Friday, December 31, 2010

Wednesday, December 29, 2010

Imbasan Cuti Lalu



Cuti 3 hari lalu amat bermakna bagi aku kerana walaupun ia sekejap tetapi bayak perkara berlaku. Sehingga aku rasa indah dan amat bersyukur pada ilahi atas limpah kurnianya.Pulang menaiki bas dengan selamat pada petang khamis lalu,23 Disember sehingga Ahad petang, 26 Disember. Alhamdulillah.

Mengapa? Ia adala percutian yang dirancang oleh aku untuk pulang menghadiri kenduri  tahlil arwah atuk yang sudah meninggal dunia raya aidilfitri 2010 lalu. Tarikh ini dipilih iaitu 25 Disember 2010 kerana kebanyakan saudara aku semuanya boleh bercuti. 

Alhamdulillah. Mulanya ingin sahaja aku tidak pulang, tetapi untuk menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab, aku kenalah hadir majlis ini. Malah, aku juga mahu melihat orang kampungku turut sama menghadiri majlis serba sederhana ini. Bukan menyambut kemeriahan tetapi suatu majlis memperingati kematian,mendekatkan diri pada Tuhan dan majlis kesyukuran untuk bersama menjamah rezeki yang ada.
hmmm... Asam pedas ikan pari, nampak satu periuk,tapi aku hanya makan dua potong sahaja. huh ..




Hari pertama aku pulang dengan selesa dan berehat. Tugasan bermula hari kedua dan majlis pada malamnya. Ketika ini, aku bertemu dua orang sahabat aku. seperti di dalam gambar. Esoknya pula aku bertemu sahabat lama sekolah merangkumi 'musuh' study masa zaman sekolah. huhu... Akan tetapi per'musuh'an ini terhenti bila aku sama-sama ke MRSM tetapi tidak pula dia kembali ke sekolah lama setelah aku akur untuk keluar MRSM kerana masalah adaptasi. Aku pulang ke sekolah dengan pengalaman yang amat besar dan aku majukan diri dengan begitu pantas demi mencapai cita-cita ketika itu. Tenang. 'Musuh' study pula berjaya dalam bidangnya dan aku pula masih study. huh. Alhamdulillah, musuh yang boleh duduk bersebelah.. hihi..

imam muda tu.... hehe..sebenarnya yang baju biru tu, orang yang tak diundang.ehehe


Berbalik pada topik asal. Hari ketiga, aku bertemu sahabat lama itu di Parit Simin,bertempat di jeti nelayan. Wah! best!...... berteduh di bawah awan kumulus di bawah panahan mentari terik.

Kami menangkap gambar sampai puas. Kemudian duduk sebentar di atas jeti itu untuk bertafakur sambil 'shoot' photo sampai bateri pun habis. Usai, kami pun makan sebentar di gerai makanan di sini sebelum berpisah untuk kembali ke Universiti dan dia pula pulang menyempurnakan tugasan yang belum selesai.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Aku pulang ke USM malam itu setelah dihantar oleh pak cik aku di stesen bas. Namun, aku bersendirian menanti bas kerana semua pak cik aku sibuk mahu mencari 'port menonton bola sepak'. Aku pula seolah tiada minat untuk menonton. Sendiri menanti bas di dalam kawasan rumah sendiri kerana ayah aku kerja, ibuku pula tiada kenderaan untuk menghantar. Huh, pasti ibu aku tidak suka membiarkan aku keseorangan di stesen bas. Apa boleh buat, terasa sedih juga bila mahu kembali bermusafir tanpa ada lambaian selamat tinggal. huh.. Ia berlalu sudah. Alhamdulilah, dapat melawannya.

Belum sampai 20 minit, aku sudah terlelap beberapa kali di dalam bas. Akhirnya, aku tertidur lena di dalam bas. 







Sampai di USM dalam pukul 6.30am, bersiap sedia menuju ke kelas dalam pukul 7 pagi. Hari pertama ini yang amat meletihkan..... cabaran bertambah, jiwa pula ssepatutnya semakin berpengalaman. Namun, adakah diri mengambil pengajaran atau semakin lalai....



