Wednesday, September 30, 2009

Kenangan


Dua Minggu yang sudah berlalu...

Minggu Beraya

Aku selalu membilang masa hadapan, ketika sedang duduk, aku akan bermonolog..

“sekarang,Ahad 21 September 2009, aku berada di rumahku, sedang merayakan syawal. Minggu depan, Ahad, aku berada di USM pula, menanti untuk peperiksaan. Sungguh menakutkan. Andai minggu itu aku telah habis exam, bagaimana pula keadaan aku ye? Adakah aku akan tertekan atau seperti biasa? Lebih bersemangat untuk belajar atau sudah malas? Aduh, tiada siapa tahu. Hanya Allah. Allah bantulah aku. Hidupku hanya ada Dia. Dialah tuhan yang memberikan yang terbaik untuk aku.”

Itulah monolog aku dua minggu lalu, akhirnya aku jalaninya dengan tenang. Memang seronok beraya seminggu lalu, bersama keluarga,saudara dan kawan-kawan. Tapi, saat yang paling gembira buat aku, hanya ketika aku sampai di kampung halaman pagi itu bersama sahabat sekolah lama di perhentian bas. Kemudian, aku pulang ke rumah dengan melihat kampung halamanku yang tiada sangat perubahnnya. Pagi puasa itu, aku sempat mengacau dodol yang hampir siap.

(tak sampai 1 jam mengacau, sudah lari ke Laptop bermain facebook)

Kini minggu yang sangat seronok itu tidaklah terlalu lama, hanya sementara. Cuma, bagi aku, bersederhana dalam bergembira adalah kunci ketenangan aku. Aku jarang sekali tergelak sampai terjerit-jerit, atau gelak sehingga lupa dunia. Kerana gelak terlalu banyak itu hanyalah melekakan aku dari mengingat Ilahi. Hidup ini mesti diteruskan.

Minggu Belajar

Minggu exam ini sangat sukar rasanya kerana skopnya agak besar,Posting Medical. Walau apa pun, belajar itu tiada had. Terus belajar, hilangkan rasa tidak yakin, dan tingkatkan keyakinan diri.

Aku seorang yang lemah keyakinan… sebab aku takut mencuba.. Kenapa takut mencuba sebabnya aku takut kegagalan.. Tapi,kejayaan hari ini juga adalah kegagalan aku mendidik keyakinan aku. Jadi, aku harus dan wajib membentuk keyakinan untuk terus maju ke hadapan. Sehingga aku juga takut menyebut perkataan 'GAGAL', sedangkan semuanya itu adalah ketetapan yang pasti dari Ilahi.. bersedia mengahdapai sesuatu yang tidak pasti..


(beberapa hari selepas raya, barulah dapat buka buku dengan aman, sebabnya terlalu ramai yang perlu dilayan)

30hb September 2009, hari ini sudah sampai di penghujung bulan, blog aku pula, jarang sekali dapat dikemaskinikan. Hanya sekadar catatan yang penting buat peringatan diri dan pembaca.

Friday, September 25, 2009

Kembara ZG 2009



Ukhwah…
Justify Full
24 hb September 2009, seawal 8.30 pagi, aku perlu bersiap untuk program Zamrud Galaxy(dengar sahaja nampak ganas, tapi itu hanyalah nama gelaran group batch kami di sekolah SMKDO 2000-2004). Pagi ini aku bangkit tidur dengan sedikit keletihan,mungkin ada sesuatu yang tidak kena tetapi nanti sahaja aku mencari jawapannya. Pagi ini juga aku mencatat sejarah peribadi apabila ibuku menyuruh aku memasukkan ryle’s tube atau tiub saluran makanan pada atuk aku yang sedang sakit. Aku dengan muka yakin mengatakan, “ ok, jap lagi”. Dalam hati dn fikiran aku, teringat yang mak cik aku semua ketika aku berada tahun 3 perubatan, tidak benarkan aku pasang tiub tu sebab aku tak pernah lagi pasang pada pesakit sebenar dan agak sakit juga kepada atuk aku. Namun, aku fikir, dah masuk tahun 4, aku mesti cuba pasang. Lagi pun pagi tu, semua mak cik aku yang kerja nurse sangat sibuk dan atuk aku pula perlu diberi nutrisi. Lantas, aku mengambil peluang ini untuk memasukkan tiub tersebut. Gementar juga aku.

