Tuesday, September 28, 2010

Catatan E63 : Aku Mahu Sihat

29 September 2010.


Hari ini aku belajar dan praktikal dengan hati yang tenang dalam gundahnya. Peperiksaan sudah tinggal beberapa hari dan tugasan masih tak sempurna. InshaAllah,malam ini aku akan siapkan! Allahuakhbar!

Aku bertemu ramai pesakit darah tinggi,kencing manis dan jantung. Hakikatnya, inilah penyakit yang terkenal dengan kesilapan kita mengambil makanan. Aku terfikir. Bila bertanya kepada pesakit tentang makanan,pengambikan gula,garam,serat melalui sayur dan buahan,adakah aku sendiri menjaga pemakanan aku? Hari ini,hidup aku hampir dikatakan sudah senang berbanding dahulu. Mahu makan apa boleh order. Aku teringat semasa kecil dulu, mahu makan apa pun tak pasti lagi yang penting,sayur dan ikan kering itu adalah pasti. Sayur diambil dari kawasan kebun sekitar rumah dan buahan juga ada sedia untuk dipetik. Contohnya buah jambu air,jambu batu,mempelam dan kedundung. Inilah buahan hampir sepanjang masa ada,silih berganti. Sebab itu,jarang sekali kami membeli buahan.

Hari ini berbeza, buah pun dibeli kecuali sayuran. Alhamdulillah, ayah aku sudah mula berjinak dengan aktiviti pertanian kecil di halaman dan belakang rumah. Seolah bersiap sedia untuk menanti pencen. Bagi aku, ini suatu nikmat buat ayah aku yang bekerja keras untuk menanamnya walaupun tidak perlu siram dan mencangkul kerana semuanya menggunakan suiz, dan mesin automatik,tetapi ia tetap baik untuk menjaga kesihatan dengan melakukan aktiviti penjagaan, kemas kini kawasan,menuai hasil dan sebagainya. Berjalan dalam setiap ruang kawasan juga sudah baik untuk menjaga jantung,20minit 3 kali seminggu.  Malah oksigen dapat terus dengan segarnya,rumah pula sejuk mata memandang.

Berbalik pada diri, aku seharusnya menjaga makan dan minum. Sebelum semuanya terlambat, adakah aku masih mahu leka dengan kesihatan hari ini? Walaupun gula dalam darah aku semasa puasa adalah normal tetapi apa yang akan berlaku pada masa beberapa bulan lagi, tiada siapa mampu menduganya.Perancangan itu mesti ada. Andai suatu masa aku menjadi doktor, aku akan menasihati pesakit,sedangkan aku ingkar akan nasihat yang aku beri,tidak buat apa yang aku katakan. Suatu yang hina bukan?

Aku mahu menjadi doktor yang baik,pastilah menghadapi pelbagai kritikan dan perubahan. Suatu yang dikritik adalah untuk kita nilai dan ambil iktibar bukannya dibiarkan pergi di hembus masa.

Sunday, September 26, 2010

Catatan E63 : 'Hadiah' Perjalanan Pulang Ke Kelantan

26hb September, jam 1pagi,bas transnasional tiba di Chendor. Aduh,malasnya nak turun. Tapi,terasa pundi kencing sudah hampir penuh. Turun juga. Berjalan dengan penuh  longlai dan pening ala orang kemabukan..

Selesai menyempurnakan hajat,aku berjalan melalui surau. Solat sunnat? Hmmm.. Aku kengantukan dan mahu ke bas segera. Solat fardhu selesai sudah di Johor. Terasa betapa benarnya kata bahawa 'perkara paling berat adalah solat".

Eh,rahmat,kawan aku. Tiba-tiba,'eh,fadzli,jumpa lagi'.uit? Siapa pula yang jumpa aku lagi ni? Pusing kanan kiri,la ustaz nurin. Cikgu sekolah lama aku. Pusing lagi,eh macam kenal la dua orang lagi. Aku pun bersalaman dengan semuanya 3 orang jejaka yang sudah kawin tu. Hehe.

MasyaAllah, sekejap saja berpisah,bertemu lagi di suatu tempat yang tak disangka. Rezeki namanya. Aku yang baru menjayakan program yang menjadi  amanah sekolah smkdo,jumaat lalu sudah bertemu dengan mereka semua,dan hari ini sekali lagi bertemu.

Apa yang istimewa?..pastilah ia istimewa,kerana pertemuan ini adalah pertemuan yang Allah hadiahkan dengan rahmatnya inshaAllah. Aku bertemu dengan cikgu sejarah juga. Rupanya mereka semua berlima dengan 2 wanita jelita yang sudah berkahwin baru pulang dari Kelantan dalam program 'Master'nya. Wah,hebat.

Malah,aku bertemu dengan seorang insan yang aku fikir susah untuk bertemu disebabkan masa,tempat dan perbezaan haluan. Dia adalah orang yang menguruskan web sekolah aku dan alumni. Wah,bertemu di alam maya,berkomunikasi dalam alam yang tidak jelas. Akhirnya bertemu bertentang mata. Hehe.mana tak happy,sebab, aku selalu buat 'kacau' dan suka komen di web sekolah dan alumni. Maklumlah,aku prihatin dengan perkembangan sekolahku. My Schoolville.

Peramah insan ini,dan diharap pertemuan ini menyubur ukhwah yang Allah sempurnakan. Kerana ia suatu hadiah yang aku minta suatu ketika dahulu,hampir setahun juga,akhirnya bertemu jua. Harapan yang tidak pasti hasilnya. Tapi tertunai jua. Kerana apa aku mahu bertemu dengannya? Sebab dia telah membuat sesuatu yang dapat menyatukan bekas pelajar sekolah dan aku pula penyokong dia dari belakang.

Tiada gambar aku dapat ambil,kerana kamera itu milik cikgu yang digunakan .Tunggulah suatu masa,gambar itu pasti aku dapat lihat.heeh.

Pagi ini, aku samapi di USM,pukul 6pagi. Ya Allah,aku buntu. Bagaimana aku harus ke Pasir Mas dari Kubang Kerian? Teksi? Mahal.

