Monday, August 31, 2009

Catatan Ramadhan

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::..

Ramadhan Kali ini…

Memang berbeza ketika hati ini berikhtiar untuk meneruskan pengajian tanpa pulang bercuti sempena menyambut puasa. inshaAllah, aku akan berada di university ini sampai bulan September ini dan pulang bercuti untuk hari raya. Sungguh lama menanti saat bercuti itu.

Tahun ini, ramadhan bagi aku sangat berbeza. Ketika aku di tahun 1 hingga 3, tiada apa yang mampu menghalang untuk beribadat sebanyak-banyaknya melainkan perasaan mengantuk dan kesihatan yang tidak mengizinkan. Apabila masa lapang dahulu itu aku selalu sia-siakan dengan banyaknya rehat,barang kali, kali ini, di tahun 4, aku mengalami masa yang begitu sibuk. Bukan setakat mengantuk dan keletihan, masa juga adalah terhad untuk beribadat tarawikh,membaca quran, dan lain-lain. Ada masa terluang, cuba berehat dan melakukan ibadat sunnat. Namun, hati yang lemah ini selalu tewas dengan perasaan mengantuk yang amat sangat. Sungguh lemah jiwa menahan tekanan yang maha dahsyatnya untuk diri ini.



Ramadhan kali ini, membuka tirai kerinduan aku pada kampung halaman aku seluas-luasnya… teringat suasana bertarawikh dan bertadarus beramai-ramai. Bersama sahabat-sahabat sekalian berbuka bersama di surau dan bertadarus juga. Semuanya itu hanya sementara, nikmat itu hanya tinggal sejarah dalam lembaran hidupku.

Namun, perjuangan aku sebagai pelajar perubatan amat besar dan jihad itu perlu aku susunkan strateginya agar aku tidak tewas dalam jiwa ini. Ilmu perubatan amat penting dan pengalaman juga amat berharga semestinya aku wajib hayati dalam akal dan hati agar segalanya itu sebati membentuk diri yang mampu berbakti. Memang sukar untuk melatih diri yang penuh kelemahan dan jiwa takut. Apa yang dilakukan mestinya disusuli oleh ragu-ragu. Sedangkan sifat itu adalah ‘haram’ dalam ilmu perubatan. InshaAllah perjuangan aku dan jihad itu akan aku bangkitkan setiap hari dan masa. Agar aku tidak pernah lupa. Sememangnya dunia ini penuh ketidak adilan dalam percaturan manusia, tetapi hanya Allah yang Maha Adil mentadbir, terimalah segalanya dengan redha. Allah itu maha mengetahui setiap apa yang berlaku.
Jangan biarkan masa berlalu tanpa apa-apa faedah dipunguti…


Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika iman memanggil


Friday, August 28, 2009

Catatan Daripada seorang Pelajar

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.





Hari ini,27July 2009, aku ada program CFCS(kajian kes komuniti dan keluarga ) seawal 7.30 am lagi sepatutnya. Akan tetapi aku agak terlewat sedikit sebabnya terlewat bangun dengan tidak bersahur. Aku dan ahli kumpulan aku mengadakan pameran berkaitan H1N1 untuk pelawat di HUSM dan juga pelajar USM. Bagi aku, kisah aku pagi ini menyimpulkan pengalaman aku dalam minggu kedua di medical posting. Penutup minggu kedua juga bertambah baik berbanding minggu pertama yang meletakkan tahap tekanan aku dalam keadaan stabil dan terkawal tidak seperti kes H1N1 yang sudah tidak terkawal.

Bercerita kisah sepanjang minggu ini, banyak kejadian yang menekan aku sehingga aku berubah pandangan dan menjadi semakin terarah atas teguran dan tekanan yang datang bergolek. Pernah aku ditegur kerana mengambil darah pesakit,bukan kerana kesilapan tetapi doktor mahukan pelajar tahun akhir mengambil darah pesakit berbanding pelajar tahun 4. Aku mulanya tertekan kerana doktor yang menegur itu dihadapan pelajar tahun 5,dan aku pula sedang mengambil darah pesakit anaemia(kekurangan darah merah). Selamatlah,kata-kata doktor tersebut dalam bahasa Inggeris, jadi,memang aku buat-buat tak dengar dan buat-buat tidak ada apa yang berlaku sebabnya pesakit mungkin kurang memahami juga. Andai kata teguran itu,aku ambil serius, pastinya procedure tersebut menjadi kelam kabut. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Moralnya, buatlah sesuatu dengan penuh perhatian dan focus. Jangan mengganggu orang lain ketika dalam melakukan sesuatu yang rumit.