Segalanya berjalan lancar dan tiada masalah berlaku, dan bunyi angin di perut juga kedengaran ketika picagari berisi udara ditekan, inshaAllah, aku berjaya memasukkannya. Dalam masa yang sama, kawan aku pula telah menunggu hampir 20 minit di depan rumah untuk konvoi raya.


Perjalanan kami terlewat 10 minit dari yang sepatutnya, tetapi seperti biasa, kawan-kawan yang lain masih tidak hadir di rumah pertama yang dijanjikan kerana masa yang sebenar bukannya 8.30 am tetapi 9.00 am. Terkena lagi aku. Apa boleh buat, aku ni suka datang tepat masanya. Tidak terlalu awal dan terlalu lambat. Pakaian beraya juga telah ditetapkan iaitu baju raya untuk tahun ini. Memang agak panas sedikit, tetapi cuaca menyebelahi kami, mendung sedikit hari ini.


Hampir 15 buah rumah kami beraya hari ini, dan perut aku juga agak penuh dan pening sedikit kepala. Rumah guru fizik dan Sains sahaja yang kami dapat beraya ,manakala yang lain, masih tiada di rumah. Rata-rata pertalian kami masih kukuh walaupun telah lama menjauhi antara satu sama lain. Dengan adanya teknologi, sms, facebook,frenster dan ziarah-menziarahi, kami masih kekal bersahabat sehingga akhir hayat inshaAllah. Itulah nikmat bersekolah di sekolah harian berbanding di sekolah asrama. Mungkin sebab itu aku menolak tawaran MRSM,siapa tahu…

Semoga persaudaraan ini disemaikan dengan baja kerohanian dan mendapat berkat dari yang maha Esa. Walaupun ilmu agama kita masih jauh tertinggal, mungkin suatu hari nanti kita mampu meningkatkan kualiti ilmu agama kita,inshaAllah.



Pesanan ketika aku beraya di rumah guru-guru aku dan sahabat… “ sambunglah pengajian kamu di peringkat yang lebih tinggi,setinggi yang boleh”.. inshaAllah, akan aku tunaikan permintaan itu andai jasad ini bernyawa… terima kasih atas tunjuk ajar dan nasihat… nasihat ini juga diberi oleh seorang pesakit TB yang dalam rawatannya.. banyak sungguh kata-kata menyuruh aku untuk menyambung belajar, Cuma aku yang tidak tahu ke mana lagi arah aku….



Wednesday, September 23, 2009

Jarak

Semakin Jauh...

Usia yang sudah lama membesar,
Mendewasakan diri ini,
Berdiri dan terus berlari mengejar cita,
Menyapu segala nikmat dunia,
Biar sekali terjatuh,
Aku tidak akan membiarkan diri ini dijatuhkan lagi,
Biar apa pun yang berlaku, aku akan terus mendaki ke puncak,
Mendapatkan nama, harta dan segalanya,
Kini, aku sudah mengecapinya,
Segalanya di hujung jari,
Duit, harta, dan pangkat, semuanya sudah aku genggam,
Memang dulu aku hina,papa,
Sekarang,aku telah menguasai apa yang orang lain impikan,

Itu bukanlah diriku….
Aku ini memanglah berniat seperti di atas,
Mahukan segalanya, mahukan harta dan nama,
Namun, nur kasihNya telah menerangi hati yang buta ini…
Aku redha dan ikhlas dalam perjuanganku..
Apa yang aku mahu adalah redhaNya untuk aku terus hidup di bumiNya..

(gambar daripada sahabat sekolah... tq...)


