Saturday, May 29, 2010

Boikot lagi...





Sembang-sembang Dunia 



"... Orang kata, boikot itu suatu yang sia-sia...."
terpulanglah. ...

"orang kata, nak boikot tapi tiada alternatif pula tu,macamana nak boikot..."
suka hati hang lah nak buat apa.... tak dapat den nak tolong....

"orang kata, boikot? masa zaman nabi dulu...perniagaan masih dilakukan dengan orang-orang yahudi semua.kenapa kita mahu memboikot?"
tapi, musuh islam ada dua kan zimmi dan harbi...
hmmm apa-apapun, alasan yang bijak juga tu.... suka hati demo nak buat gapo dia...

Aisey!!!! Milo ada ,Vico pun ada... alternatif sudah ada....
Mr X kata - Vico xsedap...so I nak Mila la u...mmm sedapnya!!(dalam hati aku, kalau la tauke Milo tu bunuh mak saudara ko atau ayah saudara ko, ko plak minum milo tu depan saudara ko, dan kata," mmm...sedapnyaaa! !!".. rasanya, habis patah tulang rusuk, tulang kepala ko...)

Bagi pelajar USMkk,Kelantan,
"aiseyy.. KFC dekat  USMkk je ni,500 m je.. ha!! Radic Fried Chicken hanya di depan mata je tu..."
Mr X kata- o'oooo... tapi RFC xsiap lagi..(mahu berdalih la tu)

Saekarang ini Facebook!! wah!! syoknya main FB.. la ni sesiapa tak leh kata FB ni ada alternatifnya. . mana ada yang setanding dengannya?? bagitau?? kerajaan Malaysia pun anjurkanmain FB..
(dalam hati aku, arrgh!! ada ke patut pemimpin ajar main FB!! lagho betul..Suruh la buat benda lain join rakan masjid ke.. patutlah kalah  lalu..heheh. . ajar orang bukan2!..opss. .bukan pemimpin negara ni tau.. xda kaitan)

Yahudi dan FB? hmmmm xleh la nak benti..ketagih FB!!...

Ha!! la ni ada alternatif dah!! pemiliknya orang Islam kalau tak silap.. nama laman web ni Umma United, mungkin ada yang dah tau...

http://almomentum. blogspot. com/2010/ 05/umma-united- vs-facebook. html

Umma United  Join la!!

Kalau kamu rasa, ia sesuatu yang asobiah.. maka tak payah join... dan jangan hasut orang lain!!!
kalau kamu rasa ia mengarut, kamu sengal!! kamu sengal! baca dulu dan FB super sengal!(tapi aku join juga,sebab aku juga sengal sikit.. :) )

Umma united suatu lembah dakwah yang lebih baik daripada FB... FB peluang berdakwah luas tetapi bagaimana anda mahu kawal peluang seluas itu.. ya, bayangkan kamu punyai kambing 10 ekor, kamu mungkin boleh kawal.. tapi andai kamu ada ambing 1000 ekor? bagaimana kamu mahu mengawalnya? Apa yang penting Umma United ni sebagai alternatif baru ...



"Islam mampu berdiri kukuh!! Bukan kerana usaha kita tetapi keikhlasan kita"

Tuesday, May 25, 2010

Peringatan Buat Diri


Dua lafaz berbeda

" Aku mohon padaMu agar Kau berikan....."


dan

"Berikanlah aku...."


Antara rayuan dan arahan....
Antara seorang hamba dengan seorang hamba yang tidak mengenali diri....

Perbaiki kelemahan diri agar jiwa hamba itu terus ada... Mohonlah pada Tuhan dengan cara yang baik bukanlah sebagai seorang yang bongkak memberi arahan...

Saturday, May 22, 2010

Neraka



"Di mana aku,jika aku mati sebelum sempat untuk aku bertaubat ?...
Ya Allah,ampunilah aku... janganlah engkau matikan aku dalam keadaan aku menginkari perintahmu. Jadikanlah aku,orang-orang yang bersyukur."
 
 
 
 
 
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

 
Sumber: 
Saya ambil(copy) melalui seorang hamba Allah daripada laman sosial Facebook.

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

Flickr

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.
Info 10

Sepuluh Sebab  Rakyat Malaysia Dimasukkan Ke Hospital

1.    Perempuan yang mahu melahirkan anak(bersalin).
2.    Komplikasi  dalam kandungan, semasa melahirkan anak atau selepas melahirkan anak.
3.    Kemalangan.
4.    Penyakit berkaitan Pernafasan(Respiratory System)
5.    Penyakit berkaitan jantung dan pengaliran darah.
6.    Masalah kesihatan dalam tempoh sebelum melahirkan anak(perinatal period).
7.    Penyakit tentang saluran makanan(melibatkan mulut,esophagus, perut,usus dan rectum).
8.    Keadaan kesihatan yang tidak dapat dikenalpasti puncanya.
9.    Penyakit berkaitan system ginjal dan saluran kencing.
10.    Ketumbuhan yang merbahaya seperti Kanser(malignant)


 Sepuluh Sebab Kematian Di Hospital

1.    Penyakit Jantung dan penyakit berkaitan Saluran Pulmonari(paru-paru).
2.    Septicaemia(Darah berkuman)
3.    Ketumbuhan yang serius iaitu kanser(jenis malignant)
4.    Jangkitan Paru-paru(pneumonia)
5.    Penyakit berkaitan saluran darah di otak atau stroke(Cerebrovascular disease).
6.    Penyakit berkaitan saluran pemakanan
7.    Kemalangan
8.    Masalah kesihatan dalam tempoh sebelum melahirkan anak(perinatal period).
9.    Nephritis, nephritic syndrome and nephrosis.
10.    Keadaan kesihatan yang tidak dapat dikenalpasti puncanya.(ill-defined conditions.)

Health Informatics Centre
Planning and Development Division
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
(Published in MAY 2009)
 
p/s: latest information 2010 not found yet... :)

This blog is still under construction. Please be patient. Thank you. :)

Friday, May 21, 2010




Dan Bila....