Peristiwa kedua, berkaitan teknik mengajar . Mungkin dalam dunia ini pelbagai ragam manusia dapat dilihat dan dipertikaikan. Dan,bagi aku, Nabi Muhammad adalah segalanya, bagindalah model ikutan aku untuk segala hal hidup aku. Jadinya, aku akan mencontohinya selagi yang termampu. Berbalik kepada topik asal, semasa aku menghadiri kelas, ku perhatikan, bagaimana dahsyatnya tenaga pengajar untuk memahamkan pelajarnya, ada yang memarahi dan memekik-mekik kemarahan. Untuk apa berkelakuan ganjil sebegitu? Mungkin mereka adalah insan yang cemerlang dan hebat atas nikmat yang Allah pinjamkan. Betapa mudahnya memahami ilmu Ilahi tanpa ada rasa sedikit kegagalan. Allah itu maha adil. Tidak semua Allah berikan kekuatan yang sebegitu. Ada yang mengalami kepayahan tetapi mereka ada usaha keras untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Usah menganggap yang bebal itu malas berusaha kerana tidak semua yang bebal itu duduk diam. Mereka juga ada perasaan untuk menjadi pandai seperti yang lain.Cumanya, tiada daya yang Allah berikan untuk mereka dalam bidang itu. Moralnya, usahlah mengajar dan menghukum pelajar secara keterlaluan kerana mungkin kita akan berlaku zalim . Buatlah sepenuh hati untuk menyampaikan ilmu yang ada agar keberkatan itu ada.

Peristiwa ketiga, Bila aku ditegur agar sedar apa yang aku lakukan dan memahaminya juga,untuk menjadi seorang doktor yang hebat. Buatlah sesuatu dan fahamilah apa yang dilakukan. Usah biarkan apa yang misteri itu terus menjadi tanda tanya. Berusaha menambah ilmu. Memang aku sungguh tertekan dan kepenatan, banyak sangat yang aku lupa dan tidak tahu ketika menjejakkan kaki di tahun 4 iaitu tahun klinikal. Doktor sememangnya menduga kita tahu segalanya. Sedangkan kami ditahun 1 hingga 3 tidak belajar sangat soal bagaimana menguruskan pesakit dengan tepat dan terperinci. Walau bagaimanapun. Aku sedar, itu adalah soalan dan ilmu yang perlu aku pelajari ..(*trace blood)

Peristiwa keempat, tidak semua akan memberi kerjasama semasa melakukan aktiviti kumpulan. Itu adalah realiti. Komitmen kita akan dapat diperhatikan sejak awal mesyuarat lagi apabila kehadiran kita dinilai. Kemudian, cara kerja kita. Aku memang pantang untuk dilantik menjadi ketua projek atau kumpulan. Aku memang akan menolak kerana pengalaman aku yang tegas dan agak rigid membuat orang lain akan tertekan dan pastinya aku sendiri juga tertekan. Aku akan menegur secara baik dan kemudian lebih serius . Jika mereka tidak melakukan tugasan,aku yang akan lakukan tugasan itu. Bukan kerana aku dipijak oleh mereka, tetapi atas tanggungjawab aku menjunjung objektif projek atau program. Bukan kerana tiada kepimpinan tetapi demi kepentingan masa dan kepuasan orang lain. Bagi aku, bila tugasan diberi,sila focus dan lakukan dengan baik. Tak tahu lakukan boleh bertanya dan belajar. Aku juga masih belajar. Memang membosankan bila mendapat ahli kumpulan yang malas bekerja dan suka mengambil peluang mendapat nama atas kerja yang membuahkan hasil . aku sendiri,tidak pernah mahu meletakkan diri sebagai parasit dalam kumpulan andai aku tiada menyumbang apa-apa. Tetapi, kita sendiri ada silap, bersedia menghadapi segala ragam dan perangai manusia.