Mereka mengambil kesempatan menggunakan kamera aku semasa aku dalam majlis tahlil dan terpaksa melayan kawan yang hadir,, ceh!!.. Terpaksa edit juga gambar ni. :)

Saturday, December 25, 2010

Balik Kampung Sebentar

Alhamdulillah, aku sampai jumaat pagi lalu. Ya, dalam sibuk mengahadapi peperiksaan akhir Tahun 5, aku pulang untuk bersama menyempurnakan majlis. Aku pulang ini,pastinya susah untuk study kerana saudara aku semuanya sudah besar dan berpotensi untuk mengganggu aku.. hahah.. perkara kecil.

Walau apapun, i like them ..

Pulang ke kampung untuk melihat dan merasai  alam, tanaman dan suasana sepinya...

Friday, December 17, 2010

Empangan Pergau, Jeli Kelantan



  





















Pengalaman yang boleh dikatakan indah juga, kalau mahu diberi markah per sepuluh, aku beri 6.5/10.

Mengapa?

1. Tempatnya nampak macam indah tetapi terlalu sunyi seolah makhluk di sini tidak meredhai pembinaan empangan ini. Huh... hati aku berbisik. Kerana belum pernah aku merasa perasaan sebegitu pelik,kerana aku biasa melalui tempat atau tasik, pastinya riang bunyi burung dan alam. Namun, mungkin cuaca ketika aku pergi agak muram.

2. Tiada ikan sangat di tempat kami menginap.Kalau mahu pergi memancing terpaksa menaiki bot lain yang kena sewalah jawabnya.

3. Keselamtaan kami agak terancam bila terpaksa beranggapan kami ini selamat daripada ancaman lanun empangan yang kami tak tahu ia wujud atau tidak.

4. Apapun, tempat ini amat tenang dan menarik.

Peringatan

Hanya suatu entri yang amat ringkas, cuma satu pesanan yang ingin aku sampaikan buat diri dan semua.


"Jagalah hubungan kita dengan Tuhan dan hubungan dengan manusia. Percayalah, kita hidup penuh dengan cabaran yang amat dahsyat hari ini. Dengan menjaga agama kita, inshaAllah, Dia akan membantu kita mengahrungi semua."

Wednesday, December 8, 2010

Persediaan dan Ujian


Apa persediaan kita jika mahu berdepan dengan peperiksaan?

Sebelum itu pasti,bila ditanya apakah perasaan kita sebelum exam,ramai yang akan menjawab sangat takut,seram,debar dan bimbang.Namun,tahapnya berbeza mengikut persediaan kita. InshaAllah,semoga usaha kita selama ini,cukup untuk mengajar kita tentang sesuatu.

Persediaan yang dilakukan pasti hebat,kerja keras dan sanggup tahan daripada tidur. Inilah hebatnya exam. Akan tetapi,untuk menghadapi mati, mungkin ramai tidak merasa takut walaupun ia adalah ujian yang maha hebat. Mengapa ye? Mungkin soalannya sudah bocor? Malah jawapannya pun sudah ada? Atau kerana mati ini suatu yang tak pasti ke? Atau kerana betul ke masa mati nanti kita disoal? Sebab ia perkara ghaib,tak nampak. Jadinya,ramai yang buat tak tahu saja. Ya Allah, janganlah aku dilalaikan dengan perkara dunia yang menghancurkan aku. Ya allah,bimbinglah aku ke jalanMu.

Bagaimana para alim ulama mengabdikan diri'? Pasti tidak terlarat kita mengikutinya. Amat dahsyat mereka beribadat. Sedangkan  hari ini kita lihat,para ustaz,alim ulama sibuk dengan urusan dunia,facebooknya lah,dan sebagainya. Ya,mereka mahu berdakwah. Tapi, adakah kelakuan mereka itu akan menyebabkan diri mereka juga hanyut? 
 