Aku called driver lalu,dan meminta no handphone driver  bas kami hari ini. Aku mencatatnya di bag aku kerana masa terhad,lambat sesaat pasti aku tertinggal. Benar,aku mendail sambil menanti di tepi jalan,bas USM keluar,tapi telefon tak diangkat. Tiba-Tiba,bas perlahan,driver  bas yang melalui depan aku ini seolah menjawab telefon dari jauh aku perhatikan dan telefon aku juga berbalas. Sah,bas ini. Aku pun menyatakan hasrat untuk tumpang. Alhamdulillah,betul-betul tepat masanya aku bertindak. Andai terlewat? terlepaslah aku. Semuanya pertolongan daripada Allah. Hadiah khas buat aku. Sedangkan aku hambaNya yang lemah sentiasa mengharap bantuannya. Ampunkan dosaku Ya Allah.

Saturday, September 25, 2010

Lakukanlah Ketika Ada Peluang


SKSPM ke 13, aku berkopiah di sebelah kanan.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, yang telah menciptakan kita dengan nikmat iman dan Islam. Memberi kita nyawa  dan kekuatan untuk berada di sini. Syukur padaNya. Hari ini, aku bergelar pelajar perubatan dan hari ini entri ini aku tulis untuk aku sisipkan pengalaman yang aku ada buat saudara aku yang lain tentang hakikat kehidupan bahawa kita mampu berubah ke arah yang lebih baik.

Aku mulanya sebagai seorang pelajar yang lemah dalam pelbagai aspek, akademik,kemahiran berkomunikasi dan banyak lagi. Akan tetapi kekuatan yang aku ada hanyalah usaha yang tidak pernah kenal putus asa. Walaupun mulut mengaku kalah, tetapi hati akan terus berjuang menafikan kekalahan itu.Bermula daripada sekolah rendah, aku sememangnya seorang yang pasif. Akademik aku menyerlah secara perlahan sehinggalah ke alam sekolah menengah yang akhirnya menuju ke puncak kejayaan peribadi sendiri atas bantuan ramai pihak di sisi aku. Namun, dalam kejayaan akademik itu, aku dikelilingi oleh berjuta kelemahan yang membawa aku jatuh di tangga pelajar yang tidak memiliki apa-apa kelebihan. Kerana aku tidak fasih berbahasa Inggeris, kurang kemahiran berkomunikasi,tiada keyakinan yang mantap,tiada penampilan yang baik serta banyak lagi. Itulah aku 10 tahun dahulu. 

Setelah keputusan SPM diambil dan diperhatikan tentang respons orang terhadap aku, aku berfikir sendirian beberapa bulan dan hampir 2-3 tahun lamanya,untuk aku merancang bagaimana harus aku lakukan untuk membaiki diri aku. Cukuplah orang memerli aku kerana suara 'emas' aku(susah nak bercakap).Aku pasti dapat melakukan suatu perubahan.

MSFT dalam kem latihan fasilitator.Sempoi!! tapi bertugas profesional..

Satu per satu rancangan dilakukan. Sehingga aku masuk ke alam universiti. Pelbagai aktiviti aku sertai. Aku bermula mendidik diri dalam membentuk keyakinan sebenar melalui aktiviti Seminar Kecemerlangan SPM(SKSPM) pada tahun 1 pengajian aku di Universiti Sains Malaysia,Kampus Kesihatan. Aku menjadi fasilitator. Namun, ia belum cukup untuk aku berubah. Ketika itu, aku membuat beberapa kajian dan belajar melalui buku,internet dan rakan-rakan. Aku mengolah idea yang ada agar ia menjadi 'idea aku' sendiri kerana idea yang sedia ada bukannya untuk dituruti semata-mata tetapi hendaklah kita hayati dan diaplikasikan mengikut masa,tempat dan keadaan. Itulah konsep aku. Jujurnya, idea yang aku ada ketika itu adalah hasil pemikiran orang lain yang aku olah agar lebih menarik dan unik. Contohnya, bagaimana aku memulakan sesi ice breaking. Aku memulakannya dengan mengubah nama ice -breaking itu kepada sesi taaruf. Mengapa?Kerana aku mahu memperkenal suatu idea baru buat mereka. Seterusnya aku memasukkan unsur usrah dan rukunnya dalam sesi itu-taaruf,tafahum dan takaful. Jelas, banyak perubahan dalam sesi ice-breaking dalam kumpulan yang aku jaga. Bukan setakat berseronok dengan aktiviti,tetapi ia disaluti dengan unsur agama Islam yang jarang disedari. Aku juga yakin, fasilitator yang lain juga memiliki kreativiti yang mantap juga. Bagi aku, inilah suatu perubahan yang aku bawa dalam hidup aku untuk berubah.

Sepanjang aku di universiti, banyak juga program motivasi yang aku ceburi semata-mata untuk membentuk diri dan berbakti. Kawan-kawan juga banyak membantu kerana memberi peluang dan memberi sokongan. Perubahan itu bukanlah dengan sekali percubaan tetapi berkali-kali.

Aku meniti masa untuk membina kekuatan, andai 6 tahun dahulu, ketika aku diberi amanah untuk berucap di hadapan adik-adik, otot-otot aku semuanya bergetar dan menggigil tanpa disuruh seolah mahu berpisah dari badan ini, dengan arus deras darah mengalir laju membebaskan haba dengan banjir peluh menyimbah muka dan anggota. Allahuakhbar, aku lemah dalam hal sebegini. Namun, ini bukanlah suatu kegagalan tetapi suatu pencarian untuk aku berubah walaupun hakikatnya duka dan nestapa menghimpit diri untuk menghadapi kenyataan bahawa aku tidak tahu bercakap! Putus asa? Tidak mungkin, aku berehat dan mengatur strategi kerana masa hadapan aku masih jauh untuk pergi dengan umurku yang masih muda.

Masuk tahun 2 dan 3 pengajian aku di universiti, aku diamanahkan untuk menubuhkan suatu team fasilitator yang dinamakan sebagai Medical Student Fasilitator Team(MSFT). Terbelit lidah menyebutnya. Inilah nama team kami hasil perbincangan dengan semua pihak.  Aku diamanahkan untuk menjadi pengarah projek. Apakah respon aku ketika itu? Aku katakan kepada senior yang memberi tugas kepadaku " Pengarah ke bang? Saya tak tahu apa-apa? sikit pun tak tau, walaupun sebesar habuk pun saya tak tau apa itu pengarah. Kalau tukang promote ke,tukang buat kerja tu bolehlah, sebab saya memang tak ada idea lagi. Saya masih berjinak-jinak untuk belajar dalam hal sebegini tetapi bukannya untuk terus melompat jauh ke atas.terlalu cepat". Abang itu kata " Kalau kamu macam ni, sampai bila tak akan belajar. Kamu buat sahaja,nanti abang akan tolong". Dalam kes ini, nampak sangat yang diri aku tiada keyakinan walaupun hati sebenarnya gembira diberi kepercayaan sebegitu tinggi walaupun amanahnya amat berat kerana inilah yang aku impikan untuk memecahkan segala pintu yang menutup kekuatan aku. Aku mengambil risiko itu dan apa yang aku lakukan, aku sentiasa merujuk kepada abang-abang yang berpengalaman dan juga para doktor/lecturer yang sedia memahami bidang ini. Alhamdulillah, MSFT dapat berdiri juga dengan kukuhnya. 

