cuaca yang kurang baik, sejuk dengan hujannya, tetapi ia cukup bermakna. Kawan yang bercuti hujung minggu balik kampung, maka kenalah melayan aku yang masih penganggur ini.

Apa yang special tentang mereka ini,aku rasa semuanya menerima kelemahan dan kelebihan. Malah, kalau mereka ada masalah apa pun, mereka semua lebih matang menyelesaikan masalah. Tertekan? Mereka pasti ada. Cuma ,bagaimana mereka menghadapinya juga amat berbeza. Hampir  7 tahun aku merantau sana sini dan membandingkan sahabat yang ada dengan sahabat yang bersama sejak sekolah rendah sampai sekarang. Perbezaan yang amat ketara. Namun, bukanlah perbezaan itu mengatakan sahabat lain jahat. Tidak! Ini merupakan perbezaan untuk disesuaikan oleh diri. Bukannya mencari alasan bersengketa.  Mungkin sahabat yang sama-sama membesar lebih memahami diri. Sebab itulah kami mudah menerima. Pernah juga aku buat kerja giler, membuat hal, tapi mereka dengan selamba mengatakan ' rilax lah, dont worry, i know you.hahaha" Sambil tergelak menganggap apa yang aku buat mereka sakit hati itu sebagai perkara biasa. huhuhu... Walau apa pun harapan. Suatu masa kita akan berpisah juga. InshaAllah, aku tidak akan melupakan jasa baik semuanya.  Arigatogozaimas.

Dalam pukul 10 45am, sampai di Parit Jawa. Walaupun ada road-block, pak cik Polis tanya, 'nak pergi  mana?" sambil matanya melihat satu kereta. Huhuhu.. Soalannya mesra tetapi itu bukan soalan yang dia mahu cari. Baju kami semua tiada yang bewarna emas. Walaupun aku memang mahu pakai baju jersi bola yang berwarna harimau. Aduih!! Aku tahu, ia kurang selamat jika dipakai buat masa ini. Maka, pakailah aku baju hijau.

hmmmm.. Berselera.
Jumlah bayaran RM32. Murah je. Aku rasa tiada masalah. RM 8 per person. Aku ok je. ke mahal? ahahaha.. biasanya lunch aku RM 6 termasuk air. Cuma beza RM 2 je. Its Ok lah, aku merasa Siakap tersisa tu. Walaupun aku yang pilih ikan siakap untuk di makan. Tunggu punya tunggu tinggal tulang je. Aku sempat menjamah sisa daging je. Hahaha.. So, ini bermakna, aku nak pergi sini lagi. InshaAllah, baals dendam siakap!! :P
Ikan merah, ikan kerapu, ikan cencaru serta sayur kangkung dan belacan. Fuh.. Bagi aku ok lah. Nak lagi best kena makan panas-panas dan kena pekatkan lagi kuah tu.



Misi Parit jawa Asam Pedas tercapai. : Mission Accomplished.

Thursday, June 30, 2011

Surau : Kau dan Dia

(entri ini agak panjang dan entri ini juga tentang aku dan seseorang.... agak bosan jika membacanya buat mereka  yang tidak melaluinya mungkin. Apapun, aku harap... entri ini tidak menjadi bahan celaan orang yang mencela.)
Alhamdulillah, setelah berehat dua hari kononnya, ingatkan mahu berehat seminggu, tapi ada banyak perkara yang menguji ke'poyo'an aku untuk berehat seminggu. Allahuakhbar. Hanya Allah yang tahu betapa apa yang berlaku hari ini dan semalam merupakan rahsia buat aku dan Dia(Yang Maha Kuasa).

Hari ini, Khamis, aku bercadang puasa sunnat setelah semalam aku terlepas mengingati Hari Isra' Mikraj kerana tersalah tarikh. Apa boleh buat. Perkara kecil sahaja. Alhamdulillah, hari ini dapat juga aku sempurnakan puasa sunnat atas kudrat yang Allah pinjamkan.

