Tuesday, June 30, 2009

Catatan 2- Ke Johor

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

Kenduri Kahwin


28 Jun 2008, Aku bersama pak cik dan makcik aku pergi ke Taman Perling,Johor Bharu untuk menghadiri majlis kahwin. Bukan cerita pasal kenduri ingin aku coretkan, tetapi mengenai besarnya keluarga sanak saudara aku yang aku tak kenal. Huh… Segan pun ada, nak kata aku jahil pun boleh, aku memang tak kenal sehinggalah aku men’transformer’kan diri menjadi orang yang mengikut arus perjalanan kehidupan bukannya mengawal diri berselindung dari dunia realiti.

Bila orang bertanya pada kamu, kamu tahu Si Fulan tu saudara kamu?
Jawapan bagi orang yang tak tahu pastinya: maaf, saya tak kenal la.

Pandangan orang terhadap orang yang menjawab pula bagaimana?
Bergantung pada individu yang bertanya dan menjawab. Biasanya, kalau si penyoal itu mendapati yang menjawab itu seorang yang memang ‘skema’ dan pendiam,si penyoal akan menyangka si penjawab itu memang layak tak tahu. Begitu sebaliknya.



Dah sampai di rumah Majlis perkahwinan itu, aku perhatikan ramai sungguh saudara aku yang aku tak kenal. Dengan kereta besar dan jawatan besar. MashaAllah. Ada pula cikgu sekolah SMKDO yang pernah mengajar aku juga merupakan saudara aku. Haha, selamatlah, masa sekolah dulu mereka tak kenal aku ni saudara mereka, kalau tak, habislah aku kena diperhatikan ibarat CCTV yang sentiasa ada di sisi aku. Huh…

Ya Allah, kenapa aku tidak mengenali mereka? mungkin belum tiba masanya lagi. Lagipun, masa kehadiran mereka di rumah aku, aku pula yang tiada di rumah, merayap di kebun dan parit. Kadang- kadang, aku pula yang menyorok dalam bilik sebab malas nak layan tetamu yang aku tak kenal, segan katakan. akhirnya... aku juga yang tak kenal. haha.. lawak betul tengok diri ini..

Pengajaran:
1. Kenalilah saudara kita dan berbaiklah .
2. Berani menghadapi dunia realiti.
3. Jangan risau dengan apa yang orang lain bisingkan,atas perbuatan kita yang benar.

Setelah selesai di majlis perkahwinan,kami berjalan-jalan ke Kompleks Kota Raya(UO), bertemu Pak Long aku. Dia ada projek di situ. Kemudian ,kami pulang dan singgah membeli kupang di tepi jalan. Katanya, kupang dan spesis kerabatnya dapat hidup dalam air yang tercemar dan ada kala makan racun. Betul ke? Aku pun tak pasti, tetapi katanya juga, walaupun makan racun, haiwan ini ada ‘power’ untuk me’nyah’ toksik.. walau apa pun,sedap juga rasanya bila direbus.



Inilah perjalanan akhir cuti semester tahun ini inshaAllah. Sayunya hati meninggalkan kampung kerana terlalu lama cuti. Heheh.

(ni bangunan misteri di JB yg dikatakan pernah berfungsi seperti pasaraya kebanyakan oleh pengunjung dari luar,sedangkan bangunan ini dah lama terbiar.. haah.. macam-macam cerita.. )

Artikel 70- Bersyukur

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.


Pandai atau tak? Kaya atau tak?

Bila berbual dengan rakan-rakan sekolah berhubung dengan pekerjaan, pastinya mereka akan menyelidik jenis pekerjaan, gaji dan sebagainya. Ada antara kami yang sudah bekerja dan masih menunggu panggilan kerja dalam dua bulan ni. Aku dan beberapa rakan yang lain pula masih dalam ‘study’ . huh.. lagi dua tahun inshaAllah. Alangkah mencabarnya bekerja nanti.

