Saturday, October 30, 2010

Karya : Sahabat


Hanya sekeping gambar lagi. Tiada lagi tulisan atau butiran kata-kata mampu aku tulis di blog ini dalam beberapa hari ini. Ya, peperiksaan hanya beberapa hari atau mungkin beberapa jam lagi. Tugasan yang banyak dan persediaan pun masih merisaukan. Ada kala tertekan dan ada kala tenang. Hakikatnya, lebih banyak tertekan daripada tenang. hmmm

Dalam kesibukan kita menuntut ilmu, ada kala kita mengharapkan sahabat untuk kita luahkan masalah dan mendapatkan sedikit motivasi serta kekuatan. Akan tetapi, ia suatu yang sukar. Mengharap akan terus berpihak kepada kesedihan dan harapan yang sia-sia. Yakinlah, tetapkan harapan pada Allah,moga Dia memberi kita kekuatan dan ketenangan. Sayangilah sahabat yang ada di sekitar kita dengan sepenuh ikhlas. 

Secara jujurnya, ada sahaja kawan yang menyakitkan hati dan suka membuat dengki. Biarkanlah mereka dengan perangai mereka jika tidak mahu berubah. Biarkan mereka tergelak dengan perangai mereka. Biarkanlah hati mereka seronok menempah segala kesusahan orang. Allah maha adil. Tiada yang layak bagi yang zalim itu melainkan suatu kehancuran. Itulah janji Allah. Bersabar adalah kemanisan yang membawa suatu kekuatan.

Friday, October 29, 2010

Santai : Fantasi dalam realiti





Gambar exclusive - kombinasi lautan selat melaka dan photoscape software.. hihi...
punyalah banyak kerja tak siap lagi, benda ni juga yang aku buat.

hmmm... Ada kala fantasi atau impian itu baik, dan ada kala ia tidak mendatangkan faedah. Apa yang penting, berpada-pada mengharap sesuatu yang tidak pasti.

Segala ciptaan Tuhan itu lebih indah daripada sesuatu yang manusia cipta. Kerana ciptaan Tuhan memiliki rahmat ketenangan di dalamnya. Itulah kehebatan ciptaan Tuhan.

Saturday, October 23, 2010

Lontaran Sepatah Kata Tokoh Islam: Imam Syafie

Imam as-Syafi'e: "aku mencintai sahabatku dengan
segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku & menjaga
nama baikku ketika aku hidup atau setelah aku mati. Kuhulurkan tangan
kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka & duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya"
 
 
 
Semoga aku juga akan menjadi seorang sahabat yang baik jika harapan aku mahukan seorang sahbat yang baik. InshaAllah.

Friday, October 22, 2010

Lagu :Maher Zain - For The Rest Of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever II`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Santai : Malam Konsert Amal USM Kampus Kesihatan



21 september, khamis, malam ini aku di dewan utama,usmkk menanti kumpulan Far-east dan Fitri Haris untuk mempersembahkan vokal mereka. Huh, aku yang dari Mydin depan kampus ketika mendapat mesej daripada kawan aku yang menangguhkan pertemuan kerana ada konsert nasyid terpaksa bergegas untuk makan malam di D-Village,terus ke Bank dan akhirnya ke Surau Besi atau Surau Merah di Hospital USM. Heheh.. Selesai solat, aku apa lagi,terus menuju ke dewa utama membeli tiket berbaki kalau ada lagi lah., ON je.



Penantian suatu seksa.. Semangat betul peminat nasyid seorang ni. hihi..
Di atas ini merupakan wakil daripada 4 kumpulan yang aku tidka biasa dengar. Tapi ok lah juga persembahannya. :)

Bila ia bermula...

Far east! Impressed!... Best walaupun depa tak popular.


Kiri- Penyanyi yang sempoi. Tengah : penyanyi yang mantap vokalnya Kanan : Penyanyi yang tenang,sedap mata memandang,dan dah macam pakar motivasi. Tergugat ketokohan MSFT. :)


Penutup oleh Fitri UNIC. Hmmm ok kot, sebabnya aku sendiri tidak berapa kenal siapakah mereka semua ini. Hanya mula meminati Far-East sebab semua ahlinya yang ada ciri-ciri orang yang baik,sopan dan peramah. Seorang ahlinya yang merupakan cikgu itu pula(paling kanan),merupakan insan yang menarik perhatian aku kerana kepetahan dia berkata-kata dan mengambai tumpuan. Hebat! Andai aku petah seperti dia, inshaAllah, seronok hidup ini menghiburkan semua. :)

Malam ini pasti target mahu menyelesaikan tugasan akan tertangguh sampai esok. InshaAllah. Moga Allah membantu aku dan semua sahabat sekalian untuk lulus medic final year yang amat mencabar.

