Friday, February 26, 2010

Aku





Ingatlah Wahai Manusia..

Suatu masa ketika kita susah pastinya kita ingat Tuhan. Beruntung juga,jika dalam senang kita mampu ingat Allah. Alhamdulillah. Segala nikmat yang diberi tidak pernah putus. Tuhan tidak pernah leka dan terlena terhadap makhluknya. Dialah Tuhan yang maha adil dalam memberi nikmat kepada seluruh manusia.



Suatu masa dan setiap kali, ketika aku bersiar seorang diri menaiki motorsikal mengelilingi kampung, aku terpegun melihat anugerah ilahi. Rezeki diberi pada makhluk itu sungguh melimpah. Sehingga ada yang membazir. Awan di langit biru,matahari senja yang sungguh dahsyat menusuk hati sinarnya itu diamati nilai keindahannya. Itulah keagungan Tuhan melalui penciptaannya.

Tersedar di hati, Allah tidak pernah leka. Allah itu pemurah dan pemaaf dan segala sifatnya itu juga diberi pada manusia walaupun tidak sempurna. Kemaafan,kasih sayang dan banyak lagi. Akan tetapi, umat manusia termasuk aku,ramai yang leka,lupa akan kewajipan menghambakan diri pada Tuhan. Lalai dalam ibadat dan lemah! Itulah kita. Sering menuruti nafsu dan perasaan. Lupakah kita akan alangkah baiknya jika kita bersabar,khusyuk dan menyemai sifat yang murni. Kitalah yang mengubah diri kita dengan menyempurnakan sifat mahmudah dalam hati.
Hari ini, aku khuatir,semasa pengajian di universiti, dalam bidang perubatan, banyak masa dihabiskan dengan mengulangkaji pelajaran, di ward,mendapatkan maklumat pesakit dan boleh dikatakan banyak masa difokuskan untuk tujuan pelajaran.

Aku tidak mahu suatu masa aku sanggup berhias segak menghadap pesakit atau ke ward dengan imej kemas, tetapi hati ini jauh untuk sujud tahajud menghadap Tuhan yang tidak pernah leka padaku.

Aku tidak mahu, aku berborak baik,lemah lembut dan bibit kata yang indah sering terucap di bibir dengan penuh senyuman memukau tanda keramahan,semuanya untuk mendapatkan keredhaan manusia.Akan tetapi aku jarang dan lokek melafazkan kata-kata atau kalamullah,melupakan zikir pada ilahi. Tuhan yang tidak pernah leka pada aku.

Aku juga tidak mahu, aku berusaha melakukan pengorbanan wang,masa dan segalanya untuk merapatkan perhubungan sesama sahabat dan saudara. Aku sanggup dikecewakan dan bersedih demi menjaga pertalian bersama mereka. Akan tetapi aku terlupa untuk mendampingi Tuhanku. Aku jarang menangis meratapi kesilapan aku,kealpaan aku, keegoaan aku dan semua sifat mazmumah aku.


Harap pengajian aku ini mampu merapatkan aku dengan Ilahi dan aku mampu membuktikannya dengan hati,kata-kata dan perbuatan aku padaNya. Itulah sebab mengapa Tuhanku meletakkan aku di sini,sedangkan aku sendiri tidak tahu ke mana arahku selepas tiba di persimpangan masa.

Monday, February 22, 2010

Satu Usaha



Kerjasama

Ketika dalam perbincangan dengan doctor(master student),kami pun ditanya dengan beberapa soalan yang asas. Biasalah,ada yang boleh dijawab dengan mudah dan ada yang kami tembak sahaja jawpannya. Akan tetapi, yang paling banyak ialah tak ingat fakta untuk menjawabnya. Apakan daya, otak aku juga mudah lupa kerana terlalu banyak untuk diingat. Kalau di sekolah dulu, mudah,kerana silibus tak banyak dan cuti pula berduyun-duyun banyaknya untuk mengulangkaji pelajaran dan tidak perlu praktikal yang banyak. Hari ini,bidang perubatan yang jauh berkali-kali ganda susahnya dengan fakta yang berduyun-duyun banyak,ditambah bahasa Inggeris yang sudah pasti menjadi cabaran buat aku dan rakan-rakan yang berlatarkan masyarakat kampung.


