Tuesday, March 30, 2010

Bomoh Tulang?




Aku baru sahaja masuk 'posting Orthopaedic', iaitu suatu cabang yang membincangkan soal penyakit atau masalah berkaitan sistem rangka(tulang) dan otot(secara langsung). Ingin aku kongsikan di sini setelah 2 hari aku belajar, walaupun tidak lagi sempurna, tetapi aku lihat ramai pesakit lebih cenderung untuk berubat secara tradisional untuk membetulkan tulang yang dirasakan patah, atau bahagian badan yang dirasai sakit akibat kemalangan atau jatuh. Hakikatnya, perubatan tradisional ini bukanlah dilarang tetapi, ada kala tulang yang patah itu perlu disiasat jenis patah(fracture) tersebut melalui X-ray. Kemudian, akan dirancang bagaimana untuk membetulkannya. Semuanya ini hanya dapat dilaksanakan dengan baiknya di hospital.


Kes pertama yang aku dapat lihat, seorang pak cik yang jatuh dan tangannya patah hampir 3 bulan, dan beliau mendapatkan rawatan daripada bomoh tulang. Akhirnya, tulang yang patah itu hampir sudah busuk di dalam badan kerana tidak mendapat bekalan darah. Dia bernasib baik,kerana tiada komplikasi berlaku.

Kes kedua, seorang kanak-kanak berumur 7 tahun, yang patah tulang peha(femur) hampir sebulan baru mendapatkan rawatan hospital kerana mengadu sakit kaki, sedangkan kakinya sudah pendek sebelah. Masalah ini berpunca daripada jatuh ketika menaiki basikal. Kaki yang molek kini menjadi seolah-olah tempang sebelah kerana aligment/ tulang berselisih antara satu menjadikan kaki yang patah itu lebih pendek.

Kes ketiga bukanlah kes berbomoh tetapi kes penjagaan anak,apabila anak yang dilahirkan tidak dijaga dengan baik, hampir seluruh badan dipenuhi kudis bernanah. Anak ini datang dengan demam dan kakinya bengkak. Khuatir andai berlaku jangkitan pada kakinya menyebabkan darahnya penuh kuman. Bagaimana ibu bapa menjaga anak sehingga seluruh badan dipenuhi kudis dan bekas kudis(parut hitam) menunjukkan penyakit ini sudah lama,tetapi baru dirujuk pada doktor. Mengapa? kejam sungguhkah mereka? atau mereka sudah berusaha tetapi gagal?
Sehingga seorang doktor daripada luar negara menasihatkan kami andai mahu berkeluarga, jagalah anak-anak kami dengan baik jangan sampai jadi seperti kes anak di atas.


Dapatkanlah rawatan sebelum terlambat. Takut dan gementar hanya sementara untuk dirasai. Sihat dan sejahtera itu matlamat kita. Biarlah kita merasai sakit seketika untuk mendapat rawatan hospital berbanding kita kurang merasai kesakitan tetapi merana seumur hidup.

Tuesday, March 23, 2010

Lakaran Indah Yang Sementara

(hasil karya daripada seorang hamba Allah)

Bacalah...renungan bersama..


Terdapat seorang pemuda yang diberikan tugas oleh tuannya untuk mencari mutiara sebanyak-banyaknya. Dengan bermodalkan setabung gas oksigen, ia pun segera menunaikan amanahnya.

Baru saja ia memulai misinya, ia sudah di lenakan oleh keindahan taman laut di tempat ia menyelam. Sekian lama ia menikmati indahnya taman laut tersebut, hingga ia terlupa bahwa ia sedang mengemban amanah yang sangat luar biasa.

Terus dan terus ia nikmati taman tersebut, terumbu karangnya, ikan-ikannya, rerumputanya.....
Akhirnya ia pun tersadar bahwa ia sedang ditugaskan oleh tuannya mencari dan mengumpulkan mutiara untuk diserahkan ke tuannya.

Pemuda itu pun segera kembali mencari mutiara. Hingga akhirnya ia mendapatkan banyak sekali mutiara-mutiara yang sangat indah, dan ia pun bergegas ke permukaan untuk menemui tuannya dan menyerahkan mutiara-mutiara tersebut kepada tuannya.

Malang sungguh malang, di perjalanan ia pun kembali tergoda oleh indahnya ikan-ikan yang sedang lalu lalang di sekitarnya. Ia ikuti ikan-ikan tersebut sehingga ia terlupa bahwa ia sedang membawa pesanan tuannya.

Tanpa sedar,gas oksigennya pun sudah hampir habis. Ia terkejut, ternyata mutiara yang sudah ia kumpulkan dengan susah payah tertumpah karena tersenggol oleh ikan-ikan yang lalu lalang di sekelilingnya. Tanpa berfikir panjang ia segera kembali mencari mutiara lagi.Namun sayang seribu sayang, gas oksigennya pun telah habis. Ia pun segera naik ke permukaan tanpa membawa sebuah mutiara pun, dan ia pun menemui tuannya untuk meminta satu kesempatan lagi. Tetapi tuannya tidak mau memberikan kesempatan lagi, karena si pemuda tersebut tidak melaksanakan amanah yang telah diberikannya, si tuan pun geram dan sangat marah kepada si pemuda.