Peristiwa kelima, ketika aku mencari pesakit untuk membuat laporan perubatan , aku bertemu dengan pesakit yang agak peramah dan sangat bekerjasama. Alhamdulillah. Sebenarnya, inilah pesakit yang keeempat aku jumpa untuk bertanya latar belakang sejarah penyakitnya untuk membuat laporan tersebut,kerana pesakit sebelum ini sangat payah untuk dibentangkan dengan ilmu yang cetek ini. Ternyata yang keempat ini lebih mudah untuk difahami dan tidak terlalu kompleks riwayat penyakitnya. Aku mengambil data atau maklumat dengan cara aku sendiri iaitu bertanya secara bersahaja tetapi penuh dengan agenda mencari maklumat,walaupun secara hatinya seolah tidak ikhlas. Namun, aku terpaksa untuk melakukan demikian kerana jika aku bertanya secara berformat,lagilah mendatangkan ketidak selesaan pada pesakit. Biarlah pesakit melihat cara kita seolah mengambil berat pada mereka walaupun ada kala kita tidak sempat bertemu selalu. Untuk pesakit ini, beliau sedang dalam peritoneal dialysis. Sejak masuk lagi sehingga hari terakhir aku dan rakan yang lain selalu bertemu dengannya. Sudah empat hari beliau di HUSM ditemani isteri yang tercinta. Lagaknya seperti sepasang suami isteri yang bahagia dan saling bergurau. Adakala guraunya mampu menitiskan air mata si isteri yang lemah hatinya. Malah,kata-kata isterinya juga ada kala membuat si suami itu terkesima menahan sebak kasih sayangnya yang kukuh menemaninya sehinggakan dirinya adakala tidak terurus. Aku juga pernah memerhati, ketika si isteri menitiskan air mata menahan sebak kesakitan si suami yang menjalani dialysis setelah sebahagian abdomennya(kawasan perut) ditebuk untuk prosedur tersebut. Peristiwa ini berlaku ketika hari pertama dan kedua sejak beliau dimasukkan dalam ward. Pesakit yang peramah dan si isteri yang juga sangat mudah berkata-kata membuatkan aku yang tertekan untuk terus tenang. Aku sedar,kelakuan aku dan rakan aku juga diperhatikan oleh seluruh staff,doktor dan jururawat serta pesakit lain. Bukanlah aku mahu menunjuk yang kami ini baik, tetapi, aku perhatikan semua pesakit seolah-olah senyap tanpa ada komunikasi dengan staff di hospital. Hanya berbual ketika mengambil tekanan darah,beri ubat dan hal-hal yang melibatkan rawatan sahaja. Sedangkan,mereka itu adalah manusia punya perasaan.Mungkin, aku belum memahami keadaan sebenar alam pekerjaan. Diharap, kita dapat mewujudkan suasana di hospital itu umpama di rumah ketika pesakit lain berinteraksi sesama mereka dan staff juga. Secara tidak langsung, psychosocial support hadir tanpa disedari melalui pertalian persaudaraan secara tidak sengaja.

Nama pesakit ini juga,inshaAllah aku tidak dapat lupakan kerana uniknya dan juga banyak yang aku pelajari daripadanya. Walaupun berumur dalam lingkungan 40an,tetapi banyak yang dipelajari tentang penyakitnya dan hidupnya. Beliau yang redha dan kuat azamnya untuk sembuh membuatkan aku kuat untuk menjalani hidup. Aku yang masih dalam program,mencuba sedaya upaya melarikan diri ke ward semata-mata untuk bertemu dengan pesakit ini. Aku mengharap agar beliau dan isterinya masih ada. Kerana mengikut kiraan aku, rawatan dialysisnya habis pagi ini dan aku pula datang agak lewat tengahari. Namun, Allah maha pemurah. AKhirnya, aku bertemu dengan mereka. Bukan itu sahaja, rupanya, mereka juga menungu aku sambil menunggu temujanji rawatan penyakitnya. Terharu aku di situ. Perbualan kami hampir sejam itu membuatkan aku rasa bersalah kerana terlalu lama meninggalkan tempat pameran program aku. Akhirnya, aku meminta diri. Salam perpisahan sementara itu menusuk ke hati ini yang masih muda menjalani hidup. Aku terasa bagaikan berpisah dengan keluarga sendiri. Mereka pula merasakan aku dan rakan-rakan yang lain telah banyak membantu,sedangkan, aku tidak dapat melakukan apa-apa melainkan bertanya khabar dan melihat keadaannya. Itu sahaja yang mampu aku lakukan. Aku masih belajar. Sungguh kecil pemberian aku berbanding penghargaan mereka padaku. Kata-kata akhirnya mendoakan agar ada lagi pertemuan lagi sudah cukup membuat aku rasa dihargai. Ya Allah rahmatilah mereka semua. Kau sembuhkanlah penyakit mereka dan lindungilah mereka dari azab seksaanmu. Semoga Kami menjadi hambamu yang kau rahmati dan sayangi….