Dalam masa yang sama, ramai pula yang telah lalai dengan dunia  telah memporak perandakan golongan pendakwah ini. Kononnya pendakwah yang aktif berdakwah pun berperangai buruk, tetapi sengaja mahu berselindung dengan nama ustaz. Ada juga golongan sebegini di dunia. Sudahlah malas berdakwah menyahut seruan Allah, mereka pula merendahkan orang yang menyahut seruan Allah. Mereka pula dengan 'suara' dunianya mengumpul kekuatan daripada sahbat yang berjiwa sama, menghina golongan pendakwah dalam tidak sedarnya. Mengapa?....hmmm..Pada masa yang lain pula, mengharap bantuan Allah. Bolehkah mereka minta kemenangan dalam perkara yang Allah murka? contohnya " Ya Allah, berikanlah aku kemenangan dalam pertandingan model muslimah tercantik". Ya, perkataan muslimah itu menjadi butir 'makruf' baginya. Hakikat itu salah, Allah murka perbuatan sedemikian. Andai Allah berikan kemenangan sekalipun, adakah kemenangan itu suatu barakah atau ia suatu kecelakaan?. Sesungguhnya yang lalai itu pasti dibenci oleh Tuhan. Orang yang lalai yang sentiasa diberi nikmat, adakah Allah memberinya kerana Dia menyayangi kita atau ia suatu peringatan buat kita dengan memberi peluang agar kita sentiasa ingat padaNya?


Ya,aku pun tidak mampu berkata atau memberi tunjuk ajar. inilah hakikat dunia hari ini. Sesungguhnya,orang yang terselamat hanyalah mereka yang menjaga hubungan dengan Allah,Rasul dan manusia. Tidak berlebihan dalam sesuatu perkara duniawi. Golongan yang sedikit ini,amat payah ditemui,tetapi bila menemui mereka ini,pasti kita merasa asing. Kerana itulah janji allah pada akhir zaman,bila agama islam menjadi sesuatu yang asing.

Persediaan kita melambangkan kesungguhan kita menempuhi ujian. Sentiasalah bercakap tentang kebesaran Allah dan soal agama.

Tuesday, December 7, 2010

Pencarian Untuk Seorang Sahabat




Sahabat yang bukan sahabat buat kita.....


Ketika menempuh alam remaja ke alam dewasa,pasti cabaran bertambah hebat sehingga ada yang mampu merebahkan jiwa dan fizikal. Allah maha besar. Sahabat antara faktor kegagahan kita menempuh segalanya. Ia bakal menguatkan dan juga bakal menjadi punca kehancuran. Hanya sahabat yang benar membawa kita ke jalan kebenaran.

Percayalah,dalam sejuta entri dan kata-kata,semua orang mahu sahabat yang baik. Malah aku kira,ramai yang mahukan kuli bukannya sahabat. Mengapa? Kerana mereka berperangai buruk pun mahukan seorang sahabat yang memahami dan boleh membantu dalam kepayahan. Mustahil! Sahabat yang baik itu datang kepada sahabat yang berperangai buruk untuk dijadikan sahabat terbaik buat si perangai buruk melainkan menjadi kuli. Huh...

Ya,mahukan sahabat yang baik,cerminlah diri! Lihatlah diri sendiri. Adakah emosi kau benar-benar baik untuk sahabat baik itu? Adakah kau atau aku mampu berubah menerima kelemahan dan membaikinya? Adakah segala teguran diterima? Adakah kita akan jujur dalam setiap waktu atau kita berpura-pura demi mencekup segala kebaikan dan manfaat sahabat kita demi kepentingan kita atau kumpulan kita?

Inilah ayat-ayat yang aku lemparkan 4 tahun lalu bila beberapa orang ingin bersahabat baik dengan aku? Malah,aku dibalas balik dengan kritikan hebat. Akhirnya,benar,semuanya adalah jelas suatu penipuan dalam persahabatan kerana masing-masing ada misinya. 

Memang payah menjaga persahabatan. Tali yang tersimpul rapi bila terburai hancur. Melepaskan satu simpulan mati yang telah lama terpatri. Semuanya kerana misi dan matlamat hidup yang telah dinodai. Mengapa mengejar dunia andai segala nikmat itu diberi oleh yang satu? Sedangkan kau juga tahu hakikat ini? Mengapa mahu melarikan diri? Sedang teguran dan peringatan kau tinggalkan seumpama sampah yang tiada nilai di sisi. Haruskah mengejar dikau? Atau aku jauh dari Tuhanku.
Ya, tuhan, bawalah daku ke jalan orang-orang yang ingin mencari keredhaanMu.


Biarkanlah. Sesungguhnya,biarlah aku bersahabat dengan semua umat Islam yang jujur. Susahnya mencari, lebih payah daripada menanggung beban seorang diri.

