Wednesday, July 29, 2009

Catatan 8- Tenangkan Jiwa Sebagai Pelajar

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

Pengalaman di ENT untuk Seketika

Seminggu berada di Jabatan atau Posting ENT, sungguh kelam kabut untuk memulakan study kerana melibatkan 3 organ iaitu telinga, hidung dan laryngx. Walaupun hanya tiga organ yang terlibat tetapi agak susah juga untuk memulakan ‘gear 1’ . Walaupun ENT atau ORL ini adalah minor posting, tetapi ia adalah posting yang perlu aku berikan tumpuan kerana tiada lagi posting di sini semasa tahun 5 nanti. Hanya 2 minggu untuk aku belajar berkaitan ORL(Ortorhinolaryngoogy) untuk disemaikan dalam pengalaman as medical student.

Sepanjang aku berada di tahun 4 ini, aku cuba meningkatkan kefahaman aku tentang nilai kemanusiaan dan yang baik akan aku ikuti dan yang buruk pastinya aku tolak. Ku perhatikan beberapa lagak dan kelakuan insan yang ego dan sombong dengan darjatnya. Mereka itu boleh berkata atau berkelakuan sedemikian ketika mereka berada di atas. Sedangkan, jika mereka berada di darjat yang rendah pastinya, tergugup-gugup untuk menerima kritikan dan hinaan orang atasan. Belajar di Malaysia ini, rata-rata menunjukkan patern yang sama iaitu guru dan staf sokongan yang garang pastinya wujud. Kewujudan mereka umpama membalas balik kekejaman orang sebelumnya kepada orang yang tidak sepatutnya. Mengapa perlu marah-marah? Mengapa perlu melayan seperti orang jahat? Mengapa perlu menengking? Mengapa mereka itu perlu menunjukkan muka yang berkerut atas sebab pelajarnya yang melakukan kesilapan buat pertama kalinya?

Tiada guna untuk melakukan sedemikian semata-mata untuk menghilangkan stress atau merasa pelajar akan kurang ajar terhadap guru mereka. Sedangkan, kalaulah pengajar itu sedar akan pelajar sangat sayangkan guru-guru yang memahami pelajar dan tidak menekan mereka, pastinya guru tersebut tidak melayani pelajarnya sezalim itu. Memang pengajar akan merasa puas bila memarahi pelajar yang melakukan kesilapan, tetapi, apa yang dilakukan hanyalah membentuk generasi seterusnya yang bersikap seperti mereka. Hidup berfalsafah mahu menekan orang lain dan bukannya menjunjung Islam sebagai pegangan hidupnya…pastinya kalut hidup tak akan berhenti..

Bila menjadi pelajar perubatan sendiri, aku melihat rakan aku dan juga pensyarah aku. Adakala aku merasakan rakan aku akan menjadi seperti sesetengah pensyarah atas perangai yang lebih kurang. Apa yang penting, aku cuba memerhatikan sikap dan perangai mereka. Kerana aku mahu belajar hidup. Aku menilai kebaikan yang dilakukan agar aku tidak melampaui batasan dalam melakukan kebaikan. Banyak juga aku fahami dan pelajari dari rakan aku, antaranya cara melayan kanak-kanak,cara berinteraksi dengan pesakit dan cara berfikir dengan lebih baik. Memang aku ada sedikit skill tersebut, tetapi alangkah bagusnya andai aku pelajari sesuatu yang lebih baik dan berlainan. inshaAllah, kita sama-sama belajar. Bersabar menghadapi hidup agar tidak kecewa dengan harapan mencintai dunia..

Bak kata doktor ORL,dr Yahya(Iraq), learning is a cummulative process…


p/s- gambar hiasan sahaja untuk berkongsi ketenangan pemandangan ciptaan Ilahi...