Hari ini dan mungkin sejak beberapa minggu ini, banyak peristiwa yang aku rasakan ia bakal mendidik aku menjadi seorang yang berdedikasi dan baik. Semoga suatu hari nanti aku bisa mencontohi rasulullah selayaknya. Ya, berdasarkan penampilan aku yang alar kadar ini dan masih merangkak dalam dunia universiti ini, tiada siapa yang akan pandang. Namun, pandangan manusia itu hanya harapan palsu yang bisa memerangkap...

Ingatlah wahai diri...


Bila aku melaksanakan tugas, maka aku wajib lakukan dengan penuh ikhlas. Biarlah ia menjadi bahan gelak orang asal ia Allah redhai.

Bila aku bersahabat,biarlah ia sejujur persahabatan itu sehingga kita tidak lupa untuk mengajaknya dan diri untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap Ilahi.Bertemu dan Berpisah keranaNya.

Bila persabatan itu diuji, usahlah goyah tetapi teruskanlah menghadapinya agar Allah memberkati suatu ukhwah yang ikhlas keranaNya.

Bila aku merasa aku ini di atas, pastinya aku tersilap langkah dalam perhitungan diri dan ayuh tegurlah hati ini untuk menyedari akan kelemahan diri yang bertimbun. Hanya Taqwa sahaja menjadi ukuran.

Bila aku terserempak orang yang bekerja di bahagian bawah, mengapa aku masih merasa mereka ini lemah atau kurang? Aku silap, mereka memiliki sesuatu yang aku cari dan aku mahukan sebenarnya. Mereka bahagia dengann caranya. Merekalah pelengkap dalam hidup kita ini...

Bila aku bertutur dengan orang lain, aku mahu jadi insan yang dihargai, tetapi usahlah terlalu mengharap kerana penghargaan itu pastinya ada buat mereka yang jujur.

Bila segala yang aku lakukan itu,tidak berhasil, aku jatuh seketika, sedih, dan lagi sekali aku silap, bahawa ujian itu bukanlah untuk mengkhianati usaha aku tetapi rahmat Allah untuk aku fahami atas apa yang aku minta untuk menjadi insan yang berguna dan bekerja dengan mudah.

Bila aku fahami setiap ujian itu, pasti ada kebaikan, maka setiap kali itu jugalah ada ujian datang bertubi-tubi menghentam aku, aku hampir menafikan kata-kata aku tadi, akan tetapi akhirnya aku memahami lebih mendalam bahawa setiap ujian itu adalah untuk membuktikan kata-kata kita itu benar atau sekadar omong-omong kosong.

Aku berusaha dan ada kala aku berusaha lebih keras daripada orang lain sehingga aku rasa badan aku hampir sudah tidak berdaya, tetapi aku terlihat ada seorang hamba Allah yang berusaha lagi keras sehingga tidak tidur lena dan belajar sambil bekerja, tapi tidak pula dia merungut. Aku terdiam.

Aku meneruskan perjalanan...

Bila aku berjalan, aku perhatikan seorang orang kurang upaya(OKU), masih mampu tersenyum untuk menghadapi hidupnya. Mengapa tidak aku? Senyumlah tanda kita kuat.


Bila aku bergaul dengan bangsa selain Melayu, aku perhatikan mereka itu ada kala berat sebelah dan banyak bercakap dengan bahasa yang aku tidak fahami, aku menyangka mereka itu memburukkan aku dan kawan-kawan aku, aku tidak tau. Akan tetapi Islam mengajar aku bersangka baik.

Bila aku disingkirkan dalam perbincangan, aku merasa diri disisihkan daripada mendapat maklumat semasa, tetapi suatu masa, Allah berikan lebih daripada ilmu yang aku mahukan. Aku mahu satu, Allah berikan aku tiga,empat malah lebih daripada itu. Aku tergamam bila melihat hasilnya.


Bila aku menulis blog ini, aku takut suatu masa, blog inilah yang menjadi bahan dosa-dosaku,tetapi aku jadikan blog ini sekadar suatu perkngsian pengalaman aku untuk semua agar segala kesilapan dan kelebihan itu dimanfaat untuk masa akan datang.

Thursday, May 20, 2010

Lagu 'Pergi'

Liriknya yang indah dan 'best' didengar. Lagu untuk difahami bukan untuk ditatapi sampai penuh khayalan di minda.


Wednesday, May 19, 2010



Angin

Hari ini, aku mendapat peringatan melalui suatu kisah, bacalah di bawah ini, harap sampai mesejnya :

Kisah seorang hamba Allah, kisah insan yang mencari kasihNya... Kisah ini berlaku di suatu masa dahulu, kiranya saat itu pastinya tidak mampu diulangi dan tragedi ini berlaku singkat sahaja tetapi ia memberi makna pada hati seorang manusia ini. Zaman berlaku kisah ini adalah zaman moden dengan penuh alat canggih.Kisah di sebuah tempat pengajian.

Seorang hamba Allah, hidupnya biasa sahaja. Walaupun kekurangan dalam hidupnya masih banyak berbanding sahabatnya yang lain tetapi dia masih mampu berlari sepantas yang lain dan berdiri sama tinggi malah jauh mulianya dia merentasi taraf hidupnya. Dia nampak ceria tetapi hatinya sedikit gusar. Walalupun dia hampir sudah mencapai cita-citanya, tetapi ada beberapa masalah dalam soal hatinya. Dia mencari nilai seorang sahabat, nilai kasih sayang dalam sebuah keluarga dan yang paling penting dia mahukan cinta daripada Ilahi yang menyayangi selamanya.

Sejak beberapa minggu ini, dia diuji dengan kawan-kawannya yang suka menyakiti hatinya. Malah ketika dia sibuk membuat tugasan pun, kawan-kawannya masih mengganggu dia inikan pula mahu membantu. Malang juga dia merasa apabila sahabat baiknya yang dia sayangi,menjadi tempat mengadu itu hilang dalam sekelip mata atas sebab yang dia sendiri tak dapat terima. Pemergian sahabatnya itu bukanlah menghilang tetapi kerana Tuhan memilihnya untuk pergi dahulu. Baginya, ia ujian amat berat dalam keadaan sebegini. Dia jua merasa Tuhannya menguji dia bertubi-tubi sehingga dia yang hampir jatuh itu,terus terbaring tanpa mampu untuk terus bangun.