Sunday, August 23, 2009

Catatan 12

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.



Antares



Seminggu telah berlalu dalam jadual Posting Medical, walaupun hanya seminggu di sini, bagaikan 3 tahun mengalami mimpi buruk. Kenapa? Sebabnya aku terpaksa mengimbas segala ilmu yang telah dipelajari sejak tahun 1-3. Sungguh tertekan hati ini menempuhi masa-masa itu. Bila ingatan aku telah lama lusuh mereput kerna tidak diaplikasikan ditambah pula cuti hampir 3 bulan yang lalu menguatkan lagi alasan aku. Sekarang ini, aku hanya mampu berkata dalam hati, “ wahai pemilik jasad dan jiwa, teguhkan hatimu, kuatkan semangatmu, belajarlah dan bersabar dalam menuntut ilmu, ilmu yang telah dilupa tak mungkin dapat dikaut balik melainkan kamu belajar semula. Memang susah dan tertekan. Memang kamu akan hilang kawalan. Demi pesakit yang akan meminta pertolongan kamu, demi mereka yang mengharapkan kamu, berusahalah. Jangan berputus asa.” Hanya itulah kata-kata yang mampu membuatkan aku bangkit dari lelapku. Moga aku terus bangkit.

Suatu ketika, ketika aku diingatkan lagi oleh seorang Dr. “ Berkenaan exam, kamu jangan risau,small matter je, apa yang perlu kamu buat, ialah kamu belajar di ward bersungguh-sunguh dan cuba dapatkan pengalaman dan ilmu sebanyak mungkin. Ok.”

Hari khamis,20 Ogos 2009, aku ke Pantai Mek Mas, Kuala Besar untuk aktiviti Ko-K. Kelab kami merupakan kelab yang paling efektif dalam pengajarannya,dalam kiraan aku. Kerana tempat kelab kami diadakan ialah di tempat yang sangat sesuai untuk pengajaran,masa yang tepat dan teknik pengajaran yang berkesan. Kelab ini ialah Kelab astronomi. Kelab yang agak unik dan bagi aku, inilah harapan aku untuk melihat bintang dan bulan sejak kecil lagi .Azam aku pula, ingin memiliki teleskop sendiri dan melihat bintang di rumah.



2 buah van sarat dengan pelajar USM dan ramai pelajar cina berbanding Melayu islam yang hanya seramai 6 orang daripada 20 peserta. Kedudukan rumah Dr Rawi yang berhadapan dengan pantai itu, sangat strategik untuk mencerap bulan dan bintang. Katanya, di situ adalah tempat pendaratan tentera Jepun dan ada juga kubu yang masih kekal sehingga kini. Di sebalik itu, ada juga cerita seram bila dikaitkan dengan cerita hantu askar Jepun dengan pedang samurai di samping memegang kepala yang telah dipenggal.


Aku memulakan cerapan bintang Kutub, kemudian planet Jupiter atau musytari,antares(bintang di tengkuk scorpio), dan beberapa lagi. Semuanya ada dalam plenispehe yang beharga 12 ringgit. Cara menggunakan juga diajar. Beza antara bintang dan planet ketika melihat di langit ialah, planet tidak berkelip. Aku juga menyaksikan tahi bintang atau shooting star beberapa kali . Sungguh indah mala mini. Walaupun dalam hati aku ini adalah sementara, kerana posting Medical telah menawan pemikiran aku.



Walaupun, aku katakana bahawa posting medical itu sangat sukar, dan aku tertekan. Bukanlah itu bermakna aku telah mengaku kalah. Ini hanyalah realiti yang akan dialami oleh sesiapa sahaja. Bukannya mahu melemahkan semangat,tetapi inlah jalan cerita untuk ke masa hadapan yang lebih tenang.