Akhirnya dengan wajah yang sangat lesuh dan letih, pemuda tersebut di hukum oleh tuannya.


teman,
begitulah kita...
seringkali kita lupa akan tugas kita di dunia...
seringkali kita lupa bahwa dunia ini hanyalah sementara...
seringkali kita terlena oleh buai dunia yang fana...


teman,
tabung itu adalah umur yang telah di tetapkan oleh ALLAH SWT. untuk kita...
mutiara itu adalah amal ibadah kita yang harus kita kumpulkan untuk menolong kita di akhirat nanti..
ikan-ikan, terumbu karang dan rerumputan yang indah itu adalah dunia yang selalu menggoda kita..
banyak dari kita yang membelakangi tugas kita diciptakan di dunia, iaitu ibadah..
banyak dari kita yang berkata, "ah, nanti jelah aku solat..aku muda lagi..tunggu klu aku sudah tua.." naudzubillahi min djalik, semoga kita bukan termasuk orang yang berkata seperti itu...

teman,
marilah kita sama-sama bermuhasabah, menghisab diri kita...
sudah berapa banyak usia yang kita siakan...
sudah berapa banyak kemaksiatan-kemaksiatan yang telah kita lakukan...
ingat ketika bertepatan tanggal lahir kita, bukannya kita bermuhasabah, merenung, memohon ampun kpd ALLAH atas dosa yang kita lakukan, serta bersyukur kpd-Nya atas segala nikmat-Nya, tetapi kita mlakukan kemaksiatan,membuka aurat, mengumpat mlakukan perkara yang sia-sia dan tidak bernilai...

teman,
sementara gas oksigen kita masih ada..
mari sama-sama kita perbaiki kualiti ibadah kita..
mari kita berubah kearah kebaikan sedikit demi sedikit demi mengejar redho ALLAH..
InsyaALLAH...

Friday, March 19, 2010

Bunga Apa?





Cubalah teka bunga apa?




Ketika aku meletakkan gambar ini di 'page Zamrud Galaxy Group',iaitu kumpulan yang terdiri daripada 'batch' aku semasa di tingkatan lima, rata-rata tidak tau bunga apa yang saya maksudkan.

Anda bagaimana? mudah menjawabnya... Bagi mereka yang rajin bercucuk tanam pastinya mudah sahaja menjawab kerana pokok ini antara pokok kegemaran untuk ditanam kerana ia mudah hidup dengan subur.


Jawapannya ialah bunga pokok bendi, orang panggil kacang bendi. Tidak kisahlah apa-apa pun, cuma bila terjumpa dengan bunga ini ketika aku membelek gambar-gambar lalu, teringat akan tanaman di rumah yang sebulan yang lalu masih lagi kecil dan belum matang untuk berbuah, Hari ini, semuanya mungkin sudah mengeluarkan bunga seperti di atas malah tumbuh tinggi subur di sekeliling rumah aku. InshaAllah, itulah harapan aku. Semoga Allah memberi rezeki yang diberkati. Tidak sempat melihat dan menuai hasil pokok bendi ini. Sudah hampir 10 tahun tak bercucuk tanam,memegang cangkul untuk membuat batas tanah dan menyemai sayur-sayuran. Badan pula, sudah lama tak berpeluh membuat kerja di bawah panahan mentari, diusik pula dengan ayam kampung yang juga sibuk mencari cacing pada tanah yang digemburkan itu. Suasana yang rasanya sukar untuk dirasai lagi ketika ini. Semuanya berubah dengan lebih canggih,apabila teknik tanaman moden diperkenalkan. Hanya meletakkan benih dan menunggu hasil sahaja. Tidak perlu menyiram air atau risau tentang kesuburan tanah.





Kalau dahulu aku suka makan sayur-sayuran kerana aku yang tanam, hari ini aku wajib makan sayur-sayuran kerana 'beriman' dengan ilmu perubatan. Menjaga kesihatan itu wajib.

Saturday, March 6, 2010

Hati

Bukan Kebetulan

6 haribulan March 2010, hari yang bukannya penuh dengan kebetulan tetapi penuh dengan ketetapan untuk aku fikiri dan aku fahami. Matlamat aku sendiri mahu menjadi insan yang semulia rasulullah, ia memang sukar. Merenung dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki sendiri pastinya akan merasa hampa akan kelemahan diri. Kelemahan dalam menghadapi kehidupan. Mungkin matlamat ini menjadi bahan gelak orang bila aku mengatakannya, tetapi aku percaya pada rahmat Allah dan sunnah rasulullah bukannya percaya pada kata-kata manusia yang melemahkan aku.

Jika semalam, aku merasa terhibur dengan suasana riang bersama keluarga sepupu aku menyambut hari kelahirannya ke-9, hari ini aku merasa terdetik untuk meneruskan perjuangan aku yang masih kabur dalam strateginya. Hidup ini bukan mudah, hakikatnya Allah maha kuasa untuk memberi apa yang kita perlukan dan mungkin apa yang kita mahukan. Setelah mendengar ceramah oleh seorang penceramah yang hebat semasa kuliah maghrib yang hampir 2 jam lamanya, aku bersyukur pada Ilahi kerana beliau berjaya mengingatkan aku tentang sesuatu yang aku telah lupa dan juga mengajar aku akan sesuatu yang baru.

Ya, semuanya berpunca daripada hati. Hatilah yang akan membentuk diri kita. Jika baik hati itu, maka baiklah diri empunya hati tersebut. bagaimana mahu membersihkannya? bagaimana mahu mencapai jiwa yang tenang? bagaimana mahu memperolehi kekuatan sedankan diri penuh dengan kekuatan?

Berdoalah pada Ilahi dengan bersunguh-sungguh... qiamulalil...



p/s: kesempurnaan dalam kepujian....