Di atas ini beberapa gambar kenangan daripada hanset yang kameranya kurang menyerlah prestasi.



Saturday, October 16, 2010

Santai : Buku Beli Bacanya 'Later'.

Ini adalah beberapa buah buku yang aku beli semasa hari terbuka kampus aku. 14-16 Oktober 2010.



Antara buku yang aku suka adalah hasil penulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim. Mengapa? Sebab nama ayah beliau sama dengan saya. Sebab yang utama adalah kerana isinya yang hebat diperkatakan. Walaupun aku belum ada kemmapuan untuk menunaikan haji, tetapi aku teringin untuk memilikinya sepertimana dalam doa aku dulu. Moga aku dapat beli buku beliau yang telah di'updated'. Alhamdulillah.


Buku kedua dan ketiga adalah novel iaitu Menjengah Cinta Khalifah dan Perang Uhud. Mengapa novel menjadi pilihan aku yang sedia maklumnya bukanlah peminat novel. Berdasarkan permulaan aku membca novel Tariq hasil tulisan penulis Abdul Latif. Dari situlah aku sedia memahami sejarah Islam. Walaupun ada kritikan tentang penulisan beliau yang membuat dialog dan novel tentang sejarah Islam, bagi aku tiada masalah besar kerana tidka semua orang minat sejarah. Maka dnegan novel inilah mereka akan memahami sejarah dengan lebih baik. Antara orang itu adalah aku sendiri. Dari novel inilah aku mula memahami sejarah Islam dengan lebih baik. Walaupun banyak yang sudah lupa balik sebab tak rajin revise.

Wednesday, October 13, 2010

Catatan 111010



Hari ini Isnin,pagi yang seawal 7.20am,aku bergegas ke ward 7. Mungkin pagi ini banyak cabaran yang mendatang,aku tidak pasti. Akan tetapi,persediaan harus ada demi memastikan hari ini aku tidak jatuh motivasi untuk terus menjadi yang lebih baik dari semalam.

Cabaran itu,tingkatannya akan naik jika kita melepasi level tertentu. Sedia menerima tentangan  bukan sifat sebenar aku. Aku lebih suka 'serang' sebelum diserang iaitu dengan menyiapkan diri dengan kelengkapan sepatutnya serta mengatur perancangan dalam diam.


Tukar topik kepada cita-cita :

Hari ini jika sesiapa ingin menjadi doktor. Fikirkanlah sebaiknya tujuan anda memilih doktor sebagai kerjaya masa hadapan. Kerana tersilap langkah dalam medan ini mengundang bencana pada diri anda. namun, jika anda sudah tiada pilihan atau berserah pada ketetapan, maka berjuanglah dalam bidang ini sejujurnya.

 Bayangkan,dunia perubatan ini bermula dengan pelbagai tekanan. Anda bergaul dengan hampir berpuluh atau ratusan orang yang merasakan dirinya pandai. Maka,bersedialah untuk menghadapi orang sebegini.

Keduanya, anda juga kena menghadap beribu atau puluh ribu nota dalam masa 5 tahun pengajian. Memahami dan menghafalnya adalah tanggungjawab. Belum tentu anda akan mampu pelajarinya jika anda tidak betul betul berminat . Belum tentu lagi anda akan faham dengan mudah kerana bahasa inggerisnya memerlukan tafsiran yang tepat dan jitu.

Malah,anda juga akan bertemu dengan tenaga pengajar yang hebat dan juga tidak seperti guru sekolah kamu. Sebab itu,aku merindui cikgu cikgu sekolah lama kerana mereka semua amat baik dan penyayang. Di medan ini, susah untuk menemui insan sebegitu. Ya, teruskan belajar.
Akhirnya,saya katakan, menghadap pesakit juga cabaran yang amat getir. Bayangkan jika anda dilayan dengan begitu baik? Pastinya anda bermotivasi untuk belajar. Namun,jika anda dilayan dengan begitu pahit dan teruk. Apakah respon anda?