Di ward 7s, aku mengerti mengapa makcik-mak cik aku yang bekerja sebagai jururawat selalu kepenatan tetapi masih lagi boleh bertenang dan tersenyum. Rupanya, sungguh memenatkan berdiri sepanjang hari, dan melayan pesakit yang pelbagai kerenah. Aku? huh... ada masa curi peluang untuk duduk di mana-mana aku suka. hehehe...


Di kesibukan ini juga, sempat lagi aku merayap ke Pantai Irama,Bachok buat kali ke 4 rasanya untuk 2 bulan ini. melepaskan tekanan yang tiada seriusnya, hanya mahu melihat ombak dan merasa angin laut. Walaupun semalamnya aku ada kelas astronomi juga di pantai namun, ada masa terluang sedikit,aku curi untuk ke pantai. Ketenangan.

Friday, August 14, 2009

Satu Lukisan Pelbagai Jiwa Dari Acheh

..:: DENGAN NAMA ALLAH YANG PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::..



LUKISAN ANAK ACHEH





.... Bencana yang hampir 4 tahun berlalu,tsunami tetap terpahat dalam minda anak-anak acheh..
Gambar di atas adalah olahan gambar asal (gambar paling bawah). Gambar ini diambil daripada blog Winners Never Quit ... Sudah lama aku menunggu untuk melihat lukisan anak-anak Acheh tersebut. Kerana aku juga sukakan lukisan dan ada kala cuba melukis walaupun cantiknya seindah biasa sahaja. Bagi aku, cukup menenangkan fikiran yang terluah segala bentuk kekusutan dalam sebuah gambar. Namun,sebagai musafir di dunia, jalan penyelesaian kepada kekusutan bukanlah semata-mata dalam lukisan,karya puisi atau sebagainya,tetapi kembali kita pada Yang Maha Kuasa. Semakin jauh kita padaNya,semakin runsinglah hati kita..

Catatan 11

..:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::..

Pesanan Yang sering aku lupa...



Hidup sebagai manusia yang bertuhankan Allah yang Maha kuasa, hendaklah mematuhi segala perintahnya. Cukuplah akan segala nikmat yang diberi,usahlah kita merungut dan mengeluh atas ujian yang mendatang atau nikmat yang serba kekurangan.

Kehidupan sebagai seorang pelajar perubatan ini sangat mencabar apabila dikelilingi oleh insan yang pandai-pandai dan genius. Namun, aku sebagai pelajar perubatan sangat suka memerhati akan keadilan Ilahi,dan aku sedar bahawa bidang perubatan ini antara bidang atau kursus pengajian yang digeruni dan ditakuti tetapi sangat diidami oleh sesiapa sahaja yang mahukan nama,pangkat, harta dan sebagainya.

Antara persoalan aku, benarkah bidang perubatan ini hanya untuk pelajar yang bijak sahaja?

Aku cuba membuat kajian dengan bertanya kepada kawan-kawan aku di sini, berapa banyak A dalam SPM dan keputusan Matrikulasi, kemudian aku tanya lagi latar kehidupannya dan beberapa lagi soalan yang berkaitan.Aku juga melihat mereka melalui akhlaknya,bukan untuk dikritik tetapi panduan. Ini bukanlah suatu kajian formal,tetapi hanya untuk panduan aku menjalani kehidupan ini. Konklusinya, kebanyakan mereka mendapat keputusan yang boleh dikatakan banyak juga A dan ada yang full A. Latar belakang mereka juga kebanyakannya agak berharta dan mewah juga. Setelah masuk alam pengajian perubatan, apa yang penting adalah kerajinan dan kefahaman dalam menelaah ilmu ini. Aku lihat,pelajar yang full A (terutamanya yang Melayu) belum tentu lagi dapat skor A dalam exam.(contohnya aku la, aku full A but not full A1. , aku terpaksa mengecewakan harapan orang yang mengharap aku mendapat A,kerana aku juga seperti yang lain,ingin menjadi dr. yang bagus dan dihormati . Jadi,aku terpaksa membaiki kelemahan aku yang lain terutamanya aspek komunikasi dan lain-lain yang mengurangkan focus aku dalam study). Pelajar yang cemerlang dalam bidang ini kebanyakannya adalah pelajar yang rajin menelaah buku . Bagi aku pula, menelaah buku ini secara keterlaluan bukannya cara aku lagi sepertimana aku lakukan untuk SPM. Akibatnya,aku terkandas dalam dunia kehidupan. Sedangkan, aku bakal memimpin keluarga paling kurang dan juga diri,andai aku terus menjadi ulat buku, banyak benda akan aku tak tahu dan akhirnya, aku akan tertekan dan menyusahkan orang lain.