Cukuplah,aku berusaha .


Teman,sahabat yang kucari,
Cukuplah aku menanti kalian dengan penuh harapan,
Singkap kedukaanku,pasti terletak namamu,
Namun,tidak aku kenali namamu,
Siapa,dimana,atau bila?
Kau hadir pada saat yang aku tidak ketahuinya,
Kau hilang pada saat aku baru mengetahui kewujudanmu,
Sahabat,
Aku mencarimu kerana aku mahukan kita semua menuju kepada yang satu,
Aku tidak mampu berjalan sendiri,
Aku tidak mampu menahan ujian sendiri,
Aku tidak mampu merasai nikmat sendiri sedangkan yang lain mahu merasainya,
Namun,pencarianku terhadapmu,
Harapanku padamu,
Kesetiaanku padamu sahabat,
semuanya aku serahkan pada Tuhan,
Dialah yang maha agung mengatur yang terbaik buatku,
Kecewakah aku tidak menemuimu?
Kecewakah aku akan kehilanganmu nanti?
Kecewakah aku bila kau membohongiku,
Ya,itulah jawapan iman lemahku,
Namun,hati aku tidak pernah mati membeku menerima kelemahan nafsu,
Sesungguhnya hati sekecil butir pasir itu telah mampu membukit tinggi,
Usahlah dikau risau,
Aku dan kau akan ketemui juga,
Andai bukan di dunia,
Jumpalah kita di alam akhirat,
Salam persahabatan buatmu.

Sunathon Di Pulau Beluru, Tumpat, Kelantan

Sabtu lalu, 4 Disember, aku tekad untuk 'menyertai' MESAT dengan kerjasama Persatuan Sains Perubatan USM untuk menjayakan program Sunathon di Pulau Beluru,Tumpat, Kelantan.


Mengapa aku mahu menyertainya?

Pertamanya, kerana aku mahu belajar prosedur khatan walaupun aku tahu ramai kawan-kawan aku yang sudah pakar dalam pembedahan kecil ini. Namun, bagi aku, aku terpaksa mulakan ia dari bawah. Pernah ada pengalamanan mengkhatankan orang tetapi itu cerita setahun lalu . Ia telah melupakan aku tentang langkah atau 'step' procedure tersebut. Memang nampak mudah tetapi ia memerlukan keyakinan dan hati yang tenang semasa melakukannya. Mengapa? kerana kita berdepan dengan anak kecil yang akan merung kesakitan walaupun bius diberi sudah cukup menahan sakit. Inilah antara cabarannya. Keduanya, kita kena yakinkan ibu bapa yang melihat kita melakukannya. Sesungguhnya ibu bapa itu mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Bayangkan jika kita ibu bapa kepada anak kita yang akan berkhatan. Adakah kita akan ' memberi' anak kita kepada pelajar perubatan yang kita tidak tahu bagaimana cara mereka lakukan?  Sudah pasti kalau boleh kita mahukan doktor bertaraf Prof untuk melakukannya.


Namun, peluang inilah aku genggam erat untuk aku belajar bagaimana proses ini dilakukan dan bahan apa yang perlu disediakan.


Pagi itu, aku bersiap awal, untuk bertolak ke Pulau Beluru, di Tumpat, Kelantan. Dalam hujan renyai-renyai aku bersama dua orang rakan yang lain menaiki kereta mengikuti sebuah bas USM menuju ke jeti Tumpat.Alhamdulillah, sampai di jeti, Kami terpaksa menaiki bot nelayan milik pelajar perubatan Tahun 2. Milik keluarganyalah. Bot? Ya, bot lagi. Kali ini debaran aku menaiki bot agak stabil kerana ada lifejacket, tetapi apa yang merisaukan aku adalah barang di bag aku dan kamera aku serta hanset. huh.. Andai tenggelam bot ini, maka berakhirlah nyawa semua alat elektronik  tersebut. Akan tetapi simpati juga pada pemiliknya. Diharap bot ini akan terus memberi nafkah halal lagi berkat pada pemilik dan keluarganya.