Bayangkan, aku yang dahulunya terketar-ketar dan cemas berada di hadapan, hari ini aku sendiri memilih untuk berada di hadapan pentas untuk menyampaikan sesuatu. Semuanya ini atas niat,tujuan,matlamat yang aku bina diikuti dengan perancangan untuk berubah. Perancangan yang diikut dengan penuh istiqamah dan percaya pada Tuhan. Aku tundukkan perasaan ego, tamak,sombong dan segalanya yang negatif demi suatu perubahan kerana Allah. Alhamdulillah, aku berjaya mendapat sedikit keyakinan. Bukan untuk aku bangga tetapi untuk aku berbakti. 

Perjalanan aku untuk berubah itu,mengambil masa yang agak lama juga tetapi aku tetap bersyukur. Hari ini juga aku masih lagi menambah baik kelemahan diri. Aku masih ada banyak kelemahan terutamanya bahasa Inggeris dan komunikasi. Sehingga aku tidak dapat menyampaikan jawapan sedangkan aku tahu jawapannya tapi  aku kurang keyakinan dan kurang fasih dalam berbahasa.


Semalam, Jumaat, 24 hb September 2010, aku diberi tugasan untuk menyampaikan motivasi kepada pelajar SPM 2010. Para cikgu pada mulanya merasakan aku mungkin tidak dapat menyampaikan motivasi dengan baik kerana mereka faham dengan situasi aku tetapi menjemput aku juga kerana sebagai suatu peluang buat aku melakukan perubahan kepada diri dan sekolah. Akhirnya, mereka sedikit gembira dengan perubahan yang aku bawa, inilah yang mereka katakan bahawa aku sudah pandai bercakap dengan baik, sudah dapat kawal audience sehingga hampir semua mendengar kata-kata aku. Tambahan pula, pengacara majlis mengatakan dalam bicaranya " andai dahulu Fadzli ini seorang bersuara emas,susah untuk berkata-kata, tetapi hari ini dia sudah berubah, susah pula untuk berhenti daripada berkata-kata.". Ini kerana aku mengambil masa yang agak panjang sedikit berbanding rakan aku yang lain untuk menyampaikan mesej yang aku pendam ibarat wasiat kepada adik-adik.

Komen guruku,Cikgu Kimia dalam Facebook apabila aku meletakkan gambar kami semasa program motivasi  :

"Tey Boon Huat All three of you, congratulation and a big thank you. You have done an excellent talk and hopefully they can change the students to be a better person. Your help and cooperation in making the program a success is highly appreciated."

Aku beraya di sekolah pada malam Jumaat, tapi pagar tutup. Sekolah kosong.:P

 Alhamdulillah, pujian kepada Tuhan. Inilah bukti bahawa aku juga mampu berubah. Apa yang perlu adalah berusaha dan mencuba. Tidak takut untuk salah. Andai takut sekalipun, buat sahaja dan teruskan dalam ketakutan kerana takut itu pasti ditumpaskan dek usaha yang tidak kenal jemu menentangnya. Itulah aku untuk beruabah bukanlah sesuatu yang mudah. Perlukan kekuatan daripada hati. Kekuatan hati banyak datangnya daripada ilmu mengenal Tuhan. Setiap perubahan aku itu adalah datangnya daripada orang-orang yang sentiasa mengingatkan aku tentang Tuhan. terima kasih.




Friday, September 24, 2010

Program Motivasi Buat Adik-adik SPM 2010



24 hb September 2010, hari ini selesai sudah program Motivasi Buat Pelajar SPM 2010. Tinggal 2 bulan lagi untuk menghadapi SPM. Aku yang bertolak dari Kelantan,meminta bantuan rakan sekumpulan dari Pasir Puteh menuju ke Langgar,Kota Bharu pada 23hb September,Khamis. Alhamdulillah,ada juga yang membantu. Malah tiket yang aku guna juga atas tajaan insan yang banyak membantu aku. Insan yang sempoi dalam menaja aku. Huh(moga murah rezeki).


Program ini merupakan cadangan daripada guru-guru lama yang sedia memahami keadaan sekolah dan berjiwa sekolah kami. Sanggup melakukan yang terbaik demi kualiti sekolah. Pengetua juga kali ini amat baik dan bersungguh-sungguh dalam menjaga sekolahnya. Diharapkan beliau terus menjayakan matlamat sekolah.

Aku bertiga,bersama bekas pelajar SMKDO (sekolah menengah kebangsaan Dato On),iaitu Nur Amalina(SPM 2005) dan Fahmi(SPM2005) sedia berkongsi pengalaman untuk adik-adik. Mulanya aku terasa seram sejuk sebabnya aku khuatir penyakit kebuntuan atau panik kembali lagi. Alhamdulillah, setelah 5 tahun berada di USM,sebagai pelajar perubatan dan di negeri Tok Guru Nik Aziz,aku bangga dengan perubahan positif dalam diri aku. Kerana aku sudah mampu berubah sedikit demi sedikit. Kebanggaan aku itu bukanlah suatu yang ujub/dosa, tetapi sesuatu yang aku bawa sebagai suatu mesej bahawa kita semua mampu berubah. Sehingga dalam bicara aku pada program ini mendapat perhatian cikgu yang mengenali aku, manakan tidaknya, seorang yang bersuara 'emas' iaitu susah untuk bercakap. Akhirnya kembali ke sekolah untuk memberi motivasi dan mampu menyampaikan jauh lebih baik daripada dulu kala. Itulah, perubahan yang aku bawa agar ia terus memberi kekuatan pada aku juga rakan-rakan untuk berubah kepada yang terbaik.