Pesanan yang aku ingat dalam pengajian aku…
Ingatlah wahai pelajar semua, andai kamu ingin menjadi doktor, kamu akan dipandang bukan pada intelek kamu atau harta kamu,tetapi kamu akan dinilai oleh pesakit akan sikap kamu dan cara kamu melayan pesakit. Andai kamu bijak sekalipun,kamu skor tinggi sekalipun,andai kamu tidak tahu melayan dengan baik,tak tahu berkomunikasi atau menghormati pesakit,maka sia-sia sahaja kamu menjadi doktor. Pesakit mungkin rela mati daripada mendapat layanan buruk daripada seorang doktor yang biadap. Tetapi,andai kamu baik dan berbudi, tetapi tada ilmu medic yang mencukupi,bagaimana kamu mahu merawat pesakit? Renungkan wahai diri.

(gambar hiasan : di atas bukanlah gambar sawah padi tetapi pokok bakau di Teluk Wawasan)


Teguran kepada kami yang selalu lewat datang ke kuliah..

Suatu cerita untuk dikongsi, aku pernah dihalau oleh seorang pensyarah bersama 2 lagi rakan aku kerana lewat 5 minit .Sebenarnya, pensyarah tersebut masuk awal 10 minit rasanya tetapi entahlah..
Waktu itu,aku hanya menemankan kawan aku yang belum sarapan pagi dan bagi aku, tidak kisahlah untuk menemankan orang makan sebabnya hari itu adalah hari pertama kuliah . Halauan pensyarah itu membuatkan aku terkesima sedikit tetapi aku agak tenang sahaja kerana aku malas memikirkannya dek kerana aku masih homesick. Macam-macam perasaan timbul.

Nasihat : bayangkan kamu lewat datang merawat pesakit,dan pesakit mati/meninggal dunia atas kelewatan kamu? Wajarkah kamu diberi title DR ?


Nasihat : Andai kamu seorang pelajar perubtan,ponteng kelas, menipu dalam peperiksaan, kemudian kamu menjadi doktor? Adakah kamu yakin kamu dapat mengubah sikap kamu ketika kamu sudah sebati dengan sikap keji kamu dahulu? Doktor jenis apa kamu?

Nasihat : saya tahu,kamu boleh score dalam exam, soalan past year ada,soalan bocor ada, tetapi attitude kamu ? tiada sapa yang tahu menilai dengan tepat. Kamu boleh bohong kami,tetapi kamu juga yang akan rugi. Kami,pensyarah hanya mengajar kamu? Kamu sebagai pelajar kenalah ada semangat mengejar ilmu dan menimba ilmu dengan bersemangat.

Nasihat : Teringat aku akan seorang guru di sekolah, yang berusaha keras membantu aku mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM,beliau memberi aku soalan past year,tetapi aku hanya insan lemah,lambat memahami soal dan harapan orang lain ketika umurku 17 tahun ketika itu.. Apa yang aku fikir hanyalah soal impian aku untuk score Full A in SPM. Sebenarnya,ada lagi beberapa guru yang sangat mengambil berat soal keputusan peperiksaanku,tetapi aku pula yang sombong dan rimas ketika itu. Faham sahaja bila darah keremajaan itu melanda, gelora jiwa memang sukar dikawal.. Terharu aku menjelajah sejarah dulu membuat hati penuh dengan kekesalan yang tiada guna untuk disesali tetapi berfaedah untuk diperbaiki... inshaAllah..


Pengajaran yang aku kena ambil, hargailah orang disekitar kita.

Friday, August 7, 2009

Catatan 10 - Suara Kalbu

...:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::...


Perjalanan...



setiap langkah seorang musafir ilmu itu,
bermulalah detik cabaran untuk menghalang,
halangan yang akan menjatuhkan dan menyakitkan,
menderita dan terseksa kerana hebatnya dugaan yang hadir,
Bukankah ini yang engkau minta?
bukankah ini yang engkau mahu??