Bayangkan anda bertanya kepada pesakit, "pak cik,demam ok ke? Ke makin kuat?".

Kemudian pak cik tu,buat muka kat kamu menunjukkan pak cik ni tak mahu kau bertanya walalupun satu huruf. Aku tak kisah,kalau pak cik demam,sakit, itu pak cik yang tanggung,kami di sini hanya seorang pelajar. Tiada tanggungjawab besar terhadap kamu. Tapi,kalau kamu pesakit meminta bantuan kami,kami amat hargai. Lagipun suara kami amat didengar oleh nurse malah doktor juga.

Bayangkan juga,jika anda ingin membantu membetulkan alat monitor di badan pesakit. Kamu cuba mengambil alat itu,tetapi pesakit merungut dan cuba menghalau pertolongan kamu.seolah dia tak mahu disentuh. Sedih tak hati kamu?. Semua alat monitor mesti betul dipasang.Maka bersediakah menghadapi orang sebegini atau anda memaki hamun mereka?


Amat susah, bila waktu tidur dan makan anda terganggu. Kesihatan anda juga semakin tergugat. Bayangkanlah sendiri. Maka, jika doktor menjadi pilihan, berusahalah. Buanglah ego kalian untuk merasai kepandaian. Medic tidak memerlukan orang yang terlalu pandai. Apa yang penting usaha.

Tuesday, October 12, 2010

Komen FB : Konsert Ditentang

"haihz... PAS... the reality is, and this is a fact, non-muslims are not comfortable with this. One thing is, it takes away the rights of people, or at least non-muslims to enjoy entertainment which don't get in the way of their beliefs. All this banning and etc, is not at all what non-muslims want. The fear, real fear or imagined fear, is that little by little the country becomes " more arab than arab" for the lack of a better word. Just saying my opinion"

PAS objects to Adam Lambert concert - The Malaysian Insider
www.themalaysianinsider.com




 Mohd Fadzli Iberahim Shah :

hmm maaf bahasa Melayu.

Ya, di bumi mana kamu berpijak, kenalah tahu siapa pemiliknya. PAS adalah sebuah parti yang menjulang agama lebih daripada yang lain.

Hiburan yang dilarang adalah hiburan yang dihakimi boleh membawa kepada kehancuran....

Tidakkah kamu lupa, dalam medic ,kamu katakan, prevention is better than cure.

Hiburan yang melampui batas amat dilarang kerana kesannya.

Pandangan saya, kebanyakan non-muslim mengkehendaki sesuatu hiburan yang amat tinggi citarasanya. Sesungguhnya, agama Islam telah menetapkan syarat dalam hiburan. Kerana akal manusia banyak kelemahannya. Walaupun dikumpul seluruh dunia untuk membuat syarat tentang hiburan, pasti ada kekurangan. Tapi syarat Islam memandang jauh kehadapan kesannya. Itulah hakikat Islam di mata dunia yang dibutakan dan dirabunkan oleh orang-orang yang benci Islam.. Untuk menilai,kita tidak boleh dipengaruhi oleh perasaan.

Respon 1: they afraid we will become a gay country if adam lambert happens to kiss a male dancer on stage...

Mohd Fadzli Iberahim Shah :
actually, they(muslim) more afraid if some muslim be a very rude and even worse than animals..prevention is better than cure..

all of the things that you like or love does not means it is good for you.

 Tuan Rumah :my own opinion is, let the people decide what is good or bad for them. what is unacceptable for one group may be ok for the other. So, what can you do? bukan apa-apa,tapi negara ini, undang2nya tidak berlandaskan islam, tapi undang2 barat. nak tukar undang2 untuk memihak kepada anda, perlu suara majoriti di parlimen lor...

Respon 2

Ppl,
Concert bukan hiburan yang boleh menbawa kepada kehancuran... orang putih ke, cina, melayu, india, orang gay ke...if persembahan tu sederhana ikut budaya kita, i dun think it brings to destuction...
It has been done before, most foreigne...r who sing, wear proper attire...