Hari ini..
Perjalanan aku terasa sungguh jauh mendekati matlamat itu..
Kerana kelalaian aku, kekaburan dalam matlamat itu melekakan aku dalam dunia ini.
Biarkan aku muhasabah diri,terlena aku dibuai mimpi..
Biarkan aku berzikir, fokus aku mencelah nota-nota pengajianku..
Biarkan aku solat, terbuai aku dalam gelombang khusyukku…
Sukar untuk menjalani kehidupan yang mencabar…

Itulah lumrah hidup..
Susah atau senang terpaksa dihadapi..
Biar sesukar mana sekalipun,
Langkahku perlu tenang dalam dalam mengatur strategi,
Walaupun aku dipandang hina sekalipun,
Biarlah aku hidup dengan ada hidayah dan matlamat yang murni..
Islam itu banyak mengajar aku tentang hidup..
Islam itu juga kekuatan aku…
Aku berada di sini kerana aku ada Islam…

Thursday, September 17, 2009

Ucapan Ikhlasku...

Selamat Menyambut Lebaran



17 sEPTEMBER 2009, tiket yang seawal 2 bulan lamanya aku beli barulah boleh digunakan untuk pulang ke kampung halaman.. Semoga perjalanan kami dipermudahkan dan diselamatkan daripada segala keburukan.

Hari ini juga aku membeli belah sebelum pulang, membeli baju raya,kopiah, dan keperluan lain bersama sahabat sekolah lama. Yang pasti aku tidak suka akan shopping dan sangat pening aku memikirkan untuk membeli baju disebabkan terhad pakaian yang aku mahukan.. Shopping last minit memang akan menghadapi situasi begini...



Yang pasti... cuti perayaan ini bukanlah untuk terus rilax.. tetapi hadiah buat aku untuk study betul-betul sebelum exam tiba.... naik raya pula, segala cabaran yang dibekukan kembali aktif menguji jiwa dan raga... Teruskan perjuangan....


Selamat Hari Raya semua saudaraku... Maaf zahir dan batin......

Semoga Allah merahmati kita...

Saturday, September 12, 2009

Arigatogozaimas...


.... Syukran pada yang memberi...

Semoga persaudaraan itu terjalin dalam rahmatNya..

Saat Yang Pasti

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.


Suatu Masa Nanti

12 hb September 2009, hari ini aku melawat rumah keluarga angkat aku di Pengkalan Chepa. Meninggalkan secebis tekanan dalam dunia belajar aku dalam perjalanan yang agak panas di kelantan ini. Biarpun sukar sekalipun perjalanan sebagai seorang yang menuntut ilmu, namun aku tidak sesekali aku mengatakan aku telah berputus asa.. mengapa terlalu mudah mengatakan demikian sedangkan orang yang lagi lemah dibelakang aku tidak sesekali mengatakan demikian..


Suasana akhir Ramadhan...

ketika masuk sahaja di pusat membeli belah, aku sudah tersentak dengan lagu raya yang menguatkan lagi ingatan aku untuk pulang... alhamdulillah, tahun ini,inshaAllah aku dapat beraya di kampung.. sedangkan beberapa sahabat aku tidak dapat beraya di kampung kerana bekerja.. semoga mereka kuat semangat... suatu masa,giliran aku pula.. sedih itu pastinya mengiringi....



Lailatulqadar...

Bersediakah kita mencarinya? ke mana arah perjalanan iman dan amal ibadat kita di saat penghujung ini... adakah kita akan menikmati dan mengecapi kelazatannya ... hadiah yang lebih baik dari seribu bulan....


Friday, September 4, 2009

Catatan Hari-hari Berlalu

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

Diari Kesabaran


Mulanya hari itu tersedar seketika pada awal pagi,
Hanset di sebelah kuperhatikan puas-puas agar tidak tersilap pandang,
Aku menyambung lenaku tapa terfikir untuk melakukan qiamulail yang dah lama aku tinggalkan,
Banyak fadhilat hilang begitu sahaja,
Malam ini aku kepenatan sedikit,
Itulah alasan aku untuk terus melelapkan mata.