Petang tadi juga, aku melawat keluarga sahabat aku, yang anak abangnya berusia 2 minggu telah kembali kerahmatullah atas sebab-sebab tertentu. Semoga Allah berikan kekuatan serta rahmatnya atas keluarganya untuk menempuhi ujian Allah. Percayalah, anak itu yang masih suci akan menjadi bidadari syurga. Aku yang tak merancang untuk bersama solat jenazah dan bersama melihat majlis pengebumian, akhirnya turut serta. Aku berasa amat bersyukur kerana inilah jalan yang Allah bimbing aku. Aku seolah dibawa mempelajari dunia atas kehendak Allah. Alhamdulillah. Itulah yang aku rasakan, bahawa diri ini terbimbing oleh Maha Pencipta. Aku tahu betapa hinanya aku, aku tahu betapa lemahnya aku ini, sebab itulah bimbingan daripada Allah, perlindungan daripada Allah, amatlah aku harapkan.


Aku bergegas pulang ke rumah, jam menunjukkan 7.15pm, beberapa minit lagi azan berkumandang.  Aku menanti dengan sabar.

Malam ini, aku ke surau untuk membaca Yassin, dan bertahlil. Alhamdulillah. Selepas majlis itu, ada sedikit pengisian dan kata-kata daripada warga surau.

Sudah lama aku ingin tuliskan kisah ini, tetapi belum ada kesempatan sehinggalah malam ini takdirnya mungkin...

Daripada seorang pensyarah Maktab Perguruan Batu Pahat. Pensyarah Mathematik(yang aku kenal lah dulu). Beliau meminta izin menyampaikan sepatah dua kata. Dalam hati aku," hmmm sepatah dua kata je, tak leh lebih tau.". Beginilah hati aku yang masih nakal dan degil nak kenakan orang...  Hati aku sebenarnya goyah sedikit malam ini kerana mengenangkan beberapa peristiwa lalu yang aku amat marah dan amat kurang selesa berdepan dengannya. Sebab itu ,aku kurang suka mendengar kata-kata orang berjawatan di mana-mana pun.

Beliau ini, aku kenal sebagai seorang jiran aku yang tinggal di sebuah lorong di kampung ini. Lorong yang memiliki rumah yang besar,mewah.Aku mengenalinya sejak 10 tahun lalu. Itu pun kerana aku sudah menjadi budak surau. Ketika itu juga, aku masih budak-budak lagi, masih membuat kecoh ke sana dan ke mari. Melastik burung termasuk yang singgah di atas tiang bumbung, sehingga aku kena marah sebab membuat bising melastik bumbung bukannya melastik burung . Aduih!!... Kena sound sekali, teruslah aku tidak buat lagi kerana aku ini budak yang faham bahasa. Masa 10 tahun lalu, aku memang merayau ke lorong kediaman pensyarah ini.  Rumahnya di hujung lorong. Sekitarnya penuh dengan hutan dan semak kerana tanah lot di situ belum dibangunkan lagi. Kedudukan rumahnya amat terpencil. Bagi aku , ia amat bahaya. Semasa awal kehadirannya, beliau membawa keluarganya solat di surau. Ketika itu, aku perhatikan dia amat kekok sedikit. Sehinggalah, suatu masa aku mendapat berita yang anaknya telah meninggal dunia. Sejak dari saat itu, beliau berubah daripada banyak aspek. Aku amat menghormati dia. Malah, aku juga mengenalinya apabila beliau meminta tolong aku untuk mengangkut tanah menambak halaman rumahnya. Upah diberi RM 5 rasanya. Aku cakap, tak apa. Namun, dia cakap, ini duit raya,,pak cik ikhlas nak bagi ni. Maklumlah, musim raya belum habis ketika itu. Aku hanya tersenyum dan mengambil dengan gembiranya. RM 5 memang besar ketika itu. Angkat tanah je pun. Ketika itu, beliau mungkin tidak mengenali aku sangat. Tidak mengetahui siapa aku melainkan hanya budak kampung yang 'melepak' di surau.Lazimnya, jarang orang akan mengenali siapa aku. Sebab itu gelaran budak MISTERI masih menjadi milik aku.Perlukah tau siapa aku? Tak perlu rasanya.