Bayangkan,minggu hadapan aku ada peperiksaan, malah tugasan (log book) masih banyak kosong dan ditambah masa yang kesuntukan ini, jarak antara sekolah dan USM cawangan Kampus Kesihatan,Kelantan yang jauh beratus batu, tiket pula yang mahal belaka, hanya meluangkan masa 2-3 jam sahaja di sekolah untuk memberi motivasi dan perkongsian pengalaman,yang mungkin didengari atau diabaikan, adakah anda sanggup mengambil risiko ini? Aku bukan menulis ini untuk riak atau bangga diri, tetapi suatu cabaran untuk kita melakukan pengorbanan buat insan yang berjasa iaitu guru-guru dan pihak sekolah semua serta ibu bapa. Inilah masanya. Jika dinanti saat lapang, pasti berkurun lamanya. Kawan aku, Nur Amalina, pelajar Tahun 4 iaitu tahun akhir sanggup ponteng kelas semata-mata untuk program ini. Malah,tiketnya juga sendirian berhad.Tiada yang taja kot. Bangga juga ada insan yang melakukan pengorbanan sebegitu. Aku pula, takdir seolah memihak pada aku, apabila masa ini,jumaat, hari cuti, dan tugasan pula boleh dibuat waktu ini di rumah dan juga studi di rumah,inshaAllah. Tiket aku juga dapat tajaan khas sahabat baik aku seperti dinyatakan dalam perenggan di atas.

Walauapapun, diharap agar motivasi itu mampu juga kami ambil untuk diri sendiri juga. Semoga tahun ini melenyapkan sejarah kecemerlangan dahulu dengan membuat sejarah baru,iaitu semua A+. InshAllah.

Thursday, September 23, 2010

Santai : Minggu Yang Amat Berat


Andai dapat kutimbang berapa beratnya pasti aku lakukan untuk menyukat berat beban minggu ini. Namun, tiada penimbang khas untuk aku gunakan. Hanya merasa dengan hati, akal dan fizikal. Ada kala kita terasa lemah ada kala juga kita terasa kuat. Bila ujian datang, apa yang harus kita sediakan,hanyalah sabar dan bersangka baik.

Minggu ini, banyak entri yang aku sudah tulis, cuma belum dapat aku post kan,kerana masalah tertentu. Di tambah, aku sedang sibuk menyelesaikan tugasan yang diamanahkan.

Al-Fatihah buat Atok saya yang telah menghembuskan nafas terakhir 19hb September 2010. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan insan yang soleh. Diberi keampunan dan dirahmati oleh Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Saturday, September 18, 2010

Sesuatu Untuk Difahami

Beberapa hari lepas, aku telah membaca entry seorang prof yang juga penulis buku travelog Haji .Buku yang sangat laris di pasaran. Tajuk entry beliau "KAWIN". Secara ringkasnya, beliau menceritakan tentang pendapat beliau dan apa yang beliau akan buat untuk anak perempuannya jika mahu berumah tangga. Alhamdulillah, kata-katanya sangat memudahkan pihak lelaki untuk memetik bunga di halaman rumahnya. Maka, aku pun turut memberi komen kerana blog beliau antara blog yang sangat aktif bagi aku dan antara blog yang aku minat kerana cara beliau sampaikan mesej dan penceritaan sangat berpihak pada semua walaupun ia cerita tentang dirinya tetapi boleh dirasai oleh pihak pembaca. 

Di bawah ini adalah komen aku...

Di situ juga terdapat nota MKI(Muhd Kamil Ibrahim) yang aku sendiri kena fahamkan kerana mesejnya itu penting dan sangat berguna. Sebab itulah aku sanggup meletakkannya di entry aku seterusnya ini. Bila kita menghargai sesuatu pastinya kita akan abadikan ia dalam hidup. Hargailah semua yang ada sebelum kita terlepas untuk melakukannya.


Salam..
Andai semuanya berfikiran seperti Prof pastinya aman dunia ni.. Tapi hidup tanpa ujian ibarat makan tiada garam dan gula.
:) 

NotaMKI: Salam sejahtera. Cuba ketepikan garam dan gula. Sedap atau tidak terletak kepada pemikiran kita. Cuba sediakan teh tanpa gula. Letakkan guka di sebelahnya. Kalau biasa kita guna tiga sudu teh, gantikan dengan 2 1/2 sudu. Ia tidak membawa sebarang perbezaan rasa.
Kemudian, cuba lagi kepada 2 sudu teh. Lama kelamaan rasa 3 sudu teh gula sudah dapat kita lupa.
Kemudian, cuba lagi 1 1/2 sudu teh gula… InsyaAllah rasa sedapnya sama sahaja dengan 3 sudu teh gula.

Cuba lagi dengan 1 sudu teh gula… emmm… masih terasa manisnya.
                      Kemudian, cuba pula dengan 3 sudu teh gula…. Ya Allah manis gila!!!!!

Akhirnya, minum tanpa gula… aroma daun teh sudah memadai untuk dikatakan teh yang sedap!
Saya memberi analogi yang paling mudah… tetapi untuk memulakannya memerlukan kesungguhan.
Saya cuba memberi contoh yang lebih serius. Dalam kebanyakan kes, ramai orang berselindung di sebalik adat. Jika kita tidak menurut adat walaupun kita tahu adat tersebut membazir dan menyusahkan maka kita akan dikata orang.
Hakikatnya… kita tidak mahu kalah!


Ya, saya menyokong kata-kata prof ini.Ayuh fahaminya.

Santai : Kembara Teman


Malam Jumaat lalu,16 September 2010 kami merancang untuk ke Melaka, namun dibatalkan kerana ingin beraya di rumah guru Bahasa Melayu kami. Ya, akhirnya kami memutuskan untuk ke Muar sahaja. Jaraknya lagi dekat.Lebih kurang 40 minit.  

Beraya di rumah guru Bahasa Melayu, Cikgu Maimunah. Cikgu yang tegas dan suka memberi petua untuk dapat markah lebih. Beliau mengajar bukan untuk melahirkan insan berseni atau puitis, tetapi insan yang dapat menghargai nilai bahasa dalam hidup. p/s: macam sayalah,pelajar didikan beliau.heehe. Semoga beliau akan terus sihat mengajar anak bangsanya dengan baik. 