Hakikatnya, dia juga tahu ini semua adalah ujian.'' Susah!Aku tak tahan Ya Allah. Aku penat! Aku lemah Ya Allah. Sahabat aku yang aku ada sudah hilang begitu cepat dalam keadaan aku begini! Aku tiada insan yang mampu memberi aku kekuatan! keluarga aku jauh di kampung. Ya Allah, adakah aku melampaui batas! Apakah ini balasan atas apa yang aku lakukan? Mengapa manusia tidak mengerti hati ini? Dengki dan hasadnya menjadi-jadi!. Ya Allah! Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku!". Bisik hatinya menangis bersama menitiskan air mata kelemahannya. Bukan kerana ia lemah tetapi penyesalan yang amat besar buat dirinya kerana hebatnya dugaan.

Sebenarnya dia juga mempunyai masalah dalam keluarganya.Hubungan yang nampak tiada masalah tetapi kurang sefahaman. Itulah yang membuat dia lebih tertekan ketika masalah yang datang ini bertubi-tubi. Suatu hari, ketika dia merasa tiada siapa yang menyayanginya.Dia memulakan langkahnya pada hari itu dengan penuh azam baru untuk mencari cinta Ilahi walaupun hakikatnya dia tahu dia masih lagi merasa hampa dengan ujian Tuhan.

Hari itu, dia duduk di atas kerusi bersebelahan dengan pekerja di pejabat kawasan pengajiannya. Sibuk mereka membuat kerja pejabat dengan penuh selesa bersama kipas penambah sejuk di dalam bilik berhawa dingin yang tidak berapa kuat itu. Dia melihat fail satu persatu di samping menekan butang papan kekunci untuk mencari maklumat tanpa merasa panas atau sejuk. Baginya sama saja. Di kawasan itu juga dia perhatikan seorang attendance(pekerja yang membuat kerja mengemas kawasan itu) bersungguh-sungguh dalam kerjanya tanpa ada siapa membantunya. Seorang diri dan bergelumang dengan sampah dan najis ada kalanya. Dia tersentuh, melihat wajah pekerja itu yang tenang dan bahagia. Sedangkan Dia masih dalam keadaan serabut walaupun telah mengecapi banyak nikmat. Khayalannya terhenti apabila dia mendapat mesej daripada seorang kenalan lama. Hatinya sedikit terhibur dengan sms itu. Ya, ada kala hati tidak boleh dibiarkan melayang. Fokusnya terus pada fail-fail di hadapannya untuk mencari maklumat. Dalam keadaan dia tak sedar, tiba-tiba dia terdengar bunyi kipas di tarik talinya dan tiba-tiba angin kipas itu berlalu di bahunya melintasi ke bahu bertentangan,memberi si Dia keselesaan. Dia menoleh di tepinya, pekerja(attendance) tadi rupanya. Seolah dia sengaja memberi kipas itu kepada Dia. Dia cuba untuk tersenyum pada pekerja yang dalam lingkungan 40an itu, tetapi pekerja itu seolah mengelak daripada memandang si Dia. Hatinya merasa sedikit dihargai. Apa-apapun, dia berterima kasih atas sebab menghalakan kipas itu kepadanya yang sedang melakukan tugasan itu. Terus dia merasakan, masih ada yang menyayanginya walaupun dia tidak mengenali orang itu. Seorang pekerja sebagai tukang bersihkan sampah di pejabat memiliki hati memahami seorang pelajar yang mahu melakukan tgasan dengan memberi sedikit keselesaan. Siapakah yang tidak akan terasa? Dalam dunia ni, siapa yang akan memperdulikan kita tanpa ada sebab. Susah! Ada tetapi sedikit sangat.

"Ya Tuhan, kau maha mengetahui atas tiap sesuatu. Terima kasih Ya Allah atas nikmat dan kurnianmu" bisik hatinya.

sumber : tazkirah daripada seorang Hamba Allah.

Pengajarannya, kisah di atas nampak macam tiada apa yang berlaku, cuma seorang pekerja itu menghalakan kipas kepada si Dia yang sibuk membuat tugasan agar si Dia lebih selesa melakukan tugasan. Hakikatnya, perkara sekecil inilah yang mampu memberi perubahan pada hati yang memahami setiap nikmat yang Allah kurniakan. Kita? adakah kita merasa kita sudah bersyukur? Molekul gas oksigen yang kecil malah tak nampak itu pun kita jarang bersyukur. Bayangkan jika tiada gas oksigen. Matilah kita semua.

Yakinlah, pasti ada kasih sayang daripada Tuhan itu pada kita semua. Berusaha. Kerana kejayaan bukanlah didefinisikan sebagai putus asa.

Tuesday, May 18, 2010


Cinta Yang Bukan Di Atas Kertas

Diskusi Cinta dalam FB

Insan A ini menulis : mendengarkan masalah orang membuatkan kita sedar bahawa nasib kita tidak lah seteruk mana.semuanya mengajar kita utk menjadi lebih matang.. hehe. menjadi doktor cinta yg x bertauliah (dh la xde experience bab2 ni). sape nk jadi customer.harga konsultasi kira adik beradik la.

Mohd Fadzli Iberahim Shah
bape rial kena bayar? pakai duit syiling boleh x?

24 minutes ago •
Insan A
boleh2... harga ikhlas jer... x meminta2,,,hehe


22 minutes ago

Mohd Fadzli Iberahim Shah
hmmm.. xpayah bayar boleh x?hahaha....


soalan saya (skema sikit): saya dialami suatu cinta.. tapi cinta saya sudah jauh, jauh yang membuat saya lupa dengan dunia cinta. Dia tak mencari saya,tapi dia berikan saya segalanya.. tapi saya jarang berterima kasih padanya.. saya cuba mencintainya, tapi hati ini sukar mendapat fokus untuk mengingatinya.. apakah punca-puncanya? apakah yang harus/wajib saya lakukan?