Janganlah engkau mahu berbohong pada masa hadapan,
kau kata kau mahu mencapai cita-cita yang besar,
mahu dikenali bukan?? mahu diiktiraf oleh orang dan juga dunia?
kau juga mahu membantu orang kononnya?
Pernah bukan kau berkata demikian? kau juga mahu berkereta mewah bukan?
kau juga mahu isteri yang cantik,rumah yang mewah, harta yang melimpah ruah?

cukuplah, janganlah kau mahu berdusta lagi...
Inilah halangan yang engkau perlu hadapi atas besarnya cita-cita kamu itu...
Tak kan nak jadi doktor,belajar alar kadar sahaja?
nak jadi peladang pun kena rajin dan berilmu...

Aku cakap tidak pernah engkau dengar bukan?
Kerana aku hanya insan kerdil bukan?
aku tiada harta,jawatan atau nama,
untuk apa engkau mahu dengar kata-kata aku.

terpulanglah wahai teman,
Sudah berulang kali aku kata,
tanpa jemu dan penat demi memahamkan engkau akan hakikat kehidupan,
kerana ilmu Allah bukannya datang dari insan yang kaya,cerdik atau ahli politik..
tetapi ilmu Allah datangnya daripadaNya untuk hamba yang mahu mengenal Allah.


....giliran aku pula bersuara wahai hatiku...
Wahai hati,
bersabarlah dikau,kerana benarlah kata-katamu itu,
namun sekarang, jiwaku sudah sedar akan buruknya nafsu ini
memamah nikmat dunia untuk bekalan ke neraka,
aku sedar akan bodohnya aku,
meninggalkan saudaraku demi kepentingan aku,
membiarkan mereka sengsara walaupun kopiah aku tersangkut rapi pada pandangan manusia.

Aku dah berubah,
aku sedar lara hidup ini,
matlamat aku bukan lagi terpancar untuk hidup di dunia,
tetapi aku mahu rahmat Ilahi...
aku tiada cita-cita melainkan hidup dan mati aku diserahkan padaNya...
Bukan itu bermakna aku akan bergoyang kaki memerapkan badan di rumah ibadat tanpa memebuhkan tanggungjawab.. kerana JIHAD aku itu adalah mengikuti perjalanan Muhammad Bin Abdullah,Rasulullah ..
Baginda contoh ikutanku..
Telah aku saksikan kemuliaannya bersama sahabat-sahabatnya memikul tanggungjawab dan cabaran demi Islam ..

Haruskah aku berdiam diri?
melekakan diri lagi dan lagi?
Cukuplah... Kuatkan diri !
Terus kembali pada Allah,
tempat aku mengadu segalanya...




"Semoga kami beroleh rahmatmu dalam melaksanakan tanggungjawab yang engkau amanahkan pada kami "

Catatan 9 - Cerita Yang Hampir Serupa

....::: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI :::....


Rekodkan Pengalaman

2 Ogos 2009, Hari ini memang banyak benda yangmembuatkan aku tertekan dan terkandas pemikiran untuk terus reaktif berfikir tentang masalah. Otak aku seolah dijajah oleh kelemahan diri,kegugupan dan gementar yang telah lama wujud. Sedangkan aku, masih dalam proses baik pulih hati dan emosi. Bermula sebagai insan yang lemah,jauh lebih pemalu dari seorang perempuan, jauh lebih penakut dari si Penakut, jauh lebih gemuruh dari seorang yang sentiasa gementar… malah pelbagai cara dipraktikkan bagi memenuhi keperluan hidup. Manakala sangkaan orang lain(sahabat-sahabat sekolah lama aku dan keluarga) terhadap aku ini agak tinggi tetapi tak setinggi mereka yang hebat.. Namun, bagi aku, pandangan mereka itu cabaran untuk aku terus menjadi yang lebih baik.