Syukur padaNya, pengalaman menaiki bot nelayan ini cukup mengajar aku bagaimana perasaan bergantung pada Allah. Kerana takut,risau andai bot ini bermasalah. Malah ia mengajar aku,bagaimana seorang nelayan berusaha keras untuk menangkap hasil laut. Akan tetapi kita sebagai pembeli hasil laut selalu tawar menawar sampai harga yang paling rendah untuk membeli sekilogram ikan. Hakikatnya, mereka menemui situasi yang amat perit dan derita dengan gelombang selautan, panas terik, sejuk membeku dan segala ancaman yang nyata ataupun tidak. Inilah kehidupan nelayan. Begitu sukar. Ya Allah, jadilah aku  dalam golongan yang mensyukuri nikmatMu. Anda aku punya harta lebih,wang lebih ingin sahaja aku membantu mereka dengan membeli hasil tangkapan mereka dengan harga yang terbaik buat nelayan tersebut. Inilah jiwa yang aku mahu hasilkan.


Setelah sampai di sekolah Beluru, kamu bersiap sedia untuk program sunathon. Alhamdulilah, terima kasih kepada saudara Naim yang telah mengajar saya untuk procedure ini. InshaAllah, aku akan perbaiki skill ini dari masa ke semasa. Dua kanak-kanak telah menjadi mangsaku undersupervision yang lebih mengetahui.

Misi asal aku telah berjaya.

Malah, bukan setakat ilmu perubatan aku dapat,ilmu mengembara menaiki bot, menemui penduduk di  pulau serta aku dapat mempraktikkan skill photography aku yang telah lama aku belajar. hehe.. Jarang aku dapat bermain kamera. Inilah masanya. Walaupun masih tak improve lagi hasilnya, al maklumlah, xsempat nak belajar photography.Pada masa yang lain, aku merasa ini semua seolah percutian di Pulau Beluru yang free(cuma bayar RM 3 untuk minyak je), makan minum ditanggung, menaiki bot pun free malah saman ekor pun belum ada lagi setakat ini,hihi. Sebab semuanya ditanggung oleh persatuan.



Segala gambar proses berkhatan,tidaklah saya ambil kerana saya pun terlibat dalam program ini, maka kamera tersimpan di dalam bag. lagipun, tidak moleklah meletak gambar adik-adik tersebut dalam blog saya ni, kerana takut mereka tak beri keizinan pula. Heheh... Gambar kawan-kawan USM tak pa, kalau depa marah, aku delete sahaja.

Mengapa senget gambar ni? Aduih.... mungkin ombak kuat kot..ehhe
Selesai program, kami pulang dengan bot yang sama tetapi bertukar bot. Dua bot sebenarnya kami naiki. Semasa hampir ke tempat asal di seberang,(jeti Tumpat) bot kami bertukar arah ke tengah muara menuju lautan. Ya Allah, pada saat inilah aku terasa amat getir. kerana ombak yang berlalu amat kuat juga. Beralun bot nelayan ini umpama melalui gunung ke lurah dan naik semula. Takut yang amat sangat jika tersilap langkah, maka tenggelamlah aku bersama semuanya. Sedangkan arus di situ amat kuat juga.Bagaimana aku mahu berenang dengan life jacket ini? huh.. seram juga. Masa inilah aku terdiam seketika menahan segala kekautan jiwa. Bersama di hati ini meletakkan kepercayaan bahawa tukang bawa bot ini, iaitu ayah kepada junior kami adalah arif dan bijak memandu bot ini.InshaAllah selamat.

Namun, sekejap sahaja saat getir itu, bot kami berpatah balik dan kami bertolak pulang. Alhamdulillah.

Saat yang indah!

Friday, December 3, 2010

Belajarlah Untuk Menerima



Jumaat ini, 3 Disember dan beberapa hari lagi awal Muharam akan tiba. Apakah langkahku hari ini tidak membuat atau memberi kesan pada masa hadapan? Entahlah. Cuma yang aku tahu, minggu hadapan aku ada EXAM dan Exam Profesional III bulan April 2011.

Permulaan entri kali ini dengan tajuk yang sebegitu,ada kala membuatkan aku tersekat untuk memberitahu sesuatu yang amat rumit. Berbalik pada tajuk entri, belajar menerima sesuatu. Baik atau buruk. Sedikit atau banyak. Senang atau susah. Lulus atau gagal. Cemerlang atau biasa. Pujian atau kutukan. Bantuan atau malapetaka. Kebaikan atau kejahatan. Hormat atau hinaan. 