Saturday, July 25, 2009

Catatan 7- Diari untuk seketika

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

Pagi ini….
22 Julai 2009, hari ini secara rasminya aku telah menamatkan posting Ophthalmology dengan berakhirnya exam clinical tengahari tadi. Sungguh mendebarkan exam dengan seorang professor. Huh.. tapi, beliau sangat cool(sempoi la). Yang merisaukan aku apabila menunggu keputusan. Segala persiapan sebelum exam ini dah diperkemas sebaiknya, namun sebagai manusia lemah perasaan khuatir tetap ada mengiringinya. Ada kala,ketika diri berada dalam tertekan atau gementar,segalanya pasti kucar kacir.


Antara punca kita khuatir ialah, apabila keyakinan belum terbentuk dengan sempurna. Bagaimana kita mahu membentuk keyakinan itu menjadi kukuh dan stabil? Apabila kita berlatih dan berlatih melakukan sesuatu kerja. Usah jemu. Namun, masalah akan timbul bila kita tiada tempat untuk berlatih. Oleh itu bekerjasamalah kita menghadapi segala cabaran yang mendatang.
Moga pengalaman ini bakal ku bawa bersamanya ke posting seterusnya agar aku menjadi dr yang berpengalaman. InshaAllah, sahabt sekalian, kita teruskan usaha kita…..

Petang ini…

Aku membuka tirai senaman atau riadah dengan berjogging satu padang golf USM. Berapa jauh aku tak pasti..mungkin hampir 2 km kot.. Nak kata aku ni semput pun boleh juga tetapi sebab nak control macho… terpaksa berjogging tanpa berhenti.,.heehhe.. memulakan jogging bersama adik-adik kecil berumur 3- 4 tahun mengundang kecabaran dalam diri. Padahal, aku dah tak larat berlari anak… kaki yang hampir 4 bulan tak berlari atau jogging, mula menunjukkan tanda-tanda keperitan, maklumlah, kalau di kampung aku,aku hanya berbasikal sebagai senaman petang ke Teluk Wawasan.



23 Julai 2009, hari ini, hari yang sangat lapang untuk pelajar yang dipostingkan di Jabatan Ophthalmologi, kerana kami telah tamat di sini. Minggu depan, ke Jabatan ENT atau ORL. Namun, sejak pagi lagi, aku mem’busy’kan diri dengan melawat ward surgery 2 Intan,HUSM. Aku mahu melihat keadaan ward dan pesakit. Sungguh berbeza sekali dengan ward 2 Utara yang sungguh tenang. Sedangkan 2 Intan penuh dengan suara keperitan dan muka yang redha menanti masa untuk sembuh. Kepayahan mereka adalah pengajaran buat kami . Mereka adalah guru kami yang perlu kami belajar sesuatu daripada mereka. Hanya 1 jam di sini kerana ada urusan lain..
Petang ini, aku ada dua tugasan iaitu menemani dua rakan aku pergi ke rumah pesakit psychology iaitu pesakit Depression dan ADHD(attention deficit Hypertensive disorder). Malam ini, aku membeli sebuah hanset pula untuk menggantikan hanset lama yang telah hilang sejak sebulan lalu.


24 Julai 2009,aku bersama rakan USM pergi ke Pantai Irama . Ini adalah kali kedua aku ke sini untuk melihat pantai untuk 3 minggu pertama selepas mendaftar diri sebagai pelajar tahun 4 di USM. Sudah menjadi tabiat aku, pantai atau sungai adalah tempat aku menenangkan fikiran. Adakala, sawah padi juga menjadi tempat aku melepak seorang diri. Melihat kehijauan ciptaan Tuhan.

(terserempak dengan para tabligh di tepi jalan ketika kami menunggang motorsikal)

Minggu hadapan bermula 26 Julai 2009, aku akan posting di ORL atau ENT(Ear,nose and throat). Jadinya,persiapan perlu dilakukan sedikit untuk menjadi doktor yang berkualiti.