Sepanjang aku di surau, beliau selalu berpesan kepada aku, kalau ada masalah matematik, bolehlah tanya pak cik. InshaAllah, pak cik akan tolong. Alhamdulillah. Aku tersenyum atas kebaikannya. Sesungguhnya malam itu aku amat bersyukur kerana ada orang sebaiknya ingin membantu aku, malah ambil berat padaku. Doaku padanya, biarlah ia menjadi rahsia aku dengan Allah.Beliau insan yang amat baik dan baik. Walaupun aku tidak mengenali dengan rapat, tetapi aku tahu ketulusan hatinya.

Ucapan beliau malam ini yang aku coretkan mungkin ada tokok tambah, tetapi tidak lari daripada maksud asalnya.

" Assalamualaikum, malam ini saya ingin menyampaikan ucapan sepatah dua kata khas buat anak-anak muda di surau. Pesanan ini khas daripada pak cik buat anak-anak yang pak cik sayangi. (mendengar ayat ini terasa semacam saja hati aku. Hati, manalah boleh dikawal dengan mudah). Pak cik ada menulis artikal berkaitan 'mengapa pak cik sayangkan anak-anak". Pak Cik tuliskan artikal itu untuk anak murid pak cik. Pak Cik menulis artikal itu untuk mengetahui bagaimana melahirkan anak-anak yang hebat akademik,sahsiah dah agamanya. Pak cik ada baca tulisan prof , dalam kajiannya yang menjemput 50 master students untuk diuji bacaan al-qurannya. Hanya 30 yang mampu membaca al-fatihah dengan baik. Amat kecewa apabila seseroang memiliki intelek yang baik tetapi terabai ilmu agamanya. Pak cik hari ini mencari model pembinaan sahsiah. Banyak kajian menujukkan bahawa tempat ibadah merupakan tempat yang terbaik untuk pembentukan sahsiah. Apabila ibu bapa berjaya mengajar anak-anaknya mendirikan solat di masjid, inshaAllah, secara tidak langsung, ia akan membuatkan akhlak dan pembangunan diri anak-anak itu lebih baik. Malah, apabila ada desakan naluri tersendiri yang membawa anak-anak itu sendiri ke masjid, maka ia mampu membentuk jati diri yang hebat. Kita boleh lihat betapa baiknya seorang yang rajin menunaikan solat berjamaah. Malah, mereka yang solat dan terbimbing dengan masjid, akan menjadi insan yang hebat. Dalam kampung kita, saya pernah kenal seorang anak, dulu saya kenal dia tapi sekarang sudah lupa. Mungkin sibuk. Seorang yang rajin ke surau dan membesar di surau. Memiliki personaliti yang amat hebat. (Aku pun tertanya, siapakah insan hebat itu? Hebatnya dia. Kalaulah aku mampu jadi sehebatnya,memiliki personaliti yang mengagumkan ramai orang.) Anak ini, pernah  bertanya soalan mathematik kat saya ketika zaman sekolahnya. Masa itu, saya sukakan penampilannya dan berdoa kepada Allah" Ya Allah, kau berikan kebahagiaan kepada anak ini ". (Fuh.. syahdunya ucapan pak cik ni. Terasa sedih pula . Aku memang suka cara pak cik bercakap. Punyalah suara dia macam dari dalam lubuk hati. Dia rendah orangnya, tapi, suara dia garau dan tegas.) Anak muda yang saya maksudkan itu adalah anak kampung kita ini. Yang sudah membesar lamanya, ketika saya  berada di sini sampai sekarang ini. Dia ini sekarang ambil medic kan?(sambil melihat kawasan aku)... (errk? Kenapa pandang aku pula? Aku tersenyum terpaksa, segan, malu, risau ,debar semua bercampur baur. Ya, sambing menganguk-angguk dan senyum kelat 'blur'.). Saya dulu kenal dia ni, tapi dah lupa namanya, kamu Fadil ea? Fadzli?( ketua kampung memberitahu nama aku dengan jelas.).  Fadzli ini membesar di surau. Memiliki perjalanan yang baik dalam akademik dan sahsiah(agaknyalah kot Pak cik ini kata macam ni, aku lupa-lupa ingat ni). Kehadiranya cukup memberi tamparan hebat dan menjentik semangat saya untuk terus berubah menjadi lebih baik.(Huh.. besarnya impak kehadiran anak muda itu.)Ya, kalau boleh kita semua dapat solat berjamaah bersama di surau ini agar dapat membentuk sahsiah diri kita dan juga anak-anak dnegan lebih baik.( Aku yang terpinga-pinga, hanya duduk senyap dan diam . Dalam masa yang sama, aku berhenti menaip ucapannya di dalam hanset kerana apa yang dikatakannya selama tadi, rupanya menceritakan perihal aku dan dia. Betapa angkuhnya aku selama ini sehingga melupakan insan-insan yang mendoakan aku dalam senyap. Walaupun aku sebenarnya sangat kagum dengan Pak Cik ni, sebab dia  baik, peramah dan suaranya juga mengingatkan aku seorang sahabat di matrikulasi yang sudah lama tidak dapat dijejak. Betapa banyak doa dan harapan pak cik, begitu juga doa aku pada pak cik ini semoga Allah memberikan rahmatNya, kebahagiaan, kejayaan di dunia dan akhirat. Semoga segala kebaikan pak cik ini, Allah akan lihat dan meletakkan pak cik serta keluarga dalam kalangan ahli syurga firdaus serta mendapat syafaat rasulullah kerana menyanyangi anak-anak muda. Terima kasih atas sebuah penghargaan ini.)