18 minutes ago •

Insan A

mencintai sesuatu yang tiada di depan mata kita memang kompleks. itulh punca yang plg utama. ktia sring mendakwa bahawa kita cintakanNYA tapi hakikatnya berapa ramai antara kita yg mampu laksanakannya. selalulah melatih diri untuk menangis kerananya. kemuncak cinta seseorng kekasih ialah apabila sanggup menangis kerana kekasihnya.. maka usahakanlah untuk menangis kerananya

15 minutes ago
Sambungannya lagi….
hakikatnya, manusia cukup mudah menangis kerana kekasih dunia tapi berapa ramai yang sanggup menangis keranaNYA.. gugurkanlah air mata mu keranaNYA. walau kau lelaki, bukan bererti kau lemah jika menangis. rasulullah yang agung juga menangis disetiap malamnya.

14 minutes ago

Mohd Fadzli Iberahim Shah
... tapi, apakah punca-puncanya yang menyebabkan kita susah untuk menangisi untuk apa yang kita cintai?

saya dah cuba la ni.. tapi tak mampu,mesti ada penghalang atas segala ni? boleh bagi contoh x? manalah tau ia boleh dijadikan panduan untuk mengorek rahsia kesilapan diri?..

11 minutes ago
Insan A

fazli: jawapan itu sentiasa ada dalam diri kita. hati setiap manusia x sama. masing2 ada level tertentu sebelum ia berjaya disentuh. ada orang senang utk disentuh hatinya dan ada yg sukar.

jika hati sukar utk menangis bukanlah bererti kita tidak normal ataupun ego dan sebagainya. cuma masih belum jumpa the right formula. kalau x dapat menangis ... See Moredirect kerananya, apa kata saudara cuba secara indirectly.

contohnya, saya yakin saudara tentu pernah brsedih sebab sesuatu hingga menjejaskan masa saudara. apa kata saudara bangun untuk tahjud, pasang muzik yg berfrekuensi delta wave 9mesti ada mmuzik sedih2). then saudara just fikir psl mslh dunia tu jer.. berfikir hingga dpt menangis kerana manusia. dan bila ia dah berjaya, cuba divert arah tuju saudara utk memohon rahmat dariNYA. minta lah untuk menangis padanya.. insyaALLAH saudara bleh cuba


Ya, bagi aku, inilah masanya untuk aku berubah. Menerima pandangan orang lain. Aku merelakan perubahan yang baik berlaku atas diriku. Akan tetapi aku tidak meredhakan diri aku digenggam oleh hasat atau amarah lalu yang semakin menebal atau statik di situ. Hanya, perbualan ringkas di laman sosial Facebook, aku jadikan ia bermakna untuk aku fahami hakikat seorang musafir di lautan duniawi.

Terima kasih wahai teman atas respon yang jujurnya. Walaupun ikhlas itu milikNya untuk menilai, ada kala kejujuran itu dirasai oleh hati seorang memahami kata-kata tersiratnya!

Monday, May 17, 2010

Merokok


Aku ada sebuah cerita mengenai merokok. Akan tetapi, aku ini bukanlah perokok yang sebenar. Aku hanya menghidu asap rokok perokok saja yang duduk di sebelah aku. Bukan aku merelakan tetapi aku tiada jalan melainkan aku menahan separuh nafasku. Ya, sesak juga menahan asap rokok tapi ada kala, macam 'syok' merokok. (heheh gurau je).

Cerita ini ringkas sahaja dan diambil daripada seorang sahabat aku yang telah pergi. Moga cerita ini akan memberi pengajaran buat kita semua dan memberi kebaikan pada dia yang telah pergi.
Dia mula menghisap rokok sejak tingkatan 3 lagi. Semuanya gara-gara ikut kawan sebaya. Ibu bapa mula-mulanya kisah juga tetapi lama-kelamaan sudah biasa dengannya. Sehingga mahu berkahwin pun dia tetap merokok . Baginya rokok itu adalah teman dalam kesusahan. Aku bertanya, sekarang ini dia merokok lagi ke tak? Dia menjawab, sekarang ni sudah berhenti.

Bagaimana dia berhenti merokok? Kuatnya daya dan semangat dia? Bukan mudah tu. Aku tertanya dalam hati. Sehingga dia menceritakan apa yang sebenarnya berlaku dalam hidup dia sehingga dia mampu berhenti merokok dalam sekelip mata.

Kisahnya bermula, tahun lepas ketika dia didiagnose menghidapi Ketumbuhan (Kanser- SOFT TISSUE SARCOMA). Dia perasan ada sebiji ketumbuhan di tangannya ketika itu dan semakin besar tapi tidak sakit,sebesar guli saja. Kanser ini jenis yang jarang berlaku tetapi ia bahaya. Setelah doktor memberitahu penyakitnya itu, dia bukannya berhenti merokok! malah menambah bilangan puntung rokok sebab stress! Aku? Aku pun kalau perokok pastinya buat perkara yang sama. Dia juga sudah tiada arah dalam hidupnya sehingga pembedahan dilakukan dan dia selamat menerima rawatan. Rokok pastinya di sisi.
Malangnya, kanser itu dirawat mengikut rawatan yang kurang tepat atas sebab kesilapan kecil yang merasakan ketumbuhan itu sekadar ketumbuhan biasa. Hakikatnya ia sememangnya ketumbuhan yang sangat rumit dan ramai doktor tersilap pandang soal ketumbuhan ini. Kanser berbahaya tetapi memiliki ciri-ciri yang tidak menunjukkan ia bahaya. Pening bukan. Itulah jenis kanser ini. Beberapa bulan selepas itu, dia sekali lagi dikejutkan dengan berita sedih ini apabila doktor mendapati ketumbuhan itu wujud kembali. Mengapa ia terjadi? adakah kerjanya terdedah dengan bahan radiasi atau sebab rokok? Kawan-kawan sekerjanya tidak pula mendapat penyakit sepertinya dan dia pula memakai pakaian lengkap mengikut piawaian atas sebab dia adalah pemantau di situ. Mungkin sejarah keluarga ada yang mengidap kanser. Mungkin juga.
Ketika dia dan isteri bertemu dengan seorang doktor pakar di dalam bilik dan berbincang soal penyakitnya. Dia mula merasa tenang apabila doktor memberitahu tentang rawatan yang akan diberi dan hasilnya juga terbukti menenangkan jiwanya. Akan tetapi dengan satu syarat, doktor ini mengambil kotak rokok secara spontan di dalam koceknya dan memberi kotak rokok itu kepada isterinya. Katanya, " ni kotak rokok dan rokoknya sekali, kamu simpan dan jangan bagi suami kamu ambil sebatang pun. Kalau dia nak tengok kamu bahagia dan kamu mahu tengok dia di sisi kamu,maka jangan sesekali benarkan dia merokok, faham?". Isterinya hanya mengangguk dengan mata penuh berlinangan airnya. Tangisan ketakutan akan kehilangan seorang insan yang selama ini hidup bersamanya. Siapa yang mahu kehilangan? Dia pula tersentak dengan kata-kata doktor pakar itu. Hatinya sayu melihat isterinya. Mahu menangis pastinya tidak mungkin tanda kekebalan seorang suami penyelamat dan pelindung keluarganya. Anaknya bertiga iaitu berumur 3 tahun,6 tahun dan 12 tahun. Mahukah aku melihat anak aku tiada ayah dan membesar tanpa aku di sisinya? persoalan jauh di sudut hati yang dalam ketandusan arahnya.