Semuanya terserah pada kita.


Jika suatu dahulu, kita mungkin boleh makan,minum dan berborak bersama. Makan pizza,sate dan semuanya.Mungkin hari ini, hanya kita berjalan kaki seorang diri meniti jalan yang penuh sesak seorang diri, melayan lagu MP3 yang tersumbat rapi dengan volume tinggi untuk pergi makan malam seorang diri. Sapaan kawan hanyalah dilayan bersahaja kerana bukanlah berniat untuk makan bersama kita. Hati juga akan terasa jika dalam masa yang sama, kawan-kawan kita melupakan kita .Ya, inilah saat yang kita akan lalui. Semuanya sementara,dan hakikatnya jika kita dapat bertemu dengan rakan semua. Pasti suatu masa, jumlahnya sudah berkurang atau bertambah. Mungkin kerana ada saudara baru yang menemani atau salah seorang telah pergi buat selamanya. 

Kenalah terima seadanya.


Jika suatu masa dahulu, kita sering bangga dengan keputusan peperiksaan yang boleh tahan juga. Akan tetapi hari ini bukanlah seperti dahulu apabila keputusan peperiksaan kita sekadar boleh diterima. Mahu berbangga pun sukar kerana apalah sangat markahnya. Kerana saat dahulu berbeza dengan hari ini. Andai dahulu, kita mampu belajar tanpa gangguan dan dapat fokus, tetapi hari ini kita terpaksa bergaul dengan pelbagai ragam manusia yang ada kala mengganggu dan ada kala mahu menjatuhkan kita. Dengki dan khianat. Inilah lumrah alam. Namun, terdapat juga insan yang baik membantu. Alhamdulillah.

Semuanya sementara. Hakikatnya, Allah menguji kita dengan sesuatu yang kita mampu hadapi. Allah menyiapkan kita dengan sesuatu yang kita tidak ketahui pada masa hadapan. Apakah fungsi segala ujian itu jika ia sebenarnya amat berguna pada masa hadapan.

Terimalah segalanya dengan hati terbuka. Cubalah tenang dan belajar untuk membaiki diri. Andai ada yang silap, carilah punca dan cepat-cepat perbaiki.

Aku ingat lagi pesanan seorang guru Kemahiran Hidup," Kalau kamu jalan bawah rumah(rumah orang dahulu tinggi dan ada space bawah rumah untuk letak barang), semasa melaui satu tempat,kamu terhantuk bonggol kayu lantai rumah yang rosak. Kemudian,esoknya kamu lalau lagi dan terhantuk lagi. dan seterusnya. Ini adalah contoh sifat manusia yang 'bodoh'. Kerana apa, melakukan kesilapan yang sama. Apa yang sepatutnya dia lakukan, paling kurang dia tandakan tempat itu dengan kain merah atau apa sahaja agar dia tidak terhantuk lagi. Ini adalah contoh yang lebih baik. Kalau nak jadi cerdik, bila melakukan kesilapan, perbaikilah kesilapan itu segera. Usah bertangguh."

Apapun, sentiasalah ingat Allah dan sedia menerima apa sahaja dengan hati terbuka serta usaha untuk membaiki diri agar menjadi insan yang lebih baik daripada hari semalam..

Wednesday, December 1, 2010

Aku Mesti Lebih Bertanggungjawab


Kita menyangka bila kita dalam kumpulan dan bersama kita ada kumpulan yang baru/junior,maka kita adalah termasuk dalam golongan yang lebih memahami dan lebih mengetahui. Itu adala sangkaan normal dan tidak dinafikan bahawa aku juga akan merasa sebegitu. Akan tetapi, hakikat hidup dan ajaran Islam melarang kita merasa kita adalah pandai dan mengetahui segalanya. Kerana ILMU itu milik Allah dan Allah jugalah yang akan memberi dan menarik balik nikmat ILMU.

Suatu masa, jika kamu lihat kumpulan yang baru itu masih dalam keadaan tidak mengetahui atau tercari-cari, maka apakah yang kamu atau aku lakukan?