Majlis ditutup dengan solat isyak dan jamuan.

Banyak perkara yang aku fikirkan setelah sebuah penghargaan diberi....

1. Mengapa tiba-tiba ada penghargaan sebegini buat kali kedua atau ketiga daripada pihak surau kepada aku? (pertamanya -penghargaan kepada aku atas keputusan yang baik PMR. Keduanya- penghargaan atas kejayaan dalam SPM bersama rakan-rakan). Hari ini, aku dikejutkan lagi. Mengapa ye? Walaupun tidak perlu ditanya, namun aku khuatir jika ada maksud disebalik ini. Aku tidak mahu aku dipergunakan untuk mencapai matlamat masing-masing. 'Gunakanlah' aku untuk kebajikan bersama. Itu aku lebih rela. Aku tahu ucapan khas ini dirancang dengan teliti oleh beberapa orang di surau aku. Husnuzan wahai Fadzli. :)

2. Dalam sekelip mata, mahasiswa yang baru habis pengajiannya ini menjadi bahan tumpuan sekejap malam ini. Walaupun, aku sudah menjadi budak surau dalam 11 tahun, tempoh yang agak lama juga, akan tetapi dalam tempoh 7 tahun terakhir, aku sudah jarang berada di surau ini kerana melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi. Hari ini, baru aku habis mengaji medic. Alhamdulillah ini semua atas doa kalian. Aku difahamkan oleh ibu bapa aku, ramai yang tidak mengenali aku sejak kewujudan aku beberapa bulan ini yang sentiasa ada di surau. Penganggur katakan.  Ada yang kata, aku ini adik kepada ayah aku. Badan sama besar dengan ayah aku kot. Ada yang tertanya-tanya pada orang surau. Tapi, hanya seorang yang sempat tanya aku siapa, seorang pak cik yang aku tak kenal sangat lah tetapi dia kawan ayah aku. Dia tanya aku tetapi cara dia tanya macam dia amat kenal adik aku yang mengaji di Terengganu,UMT. Adesh!! Aku tak famous lah macam ni. Dia ingatkan aku ini adalah adik aku. Pelajar di UMT.