(Buku rujukan yang setebal ini perlu dihabiskan dalam masa 3 minggu?? kena cari buku yang lagi nipis... tak larat nak sumbat dalam memori aku yang kecil ini )

Sepanjang perjalanan Posting Ohthalmologi, aku menerima banyak teguran,nasihat, dan tips menjadi seorang yang lebih baik. Antaranya:

1. Peristiwa seorang pak cik menasihati rakan aku tentang menjaga berat badan, menyedarkan aku bahawa, aku juga perlu menjaga kesihatan dan mengamalkan cara hidup sihat agar orang di sekeliling kita mampu berubah secara tidak langsung. Di samping itu, badan sendiri juga terselamat daripada penyakit.

2. Jangan malu bersuara, luahkan kata-kata walaupun kita rasa ia remeh. Kerana perkara remeh itu akan dinilai oleh orang lain. Bagi yang kurang bercakap, berusaha melatih diri menjadi peramah.

3. Belajar mendapatkan ilmu dengan sentiasa berbincang dan bekerjasama.

4. Tiada perkataan pentingkan diri sendiri dalam perjalanan seorang Doktor.

5. Jadikanlah Islam itu amalan dalam hidup, sentiasa memulakan tindakan dengan bismillah.

6. Sentiasa senyum dan tenang. Demi insan yang dalam kepayahan, aku mesti rela membantu.

7. Sabar dengan layanan yang kurang menyenangkan. Ambilah iktibar. Tetapi, aku perlu sedar akan layanan yang buruk itu lahir dari hati yang memberontak. Jadinya, Fahami mereka itu agar mereka akan sedar dan kembali kepada fitrahnya.

Saturday, July 18, 2009

Artikel 72- Pantai Irama, Bachok, Kelantan

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHAMENGASIHANI ::.

Iramanya Terus Diiramakan

17 Julai 2009, Jumaat... aku bersama seorag sahabat sekolah lama yang turut mengaji di Kelantan datang ke Pantai Irama untuk mengamati keindahan ciptaan Tuhan walaupun niat ini bukanlah objektif yang kami nyatakan, tetapi hakikat hati yang mahukan ketenangan tidak mampu dibohonginya... Inilah aktiviti kami,rakan sekolah lama yang selalu akan berkumpul di tepi pantai untuk berbincang dan berkongsi pengalaman.Moga Allah merahmati kita semua..



(Sekumpulan pendakwah yang juga turut mengamati keindahan pantai)





(Pantai Irama ketika cuti minggu memang amat sesak dengan manusia)



Tika aku mendengar alunan kalamullah dibacakan,
hati ini berdetik, bilakah mampu kulafazkan sebegitu lancar?
Ketika cinta itu diagungkan,
hati ini meronta untuk mendamba kasihNYa,
Cinta yang tiada taranya,
untuk sekalian makhluk yang mahu padaNYa...

Friday, July 17, 2009

Catatan 6 - Apa yang penting ?

Melawan Kebiasaan

Adakala aku merasakan yang aku ini bukan diriku tatkala menjadi pelajar perubatan Tahun 4 ini. Bermula menjadi insan yang wajib berkomunikasi dengan pesakit,aku kelihatan agak kekok untuk memulakan bicara. Hatiku mula melawan dan terus melawan kekejangan dalam bersuara agar peti suaraku mampu melafazkan beberapa ayat . Ya, amat sukar, ibarat aku ini mempunyai personality disorder . Memiliki dua watak yang berbeza iaitu pseudoperamah(peramah yang palsu) dan seorang yang pendiam(lagi pemalu). Begitu sukar untuk melatih diri bersuara ramah dengan jujur. Namun, berbekalkan kekuatan dan pengalaman,aku pasti mampu lakukan,inshaAllah.