Dia berhenti merokok begitu saja tanpa ada rasa kepayahan atau mengambil ubat apa-apa. Tekadnya ialah dia tidak mahu kehilangan nyawanya dan melihat keluarganya sedih akan kehilangannya. Malah, dia juga mahu melihat diri dan keluarganya sihat bahagia.

Dia menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan itu bulan lalu dan selamat menjalani radioterapi. Akan tetapi, ketika Allah katakan dia wajib pergi. Maka, dengan tiba-tiba dalam keadaan dirinya stabil, jantungnya molek berfungsi, tiada masalah apa-apa, ketika balutan pembedahan itu dibuka, dia diserang sesak nafas seolah nyawanya sudah tiba. Puas sudah usaha dilakukan untuk menahan nyawanya pergi bukan melawan takdir tetapi usaha yang Tuhan benarkan. Dia pergi. Bukan kerana terlambat berhenti merokok, tetapi kerana nyawanya sudah tiba. Percayalah, kita semua mampu lakukan kebaikan itu dan berhenti melakukan sesuatu yang tidak berfaedah. Jika....

Jika kita tahu akan ada insan lain yang menyayangi kita dan memerlukan kita lagi.
Apa yang diperlukan ialah semangat dan motivasi yang kuat untuk melakukan kebaikan! jangan berputus asa!


Dia berhenti secara mendadak sejak tamat perbincangan itu dan sehinggalah saat aku berbual dengannya dan sehingga saat jantungnya berhenti memberi nadi, maka selama itulah dia sudah berhenti merokok.

Katanya padaku, " tak apa tinggal rokok ni,sakit sikit atau merana banyak pun tak pa asal saya tak kehilangan keluarga dan nyawa saya".

Moralnya : Kamu nak atau tak nak? itu je... kalau nak, maka inshaAllah boleh buat!

Tiada rahsia apa-apapun, bukannya mahu untuk cantik bergaya, "rahsiaku kini milikmu," tapi untuk kebaikan dunia dan akhirat...


(mengharap cahaya indah di hadapan itu bakal menyinari, tapi hanya mampu kulihat dari sini kerana takdirku menidakkan aku untuk mengecapimu, bukan aku tidak berusaha menemuimu tetapi masanya sudah tiba untuk meninggalkan dunia yang fana- kata-kata tersirat untuk menggambarkan cerita di atas.)

Sebagai manusia biasa, WAJIB kita berusaha melakukan kebaikan dan menjauhi segala yang memusnahkan kita!

Sunday, May 16, 2010








One story for you... This story is not mine,

Butterfly


”One day, a small opening appeared on a cocoon; a man sat and watched for the butterfly for several hours as it struggled to force its body through that little hole.

Then, it seemed to stop making any progress.
It appeared as if it had gotten as far as it could and it could not go any further.
So the man decided to help the butterfly: he took a pair of scissors and opened the cocoon.

The butterfly then emerged easily.
But it had a withered body, it was tiny and shrivelled wings.
The man continued to watch because he expected that, at any moment, the wings would open, enlarge and expand, to be able to support the butterfly’s body, and become firm.
Neither happened!

In fact, the butterfly spent the rest of its life crawling around with a withered body and shrivelled wings. It never was able to fly.

What the man, in his kindness and his goodwill did not understand was that the restricting cocoon and the struggle required for the butterfly to get through the tiny opening, were nature’s way of forcing fluid from the body of the butterfly into its wings, so that it would be ready for flight once it achieved its freedom from the cocoon.


Sometimes, struggles are exactly what we need in our life.
If we go through our life without any obstacles, it would cripple us. We would not be as strong as we could have been. Never been able to fly.
Live life without fear, confront all obstacles
and be convinced that you can overcome them.

I asked for Strength...
And God gave me difficulties to make me strong.

Iasked for Wisdom...
And God gave me Problems to solve.

I asked for prosperity...
And God gave me a Brain and Brawn to work.

I asked for Courage…..
And God gave me obstacles to overcome.

I asked for Love...
And God gave me Troubled people to help.

I asked for Favors...
And God gave me Opportunities.




“I received nothing I wanted... But I received everything I needed."

p/s: bila aku meminta untuk mendapatkan seorang sahabat,sering kali sahabat aku PERGI sebelum sempat aku menghargainya... kerana Dia memberi ERTI sahabat itu bukan atas kewujudannya di sisi, tapi tulus dalam INGATAN dan DOA kerana sayangnya pada SAHABAT itu semata-mata kerana Allah Taala. Itu Sahabat. Kau idolaku !