Mencabarnya sesuatu itu untuk menguji kita kerana membuktikan kesungguhan kita. Namun, bukan ini yang aku mahu bincangkan, tetapi aku mahu berbicara soal pemikiran kebanyakan orang tentang masa depan mereka,anak-anak dan keluarga. Ada yang menganggap kepandaian adalah segalanya. Ada juga yang mengatakan kekayaan adalah matlamat hidup untuk menjadi orang yang berpengaruh. Tak kurang juga yang mahu membolot jawatan politik atau pangkat untuk menjamin masa hadapannya bersandarkan matlamat palsunya. Macam-macam ada di dunia ini.

Berdasarkan kajian yang dibuat(oleh siapa dan bila?aku dah lupa), andai matlamat hidup kita mahu kaya,sebenarnya bukanlah memerlukan kepandaian atau genius sangat. Kajian menunjukkan orang yang berjaya dalam kerjaya dengan pendapatan yang tinggi terutamanya usahawan asalnya daripada orang yang biasa tahap pendidikan. Manakala orang yang bijak pandai pula memiliki pendapatan yang biasa sahaja. Jadi, tak usahlah risau kalau kita dah usaha tetapi, pencapaian kita masih rendah. Rezeki itu berada di mana-mana,Allah yang berikan.

Aku pernah terdengar, ibu bapa mendesak anaknya menjadi pandai,belajar rajin-rajin sehingga anaknya tertekan demi memenuhi matlamat agar anaknya menjadi doktor,peguam dan kaya. Kalau anaknya tak pandai, maka status anak itu menjadi ‘anak tiri’. Ada pula ibu bapa yang mahu anaknya pandai dan berikan segalanya ibarat melabur saham, anaknya diibaratkan sebagai saham. Apabila anaknya berjaya, maka duitlah yang diminta. Ada ke insan sebegini? Ada je, inshaAllah.

Kekayaan itu pastinya menyeronokkan dan indah. Hanya sekelip mata segalanya akan berubah. Oleh itu, sediakan payung sebelum hujan. Kekayaan itu bukanlah menjadi penentu kebahagiaan yang hakiki. Memang kalau kita miskin, sudah pasti hidup kita sukar. Bersyukur merupakan pintu kebahagiaan walau di mana status pendapatan kita. Janganlah terlalu tamak mendapatkan harta sehingga tersasar arah perjalanan diri.

Bersyukur dengan apa yang ada.

Thursday, June 25, 2009

Catatan 1- Masa Cuti Yang Hampir Tamat


.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

Bertemu Sahabat Lama Lagi

25 Jun 2009, Rabu. Malam ini aku bersama rakan yang lain sudah membuat janji temu untuk bermain bowling dan berborak(bahasa kasarnya melepak). Maklumlah sahabat yang seorang ini (Yazid) yang study di UMK , nama je study dekat dengan USMkk, tapi tak pernah jumpa di Kelantan . huh.. akhirnya dapat bertemu juga kita di tempat membesar,Batu Pahat.

(GAMBAR HIASAN- BERSAMA SEPUPU BERMAIN BOWLING)

Bowling,
Permainan yang orang kata tak adil dan banyak helah. KENAPA? Sebabnya budak kecik baling slow pun boleh dapat banyak markah. Heheh .. bukan aku yang kata, tapi membe aku yang beritahu..Walau apa pun, permainan ini bagi aku memerlukan focus dan kekuatan. Bagi aku, andai tersasar target ,maksudnya, memang aku tak focus atau dah tak larat. Maklumlah, aku ni suka mengaitkan sesuatu yang orang fikir tak ada kaitan. Aku yang juga selalu bermain kriket memang akan dapat perhatikan balingan bola kriket dengan tahap focus aku. Balingan akan kucar kacir bila aku mula gelabah atau stress. Pujian atau sokongan orang pun boleh buat aku gelabah. Tapi, bila aku dicabar, heheh.. aku akan balas dendam (versi baik) secara senyap-senyap ibarat barah yang menular masuk ke setiap penjuru ruang aliran darah di badan. Amaran itu sudah jelas.