Bukan setakat aku mahu membaiki soft skill aku sahaja, tetapi aku juga wajib membentuk sifat kerjasama antara rakan seperjuangan aku. Kerna apa? kerana kami juga mahu menjadi seorang doktor yang berjasa. Sikap bekerjasama ini bukanlah sesuatu yang mudah, sangat sukar. Posting kami di Jabatan Ophthalmologi mendesak kami untuk mengisi buku log sebagai bukti pembelajaran kami di sini. Antaranya, pemeriksaan mata,pemeriksaan fundus dan beberapa prosedur yang perlu diperhatikan dan dilakukan. Memang tertekan untuk memenuhkannya dalam masa dua minggu. Akan tetapi, hasil kerjasama, memudahkan aku dan rakan untuk belajar dalam keadaan tenang. InshaAllah, segalanya berjalan mudah.

Dalam pencarian ilmu ini, pastinya akan aku terserempak dengan golongan yang mahu menjadi pakar dan hebat tanpa menghiraukan orang lain. Ada ke? sudah pasti ianya ada. Golongan ini umpama menjahanamkan dirinya sahaja apabila tidak mahu bekerjasama dan menerima pandangan orang. Tiada tolak ansur. Mengapa? Aku juga pernah tergolong adalam kumpulan ini. Mungkin kerana aku kabur tujuan hidup ini dan arah perjalanan yang masih berserabut. Tetapi, langkahku mula dikemaskan dengan panduan dan hikmah. InshaAllah,selamat. Sedarlah, ilmu itu milik Allah, belajarlah bersama-sama. Muafakat tidak pernah merugikan . Belum terlambat untuk sedar dan ruang kemaafan tiada pernah ditutup untuk kita.

Aku pernah bertanya pada rakan aku kenapa mereka menjadi doktor? Katanya, ‘aku nak jadi doktor sebab gajinya yang besar dan panggilan ‘dr’ oleh orang di luar sana’

.. Ada juga yang mahu berbakti. Aku pula? Aku sendiri tidak tahu mengapa aku pilih doktor . Pilih sahaja atas panduan guru kaunselor yang ajar bahawa aku kena pilih yang paling tinggi pencapaian yang aku mampu. So,aku pilihlah doktor, walaupun dulunya aku membenci untuk jadi seorang doktor.. heheh.. Sudah kukatakan, yang aku benci pastinya aku akan dapat..

Akhirnya, aku memahami sesuatu bahawa segalanya adalah ketetapan daripada Yang Maha Kuasa. Aku lebih redha ketetapan itu dari Tuhan bukannya dari piihan aku. Pastinya, Allah tidak pernah kejam. Dia meletakkan aku di sini, untuk aku melakukan sesuatu dalam bidang ini. Jadinya, teguhlah aku di sini walau apa pun yang berlaku. Aku hanya mampu bertawakal atas usaha sebagai hamba Ilahi yang lemah. Sesungguhnya,meredhai segala takdir itu adalah wajib untuk aku .


Moralnya :
  1. hidup mesti ada kerjasama,
  2. Jangan sombong atas ilmu di dada
  3. redha dan ikhlas dalam amalan
  4. Berlatih dan melatih diri menjadi insan yang seperti rasulullah.
  5. Jangan berputus asa.

p/s- inshaAllah, gambar diamil dalam jarak yang selamat.. :)

Monday, July 13, 2009

Catatan 5 - Fasa Perubahan Silih Bertukar

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANGA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

Sudah dua minggu saya dan rakan-rakan seperjuangan di’posting’kan di Jabatan Ophthalmologi dan di kliniknya iaitu klinik berkaitan mata. Agak kekok juga menghadapi segalanya terutamanya apabila Tahun 4 ini merupakan tahun klinikal,bermaksud semua pelajar akan berurusan dengan pesakit hampir 100% sama ada di ward atau di klinik . HUSM adalah hospital untuk kami belajar.