Bro fadzli, i understand what u r trying to tell, but u must understand, this is our culture. My parents taugh me to be moderate in everything... Havin fun is no harm, if know your limits...
Negara kita istimewa sebab tolak ansur... look at france, and netherland (they ban head scarf...imposing secular law by taking off the fundamental rights of human being...well they might have their own reason, women's right, terrorism, whatever... i think it is not right at all)...
The 'some people' u said is a small minority...jangan kerana org minority, pemikiran kita jadi sempit...
Peace!! Harmony!!

Respon 1 :

hi fadzli, i admit i do have shallow knowledge on islam therefore i refrain myself from commenting on that k...1st of all i agree that too much entertainment whether it is good or bad will only deviate the mind from the proper path. Either ...we indulge too much in pleasure or acting worse than an animal(as u pointed)...but banning this and that is not the solution..it's not even the prevention..in the era of internet, we can search whatever videos(porn, gay porn or adam lambert) we want...so what's the point of banning him having concert here?next thing ban the internet?

the solution is with us...inside us literally...there's no point ppl telling u can't do this can't do that while deep inside u do not understand a thing except following the rules...there must be a reason why human is blessed with ability to think...the correct way is to educate, teach and make them understand...e.g, we don't kill a child or strip in the public because we understand that it's a bad thing...even without rules...same concept applies here...and that's the real prevention i believe...more we restrict someone, more rebellious they become..

talking about adam lambert, i am not even a fan of him...simply because his music doesn't appeal to me. but not everyone must agree with me...some ppl might just love his music...and plz, dun judge someone because he is gay or different from us...this only show how immature our thinking is

i might be oblivious to what threat that PAS might think he can pose...but he is not the 1 that will bring "kehancuran"....but our action and our narrow-mindedness certainly will...that's my opinionSee More

Responder 3: agree with Responder 1, manusia = mind that can be developed

Mohd Fadzli Iberahim Shah
‎: :) its Ok .. Thanx for your opinion.
Its clear ,True or False.So, choose the rite one.. :)



Responder 2 :peace people...






Apakah komen aku setelah membaca keseluruhannya?

Ya, amat sukar. Kerana mereka semua memahami majoriti adalah kuasa dan hiburan adalah keperluan utama. Berfikiran sempit didefinisikan sebagai pemikiran yang menghalang sesuatu yang disukai atau dirasakan baik untuk dirinya.
Ya, dala dunia perubatan sendiri,kalian diajar dan setiap perbahasan pasti kalian bertanya, dari sumber apakah kamu mendapat maklumat sedemikian? Jurnal? Buku? Majalah? 
Hakikatnya, setiap tindakan di muka bumi ini, umat Islam merujuk kepada sumber Al-Quran yang tiada cacat celanya. Akan tetapi, sumber ruukan ini dilupai dan dicemari oleh "orang-orang yang berfikiran luas dan tak sempit". Hakikatnya, orang-orang ini hanya menempah bala yang mereka tidak tahu di masa hadapan.

Jika tidak tahu mengapa dilarang, bertanyalah. Jika tidak faham,mintalah penjelasan.
Aku tutup tirai komen dengan mudah tanpa ada mahu berbahas kerana aku komen untuk memberitahu ilmu aku tentang Islam. Berbahas bukanlah jalan terbaik dalam suasana begini. Semua agama mengajak ke arah kebaikan secara kasarnya. Tetapi Islam mengajar kita lebih baik daripada kebaikan dengan caranya tersendiri.

Thursday, October 7, 2010

Berhentilah Merokok

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani

Merokok merupakan amalan atau perbuatan yang sudah diketahui umum akan bahayanya dan kesannya.Bayangkan setiap batang rokok itu akan memotong atau mengurangkan hayat anda sebanyak 5 minit. Kiralah sendiri berapa banyak anda telah menghisap rokok. Puratanya seseorang perokok itu bakal kehilangan 3-5 tahun umurnya jika merokok ketika awal remajanya.