Apa yang menarik ketika kami ke Muar ialah pertamanya, kami berlima singgah ke Sabak Awor untuk makan makanan istimewa. Ikan siakap 3 rasa,sotong goreng, khailan ikan masin, dan kuah sup. Cukup mengenyangkan. Ketika kami mahu bayar, masing-masing keluarkan RM20 seorang,maka jumlahnya RM100. Alangkah terkejutnya masing-masing apabila jumlah yang perlu dibayar RM46.50 sahaja. Separuh daripada yang dijangka. Alhamdulillah,kenyang pun nikmat,murah pun nikmat. Sebenarnya,itulah yang aku rasakan suatu yang baik bila perjalanan kami ini tidak dicampurkan dengan perkara yang sia-sia. Tujuan kami ke Muar ini hanya untuk merapatkan persahabatan di saat percutian yang ada ini sebelum masing-masing sibuk dengan kerja dan keluarga. Malah, jamuan ringkas itu benar-benar mengundang suatu keistimewaan yang sukar difahami.



Keduanya, perkara yang menarik perhatian adalah ketika kami berlima yang berpakaian baju melayu dan aku pula berkopiah putih,jalan di tepi sungai Muar,pusat reakreasi pada pukul 12-1am, apakah reaksi para pemuda dan pemudi yang melepak di situ? Sedangkan kami juga mahu melihat pemandangan malam di tepi sungai Muar. Indah dan tenang apabila mendengar deruan ombak kecil menghempas bebatu di tebing sungai. Ditambah cahaya daripada masjid di seberang. Namun, golongan yang membuat maksiat itu terus tergugat ke'dajjal'annya dengan berpura-pura duduk berbual,sedangkan mereka itu berpelukan dan melakukan apa saja yang aku sendiri jijik untuk menerangkannya. Aku lihat? Aku terpandang mereka melakukannya di hadapan aku yang sedang berjalan. Mereka hanya melepaskan dirinya apabila tersentak dengan kelibat kami. Kononnya kami ini badan pencegha maksiat dengan membawa sebuah kamera.Huh.. Kawan aku ada yang tergelak dengan gelagat mereka dan juga aku yang berkopiah putih ini. Maklumlah, orang lepas beraya terus 'melepak' di Sungai Muar. Waduh, berat juga.
Kami di atas puncak menara di pusat makanan Sabak Awor,Muar.



Apapun yang berlaku aku menyedari, suatu masa kita akan bertemu dan suatu masa juga kita akan terpisah. Mungkin terpisah buat selamanya dan bertemu di alam syurga inshaAllah.


Masa cuti ini adalah percutian yang aku gunakan untuk memahami sesuatu yang aku tidak faham lagi. Mengenali saudara aku yang lain, merapatkan persaudaraan dengan jiran di kampung, dan juga yang paling penting, aku belajar bagaimana membuat teknik HDR(photohraphy). Terima kasih kawan-kawan aku semua di kampung.


Masa untuk study Medic sudah tiba. Fokus pula menelaah demi saudaraku yang memerlukan bantuan aku juga untuk diriku. "Beriman"  dengan Ilmu Medic  suatu tuntutan.Apalah guna ilmu andai tiada kudrat untuk mengamalkannya.


Thursday, September 16, 2010

Karya : Videoku Buatmu 2010



15 hb September 2010, Rabu, malam ini aku ditemukan dengan suatu mesej daripada kejadian seekor kucing yang terlibat dengan kemalangan kerana bermain di bawah kereta pelanggan yang membeli di gerai di hadapan rumah aku. Agak kuat juga perlanggaran itu sehingga membutakan matanya dan kelihatan juga darah di sekeliling mata yang aku rasakan keretakan tulang kepalanya telah berlaku. Apa yang aku pelajari pada bahagian manusia amat sukar untuk diaplikasikan pada haiwan,tetapi ia tetap membantu aku untuk memahami fungsi dan peringkat mana kerosakan sistem sarafnya.

Bukan sains atau perubatan mahu aku bincangkan,tetapi suatu mesej yang amat menyentuh hati.




video

P/s: Aku belum dapat melihat betapa seekor kucing yang mengerang kesakitan dengan caranya, seolah memanggil sahabatnya yang lain,  maka datanglah dari setiap penjuru kucing-kucing lain yang 'sepermainan' dengannya. Hebat kuasa Tuhan membuktikan kasih sayang antara mereka begitu baik. Mereka datang untuk membantu,namun apakan daya, takdirnya hanya sebagai haiwan yang tidak mampu untuk mengubat kecederaan yang amat parah. Begitu juga aku tidak mampu membantu apa-apa. Hanya memerhati takdirnya yang akan berakhir begitu saja atau ia terselamat. Pengalaman ini juga bakal aku ubah menjadi sesuatu yang amat bernilai kerana aku memiliki akal untuk berfikir dan hati untuk memahami serta iman untuk aku amalkan yang terbaik buat Islam.

Tuesday, September 14, 2010

Karya : Langit Petang Kampungku


Hari raya kelima, aku yang pulang dari solat maghrib terpandang kaki langit yang bercahaya indah. Merah jingga dalam kegelapan malam. Indah. Aku segera ke bilik mengambil kamera dan tripod, ya walaupun aku rasa, aku pasti terlambat kerana ia begitu cepat berlalu. Jubah putih masih di badan, tapi aku terus ke tanah lapang di kampung jiran. Alhamdulilah, dapatlah sedikit hasilnya buat kenangan di blog ini dan rakan-rakan sekalian.



Pada hari ini juga, aku akhirnya berjaya untuk bertemu dengan seorang sahabat sekolah lama yang aku rasa kenalan baru tidak sampai 3 bulan berkenalan kerana dia sudah berpindah ke sekolah lamanya.
 
 Namun, persaudaraan terbina itu masih kuat mencengkam di hati membuat aku tekad berdoa agar raya ini aku akan bertemu dengannya. Ya, walaupun harapan tipis kerana banyak halangan dan dugaan semasa ingin ke rumahnya, tetapi aku dan rakan berjaya menjejaki rumahnya.Antaranya, kereta utama yang kami mahu naik telah mengalami kemalangan kecil dan beberapa sahabat yang ingin pergi terpaksa batalkan kerana sebab tertentu. Akan tetapi seolah rahmat Allah datang, mereka yang batalkan itu, kembali menyertai kami yang hampir membatalkan ziarah kami. Inilah nikmat daripada Tuhan yang aku hargai dan sayangi. Kerana Tuhanku memberi yang terbaik buat hambaNya.