Bagaikan melawan sifat asal diri ini kerana cuba men’transformer’kan diri menjadi seorang doktor yang hebat dan berjasa. Sifat aku yang pendiam,pemalu, mudah gementar dan tidak yakin pastinya menghambat aku ke jurusan lain dan melemahkan aku untuk menjadi seorang doktor. Pastinya para intelek mengiakannya, namun bagi aku, ketetapan Ilahi lebih penting daripada kata-kata manusia. Allah dah tetapkan aku di sini, mengapa aku perlu merisaukan diri untuk memilih yang lain??? Maksud aku ,pertikaian itu silih berganti suaranya dalam lubuk hati untuk memancing iman di dada. Pastinya, bisikan itu ku perlahankan suaranya agar kedengaran sayu-sayu dan terus menghilang...

Hati ini mula melatih menguatkan diri menjadi insan yang mahu berbakti dan sanggup berkorban. Bila sahaja membuka dialog perbualan antara aku dan seorang pak cik, aku terus dibuai akan perasaan derita pak cik walaupun hanya mata yang sakit. Ceritanya mula diperinci disamping aku mengorak pembelajaran untuk mendapatkan maklumat pesakit secara perlahan-lahan. Wajahnya aku lihat penuh dengan kejujuran menyatakan segala pengalamannya, ada kala riak mukanya tersenyum menceritakan soal pekerjaannya yang sedikit terganggu kerana masalah penglihatan. Ada juga pesakit yang mukanya agak menakutkan dan menyeramkan bila terpandang tanpa disengajakan, rupanya hanya riak wajah menyatakan kesakitan tatkala keseorangan menanti giliran. Aku cuba memahaminya. Hakikatnya, semuanya melayan kami,pelajar perubatan sebagai seorang doktor. Alhamdulillah. Biarpun kami ini bukanlah boleh memberi sebarang jasa, namun, harapan kami agar semua pihak memberi kami ruang untuk belajar menjadi doktor yang berjasa pada agama. Terima kasih semua..

Friday, July 10, 2009

Catatan 4- Sibuknya...

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

Sepatah Dua Kata

Minggu pertama berda di tahun 4 sungguh mencabar bila diri yang lemah ini cuba memahami gerak geri perjalanan seorang bakal doktor yang hebat..

(Cabaran yang mendatang itu amat sukar untuk diduga, realitinya, kita terpaksa menempuhnya juga)

Situasi yang mencabar menguji hamba Allah ini yang mungkin tiada masa yang banyak dapat diluangkan untuk menulis sepatah kata dalam ruangan blog sendiri.

Pesanan daripada kesibukan pengajian mengajar aku untuk menjadi lebih matang.

(Hidup ini mestilah jelas matlamat kita agar tidak mudah disesatkan oleh anasir jahat)

Mengubah diri ke arah yang lebih baik, menjaga hak pesakit,berkomunikasi lebih baik dan meningkatkan kekuatan ilmu serta aplikasinya. Kekuatan fizikal juga diharap dapat digagahkan dengan izin Tuhan.

Ya Allah bantulah kami....

Thursday, July 2, 2009

Catatan 3 – Tahun 4 Sesuatu Yang Pasti (monolog)

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.



READY TO FIGHT !!!

Tahun 4 yang bakal menjelang lagi beberapa hari lagi ini pastinya mengundang seribu keseraman yang menyelimuti sanubariku yag lemah pendindingnya. Persiapan diri dalam menghadapi Tahun 4, masih belum tamat lagi,inshaAllah akan aku teruskan walaupun masih gagal (kata yang baik ialah masih belum menemui kejayaan) dalam menemui penyelesaian hidup merubah sikap dan kelemahan diri. Sebagai empunya diri, segalanya pasti akan aku jadikan petunjuk menemukan kekuatan untuk berguru padanya.

Bagaimana Tahun 4 nanti?

Pastinya mendebarkan, walaupun sudah aku risik tentang ke'ayu’an Tahun 4 ini, aku masih lagi takut dengan dunia baru ini. Bak kata member aku,’ rileks sudah!’.. aku pula menjawab, ‘ho…ho.. tak leh rileks, bertenang bolehlah’. Kini, masa untuk aku menjadi manusia yang berbakti pada dunia. Aku mesti bangkit dan terus menuju kejayaan bersama Islam tercinta.