Perbualan dan perbincanan itu terhenti bila doktor memberi peringatan buat kami tentang cara studi yang baik. Studi ada dua, iaitu pasif dan aktif. Studi pasif tu yang baca sahaja tanpa ada lakukan apa-apa. Berbanding aktif yang ligat mencari idea dan memahamkan ilmu dengan baik. Di mana aku? Sudah pasti terjawab. Belajar medic atau di university ini memerlukan perbincangan yang kerap dan saling bertukar idea. Tidak kisahlah siapa hebat atau pandai. Apa yang penting, kita tahu fakta yang mesti kita kuasai. Usaha untuk mencapai yang terbaik itu wajib buat aku.

Janganlah kita baca 100 artikal,tetapi hanya 1 sahaja kita ingat. Bacalah 10 artikal tetapi kita ingat lebih daripada separuh. Kerana kita faham dan mengerti serta menguasainya!... abadikan ilmu itu untuk masa hadapan.

Hari ini orang memuji rajinnya dia, pandainya dia… hanya dia? Seorang.. alangkah baiknya andai, hebatnya mereka,iaitu suatu kelompok umat islam bersatu menuntut ilmu…. Tanpa cemburu dan iri hati.. hakikatnya…. Ramai saja mulut busuk hati melemparkan kata-kata busuk menjatuhkan rakan sendiri… malah mulut wangi melemparkan pujian juga untuk jatuhkan orang... Paranoid? Bukan itu.. tetapi itulah yang termaktub dalam cerita dan sunnah kehidupan… manusia sering menafikan kebenaran untuk menutup maruahnya daripada dicalar.

Usaha mendalami ilmu Tuhan.. jika hari ini, tiada yang mahu bekerjasama… usahalah lagi sampai ada yang mahu bekerjasama membina kejayaan.

Saturday, February 20, 2010

Setahun Masanya



Langkah




Sudah hampir setahun rasanya aku'bermain' dengan dunia blog. Pelbagai ragam,lontaran idea dan persembahan blog aku perhatikan. Kini, aku kembali dengan penampilan yang biasa dan simple. Mudah bagi aku menyampaikan mesej dan fokusku bukanlah pada imej blog tetapi pada isu yang mahu aku ketengahkan pada diri aku dan pembaca yang sudi meluangkan masa. Disamping aku yang tidak cukup ilmu dalam blog adalah alasan utama aku untuk tidak menghuru harakan penampilan blog.

Hari ini aku bakal memulakan langkah perjalanan yang belum selesai, setelah seminggu aku berehat atau bercuti(11-19 Februari 2010),pelbagai peristiwa yang aku rasakan remeh bagi sesetengah orang tetapi tidak bagi aku,memberi banyak kesannya dalam diri ini. Segala harapan dan doa,inshaAllah dimakbulkan andai kita bersungguh-sungguh dalam mencapainya. Segalanya bakal berubah andai kita mahu menjadi yang lebih baik.


Satu sudut yang tajam...
Seorang pemimpin yang hebat bukanlah pemimpin yang ditangkap gambarnya dan diletakkan dalam surat khabar tanpa mereka melakukan kerja secara serius.Ramai. Ibarat gambar penjenayah yang ditangkap polis terpapar di dada akhbar. Popular bukan? bagaimana mahu membezakan populariti pemimpin dengan penjenayah? mmm... kasar bunyinya, tetapi realiti hidup terpaksa telan kepahitan kesilapan yang dilakukan.. Jadilah pemimpin yang memimpin bukannya yang suka bergambar. Pemimpin yang hebat dan baik adalah pemimpin yang apabila ditanya orang di bawah pimpinannya tentang kepimpinan pemimpinnya, mereka menjawab, " pemimpin kami telah melaksanakan tugas dengan baik dan sentiasa mengambil berat tentang masalah kami." Buktikanlah wahai pemimpin! Andai cinta itu bukan di atas kertas,begitu jugalah kepimpinan kita semua bukan di atas kertas...




Blog ini yang diambil namanya daripada sebuah tempat,kini mahu melangkah terus maju dalam mencapai cita-citanya...



Untuk Difikirkan...

Bebaskan...

Kisah ini aku ambil daripada Facebook yang juga kawan saya ambil daripada sumber yang tidak pasti di mana puncanya.... panjang dan bacalah andai ada masa... mari kita fikir-fikirkan..