Karya Santai: Syawal lalu 2010

Tragedi kecil : Semasa aku ke kedai bersama seorang sepupu aku untuk membeli reload card/top up, satu tragedi kecil menimpa. Kami singgah di Teluk Wawasan sebentar untuk melihat laut. Selepas itu,sepupu aku meminta izin untuk membawa motor . Aku memang nak bagi tapi kurang percaya dengan dia sebab degil. Masa itu, aku berikan juga kunci. Dia bawa motor dengan baik cuma sampai di suatu jalan berpasir dan berlopak,aku suruh dia berhenti untuk tukar tempat. Jalan itu menuju ke jalan utama yang agak sibuk. Topi keledar dipakai rapi. Namun, keengganannya membuat aku sedikit marah dan ketika aku suruh berhenti dengan mengambil kunci untuk OFF kan motor, sepupu aku ini break emergency!!..rr.. faham-fahamlah jalan yang berpasir tak akan baik kesudahannya. Jatuh. hmmm.. seperti biasa, kemalangan kecil yang berlaku atas sebab kedegilan masing-masing. Bila disuruh berhenti,berhenti sajalah, jangan dibantah . Punyalah aku risau kepada motor yang aku pinjam itu dan bagaimana aku mahu menjawab di depan bapanya yang agak bengis tu, sampai aku terlupa nak check sepupu aku itu,apa yang berlaku,cedera teruk atau tidak. Alangkah nasibnya baik kerana dia memakai seluar jeans yang tebal tetapi aku memakai seluar slack yang nipis. Sakit juga jatuh motor ni, lagi-lagi di lutut pula tu. Mahu sujud pun susah. Masih sakit juga hari ini walaupun kejadian itu berlaku pada hari raya kedua.Lima hari berlalu diharap sembuhlah segera.Sakit cedera dengan sakit hati,dua-dua pun sakit. Tapi sakit fizikal jarang kena berbanding sakit hati yang hampir setiap hari ada. huh.. inilah dunia.

p/s: our own real farmville... bestnya bila melihat hasil semaian sudah membesar dengan suburnya.
p/s: macam lagu shahrir, embun yang tidak akan mampu menyubur sekuntum bunga yang layu dalam musim luruh.. lebih kurang lah liriknya. ('',)

Monday, September 13, 2010

Catatan Raya 2010

p/s: bersahaja dengan pakaian raya selepas solat sunnt raya dalam hujan dan sejuknya suasana.

Sudah masuk raya keempat hari ini, aku masih di kampung dan tinggal beberapa hari lagi aku di sini. Moga aku dapat manfaatkan masa ini untuk memahami kehidupan seorang mahasiswa perubatan,seorang pemuda kampung ,seorang murid kepada guru,seorang sahabat, seorang saudara dan yang paling penting ialah seorang anak kepada ibu bapa. Inilah yang aku perlu manfaatkan masa cuti ini terutamanya dalam perayaan yang penuh bermakna buat umat Islam.

Sebulan berpuasa pastinya memberi suatu kemeriahan buat mereka yang berjaya mengharungi dengan baik. Akan tetapi rugilah kepada mereka yang khayal dan lalai dengan perkara sia-sia semasa menjalani bulan penuh barakah.

Hari raya yang lalu, kami memulakan 'konvoi raya' bersama rakan sekelas bermula raya ketiga. Ia bersama rakan lelaki dan perempuan. Mulanya aku begitu khuatir dengan konvoi ini. Maklumlah, aku jenis yang tak suka bercampur baur macam rojak lelaki dan perempuan. Bukan apa, ada kalanya perempuan yang datang menempel ke kumpulan lelaki dengan muka selamba. Sedangkan para lelaki semuanya rasa segan dan tak selesa dengan kehadiran orang berlainan jantina secara tiba-tiba. Dunia sudah tunggang terbalik. Konvoi raya yang lalu benar-benar memberi suatu yang terbaik buat aku kerana kawan-kawan aku masih menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan. Satu kumpulan lelaki dan satu kumpulan perempuan. Alhamdulillah. Walaupun ada juga yang menggatal pergi bercampur juga,itu aku tidak mampu untuk halang kerana dia sendiri sudah tau dan lebih arif tetapi masih melakukannya mungkin terlalu 'excited'. 

Apa yang aku syukuri, kawan atau teman rapat aku masih menjaga hubungan yang baik. 


Hari raya ini, berlalu sederhana pantas kerana tiada apa yang perlu aku kejarkan. Menjaga atuk yang terlantar sakit cukup buatku untuk mempraktikkan apa yang telah aku pelajari di dunia perubatan. Malah, aku juga suka berbincang dengan saudara aku serta rakan-rakan aku tentang isu kesihatan. Boleh juga aku sampaikan maklumat kepada mereka agar mereka dapat menjaga kesihatan dengan baik.Bahkan, aku juga akan mengetahui di mana kekurangan aku yang perlu aku tambah.

Namun, perbincangan yang ilmiah jika tidak diamalkan maka sia-sialah. Kesihatan diri adalah tanggungjawab diri.



Walaupun raya ini disinonimkan dengan bulan kemaafan, bukanlah ia membawa erti kita boleh menyakiti yang lain semasa bulan ramadhan dengan harapan kemaafan diterima di Syawal nanti. Bukanlah juga kemaafan itu diperolehi dengan mudah andai hati yang disakiti itu parah sakitnya atau mungkin hati sudah tertutup pintunya kerana perangai yang tidak pernah berubah.

Saturday, September 11, 2010

Kau katakan apa pula?


Sehari sebelum Syawal menjelma,9 September, pagi itu,aku diambil oleh mak cik aku dengan Myvi untuk ke rumahnya kerana aku mahu pinjam sebuah motosikal milik suaminya. Sebelum itu, kami singgah ke sebuah pusat membeli belah, BP Mall. Ya,teringat aku akan KB Mall, tempat aku berjalan-jalan ketika duit biasiswa masuk. 

Tiada yang istimewanya ketika ini, cuma semasa aku ingin membayar barang yang aku tolong beli, di belakang aku ada sebuah keluarga,seorang ibu dan anaknya. Ayahnya pula entah ke mana. Suatu ketika, telefon ibu itu berbunyi dan suaminya bertanyakan tentang lokasinya dan juga anaknya. Mungkin risau akan kehilangannya.Ini adalah anggapan aku saja. Si anak ini cuba menyorok di sebalik susunan barang di kaunter agar tidak dilihat oleh ayahnya. Malah ibunya turut menyokong tindakan anaknya untuk bergurau.