Hati Seorang Guru


Anak-anakku
Aku ini bukanlah mentari yang menerangi hidupmu,
Aku juga bukanlah pelita mahupun lilin,
memberi cahaya dan mengorbankan diri untukmu,
Aku juga bukanlah purnama,
inikan pula menjadi bintang di dalam gelap perjalananmu,
Akan tetapi selayaknya aku ini, hanyalah manusia biasa,
Yang mahu menghadiahkan sedikit ilmu buat kamu yang sudi.

Anak-anakku,
Suatu masa di saat kau terleka,
Kaki ini sudah hampir berputus asa bergerak,
Kerna menahan sakit berjalan dan berdiri buatmu,
Mataku pula sudah layu menahan lena malamnya semata-mata menilai usaha setiap huruf ejaanmu,
Dan ketika perutku juga sudah tiada apa untuk menyumbang tenaga pada jasadku,
Aku bertanya,
Haruskah aku berhenti melangkah?
Haruskah aku membiarkan harapan anak-anakku
Terbiar kerana putus asaku?
Tidak ,kerana aku masih punyai hati yang tidak pernah meredhakan jasad ini berhenti untuk terus memberi.


Anak-anakku,
Aku tahu, suatu masa,
Kamu bisa bosan bersamaku,
Terpaksa memikul beban yang tidak sepatutnya kamu pikul,
Terpaksa menahan perangai yang mungkin menjelikkan,
Tapi aku ini manusia,
manusia yang punya hati dan perasaan,
Biarlah aku dilupai,biarlah aku terkorban,tetapi janganlah kamu menjadi manusia hina tiada ilmu di dada.

Ada kala aku menahan sebakku
Dalam doa dan tahajjudku,
Menilai sebuah sumbangan diri yang kerdil,
Ilmuku terbatas,
Perjalanan kamu pula seluas lautan bergelora,
Bagaimana mampu aku membantumu?
Bagaimana aku melindungimu?
Aku menitiskan air mata dalam batas usahaku,
Dalam sesak nafasku, aku meletak kepercayaan,
Bahawa Dialah yang akan terus memberi ilmuNya pada kamu.

Jika kau lihat pepohon bakau menjadi benteng pantai,
Menahan berjuta gelombang yang ganas mendatang,
Memberi perlindungan pada generasinya untuk membesar dengan sempurna,
Sehingga suatu ketika,ia terkorban dihempas badai,
Kerana tekad dan matlamatnya menjadi pegangan,
Begitulah hati seorang guru.

Saturday, May 15, 2010


Kau Sentiasa Di Dalam Hatiku

Guru,
Ilmu yang kau berikan,
Teladan yang buktikan,
Pengajaran yang kau pahatkan,
Pahit dan manis bersamamu…
Kuabadikan dalam perjalanan ini.

Hari ini,
Aku bukan berjalan di lorong sempit,
tetapi laluan aku adalah lautan luas bergelora,
Tiada arah dan kekuatan tanpa mulanya aku sebagai pelajar.

Hari ini juga,
Aku mampu memahami erti
sebuah hakikat perjalanan,
Meski perjalanan kita berbeda arah tujunya,
Namun,suatu masa, aku,dia dan semuanya akan menghargai segala jasamu,

Bukan kerana dikau hebat,
Bukan juga kerana kau berpangkat,
untuk aku sanjungi,
Akan tetapi kerana
keikhlasanmu mendidik aku,
Duhai guruku…
Pergh, kereta mahal tu kepunyaan pak cik tu la!
15 Mei 2010, aku bertemu dengan sahabat sekolah lama aku,dua orang dari Maktab Perguruan Pengkalan Chepa. Mereka juga sahabat sekolah lama. Jumpa di Mydin depan USMkk ni. Alahai dekatnya untuk aku berbelanja di tempat kegemaran yang menjimatkan. Walaupun ramai yang suka membeli di tempat yang ber'jenama'. Tak kisahlah asal aku dapat apa yang aku mahukan. Andai barang yang berkualiti kumahukan, pastinya aku mencari di tempat yang tertentu. Aku ke sini bukanlah untuk berbelanja tetapi mahu berjumpa dengan mereka sahaja sambil makan tengahari.
Perbualan kami diselang selikan dengan satu topik yang agak menarik perhatianku. Aku dan sahabat aku duduk di ruangan makan di tingkat bawah. Aku juga bertentangan dengan kereta pembeli di Mydin ini. Salah satunya kereta mahal jenama Honda yang berkilat dan besar. Siapa yang akan menolak andai diberikan sebuah. Sahabat aku punyalah lama menunggu siapakah gerangan pemilik kereta besar itu? Akhirnya, ada seorang pak cik, tapi tak lah tua sangat. Dalam umur 45-50an rasanya.
Kawan aku memuji," Wah,banyaknya duit dia beli kereta besar tu, isterinya pakai baju punyalah low profile".

Aku punyalah bergurau," hmm pak cik tu nampak je kereta besar tapi masalah dalam hidupnya mesti sebesar keretanya".

Lebih kurang macam itulah kami berborak. Aku menambah lagi,
" Masa aku berbual dengan pesakit di hospital, dia berasal daripada Penang. Dia memberitahu aku bila dia di sana(penang),bila toleh kanan,kiri,depan dan belakang, yang naik kereta besar ni adalah daripada kaum cina,india dan selain melayu. Susah sangat nak jumpa Melayu yang drive kereta besar. Tapi, bila dia berada di Kelantan,dia kata dia sangat seronok bila melihat orang Melayu dan Islam ini berjaya. Bawa kereta mewah,rumah besar dan banyak lagi. Gembira saya di sini"
Pesakit ini juga bertanyakan juga keputusan exam aku daripada sekolah menengah sehingga masuk universiti. Walaupun ia tinggal sejarah, tetapi dia suka melihat aku sebagai orang Melayu Islam berjaya. Hakikatnya, situasi ini (apa yang ada di Kelantan ini) juga jarang dilihat di tempat aku juga. Susah mahu melihat orang Melayu berjaya.