Kisah ini ditulis oleh seseorang...(not me)


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..



Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."



******



Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.



*******



Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya..


p/s- maaf panjang sikit entri kali ini, bukan hak milik saya. Tapi saya ambil daripada sumber lain. Harap andai ada kesilapan,silalah betulkan...

Wednesday, February 17, 2010

Perjalanan Pulang


PERANGAI MANUSIA


Setelah hampir 2 bulan setengah tidak pulang ke kampung, jumaat lalu,11 Februari aku bersama pak cik pulang ke kampong di Batu Pahat,Johor bersama keluarganya. Walaupun aku sudah hampir 4 tahun berulang alik ke kampung dari Kelantan ke Johor, tetapi, kali ini aku merasakan pengalaman yang berbeza kerana aku pulang dengan kereta dan di waktu pagi. Bukannya di waktu malam dan menaiki bas.

Seawal 4.45 pagi lagi,kami bertolak, aku yang hanya sempat tidur 4 jam bangun dengan rasa bersemangat walaupun aku tahu di dalam kereta nanti pastinya aku sambung tidur. Perjalanan yang jauh ini sungguh merisaukan juga kerana pak cik aku juga tidur hanya 2-3 jam sahaja. Akan tetapi, dia sudah biasa memandu.

Sepanjang perjalanan itu, kami singgah di Kuala Berang untuk solat subuh kemudian meneruskan perjalanan kami .Sehingga pukul 5.30pm,kami tiba di rumah,agak lambat juga kami sampai kerana mengambil masa berehat untuk tidur sebentar.

Suasana kampung memang indah, tetapi rumah aku ini agak lama dan sudah uzur rasanya. Keadaan rumah yang agak panas dan tiada penghawa dingin sepertimana rumah orang berada hari ini. Tiada astro atau internet melainkan broadband yang aku beli sendiri. Bilik study aku,merupakan bilik paling panas dalam rumah aku, teringat pada zaman sekolah ketika mahu studi, berpeluh seluruh badan untuk menelaah sehelai nota. Aku sengaja memilih bilik tersebut untuk melatih diri menghadapi masa depan yang mungkin lagi mencabar sekurangnya. Paling tidak, kekurangan yang ada itu merupakan kekuatan buat aku menghadapi masa hadapan. Ibarat rumah merupakan pusat latihan fizikal dan mental.

Bercerita ketika cuti raya cina ini, aku terasa kurang selesa melihat tetamu aku yang jauh pertaliannya dengan aku. Kehadirannya dengan kereta beharga lebih RM100,000 mungkin dan berkedudukan tinggi, berbahasa Inggeris bila bertutur. Datangnya dengan muka terpaksa,salam dihulurkan dipandang tidak,air yang dihidangkan hanya dijamah seorang dariapada semua ahli keluarganya. Datang hanya mahu melawat.Melawat bukannya merapatkan ukhwah. Ibarat melawat zoo rasanya, konsep yang diamalkan. Sungguh geli dan menyampah hati melihat orang sebegini wujud di rumah aku. ‘very typical richman’. Kaya yang meletakkan akalnya di bawah paras lutut. Aku rasa,kawan aku di USMkk ni banyak sahaja yang kaya dan lebih kaya daripada orang-orang yang menjadi hamba harta ini. Waduh, aku tak sesekali terasa hina,tetapi aku merasa bangga mendapat apa yang Allah kurniakan. Aku juga tahu nilai seorang hartawan yang berbudi pekerti sepertimana kawan-kawan aku di universiti bukannya seperti tetamu yang berkonsepkan melawat ke zoo. Harta itu semua mudah digenggam berbanding budi pekerti. Lihat sahaja mereka yang miskin,penjual ikan,penjual kuih, kini...sudah menjadi hartawan. hakikatnya harta itu mudah dikecapi berbanding taqwa!


Hindarilah kami Ya Tuhan daripada sifat sombong,bongkak dan segala sifat mazmumah….

Saturday, February 6, 2010

Fikir-fikirkanlah

Resipi Untuk Kuat



Kepada semua pembaca,inginkah anda merasai kekuatan yang luar biasa. Lebih kuat dan bertenaga dalam mengahadapi hidup yang semakin hari semakin sukar?
Di sini saya sertakan resipi dan bahan yang diperlukan:
-Telur -lobak -serbuk kopi
Dan 3 periuk berisi air paip(A,B dan C) untuk dipanaskan.