Mengapa mereka menghisap rokok?
-Kurang pendidikan tentang bahayanya merokok. Merasa bahaya itu tidaklah membunuh.
-Pengaruh kawan atau orang disekelilingnya termasuk ibu bapa sendiri
-Tekanan
-Tidak berpendirian

dan sebagainya. Bayangkan, apakah kesannya jika anda terus merokok? Risiko untuk anda mendapat penyakit Kanser paru-paru, COPD,Pneumoia, penyakit saluran darah tersumbat, penyakit jantung, dan ketidaksuburan adalah tinggi dan bakal menjajah diri anda. Malah, orang disekitar anda juga bakal mendapat kesan daripada asap rokok kalian. Dosa kamu bertambah banyak. Nikotin adalah punca ketagihan perokok. Bayangkan berjuta toksik berada pada rokok, kemudian anda menghidunya dengan penuh nikmat, seluruh badan anda terbeban dek kekotoran yang masuk melalui paru-paru.

Bagaimana mahu berhenti?

Apa yang penting adalah anda sendiri mahu berhenti untuk terus merokok. Kekuatan dalaman mesti kuat dan jujur. Pihak hospital atau pengamal perubatan telah bersepakat membantu mereka yang mahu berhenti merokok. Antara tugasan mereka adalah memberi kaunseling dan memberi panduan bagaimana mahu berhenti merokok. Malah ubat tertentu juga ada dibekalkan bagi mengurangkan ketagihan kesan daripada bahan nikotin.

Antaranya :

-Nikotin gum/ gula-gula getah berperisa nikotin.
-Penyembur hidung nikotin.
-Alat penyedut nikotin/nikotin inhaler
-Penampal nikotin

dan ada juga ubat-ubatan untuk mengurangkan ketagihan dan kesan sampingan ketika mahu berhenti merokok. Salah satunya Zyban(Bupropion).

Apabila seseorang itu mahu berhenti merokok pastinya mereka akan berasa takut atau bimbang jika berat badan mereka naik,berpeluh,terketar-ketar,loya dan sakit kepala. Ini kerana ketika mereka menghisap rokok, kadar metabolisma/penggunaan tenaga dalam badan tinggi dan selera mereka juga tidaklah terlalu banyak. Namun,ketika mereka berhenti merokok, kadar metabolisma badan menjadi perlahan dan selera pula makin banyak. Maka mereka ini kenalah membuat persiapan diri bagi mengelakkan diri daripada menjadi lebih gemuk atau bertambah berat badan secara mendadak. Aktiviti fizikal mesti dilakukan setiap minggu 20 minit sebanyak 3 kali seminggu. InshaAllah, semuanya berjalan dengan lancar. Sebagai insan yang berada di sekelilingnya,kita hendaklah memberi kekuatan padanya agar terus kuat untuk berhenti merokok.Kesan sampingan semasa dala tempoh awal berhenti merokok adalah sementara. Saat inilah yang memerlukan kekuatan dalam diri peroko agar dapat menahan diri daripada kesan ketidak selesaan diri. Ia sementara.

Pengalaman daripada beberapa orang sahabat,

1. " Aku hisap rokok kerana aku tertekan dengan pelajaran di sekolah yang kena banyak buat kerja. Lagipun, ayah aku merokok juga. Walaupun kena marah , aku tetap merokok. Kenalah senyap-senyap merokok. Sekarang di universiti, aku sudah bebas merokok. Siap boleh berborak dengan ayah aku sekali"

Respon aku: Sudah, inilah realitinya. Mahu aku katakan ketam ajar anak,tidaklah termampu kerana anak adalah waris dan mereka lebih terdidik daripada ibu bapanya. Mengapa perlu ikut perkara yang buruk?

2. " Abang berhenti merokok sebab terkenangkan penyakit abang. Bila doktor menunjukkan jarinya kepada isteri dan anak-anak abang ketika di biliknya semasa memberitahu keputusan ujian penyakit(biopsy), abang terus tersentak. Doktor tersebut mengambil kotak rokok di kocek bajunya dan memberi kepada isteri abang. Pesannya, jangan beri kotak ini kepada suami kamu jika mahu lihat dia hidup lama. Isteri abang ketika itu menangis teresak-esak. Sejak daripada itu, abang terus berhenti tanpa ada rawatan atau kaunseling. Cukuplah penderitaan abang ada ini,mendapat kanser. Abang tidak mahu menderita kerana sikap abang yang selalu merokok"

Respon aku : Alhamdulillah, seorang yang kuat dalam pegangannya. Menyayangi keluarganya. Berhenti demi keluarga tersayang atas hidayah yang Allah berikan. Hari itu, saat beliau menceritakan pengalamannya, aku terasa bertuah kerana dia bukan saja seorang yang kuat semangat, berilmu malah menghargai persaudaraan dengan sesiapa sahaja yang berada di sisinya. Walaupun insan ini telah pergi kerana masalah pernafasan yang tidak jelas keadaannya(Kematian mengejut).Namun, usaha dan pengalaman beliau aku coretkan di sini agar kalian mendapatkan sedikit manfaat.