Aku masih belum mengerti bila kerajaan sedaya upaya mengatakan Kelantan ini mundur dan tidak berduit. Hakikatnya lagi, bukanlah duit yang memberi kekayaan, tetapi berkat dan rahmat Allah dalam setiap rezeki itulah punca kekayaan seseorang itu.
Kelantan bukanlah tempat yang biasa, ia adalah suatu kurniaan. Bayangkanlah, negeri ini umpama sebuah negara dalam negara ini. Negeri yang masih kuat dengan sifat asalnya. Cuma, akhir-akhir ini negeri ini umpama diserang, tetapi penduduknya ada yang masih belum mengerti akan serangan yang bertubi-tubi dibuat. Aku khuatir jika negeri ini tumpas pada 'penjajah' negara sendiri.

Adakah mampu lagi aku melihat kanan,kiri aku adalah orang Islam Melayu yang berkereta besar, memiliki rumah mewah dan berpakaian 'smart'?

Atau semuanya dimusnahkan oleh slogan yang SATU itu,disebabkan kelalaian penduduk negeri ini. Bila seorang Ulama negeri ini, yang menjaga negeri ini bertungkung lumus mempertahankan negeri ini daripada dirampas,apakah sumbangan kita? dan bila Ulama ini dihina dan dipermainkan dalam akhbar-akhbar tempatan, adakah kita merasa sedih dan mahu bangkit atau sekadar menafikannya?

Andai dahulu, aku tidak pernah mahu mengenali Kelantan, tetapi sekarang aku berada di Kelantan. Hari ini, aku juga mengenali Kelantan serba sedikit. Hakikatnya, ia lebih indah daripada negeri kelahiran aku sekarang ini. Bukan aku membenci negeri aku, tetapi harapan aku,agar suatu masa nanti, negeri aku akan bisa mencontohi negeri ini. Kerana negeri ini menjunjung Islam sehingga ke akar umbinya.




Ketenangan

13 hb Mei 2010, aku tiba dengan segenggam harapan tetapi diiringi beban hati yang bercampur baur masalahnya. Aku sampai di tempat pengajianku dengan lagak biasa aku(nampak tenang). Walaupun hakikatnya, hati ini sudah tidak tertahan menahan kelemahan dirinya. Huh.. aku duduk sejenak di bilik menenangkan fikiran yang masih melayang memikirkan masalah lalu. Mengapa harus kufikiri? mengapa? mainan syaitan sudah memerangkap aku ke? Mungkin ya jawapan yang sangat tepat. Bila aku dipermainkan dengan perasaan dan syaitan jugalah yang membawa aku ke tahap yang tidak sepatutnya. Seolah membawa aku untuk tidak menerima segala dugaan... aku bukanlah bahan permainan kamu !

Aku bertekad untuk melakukan qiamulail malam ini. Hari ini juga merupakan aktiviti conference untuk pelajar medic yang berdaftar. Aku mendaftarkannya tetapi aku gantikan pada seorang kawan aku yang aku rasa, dia lebih layak menggantikan aku. Bukan kerana aku tak mahu, aku ada beberapa alasan yang aku tak mahu beritahu. Malangnya, kes aku tidak pergi juga menjadi masalah besar. Huh, bertambah masalah lagi. Aku diamkan lagi. Petang itu, seorang kawan aku, jiran bilik aku tiba-tiba mengajak aku menyertai majlis ilmu dan qiamulail di suatu tempat di Kelantan. Aku mulanya enggan kerana tak mampu untuk berdepan dengan suasana baru dalam keadaan aku longlai rohani ini. Akan tetapi, Tuhan menghendakkan aku pergi. Aku bersetuju dengan satu hari belum makan lagi cuma berbekalkan tenaga daripada sarapan pagi dan air kosong saja sebelum bertolak.

Mulanya, aku cuak dan risau tentang suasana itu, tapi inshaAllah Ok saja. Aku tertarik dengan kuliah ilmunya..

" kamu lihat hujan, kamu lihat titisan air, angin berderu, awan gemawan di langit. Indah bukan? kamu saksikan ciptaan Tuhan kerana setiapnya itu pasti mendekatkan kamu padaNya. Kamu lihat titisan air hujan itu datang daripada awan yang jauh di atas langit beribu-ribu batu jaraknya. Pernahkah kamu terfikir, andai air hujan itu menjadi air batu menghempas bumi? atau air titisan itu mencurah ibarat curahan air daripada takungan bukannya lagi titisan hujan. Pastinya, bumi ini akan hancur dengan hujan sebegitu. Kamu pasti, ini semua adalah kebetulan? Yakinlah setiap yang berlaku di bumi ini bukanlah sia-sia. Allah berikan itu semua adalah untuk kita fikirkan akan kasih sayangNya Dia pada kita. Semuanya itu datang daripada Allah, apa yang kita lihat itu adalah sebagai pengantaraan saja. Kamu fikir, susu lembu itu yang banyak diperah itu datangnya daripada organ penyususan itu semata-mata? cuba kamu ambil pisau dan belah. Pastinya darah yang akan mengalir bukannya susu lagi. Itulah tipu daya dunia yang menggelapkan kita padaNya andai kita malas berfikir.

Yakinlah, Allah berikan ujian itu untuk kita kembali padaNya. Usah bersedih. Di akhirat kelak kita pasti mendapat nikmat yang kekal abadi. Sekarang ini, usahalah bersungguh-sungguh untuk dunia demi akhirat. Umat Islam ini akan sentiasa diuji. Biarkan kita diuji berbanding mereka yang duduk tanpa ada ujian yang payah. Hakikatnya, adakah mereka fikir mereka itu sudah beriman, sedangkan mereka itu tidak diuji? Nikmat dunia ini sedikit . Nikmat dunia yang hanya setitik air daripada selautan nikmat di akhirat. Bayangkan. Indahnya akhirat yang dikaburi nikmat dunia yang hanya baru di permulaan. "

Inilah ringkasan apa yang aku dapat ketika malam itu sebelum solat isyak. Ayat-ayat indah itu menutup segala duka aku dan menebalkan benteng pertahanan diri ini. Agar aku terus yakin padaNya. Aku ini hidup kerana aku adalah seorang Islam. Dengan Islam aku berjaya dan dengan Islam aku berubah.