3. Aku bimbang ada pihak yang kurang selesa dengan ucapan Pak Cik Pensyarah itu. Khuatir yang amat sangat.Cuma aku nak luahkan, penghargaan ini untuk kita semua. Tiada beza kita di sisi Allah melainkan taqwa. Aku bukanlah tahu level taqwa aku. Maka, usahlah risau atas pujian ini. Kita semua sama. InshaAllah, kejayaan aku juga kejayaan semua. Aku membangun dalam bantuan kalian.

4. Mungkin ucapan beliau,Pak Cik itu adalah untuk menyeru dan menjentik semangat anak muda yang ada. Malah memberi sedikit tamparan buat penduduk kampung agar lebih cenderong memakmurkan masjid. Secara psychologynya. Namun, jika ini yang cuba dibuat,aku kurang yakin kerana memakmurkna masjid bukan suatu yang mudah. Ia memerlukan hati yang benar-benar mahu dan kuat. Aku sendiri masih lemah. Kesedaran itu yang utama.

5. Aku sangat berterima kasih atas ucapan itu. Kata-kata Pak Cik itu merupakan hadiah buat aku yang sentiasa ingat akan Pak Cik yang selalu menjadi sumber aspirasi dalam kehidupan saya. Pak Cik mengajar saya untuk berbuat baik, bersedia membuat perubahan dan meningkatkan kualiti diri. Walaupun kita berada pada tahap yang hebat tetapi kita juga masih memerlukan orang lain untuk bersama membaiki diri. Kita semua sama. Dan Pak Cik ini yang baru sahaja memuji aku dengan penuh ikhlas itu, cukup menjawab  10 tahun pertemuan aku dan keluarganya. Aku dan adik aku rapat dengan beberapa orang anaknya yang berumur 18 dan 15 tahun itu.(Rasanya ,adik aku yang rapat dengan anak-anaknya tu sebab umur mereka lebih kurang) .Alhamdulillah. Semoga ALLAH rahmati kita semua. Maafkan aku jika tersalah perkiraan. Secara jujurnya, Pak Cik Lecturer ini juga membantu sahabat baik aku untuk mendapat pekerjaan berdasarkan kelayakannya.


Aku pula, bukanlah seorang yang sombong jika ada yang memerhatikan aku ini sebagai seornag yang tak banyak cakap, tak banyak berbual, duduk senyap, tetapi aku hanyalah insan lemah yang tidak memiliki apa-apa, harta,duit, tanah atau apa pun. Aku tiada apa-apa, itulah yang memberi motivasi kepadaku untuk terus berusaha. Wajah yang nampak serius ini bukanlah membenci, tetapi penuh dengan harapan agar ukhwah islamiah kita terus kukuh menjadi ikatan selamanya atas redha Ilahi. InshaAllah, siapa yang tegur aku, pasti aku balas dengan senyuman 'macho'. Peace!

Aku merasakan seolah doaku 10 tahun dulu terjawab malam ini dengan jelas walaupun ia sudah terjawab lama. Namun, malam ini ia jelas dengan sepenuh penjelasan yang amat membuatkan aku sedih akan kelemahan diri ini.Aku juga amat bersyukur memiliki seorang yang masih mendoakan aku walaupun aku ini hanya budak kampung yang hidup sebagai jirannya sahaja. Terima kasih.