Jika semua bahan telah ada, maka anda panaskan periuk yang berisi air sehingga mendidih. Setelah masak air, masukkan Lobak di periuk A,telur di periuk B dan Kopi diperiuk C.
Kacaulah sehingga sebati. Api boleh dipadamkan.Tunggu sehingga 15 minit dan petua ang paling penting ialah anda kena perhatikan betul-betul hasil masakan anda ini agar ia tidak rosak.

15 minit berlalu :

Periuk A: lobak yang mulanya keras ,kini menjadi lembik dan layu. Kerana haba yang panas telah merapukan dinding sell lobak tersebut. Cuba sahaja anda tekan lobak itu,pasti akan punah dan benyek.

Periuk B: telur yang dahulunya begitu mudah pecah,kini mengeras sehingga meretakkan kulitnya sendiri. Kini telur lebih stabil dan kuat.

Periuk C: serbuk kopi masih ada tetapi air yang jernih telah menjadi hitam,aromanya pula sedap untuk dirasa. Serbuk kopi pula tidak hancur atau bertambah.
Untuk anda fikirkan, betapa hidup ini dapat difahami daripada situasi di atas.

Lobak : andai anda seorang yang kuat,gagah dan bertenaga sebelum ini, tetapi bila cabaran datang pada anda, anda tidak dapat menghadapinya dengan baik. Anda hanyut dan leka sehingga hidup anda punah dan hancur kerana kelemahan yang anda ada tidak pernah anda fahami untuk dibaiki. Semakin hebat cabaran datang,anda semakin lemah dan terus lemah. Sehingga akhirnya anda tidak dapat berdiri dan akur dengan segala kelemahan tanpa bertindak untuk membaiki. Pada fikiran anda,hanya melayan perasaan hina,rendah diri dan putus asa.

Telur : bermula dengan kekuatan sedikit dan kelemahan yang begitu ketara, jiwa yang sensitif, tiada keyakinan dan lemah fizikal. Cabaran yang mendatang pula telah banyak mengubahnya untuk menjadi semakin kuat dan cekal. Sehingga suatu masa, anda menjadi kuat dan menerima pujian,penghormatan kerana kehebatan anda. Lantas, anda melupakan segala sejarah kepayahan anda untuk menjadi seorang yang rendah diri. Sebaliknya,anda merasa ego dan tamak untuk terus menjadi kuat. Anda menzalimi insan lain tanpa anda sedar kerana anda merasakan diri anda adalah segalanya. Segala kejayaan anda adalah hasil usaha diri anda sendiri. Itulah takdir telur dalam resipi hari ini. Tiada memberi faedah pada orang lain bahkan dunia ini menjadi miliknya sendiri.

Kopi : Sebuk hitam yang lengai dan tiada apa-apa kekuatan yang jelas. Cabaran mendatang telah mengubah diri dan sekitarnya. Lihat sahaja bagaimana serbuk kopi itu bisa menghitamkan air yang jernih dan memberi aroma yang begitu sedap. Hitam kopi bukannya keji atau kotor,tetapi diibaratkan bagaimana serbuk ini mempengaruhi sekitarnya sehingga faedah yang diperolehinya melalui cabaran dalam hidup itu dikongsi bersama.Malah, memberi suatu nikmat yang luar biasa hasil daripada perkongsian itu. Apa yang pentig, dalam menghadapi cabaran, kita perlu belajar dan mengambil pengajaran tentang apa yang kita lalui. Sentiasa bersikap tabah,sabar dan berniat untuk membaiki diri kepada yang lebih baik tanpa melupakan kawan atau orang di sekitar kita. Hargailah semua yang ada di sekitar kita kerana tanpa mereka belum tentu kita akan berjaya. Kopi tanpa air,tiadalah rasa, air tanpa kopi,kosong tanpa rasa.


