Saturday, April 10, 2010


Cuba perhatikan...





Luasnya sawah terbentang,entah berapa banyak benih padi ditanam..
Banyak dan terlalu banyak untuk dijaga dan dituai..
Semuanya itu untuk mendapatkan sedikit duit belanja sara hidup,
Susah hidup ini, mahu mendapatkan duit itu amat payah,
berdepan dengan lumpur, pacat dan lintah,
belum lagi panas dan hujan...
andai musim kemarau atau banjir, segalanya hilang dalam sekelip mata..
Siapa yang mahu beri belanja? makan dan minum?
melainkan simpanan dan usaha yang dilakukan selain bersawh padi..

Ya,bersyukurlah dengan apa yang anda ada,
usahalah bersungguh-sungguh untuk terus hidup,
mahu tertekan? semua orang merasa, semua orang hadapinya...
Aku juga,
mahu menangis? semua orang mahu menjerit.
Aku juga.
Akan tetapi mengapa orang lain dapat teruskan tanpa masalah...
sebab mereka punya harta? ada orang membantu? ada kekuatan lain?
Semuanya alasan,semakin banyak alasan,semakin banyaklah kelemahan yang bakal
hinggap di jasadmu itu...

Hanya pada Tuhan,kuserahkan segalanya...
Kerana Dia lebih berkuasa atas tiap sesuatu...
telah membantuku di saat aku kesusahan...
Dialah Yang Maha Mengasihani..
Berikanlah aku kekuatan...

Monday, April 5, 2010

Hidup Yang Sempurna

Bila aku berjalan aku perhatikan manusia di sekelilingku...
Bila aku duduk berehat di tepi pantai,aku juga memerhatikan orang lain bermain air yang beralun ombaknya..

Ketika aku sedang makan, aku bukanlah menutup pandangan aku,malah aku terus menjadi pemerhati..
Aku saksikan, setiap manusia itu lengkap diciptakan, sebaik-baik penciptaan...

Namun, dalam kebanyakan itu, ada di antaranya yang sudah hilang pandangan mata, sudah hilang kekuatan untuk berjalan, sudah tidak mampu memahami kata-kata,malah ada yang terlantar di atas katil menanti suapan makanan.

Mereka masih tersenyum, masih menanti saat untuk kembali pulih...
Siapa sangka, muka dan dahi yang lemah berkerut itu menanam semangat untuk terus berjuang agar kesihatannya kembali sihat sejahtera.

Hakikatnya,tidak semua akan berakhir dengan hasrat yang sama. Sama ada rela atau terpaksa. Ada yang berjaya sihat semula dan ada yang terus pergi buat selamanya.

Semuanya, ketika ditemui, mereka cuba melemparkan hadiah senyuman tanda kesabaran menahan derita... Masih mampu melayan tetamu yang hadir. Malah, kebahagiaan yang dikecapi walaupun anggotanya tidak sesempurna insan lain, tetapi ia tetap memberi sejuta makna kehidupan.

Sedangkan yang sempurna anggota sering kali merungut,lemah dan longlai. Tiada arah tujuan. Putus asa? Kecewa?.... semuanya racun dalam jiwa... Menjauhkan kita pada pencipta..

Friday, April 2, 2010




Genggaman yang erat

30 March 2010 hingga 2 April 2010, aku pulang ke kampung halaman untuk mengisi cuti sempena kelahiran Sultan Kelantan selama dua hari, tetapi telah ditambah dengan cuti hujung minggu, dapatlah cuti selama 5 hari. InshaAllah. Walaupun,ada satu kelas yang baru aku tahu ketika aku sudah berada di kampung, aku hanya redha dengan terlepasnya peluang untuk belajar itu.
Belajar bidang perubatan,nampak memang susah, hakikatnya ia lebih susah dan payah andai seseorang itu tidak tahu menggunakan kekuatannya. Ramai yang kata mudah, kerana menjadi doktor itu sebagai doktor sahaja, belajar merawat dan lulus exam dengan mudah. Bagi aku, ia sungguh berat tanggungjawabnya. Meliputi tanggungjawab terhadap diri,keluarga,masyarakat, dan segalanya. Apa yang dipelajari wajib diamalkan. Setiap yang difahami wajib dipraktikkan. Segala yang ada mesti dipelajari bagaimana untuk digunakan. Pesakit punya hati dan perasaan. Sakit tenat dan marah itu pastinya terbuku di dalam hati, silap langkah pasti mengundang bencana.
Biarpun sukar, inilah kehidupan yang Allah tetapkan buat kami. Belajar sesuatu daripada perjalanan untuk diabadikan dalam langkah pada masa hadapan. Hidup mesti kuat dan tidak berputus asa untuk mencapai matlamat! Allah berikan ujian dan dugaan,nikmat dan hakikatnya untuk kita merapatkan diri padaNya. Bukan untuk kita semakin jauh meninggalkan Maha Pencipta. Fikirlah, andai diri ini semakin jauh,tetapi nikmat dan segalanya dikecapi dengan mudah dan tenteram tanpa gangguan, adakah ia benar-benar nikmat atau azab yang bakal dirasai sebelum jasad terpisah dengan roh.


(makanan kegemaran di kala pulang ke kampung halaman, Lempeng dan susu pekat manis. Jangan amalkan selalu.)
Kisah Lain....
Pengalaman, bersiar-siar di kampung,aku perhatikan seorang tua mengayuh basikal dalam pukul 10.30 am, cuaca panas di sini sudah cukup membakar kulit aku walaupun jam masih awal untuk merasai panasnya. Bahangnya pula sudah merimaskan aku. Akan tetapi, dia sanggup ke kedai di hujung kampung menaiki basikal dan pulang hanya dengan sebungkus gula. Apa yang aku fikirkan, adakah wajar dia berpanas dan mengayuh basikal semata-mata untuk membeli sebungkus gula pasir? Berbeza dengan aku yang sanggup minum air kosong daripada berpanas terik. Itulah, bagi aku warga emas ini, sudah biasa bergerak melakukan kerjanya, walaupun sebungkus gula pun, sudah cukup menjadikan alasan untuk dia ke kedai dan bertemu rakannya. Bukan untuk membazir masa dan suka-suka, tetapi itulah dia aktiviti yang mampu memberi ketenangan buat mereka. Setiap insan punyai alasan dan sebab mengapa mereka melakukannya. Semua yang kita rasa hanya andaian. Husnuzan.