Tuesday, June 28, 2011

Berehat


Cukuplah bagi aku untuk semua masalah hari ini. Bagaimana hati-hati manusia yang nampak kental akhirnya dilunyaikan dek kata-kata seorang yang tiada ilmu, tiada pengaruh, tiada harta, tiada apa-apa.

Anda lemah. Lemah menerima sedikit lontaran suaraku sahaja.

Sedangkan hati aku yang lemah ini masih mampu menahan sakitnya tuduhan kata-kata palsu yang bisa membinasakan aku.

Apa perjuangan hidup kau? Perjuangkan agama atau rasa cinta manusia?

Perbaiki perjuangan kamu, jangan kerana serangan senjata kata-kata membuatkan hati yang gagah menjadi luluh.


Maafkan aku buat hati-hati yang dalam kesakitannya. Kewujudan aku berpegang pada niat asal persahabatan. Tidak melampaui batas kerana aku ada ruang perjalanan aku sendiri yang aku aturkan dan mengharapkan izinNya. Maka, terimalah aku seadanya dan janganlah mengharap sesuatu yang aku tak mampu berikan. Perjalanan aku masih jauh walaupun noktahnya mungkin setapak, tiada siapa yang tahu.

fuhh.. Rasanya, cukuplah aku berehat................. daripada menulis di blog buat seketika.

Monday, June 27, 2011

Irfan Makki feat. Maher Zain - I Believe



I Believe (LYRICS)

When you're searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He's always close to you

He's the one who knows you best
He knows what's in your heart
You'll find your peace at last
If you just have faith in Him

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
If God wills we'll meet one day

Chorus

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus

I believe I believe, I believe I believe


Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain
Video Directed by: Lena Khan



Copy and paste daripada You tube Awakeningrecords. Daripada link Bro Maher Zain.. :P

Sunday, June 26, 2011

Santai : BERSIH : Gotong- royong Kampung









Rajinnya abang kita sorang ni. Huhuhu.. Siapa? Entah. Aku post je gambar dalam hanset aku. Tak bawa baby DSLR  aku, khuatir menunjuk pulak, dah lah murah... berlagak plak kat sini.. kah3

Blur!! Demi keselamatan. Pak Cik baju merah tu.. cool!! Baik. Pernah upah aku masa tolong dia angkut tanah depan rumah dia dulu. La ni, dia tak rapat dah ngan aku sebab aku jarang ada kat surau sebab mengaji di rantau orang.

Add caption

Hang pi celup kaki dalam parit sape suruh!
Alhamdulillah. Pagi ahad yang mulia ini,aku yang macam malas nak join  gotong-royong akhirnya dapat menghadirkan diri. Syukur kerana kaki lebih kuat daripada hati. Atau syaitan telah kalah menghasut aku untuk sambung tidur. Maklumlah, aku tidur lewat dalam pukul 3 am lebih. Aku menonton video Ustaz Hasrizal, tentang ceramahnya. Link :http://www.youtube.com/watch?v=htelX7nSSD0&feature=share

Bangun pagi, pastilah letih badan ini. Kuat semangat untuk mencari publisiti kat kampung ini melawan YB UMT, adik aku yang sudah ke balairaya lebih awal 5 minit. Errk!! Psycho giler!  Aku dengan muka baru bangun tidur dengan lemah gemalai pergi ke balairaya dengan basikal kesayangan aku! Haha. Nasi lemak? Adeih, perut aku punyalah sensitif dengan sarapan. Kalau nak buat kerja, aku tak suka makan kemudian tanpa rehat, terus buat kerja. Maka, aku cuma menjamah sedikit  buat-buat makan dengan seleranya.

Basikal aku wei!
Dalam suasana gotong royong atau kerja berkumpulan, kita akan dapat lihat pelbagai ragam manusia. Antaranya :

- orang yang rajin dan komited.
- Orang yang perlahan dalam kerjanya tetapi masih melakukan kerja.
- Orang yang perlahan kerja, malas, tetapi banyak bercakap.
- Orang yang datang dan hanya berbual pemberi semangat katanya.
-Orang yang hadir untuk tunjuk muka.
-Orang yang suka bagi arahan yang tak boleh blah!