Namun, gelakkan gurauan anak disambut dengan wajah bengis ayahnya yang terasa diperbodohkan. Ayahnya datang kepadanya dan terus menampar anaknya di khalayak ramai. Memukulnya lagi beberapa kali dan memarahinya di hadapan orang yang sedang membeli belah dan menanti di kaunter. Malunya si anak. Esok sudah mahu beraya. Hari ini ayahnya sudah memukulnya dan memalukannya. Adakah si anak ini tidak akan memendam? Adakah si anak ini juga suatu hari nanti turut menjadi seperti ayahnya? Adakah hati yang dilukai ini akan memaafkan segala yang diperlakukan oleh insan yang dihormati selama ini? Gurauan si anak disalah ertikan? Si ibu yang menyokong tindakan anaknya tadi seolah berubah perangai dan turut memarahi anaknya agar tidak mengulangi tidakan tersebut. Apakah si ibu ini tidak berpendirian? Hanya beberapa minit menyokong anaknya,sudah menjadi seorang yang menipu. Apalah nasib si anak ini dan anak-anak Islam yang lain jika ibu bapa sebegini masih ramai. Kedudukan Islam pastinya akan goyah ditangan pemilik yang tiada kekuatan.

 Dan.... mengapa orang di khalayak ramai masih tidak profesional memerhatikan setiap apa yang berlaku. Jika tidak mahu membantu, biarkanlah dia bersama keluarganya melainkan keterlaluan berlaku. Kerana si anak pastinya berasa sangat malu jika ramai yang melihatnya. Peristiwa itu berlaku di belakang aku. Keluarga tadi beratur hanya selepas aku di kaunter pembayaran. Aku diam. Kerana aku tau jika aku campur tangan pasti suasana menjadi hangat. Lagipun, berurusan dengan orang yang panas baran di khalayak ramai adalah suatu yang sia-sia. Ditambah, tindakannya tidaklah membunuh atau mencederakan anaknya. 

Semoga si anak tadi akan berhati-hati dalam setiap tindakannya dan menjadi insan yang terbaik buat agama Islam.

Friday, September 10, 2010

Syaitan sudah boleh pencen atau ada yang menganggur?


Aku suka akan kebenaran.. Tapi blog ini sudah diedit sedikit dan banyak yang ditutup kerana sebab-sebab tertentu. Apa yang jelas, ternyata betapa ramai yang takut akan kebenaran... dan betapa ramai yang masih berpegang teguh menegakkan kesesatan. Jadinya, tugas syaitan pun makin kurang sebabnya..... Ramai pekerja asing..  Maka, statistik bilangan pekerja menggangur juga wajib memasukkan syaitan sebagai salah satu pekerja yang sudah kehilangan kerja menyesatkan orang. Bukan kerana bilangan mereka bertambah ramai, tetapi pendatang tanpa izin sedia bekerja tanpa gaji untuk turut serta bekerja menyesatkan manusia.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum semua pelawat blog ini,

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Moga kita akan menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Wednesday, September 8, 2010

Karya : Khabarkan Ya Ramadhan

Siapa Yang Salah?



Senario 1:



Jika anda dalam satu kumpulan ada kawan cina beragama budha,india beragama hindhu dan melayu beragama Islam. Ketika aktiviti masyarakat dilakukan dalam bulan ramadhan, anda perhatikan seorang budak cina memetik buah rambutan merah menyala dan memakannya di depan anda,tanpa rasa segan silu dan terlupa meminta izin tuannya. Kemudian,dia meminta izin untuk makan ketika anda mengingatkannya. Anda terasa puasa anda tidak dihormati bukan? Anda merasa perbuatannya agak melampau batas bukan? Siapa yang salah?

Senario 2 

Anda diminta untuk membuat beberapa photocopy kertas perbincangan oleh seorang lecturer, kemudian, anda meminta kerani pejabat untuk photostate dan memberitahu dia bahawa lecturer mahu segera. Anda pun berikan padanya. Anda lihat juga mesin itu digunakan oleh seorang mamat foreigner. Kelihatan mamat ini menggunakan mesin photostate dengan lemah lembut dan ayu sekali sedangkan anda memerlukan mesin itu untuk membuat salinan segera. Kerani pejabat itu juga,acuh tak acuh menyempurnakan permintaan lecturer kami dan asyik melayan komputer besar di hadapannya  yang aku sendiri tak tau apakah yang dia lihat. Anda menanti dengan sabar. Mamat itu pula semakin ayu pula(berlengah-lengah dalam menggunakan mesin). Suatu saat, lecturer anda keluar, bertanyakan, " di mana tugasan saya itu? tengah photostate ke?" ." Maaf, someone use it". " oh my god, kamu menanti dia? now, we have a class, this is my department, i need that machine now. Sorry, guy, i need to use it. Please take your paper away". Lecturer kamu menghalau dengan penuh perli mamat foreigner tersebut. Kamu dengan rasa hormat menanti dengan sabar. Tetapi lecturer kamu menggunakan haknya untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Sekali lagi, mamat foreigner itu masih tak faham-faham orang lain mahu guna. Haish, macam-macam dunia. Mahu berbuat baik salah. Mahu berlaku tegas pun terasa bersalah. Siapakah yang harus dipersalahkan sekali lagi?


Senario 3 :


Anda mengirim seseorang untuk membeli keropok ikan di Kelantan untuk dibawa pulang. Anda meminta untuk membeli enam kilo. Anda memintanya untuk membawa pulang juga ke kampung kerana dia juga merupakan kawan anda di kampung. Disebabkan anda percayakannya, anda menyerahkan tugas itu padanya untuk membeli. Setelah beberapa hari kawan anda belikan keropok,dia menelefon anda, dan memberitahu bahawa keropok itu hanya 600gram setiap bungkus bukannya satu kilo. Kawan anda berasa cukup bersalah dan tertipu. Dia menyatakan bahawa dia rasa sedikit bersalah dan mahu sahaja dia bertemu dengan peniaga tersebut dan meminta ganti rugi. Anda dengan tenang mengatakan bahawa, " bertenang, itu bukan rezeki kita. Kita dah buat dengan baik untuk membeli tetapi peniaga masih menipu. Halalkan saja duit yang dia tipu sebagai duit raya". Kawan anda tergelak dan pelik. Boleh pula anda berkata demikian sedangkan kerugian anda 400gram itu untuk 6 kilo dijumlahkan hampir RM 30 hilang sebagai duit raya kepada peniaga yang menipu. Apakah anda mahu menyalahkan diri? Kawan baik anda? Atau peniaga yang berbohong? Siapakah yang bersalah.