Setelah tamat majlis malam itu, aku pergi makan malam bersama kawan aku untuk mengalas perut yang kelaparan sejak tengahari itu. Aku pun melepak di kedai makan itu dengan bercerita soal masalah masing-masing yang sesuai untuk dibincangkan. Selepas itu, bersedia untuk qiamulail.

Pastinya, hakikat solat itu adalah amalan yang paling berat untuk dilaksanakan... Ya, kulihat, dengan puluhan manusia di masjid itu, tak sampai 30% yang dapat bangkit melakukan qiamulail malam itu. Bukan kerana aku bangga dapat melakukannya, sebab aku sudah tidur siang itu sebelum aku buat qiam sebagai persediaan. Dan aku saksikan, betapa ada yang bersungguh-sungguh melakukan qiamulail walaupun dia terlena sebentar dalam tahajudnya. Mengaji dalam lena dan sedar dan solat antara khusyuk dan ngantuk. Di tambah, hujan 3 kali lebatnya mencurah. Pastinya dingin malam itu menghembus kelenaan yang asyik. Aku tidur sebentar dan tersedar menanti masa berputar lebih pantas . Inginku curahkan rasa taubatku tetapi air mata hati belum cukup kuat mengalirkan air mata ini. Biarkan rasa itu menusuk aku sehingga aku mati tanda sebagai aku ini insan yang mencari keredhaanNya. Bukan semua yang ada itu mampu melakukan kebaikan, andai kita ini dipilih untk melakukannya, lakukanlah dengan sejujurnya!


Allah Maha Adil. Dia tidak akan menghampakan kita. Setiap apa yang kita kata, akan diuji kesahihannya. Maka bersedialah menghadapinya. Moga Allah memberi kita rahmatnya.

Sunday, May 9, 2010

Semoga Kau Dirahmati Ilahi



8 May 2010, hari ini aku pulang di kampung Batu Pahat,Johor. Alhamdulilah. Cuma kepulangan aku,sebenarnya aku masih dalam kedukaan dengan prestasi peperiksaan aku. Mungkin kerana usaha aku tidak cukup kuat lagi,tetapi kaki dan mata aku sudah cukup tidak tertahan untuk menafikan usahanya. Atau strategi aku masih kurang berkesan. Mungkin. Aku juga menyimpan sedikit gembira atas ada seorang pesakit yang sangat rapat bagiku. Sehingga aku merasa,dia adalah saudaraku. Ini adalah dilarang dalam dunia perubatan. Akan tetapi,aku ini masih pelajar dan aku juga manusia biasa. Bukan berbaik kerana sesaja,tetapi aku berbaik kerana dia banyak mengajar aku erti seorang pelajar perubatan,mengajar aku erti dunia,erti keluarga,erti persahabatan, erti menghadapi segala masalah. Ya, sehingga suatu masa aku merasa, andai aku punya sahabat seperti dia.Bagusnya hidup ini,pasti hidup aku lebih tenang dan kejayaan mudah digenggam bersama. Sahabat sekolah lama juga sepertinya,tetapi masing-masing punya arah tujuan dan masalah. Bagi aku, inilah pengubat kedukaan aku itu buat percutiaan beberapa hari ini.

Aku ada kala sengaja meluangkan masa di ward setelah habis tugasan dengan berbual dengannya tentang pesakit ini. Dia menghidap kanser tetapi telah dibuang ketumbuhan itu dan menjalani radioterapi. Tubuhnya sihat. Putih orangnya dan peramah. Dia seorang yang baik budi pekerti dan melayan saja siapa yang menyapanya. Malah selepas pembedahan, dia masih tersenyum tanda kuat dirinya menjalani pembedahan. Alhamdulillah,persahabatan yang hampir sebulan terbina.

Malam ini, tepat jam 9.39pm,aku mendapat SMS yang mengatakan “salam, adik ‘kakak’,si Fulan(pesakit yang aku rapat) telah pulang ke rahmatullah pukul 12pm tadi.” Ya Tuhan, aku hambamu,dan kau sajalah yang tau betapa hati ini tenang bila berbual dengannya. Hari ini baru aku sedar akan kehilangan seorang ‘bro’ yang sudah menjadi sahabat aku sejak aku dipostingkan di ward orthopaedic. Kehilangan yang tak mampu aku tafsirkan pada kata-kata bila mengenangkan keluarga arwah yang masih kecil . Ya Tuhan, hari ini aku juga merasakan betapa mudahnya kau menarik nyawa seseorang itu pergi. Hari ini pertemuan itu mudah sekali dipisahkan dengan kekekalan yang tak akan kembali .


Entah mengapa aku merasakan ini,setelah selama ini aku tidak pernah merasakan apa-apa melainkan hanya beberapa jam bertafakur. Hari ini,jiwa aku lemah dan goyah merasakan kehilangan seorang sahabat yang masih sihat dan pergi seolah dipilih untuk meninggalkan kami semua. Moga rohnya dirahmati oleh mu, Ya Allah Yang Maha Mengasihani.
Aku teringat akan kata-kata seorang rakan, “ jika perpisahan itu menyedihkan, usah disalahkan perpisahan itu tetapi salahkan pertemuan. Pertemuanlah yang menyebabkan perpisahan”.
Akan tetapi, aku tak akan salahkan setiap apa yang berlaku padaku, malah aku bersyukur bertemu dengan orang-orang baik sepertinya. Perpisahan itu hanya ketentuan Tuhan buat sahabat barunya untuk membuktikan kesetiaan sahabatnya dalam doa dan ingatan! InshaAllah. Jadikanlah aku hambaMU yang kuat dan taat padaMu.

kisah bukan untuk diratapi atau menagih simpati mahupun untuk menunjukkan kesedihan saku... tetapi sekadar untuk muhasabah diri, di mana tahap persahabatan atau persaudaraan kita bila kita berdepan dengan situasi ini? adakah sahabat itu didefinisikan sebagai orang untuk bergelak tawa,duka dan berkata-kata...atau sahabat itu sepertimana rasulullah dan para sahabat yang kekal dalam ingatan dan doanya...