Apa yang penting, kumpulan aku, semuanya buat kerja. Cuba tengok gambar-gambar tu. Hahaha.. Semua tengah buat kerja. Aku tak kata siapa itu dan siapa ini. Apa yang kau katakan  di atas ini hanyalah secara umum.

Banyak lagi kelas manusia dan komitmennya. Akan tetapi aku suka melihat golongan yang tak pernah turun ke parit atau pegang penyapu, cangkul, cakar tetapi sangat bersemangat nak buat kerja. Pergh, orang-orang macam ni aku suka tengok. Bukan apa, sebab ada kala lucu tengok depa. Kah3.. Sebab aku pun sama. huhu. Aku punyalah jarang pegang cangkul. Walaupun kat rumah ini dikelilingi oleh tanaman, tetapi semuanya dalam bag hitam dan sistem penjirusan automatik. Melainkan sistem penyiraman itu dihentikan,atau rosak, maka aku ada kala menyiram menggunakan baldi air. Buat beberapa minggu ini, hujan turun berkala, maka tak perlu siram sangat. Air masih bertakung di dalam bag sabut tersebut. Yeah, petani moden katakan.


Menggali parit untuk mencari kelapa air

Apabila, golongan profesional turun parit membersihkan kawasan tersebut, maka....
- Mampukan mereka menahan bau parit?
- mampukan mereka menahan licin dan tanah lembik?
-mampukah mereka menerima percikan air parit yang 'harum semerbak'?
- mampukah mereka memegang sampah di parit?

Dan.... bila aku menerima tugas ini? Huh.. Persoalan di atas inilah yang aku tanya balik pada diri.
Namun, aku menjawab kepada diri aku balik :
- kalau aku datang untuk tunjuk muka saja, silalah balik rumah sambung tidur. Malaikat tak bawa amalan orang yang tak ikhlas.
- Kalau aku tak tahan bersih, tak payah buang masa kat parit, sebab parit tak akan bersih kalau ada orang seperti aku yang pembersih itu.
- Kalau aku datang kerana nak suka-suka dan tak serius, maka ia membazir masa. Ambil masa yang banyak tanpa ada hasil yang baik.

Bila dapat pegang cangkul, mulalah aku excited. Sudah lama tak pegang. Dulu, masa kecil, cangkullah senjata aku untuk melombong tanah. Banyak kolam dibuat oleh aku dengan saiz yang kecil ala-ala perigi. Kolam terbesar yang pernah kami buat hanyalah 2x2 meter saja. Manalah ada tanah  yang luas di belakang rumah. Itulah sebab kami tak mampu nak buat kolam besar. Seronok main parit.

Aku banyak berdiam diri daripada bercakap. Entah mengapa badan penat sedikit, terasa nak pitam pun ada, perut sudah meragam sebab makan nasi lemak dan kuih di rumah. Fuh.. Aku bersihkan perlahan-lahan.  Kami berempat membersihkan kawasan parit di beberapa rumah mengikut apa yang dirancang. Fokus utama membersihkan parit terutamanya di kawasan jambatan rumah yang ada sampah, menghalang laluan air. Misi utama memastikan pengaliran air parit lancar dan bersih.

Fuh... Banyak sampah. Ramai yang mengeluh dengan hasil kerja pengorekan atau pembersihan parit oleh syarikat yang bertanggungjawab. Ramai yang mengata seolah mereka membersihkan parit sekadar melepaskan batuk di tangga. Tak bersih dan masih banyak sampah serta rumput. Buat acuh tak acuh. Impaknya, kerja pembersihan parit terpaksa dilakukan  semula oleh orang kampung pula. Inilah hasil kerja manusia hari ini. Bila bekerja, mahu cepat siap, tetapi tidak ada kualiti yang cemerlang. Masalahnya, pendapatan kita tidak akan BERSIH jika amanah itu tidak dilaksanakan dengan baik.