3. Artikal daripada seorang penulis Travelog Haji. Prof Muhd Kamil Ibrahim dalam entrinya Rokok


Merokok ini yang masih diputar belitkan tentang hukumnya dalam agama ipada hakikatnya adalah membunuh. Tidakkah anda merasa ia suatu yang Allah benci? Sedang sesuatu yang merosakkan itu pasti menempa kemurkaan Allah.

Wednesday, October 6, 2010

Novel Yang Kucari

6 Oktober 2010, aku baru memulakan bicara aku dalam blog sendiri ini setelah beberapa hari mendiamkan diri. Nampaknya aku sudah mengalami suatu saat yang amat meletihkan dan sibuk sehingga tidak mampu untuk menulis di blog sendiri. Ini baru menjadi pelajar perubatan. Bukannya doktor lagi.

Ya, alhamdulilah setelah aku mencari dan berusaha menjelajah beberapa kedai buku untuk mencari novel ini, alhamdulillah, aku bertemu juga dengannya. Kala Cinta dan Wahyu Bersatu. Novel sambungan Warkah Cinta Berbau Syurga. Walaupun aku tidak tahu bilakah aku mampu membacanya, tetapi biarlah ia sudah berada di sisi aku.

Novel seterusnya,Mengintai Cinta Khalifah adalah novel yang akan aku buru. Alhamdulillah, akan aku belanjakan sedikit wang demi mendapatkan buku,novel atau majalah ilmiah ini.



Novel ini ditulis oleh A. Ubaidillah Alias. Seorang ustaz yang pernah memberi ceramah di universiti tempat au belajar ini beberapa kali dahulu. Aku suka novel ini kerana di dalamnya terdapat pelbagai ilmu,pengalaman dan sesuatu yang amat berguna tetapi penyampaiannya secara bersahaja. Best! Tidak bosan.

Saturday, October 2, 2010

Apa Yang Aku Lakukan Bila Tertekan



Soalan di atas ini muncul ketika aku dalam keadaan tidak tenang atau dikatakan dalam keadaan tertekan. Maka salah satu jawapannya pasti sudah terjawab di sini.

Ya, persoalan ini payah dijawab bila aku bukan berada dalam keadaan tertekan kerana aku cuba menghilangkan focus untuk mengingati stress  kepada keadaan lebih baik. Menafikan bahawa aku ada stress.

Antara perkara yang aku suka lakukan :

Ketika aku berada dalam alam persekolahan,
1.    Berjalan di halaman rumah melihat taman bunga dan menanam pokok bunga, kerana arwah atok aku selalu menghiasi taman dengan pelbagai jenis orkid dan bunga lain untuk nenek aku. Hmm.. Jasa seorang suami buat isteri. Bersusah demi menggembirakan hati isterinya. Bagus atok aku.  Aku juga suka berjalan di kebun belakang rumah, tapi banyak nyamuk dan seram juga sebab ular tedung pun banyak. Selangkah ke kebun, seribu macam akal mengeluarkan  senarai ancaman yang bakal ada. Contohnya ular,kala jengking, harimau, khinzir hutan,dan yang lain seram adalah hantu. Maklumlah,aku yang kurang matang dalam mengendalikan kes hantu ini.

2.    Berbasikal mengelilingi kampung seorang diri. Sehingga sampai ke suatu tempat iaitu kebun kelapa sawit, aku akan memperlahankan kayuhan, di situ jalannya begitu segar pemandangannya. Hijau dan udaranya sejuk. Aku menarik nafas panjang dan menahan sebetnar agar segala oksigen diserap habis sempurna. Apa di fikiranku? “ Ya Allah, begitu hebat ciptaanMu, andai aku mati,biarlah aku mati dalam keadaan aku mensyukuri nikmatMu, aku mahu bertemu kasih sayangMu. Aku lemah dan mengharap segala bantuanMu”

3.    Pergi awal ke masjid dan kalau dapat azan, aku azan dengan sekuat mungkin. Mana boleh menjerit,aku cuma azan berdasarkan apa yang aku mampu lakukan. Awal ke masjid sebenarnya untuk mengurangkan masa study dan memperbanyakan ibadah sunnat contohnya berzikir dan solat sunnat. Adakala bertemu dengan masjid dan penghuninya sudah cukup menggembirakan aku. Mengapa tidaknya, orang kampung aku banyak membakar semangat aku sehingga aku mampu berdiri di sini. Setanding dengan yang lain walaupun banyak kekuranganya lagi.