Bagaimana study group aku nanti dilaksanakan? Masih ada lagi atau dah dibubarkan?

Ahli study group aku, sudah jauh dimasukkan dalam kumpulan lain. Ini semua angkara siapa? Hehe.. Jangan marah atau menuding jari. Tak semua yang kita suka, akan berada bersama kita. Tak semua yang kita rancang akan menjadi. Allah tetapkan. Aku kena redha. Suatu ketetapan untuk menjadi cabaran pada Si Hebat. Nanti, inshaAllah, aku beritahu bagaimana nak 'plan' our study dengan lebih baik.

Bagaimana mahu mengulangkaji,strategi belajar di Tahun 4?

Sejak masuk USMkk, aku masih lambat dalam adaptasi soal mencari strategi nak score markah tinggi, kalau nak lulus, masih boleh lagi dirancang. Masalah utama, aku perlu meluangkan masa untuk membaiki kerosakan atau kekurangan dalam bahagian anggota soft skill aku. Jadinya, masa belajar aku juga, kurang daripada yang aku jangkakan. Tapi, itu tak bermakna study aku tidak sempurna. Masa yang lama, belum menjanjikan ilmu yang banyak dan bermanfaat. Sesuatu perlu aku lakukan… Serius dalam apa jua yang dilakukan adalah kunci menjimatkan masa. Aku juga insan yang mahu belajar.

Bertemu dengan patient?

Arghhh.. susahnya nak hadapi, aku yang dah terkenal dengan dengan seorang yang pemalu, pendiam tahap orang yang tak bermulut dan lambat mesra, kini dicabar dan diuji dengan sesuatu yang bertentangan dengan sikap dan perangai aku yang asal. Mungkin, fasa perubahan dah sampai. Persoalan kenapa aku memilih doktor? ... jawapan aku beri ialah biarlah rahsia .

Bertemu Doctor? Nurse?

Tak semua dr itu baik budi pekertinya, nak tahu sikap mereka, lebih kurang sahaja dengan kawan-kawan kita, tetapi mereka itu adalah dr. Mudah sahaja nak faham. Tetapi, nak hadapinya? Terpulang pada pemikiran kita. Nak atau tak nak , kena juga hadapi semua yang kita tak suka. Jadi, bersedialah hadapinya dengan hati yang tenang. Husnuzan dan sabar hadapi mereka. Dalam kalangan mereka juga ada yang begitu baik. inshaAllah

Harapan?

Moga aku menjadi seorang yang mahu berubah menjadi yang lebih baik dan bertqwa.


Artikel 71 – Alfred Nobel


Man Behind the Prize

Alfred Nobel was born in 1833, in Stockholm, Sweeden into a family of engineers. His family descendents of Olof Rudbeck, the best-known technical genius of Sweeden’s 17th century era as a great power in Norhtern Europe. At age 9, he moved with his family to Russia where he and his brother were given first class education in the humanities and natural sciences.

Nobel invented dynamite in 1866, and later established companies and laboratories in ore than 20 countries all over the world. A holder of more than 350 patents, he also wrote poetry and drama and even seriously considered becoming a writer.

The idea of giving away his fortune was no passing fancy for Nobel. Effort to promote peace were close to his heart and he derived intellectual pleasure from literature, while science built the foundation for his own activities as a technological researcher and inventor. On November 27, 1895, Nobel signed his final will and testament that provided an endowment “for prizes to those who …. shall have conferred the greatest benefit to mankind”. He passed away in his home in San Remo, Italy on December 10, 1896. In 1901, the first Nobel prizes were awarded.

“By mastering, controlling, conquering and triumphing over nature, mankind would create its own future”

Alfred Nobel

p/s- This article is for our general knowledge je, don’t take too serious on what he said because we are Muslim. We are much better than him. Learn something and everything.

“Nothing in life is to be feared. It is only to be understood”

Marie Curie, Nobel Laurete

Physics(1903) and Chemistry (1911)