Aku hampir nak pitam bila mengeluarkan buah kelapa yang banyak dari dalam parit. Hmmm..Banyak sungguh, hampir 20-30 biji rasanya buah kelapa di parit. Buah tersebut menghalang laluan air. Air bertakung dan busuk. Dalam keadaan sebegini, aku akui yang stamina aku terlalu lemah berbanding orang kampung yang kuat dan gagah.

Bau busuk badan, baju penuh dengan percikkan air parit. Fuhh.. Perfume aku berubah baunya menjadi perfume parit. Kaki, tangan, baju semua bercalitkan lumpur dan tanah. Air peluh memenuhi badan dan muka dek panas membahang dan juga metabolism badan. Jantung aku pula terasa degupannya kuat menahan diri meminta untuk berehat dan kalau dapat tidur. huhu.. Mana boleh wei! Aku mesti terus kerja, Banyak lagi yang tak dibersihkan. Tengok orang lain masih membersihkan di parit. Tak kanlah aku nak balik. Paling tidak, aku berehat sebentar dan sambung kerja. Memang aku nak tumbang je. Bersandar di pokok dan tarik nafas panjang untuk berehat. Memerhatikan orang kampung maish tak bergerak dari tempat asalnya. Kenapakah mereka terlalu lama berada di tempat yang sama? Membersihkan parit atau buat parit baru? Entahlah. Tengok sebelah kanan pula, eh.. tadi ada, mana pula mereka pergi. Hehe.. tengok warung depan sana, FULL. keh3.. Depa dah give up awal-awal. It is OK. Time given  45 minutes only to finish our jobs. So, they deserve to get some rest. Tapi aku masih tak berpuas hati nak bersihkan sampah dalam parit. Aku bangkit dari rehat, terus membersihkan sedikit lagi dan terus pecut balik rumah. Mandi!!!!!! Air sirap ! Sumber tenaga. Yeah, update blog juga.Walaupun aku post malamnya kerana terlalu letih untuk semak balik ayat-ayat aku. Khuatir ayat aku menyakiti si hati yang lemah.


Dalam bermasyarakat, aku masih kurang kemahiran lagi. Aku banyak senyap daripada berkata-kata. Aku banyak tersenyum tanda membalas ramah . Aku kurang berbual. entah mengapa,rasa macam tak ada idea nak dibualkan.Sedangkan banyak saja perkara yang boleh dibualkan. Pengalaman menjadi fasilitator secara mengejut pun banyak kali juga. Semua berjalan lancar.  Mungkin, aku masih berpegang pada konsep 'biarlah rahsia' . Biarlah orang tidak mengenali aku . Itu lebih baik  buat masa ini. Walaupun ia nampak kejam, tapi tunggulah suatu masa, aku pasti berubah. InshaAllah. Cewah. Koya je..

Bekerjasama 'memetik' buah kelapa. Orang kampung kata, buah kelapa ni tak leh dimakan. Sebab jenis pokok kelapa air, buahnya 'haram' dimakan sebab ia tak bersih .hehe sheshe

Ia berbeza dengan adik aku yang semangat nak berbual. (berbanding buat kerja. Buat kerja ke? hahah.. buatlah juga setelah aku berehat sebentar aku beri cangkul. Alatan terhad. Dia hanya membuang sampah yang superficial saja.) Yah, dia melayan orang di kampung, aku pula boleh fokus kerja. Tapi loteih den...haahaha.

p/s: Menaip entri sambil membau jari jemari yang masih tak hilang bau parit setelah disental dengan sabun Dettol! Adesh... Kena gaul sambal belacan , budu, perkasam, bau hilang bau parit di tangan ini.