4.    Tidur. Tidur adalah ubat paling aku suka. Ibarat dadah yang meracuni minda. Begitulah tidur yang meracuni mata dan nafsu. Indah tidur itu. Sebabnya ketika itu, aku suka belajar mentafsir mimpi dan membuat kesimpulan tentang mimpi. Hakikatnya, hanya mimpi ketika kita bersih daripada kekotoran atau dosa mudah untuk difahami sebagai panduan bukannya fakta. Itu cerita dulu.

5.    Melukis atau menconteng. Banyak hasil lukisan aku untuk kes ini. Namun bukanlah secantik mereka yang berbakat. Aku tidak berbakat dalam lukisan tetapi aku mungkin tahu untuk melukis sedikit dan memberi seribu kesan menarik dalam pewarnaan atau catan. Kerana Mewarna itu menunjukkan kejujuran seseorang itu dalam karyanya. Ditambah pula, aku mengambil pendidikan Seni Visual, maka aku berlatih untuk  melukis dan mewarna.

Ketika aku berada dalam alam universiti, antara perkara yang aku buat :

1.    Tidur juga menjadi pilihan utama.
2.    Bersiar-siar mengelilingi dunia Kelantan tetapi tempat yang paling aku suka pergi adalah Pantai Irama dan Pantai Melawi. Segar aku dibuai hembusan angin laut yang sedikit melekit tetapi alunan bunyinya cukup melenakan akal dan minda yang keletihan. Hati aku juga terus meratap kelemahan di jiwa dan kembali mengingati pencipta. Indah.
3.    Melepak di Surau asrama. Kerana di situ ada penghawa dingin dan boleh baring-baring. Akan tetapi, biasanya aku ke situ untuk menanti waktu solat sambil bertafakur menghitung segala kesilapan lalu yang pastinya tiada angka pilihan untuk menghentikan kiraan.Infiniti.
4.    Berblog, membaca blog dan memberi komen. Inilah masanya aku menilai tahap kestressan aku. Sebelum komen dihantar, akan aku baca balik agar komen itu tidak berbaur perasaan yang boleh memperlihat kelemahan diri. Komen itu akan ditapis. Inilah caranya aku mengawal diri melalui blog. Strategi dalam membaki diri dalam mengawal emosi. Kalau orang lain katakan aku tidak mengawal perasaan dalam menulis itu bohonglah. Sebabnya mereka menilai mengikut mata sedap hati mereka sahaja. Manakan boleh menilai orang yang kita tidak pernah bertemu dan bersama dengannya.

5.    Mengambil foto. Ini juga cara yang baru aku pelajari melalui insan-insan yang baik hati mengajar.
6.    Mendengar lagu juga boleh dilakukan tetapi ia tetap mengusutkan kalau tersilap langkah.
7.    Menghadiri majlis ilmu dan focus pada ilmu agama.
8.    Mencari punca masalah atau stressor secara berperingkat.
9.    Merancang masa dengan baik dan senaraikan apa yang aku wajib buat.
10.    Setelah sekian lama belajar ilmu agama,aku diajar tentang bagaimana mahu merasa ketenangan. Caranya ialah sentiasa berdoa pada Allah dan mengarap dengan penuh tangisan di jiwa.


11.    Sentiasa memaafkan dan berfikiran bahawa apa yang berlaku hari ini adalah hadiah dari Tuhan untuk kita pelajari.

Walaupun, banyak lagi perkara yang aku lakukan ketika stress atau tertekan, tetapi cukuplah di atas ini sebagai suatu perkongsian, untuk kita sama-sama fikirkan yang mana baik dan yang mana kurang baik. Semoga apa yang kita lakukan dalam tenang atau bergeloranya hati,biarlah ia sesuatu yang akan membawa kita kepada Ilahi.