Dentum pintu itu,mengejutkan jantungku untuk mngepam darah yang luar biasa tekanannya pada pusat kawalan di otak, mengejutkan aku pada saat yang begitu jauh dari sepatutnya,
Arghhh.. tak sahur lagi, subur pun lewat…
Hati ini bermonolog, ‘Ya Allah,ngantuknya.. pening pula tu’.
Kelopak mata pula berat untuk diangkat, cahaya yang masuk ke anak mata, mengejutkan retinaku untuk menafsir maklumat.. ‘silaunya mataku dipanah cahaya lampu bilik ni’..

Badan yang kesakitan kesan daripada tugasan yang luar dari kebiasaan itu masih membaluti otot-otot kakiku,biasalah orang malas diberi kerja bertubi-tubi.mmm..
Aku berkeras membangkitkan semangat untuk solat subuh…
Doa penutup selesai, aku terusmenerpa ke atas tilam yang empuk itu untuk menyambung tidur lagi..
Tidur pada waktu yang dilarang,namun sudah menjadi dadah dalam jiwaku,
Azam aku belum mampu membunuh tabiat ini sehabisnya,
Kehadiran tabiat ini juga merugikan aku,melemahkan aku juga…

Tepat waktu yang ditetapkan,jam berbunyi…
Aku bergegas bersiap dan hadir tepat pada waktunya…
Hati yang mengeloh tidak berhenti dalam rungutannya…
Ada sahaja yang dipertikaikan..
Ceritanya pun sama, namun aku tetap melayannya…
Kenapa itu dan kenapa ini? Seoalah tidak pernah bersyukur tentang nikmat yang Allah beri..

Ketika itulah, suara kecil itu muncul untuk menghentikan pertikaian tersebut..
Aku adalah seorang penimba ilmu dan aku kena berbakti, kuatkan azam, jangan sesekali takut melakukan kesilapan dan belajarlah bersungguh-sungguh..
Aku juga tidak boleh lalai..
Ingat wahai diri,
Buanglah rasa terlebih pandai dalam diri,
Kelak ia akan membinasakan kamu,
Jangan mudah tercabar tika ada teguran…

Semangatku melonjak ke puncak..
Walaupun kaki yang membawaku ke destinasi itu bakal menempa seribu tekanan dan masalah, namun,
Ku pasrah untuk menjadi insan yang terbaik buat diri ini…
Islam itu banyak membentuk aku, walaupun aku ini tidaklah sesempurna insan lain…


Perjalanan yang sejuk pagi ini diiringi oleh pertelingkahan hangat dalam sanubariku,
Mengapa dan kenapa harus begini dan begitu tetap berterusan walaupun suara kecil itu sudah menawannya.…
Hakikatnya… terimalah apa yang ada…
Kenapa harus mempertikaikan buat berkali-kali?

Destinasi sudah dijejaki..
Bertenang, mulanya dengan baik,
Kelas bermula dengan persoalan yang bertubi-tubi,
Jawapan yang ada di kepala jauh daripada nisbah kelayakan,
Kepala mula kosong, hati pula mula tertekan,
Namun,kucoretkan segalanya untuk pedoman pengajianku,
‘menyesalnya tak study betul-betul.. tapi, aku dah belajar ,Cuma kurang aplikasi menyebabkan aku mudah lupa. Tidak mengapa, belajar daripada kelemahan.’
Kuperhatikan sekitar,
Melangkah setapak demi setapak..
Berlatih berkomunikasi dan terus berlatih,
Tidak semua senyuman itu dibalas senyuman,
Malah, cebikan mulut meremuk jiwa yang tulus,
Tak semua semangat itu disokong dengan kata-kata,
Ada kala, sekelip mata menlenyapkan segunung harapan,
Usahkan senyuman berbalas, pandang pun tidak…
Bukannya meminta, tetapi itulah hakikat hati yang lemah,
Mahukan balasan setiap asanya

Jiwa yang bercita-cita besar ini,
Kenalah sabar, belajar untuk memahami dan menyayangi..
Senyumlah tanda ketenangan,
Berzikirlah sebelum hilang ingatan,
Berjasalah selagi kekuatan mengalir subur dalam diri…