Petang ini, masih dalam posting ENT…Kelas hari ini berlainan daripada kelas yang lain. Sebab apa? sebabnya, kami diBRAIN washed oleh pensyarah. Teguran beliau terhadap sikap kami yang masih kurang proaktif dan tidak jelas . Kata-katanya bernada lembut namun bicaranya menghiris kalbu. Ibarat hati melecur kepanasan.. Mmm kena basuh… Aku dan beberapa rakan yang lain sudah mengenali sikap beliau lebih awal, dan aku juga telah bersedia menerima segala kritikan atau ayat-ayat pedas. Kerana, persedian awal sejak dari kecil lagi aku menerima ayat-ayat pedas atas sebab perangai aku yang agak kenakalan sedikit. Ayat-ayat aku juga PEDAS kata rakan-rakan.. mungkin tempias lada dan cili yang aku hadamkan dalam hati menumbuhkan kepedasan kata-kata aku. Apa yang perlu kami ambil, ialah teguran ikhlas tersebut.

Malam ini pula,bertemu pesakit, pak cik yang sungguh baik hati melayan kerenah kami.. menceritakan pengalaman… menegur sikap dr yg tak sepatutnya wujud jika ingin menjadi insan yang hebat..



Sebenarnya,beliau adalah antara pesakit yang diistiharkan sebagai pesakit yang di'geruni’ atau kurang digemari oleh medical student untuk membuat pemeriksaan. Kerana pak cik ini nampak garang dan agak sombong. Betul ke? Huh… rupanya aku tak perasan, aku pergi bertemu dengannya dengan sopan bersama rakan aku dan meminta izin dengannya untuk mendapatkan maklumat. Perbualan kami bukanlah seperti pelajar lain, kami ubah style dengan berbual secara santai dan bertanya mengikut format.. Alhamdulillah, selamat kami mendapatkan maklumat.. masalahnya… pemeriksaan fizikal, pakcik dah menunjukkan muka penat.. mungkin stress kerana tekanan darahnya tinggi.. Pak cik ini juga seorang yang educated .

Segala masalah itu adalah cabaran buat kami, inshaAllah,akan kami lakukan yang terbaik..

Moralnya :

1. Jadilah pelajar yang bersemangat menuntut ilmu.
2. Belajar untuk meningkatkan softskill...cara berkomunikasi dengan lebih profesional.
3. Jangan mudah mengeluh.
4. Gunakanlah apa yang ada di sekitar kita untuk meningkatkan kekuatan kita... bukannya tertakluk pada kebiasaan sahaja.
5. Jangan sesekali bongkak, merasa diri bagus atau cukup sempurna..



Teruskan perjuangan wahai pemilik blog ini....

Tuesday, August 4, 2009

Artikel 73 - Pesanan Buat Pengembara Dunia




Tanpa Akhlak Ilmu, Iman dan Taqwa ibarat pohon yang kering Layu..

.. Nukilan oleh Ustaz Farid Rashidi................... (Faridrashidi.Com)


Mahu renung hakikat diri,

Reunglah pada pohon yang kering, dahulunya segar berdiri,

Buahnya lebat dan daunnya hijau,

Dahannya kukuh..



Persis manusia …

Tatkala jiwanya penuh ilmu di dada,

Ketika mana amalnya bercahaya, akhlaknya pula indah di mata,

Disukai kawan dan lawan,

Diredhai Allah SWT sentiasa.



Namun…

Jika jiwanya kering dan layu,

Lemah imannya,

Gersang amalnya,

Hilang akhlaknya,

Nescaya dirinya menjadi si pohon kering,

Tak berbuah, berbunga,berdaun ..

Akhirnya tumbang menyembah bumi…





p/s- terima kasih atas pemberian....

Saturday, August 1, 2009

Catatan 9 - Pantai Irama lagi...



.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

Sekadar Gambar Untuk Dilihat

31 Julai 2009... aku ke Pantai Irama, Bachok lagi bersama rakan sekolah lama untuk mengisi masa yang aku curi untuk study aku.(actually, tak da masa lapang bila dah masuk minggu posting ni).


(satar,lokcing dan ice-cream adalah makanan yang selalu ada di sekitar pantai ini..)



(Sangat ramai orang di pantai.. xbestnyee..)




(36 rial kalau tak silap kalau nak terbang ke langit macam kat gambar.... berbaloi la kot)



(Makan saja membe aku ni...)


( I like this.... for unknown reason)


MISI MEMBURU Pantai Melawi masih diteruskan... masih mencari tempat yang sesuai... pemandangan di Melawi agak kekampungan sedikit berbanding Pantai Irama yang jauh membangun... InshaAllah, suatu masa akan sampai ke situ...