Respon :
1. "Menunggu mereka untuk bertanya dahulu sebab mereka itu adalah junior. So what?! Kalau dah tau junior, kenalah tanya senior bukan?. Tak akan Tok Guru nak cari murid."

2. "Biarkan sahaja dia, nampak berlagak dan poyo je. Dah lah tak pandang bila berselisih. Inikan pula nak senyum. Sepak juga kang. Sudahlah mengganggu waktu aku nak buat kerja. Sudah diberi waktu tugasan pun, masih nak datang waktu senior nak buat kerja. Konon nak 'observe'lah. Nak belajar daripada senior. Tapi, tanya pun tak mau. Orang buat kerja pun tak nak tolong. opss.. lupa, depa nak observe je."

3. "Hmmmm... Eh, kena tolong ke? Ingatkan depa dah tau semua. Dulu pun aku tak tau, tapi belajar slow-slow.. so.. Oklah, nanti kalau depa nak tau apa-apa aku ajarlah. Sekarng ini busylah. Banyak yang tak siap lagi."

4. " hmmm... no komen". Aku nak buat kerja.


Aku mahu komen respon di atas :

Ya, jika kalian pembaca nak tau aku di mana? Aku adalah semua yang kat atas tu, sebab semua respon itu aku yang tulis, mestilah aku yang buat. InshaAllah, aku belajar perbaiki diri. 

Ya, hakikat hidup di dunia ini, manalah sama hati kita dan perangai kita. Sedangkan aku sendiri seorang yang amat rendah keyakinan dan penampilan yang amat gugup bila berdepan dengan situasi yang amat menakutkan atau menggerunkan. 

Ya, sebab itulah kelemahan aku itu, aku jadikan motivasi hidup ini agar segalanya itu (kelemahan), aku buatkan ia sebagai panduan hidupku. Agar aku lebih memahami dan lebih prihatin.

Aku percaya, suatu masa aku akan berada di situasi selesa dan amat senang, sedangkan di sekitar aku itu ada insan yang lemah dan memerlukan bantuan.

Aku juga insan yang lemah, sangat lemah dan aku juga tidak mahu generasi seterusnya mengikuti atau melakukan kesilapan yang sama dengan aku. Aku mahu mereka lebih tahu dan lebih proaktif berbanding aku. Andai mereka tidak tahu caranya dan aku pula sudah sedia tahu caranya,maka, tanggungjawab aku adalah menyampaikan apa yang aku tahu. Menyorokkan ilmu adalah suatu yang Allah larang. Ya, sesetengah orang tidak akan bertanya atau mengeluarkan soalan. Bukan kerana mereka sombong atau berlagak, tetapi mereka takut dimarahi atau dihalau. Itulah perasaan aku. Kerana mungkin pengalaman sebelum inilah yang membuat aku dan mereka itu jadi sebegitu. Namun, sebagai insan yang sedia tahu, kita cubalah 'push' mereka belajar. 

Biasanya ada dua respon utama bila kita 'push' orang lain untuk turut belajar sesuatu:

1. Golongan yang mahu belajar dengan bersungguh-sungguh 
2. Golongan yang sekadar mensia-siakan kebaikan orang.


Teladannya, buatlah baik berpada-pada dan buat jahat jangan sekali.  Ada kala kita percayakan mereka, tetapi kepercayaan kita telah dipermainkan dan membuatkan kita mendapat bencana. Inilah hakkat hidup seorang manusia .

Walau apapun yang berlaku, yakinlah, Allah itu ada. Dialah yang akan membantu kita dalam apa jua keadaan. Allah tidak akan tinggalkan hambaNya seorang diri jika hamba itu sentiasa menjaga perintah Allah.

Jaga Allah, pasti Allah menjagamu.




 

Saturday, November 27, 2010

Jalan-jalan Pagi Jumaat 26 NOv 2010


ISh? kenapa  dia ada dalam gambar? aku nak tangkap gambar papan tanda tu..ish.. :P




Sudah lama juga aku tidak ke padang golf. Nah! ambil! Sudah hampir siap bangunan semua. Terkejut aku melihat semuanya yang hampir siap...

Waduh, sibuk dengan dunia study sampai lupa nak berexercise!... Azam baru mesti kena ubah diri termasuklah banyakkan bersenam(juga ibadat) walaupun sibuk.