(gambar hiasan- bersama rakan-rakan di Pantai Irama March 2009)

Inilah resipi yang saya dapat ketika balik daripada solat subuh berjamaah pagi ini,6 Februari 2009. Suasana yang sepi dan tenang. E-mail daripada rakan blogger yang menghilang. Terima kasih . Harap anda dapat meneruskan penulisan suatu hari nanti untuk meneruskan usaha mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah daripada yang munkar. Arigatogozauimas

Thursday, February 4, 2010

Pengorbanan


Buat Kamu


Hari ini 3 Februari 2010,Rabu merupakan hari yang secara rasminya menutup tirai posting kami di Jabatan Paediatrik. Minggu ini tiada kelas sangat kerana minggu peperiksaan. Hari ini juga adalah hari peperiksaan soalan objektif. Segalanya diserahkan pada Tuhan untuk menentukan ke mana arah saya. Sesungguhnya,usaha telah kulaksanakan sedaya yang mampu. Tiada kunyatakan bahawa usaha aku lebih keras daripada rakan-rakan aku tetapi aku telah buat apa yang aku termampu. Aku yakin,ada yang lebih bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan ini. Itulah yang aku impikan berusaha tidak kira apa hasilnya.



Perjalanan posting di wad paediatrik ini benar-benar mengubah aku,yang tidak suka tangisan budak kecil kepada cuba memujuk adik kecil yang sedang menangis. Banyak betul aku belajar daripada doktor HO,MO dan specialist. Berbanding posting lain, aku rasakan posting ini paling sistematik dan terperinci daripada segala aspek termasuk kebajikan pelajar.Malah pelbagai watak manusia kufahami daripada perjalanan enam minggu di wad paediatrik atau wad kanak-kanak. Namun, apa yang menarik perhatian aku ialah ketika aku sedang mendapatkan maklumat daripada pesakit daripada ibunya,maka terceritalah ibu itu akan kepayahannya untuk datang ke hospital. Anaknya yang mengidapi sakit jantung itu sering sahaja mendapat sesak nafas sehingga muka menjadi kebiruan. Rumahnya pula jauh di Jeli berbanding Hospital USM di Kubang Kerian,Kota Bharu. Dalam masa yang sama, aku bertanya pula perihal keluarganya sama ada sihat atau tidak. Si ibu ini memberitahu bahawa suaminya itu selalu juga batuk-batuk sehingga berdarah tetapi tidak mahu ke hospital atau klinik. Dia merupakan perokok dan kerjanya penoreh getah. Mungkin persekitarannya yang agak kekampungan ini mendedahkannya kepada tabiat merokok. Sakitnya itu agak kerap juga, sampai demam panas. Adakala menggigil kesejukan. Panadol yang dibeli dari kedai runcit itulah rawatan yang dipilih. Baginya,itulah pilihannya dan menolak kemahuan untuk merujuk kepada doktor.

Nampak sungguh degil si suami ini untuk terus bersakit bukan? Akan tetapi bila aku mula mengorek rahsia,si ibu ini menyatakan bahawa mereka tidak cukup wang dan si suaminya itu rela bersusah dengan kesakitannya demi menanggung anaknya yang akan menjalani pembedahan di IJN nanti. Lagipun, kerja sebagai penoreh getah ini bukanlah sekaya gaji doktor atau pensyarah. Adakala mengikut cuaca juga. Itu belum lagi dikira soal risiko bertemu Pak Belang yang sememangnya banyak di kawasan tersebut. Atas kehendak tuhan, semuanya ditetapkan untuk kita fikirkan.



Sebagai manusia biasa, aku hanya pelajar perubatan yang masih belajar dan masih mampu belajar menelaah kekausaan Tuhan. Egoku mampu sudah kutundukkan. Harapan aku moga tiada pula insan yang menaikkan semual ego aku itu. Moga suatu hari nanti, lahirlah golongan yang ikhlas membantu golongan yang susah. Kita semua bersaudara dan saling memerlukan. Usahlah menafikan pengorbanan orang lain terhadap kita. Pengorbanan kita terhadap orang lain jangan pula diungkit-ungkit kerana mungkin pengorbanan itu hanyalah sesuatu yang tiada membawa makna pada orang itu,tetapi mereka masih menghargainya.

p/s : ada kala kita berkorban untuk orang lain ketika mereka dalam kesusahan. Sehingga suatu masa,ketika mula pandai berdiri megah, segala pengorbanan kita yang lalu itu umpama sampah buat mereka. Mereka pula merasa dirinya adalah segalnya.. Bagaimana kamu mengahdapinya?.. pasti, Allah bersama orang-orang yang sabar.