Cukuplah 3 senario ini saya letakkan kerana inilah peristiwa yang dialami oleh kita mahupun saya ada kalanya. Malah kita tidak tahu apakah kita lakukan itu sudah betul. Siapakah yang harus dipersalahkan. Akan tetapi, kunci ketenangan adalah meredhai dan mengambil iktibar dalam setiap masalah.


Saturday, September 4, 2010

Di Penghujung Ramadhan



Lagi 5 Hari untuk kita menghabiskan Ramadhan, adakah di penghujung bulan mulia ini kita akan menutupnya dengan kesudahan yang baik atau sebaliknya?

Bagi aku, bersedialah jika sepanjang ramadhan anda menghadapi suasana tenang untuk menjalani ibadah puasa,solat sunnat dan perkara kebajikan. Beberapa hari ini sebelum syawal menjelma,lengkapkanlah benteng kesabaran dan ketaqwaan dengan banyak bersabar. Pastinya, dugaan itu datang tanpa kita sedari, jika tarbiyyah sebulan ini cukup baik, pastinya kita mampu untuk mneghadapinya. Akan tetapi, aku khuatir tarbiyyah sebulan yang lalu belum menguatkan aku lagi, membuat aku hanyut menghentam dugaan dengan perasaan dan nafsu. Apalah nilai matlamat jika kesudahannya kehancuran. 

Pesanan buat diri ,
" bersedialah menghadapi orang di sekeliling kamu. Baik atau buruk mereka hendaklah kamu jaga segala perbuatan, pertuturan dan diam kamu. Perbuatan yang menyakitkan mereka, pastinya dibalas dengan lebih kejam oleh insan yang tiada nilai ramadhan di hati. Pertuturan yang tajam, pasti membunuh imipian kamu memenuhi ramadhan bulan kasih sayang dan rahmat Allah. Diam kamu yang penuh dengan dendam dan marah,membalut semua sifat mahmudah yang akhirnya menggelapkan hati kamu untuk menjadi insan yang berhati mulia."


Apapun yang mendatang, fitnah dan sebagainya, bertafakurlah dan mintalah pertolongan dari Tuhan yang Maha Agung. Biarpun, hasil tulisan ini yang kutulis mungkin tidak menggambarkan diri aku sebenarnya, tetapi biarlah ia menjadi bukti pada Tuhan, bahawa aku adalah HambaNya yang tidak pernah berputus asa untuk membaiki diri serta mencari rahmatNya.

Friday, September 3, 2010

Catatan Ramadhan


Hari ini sudah 24 Ramadhan, tinggal beberapa hari lagi untuk menemui syawal. Bermaksud ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Usah ditangisi pemergiannya andai kita tak mahu berubah. Usah pula bergembira di syawal andai ramadhan kita tiada perubahannya.

Bergembiralah kita jika kita mampu berubah kepada kebaikan dan mencapai matlamat kita di ramadhan ini. Malah, aku juga mengalami kepayahan dalam mencapai matlamat ramadhan ini, memandangkan tempat yang aku diami kian berpindah-randah disebabkan tugasan dalam pengajian aku. Bulan ramadhan ini, aku ditugaskan untuk menjalani praktikal di Pasir Mas, maka terpaksalah aku merancang bagaimana mahu mencapai matlamat di bulan ramadhan dan juga meyelesaikan tugasan di sana. Bukan mudah, kerana untuk mengadaptasi dengan tempat baru juga merupakan cabaran.

Aku tertarik dengan seorang kawan aku berbangsa india,beragama Hindu. Dia turut menyertai kami berpuasa, sahur pun bersama, berbuka pun bersama. Malah, ada kala turut mengikuti kami bersahur awal sebab khuatir tak bangun sahur disebabkan tidur lewat. Aku seperti biasa, tidur aku dijaga demi solat subuh aku. Walaupun ada kala berjamaah dan ada kala terpaksa solat sendirian disebabkan masalah tertentu.

Tamparan hebat pada aku, apakah yang membezakan puasa orang Islam dengan orang Hindu? Maksud aku, kawan saya itu berpuasa,berlapar malah, dia juga selalu berkata-kata soal dosa dan pahala, syurga dan neraka. Aku pandang ke dalam diri,sekitar aku, umat Islam masih kurang kuat lagi. Apakah harus kita lena lagi? Aku mencabar diri sepanjang ramadhan ini, aku berpuasa bukan bermakna aku lemah, bukan bermaksud puasa itu merencat segala kepandaian dan kebijaksanaan.Bukan puasa itu, melembabkan tugasan. Bukan puasa itu juga menyebabkan kami beroleh alasan untuk menutup kelemahan. 

Hidup sebagai pelajar Islam yang berpuasa, masih lewat bangun untuk ke kelas, masih melengahkan solat fardhu, masih berkata-kata dengan topik yang sia-sia, masih lagi membuang masa, masih kekal dalam hidup tidak ada rasa bertanggungjawab. Malah, masih lagi kita menyakitkan hati kawan-kawan kita bertubi-tubi. Kononnya mahu melepas dendam,menguij iman? Apakah yang kamu lakukan itu tidak dilihat satu pun oleh Tuhan? Apakah kamu mengira bahawa Tuhan itu leka atau tidur? Sedangkan malaikat di kanan dan kiri kamu itu sentiasa mencatat segala kelakuan kamu. Hati yang sudah keras, memang sukar untuk merasa sentuhan lembut ramadhan yang penuh nikmat. Apakah kita masih memiliki hati yang sedemikian? apakah tandanya? Adakah kita mampu melembutkannya?

"Ya Tuhan,kami pohon padaMu, agar Kau berikan segala bantuan untuk menjadikan hati kami tunduk padaMu,menjadi seorang hambaMu yang kuat, taat dan berjaya dengan baik di dunia dan akhirat. Biarpun, tulisan aku ini sekadar catatan untuk peringatan buat diri. Walaupun , diri ini seorang hamba yang masih alpha dan lalai, aku memohon padaMu agar Kau bimbinglah aku menuju kepada rahmatMu. Jadikanlah aku,seorang yang menuruti sunnah rasulullah,kekasihMu ya Allah. "