Mengail pula
Pagi tadi, aku pergi memancing. Mmm macam biasalah, bukan aku yang akan dapat. Kawan aku yang kaki pancing la yang akan dapat dulu. Hati yang sudah memahami diri ini susah untuk mendapat seekor ikan, redha dengan ketentuan ilahi. Bukan senang untuk memancing. Rezeki itu daripada Tuhan yang maha adil. Best juga memancing, dapat berborak panjang dengan sahabat sekolah. Macam-macam mereka bincangkan. Tapi, bila aku join je, mesti ditapis topik perbualan. Hehe aura ustaz ada dalam diri ini walaupun kelayakan memang tak layak la. Mungkin, perwatakan aku yang skema dan apa yang aku katakan banyak berkaitan agama atau aku juga sering marah (secara baik) terhadap perbualan yang melampaui batasan sejak alam sekolah lagi.Yang paling baiknya mungkin aku berkopiah. Ramai juga yang mengutuk aku atas sebab kopiah . Mungkin aku belum layak lagi memakainya. Walau apa pun yang berlaku, aku lakukan yang terbaik untuk jadi seperti Rasulullah.. Niat di hati, aku mahu puasa hari ini kerana hari ini merupakan hari yang paling mencabar sebab penat memancing dengan cuaca panas sememangnya menguji aku, tetapi aku dah tak terdaya menampung kepanasan cuaca dengan penuh kehausan .Huh.. memang penat memancing.. Akhirnya,aku berbuka..heheh.. apa lah nak jadi dengan aku. Bagaimana harus membina kekuatan fizikal andai kekuatan hati tersasar matlamatnya?

(Memancing di Muara Sungai Batu Pahat, memang best tapi .... bersabar menanti ..banyak juga ikan di sini kalau tau umpan yang sesuai)


Wednesday, June 24, 2009

Photos

.::DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI::.



USM







Tuesday, June 23, 2009

Artikel 69 - Bicara Manis Menusuk Kalbu (Cerita)

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

Duhai Anakku

“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu ibu,itu salah, tetapi saya akan memohon kemaafan selepas itu. Ini juga merupakan suatu kelebihan bu,” kilas si anak.

“wahai anakku, perbuatanmu itu adalah menyakiti hati orang. Kamu sedarkah?” tegas ibunya.
“Saya rasa tidak menyakitkan selepas meminta maaf, segalanya langsai,” si anak menjawab dengan selamba.

Ibunya memikirkan cara untuk menyedarkan anaknya itu daripada sifat burk ini. Akhirnya…
“kalau begitu kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu dapat memahami maksud ibu nanti”
Tanpa membantah anak itu setuju.

“begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang,kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini.Kemudian kamu cabut setelah kamu meminta maaf. Faham?”

“Baik ibu,saya faham”

Beberapa bulan berlalu,mereka menghadap dinding itu bersama.
“Lihat ibu,mana ada paku lagi di dinding?” ujar anak dengan bangganya. “ semuanya dah dicabut. Memang ramai yang saya sakiti hatinya, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya memohon maaf.”
“betul kamu sudah meminta maaf dan mereka memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”
“maksud ibu?”
“ Cuba kamu lihat diunding ini. Semuanya sudah ditebuk,calar dan ‘berkematu’. Itulah hati- hati insan yang telah kamu sakiti. Walaupun kemu telah dimaafkan,tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekasdi hati mereka. Hati yang luka ada parutnya, anakku..”
Si anak merenung dinding yang ditebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?


Pengajaran: Jauhi menyakiti hati orang lain dan jauhi daripada menyakat orang. Luka di hati lebih parah daripada luka di tangan.

Artikel 68 - Cuti-cuti

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.
Bersama Mereka



20 Jun, Sabtu, aku bersama sahabat-sahabat sekolah SMKDO beriadah di Air Terjun Tangkak,Muar ,Johor. Ini bermaksud dah tiga kali aku ke air terjun untuk sebulan lebih cuti semester ini. Untuk cuti ini, memang banyak aktiviti luar seperti program motivasi,sukan dan lain-lain lagi. Bagi aku, latihan diri untuk fokus dalam percutian adalah penting untuk memastikan diri ini betul-betul memanfaatkan cuti untuk memenuhi tanggungjawab lain. Orang akan kata pengorbanan itu penting, tapi pengorbanan juga diperlukan dengan mengorbankan pengorbanan yang orang lain mahukan agar kita tidak mengabaikan tanggungjawab kita . Susah nak faham? Fahamkan ayat tadi.



Cuti ini, fokus aku adalah silaturahim diteliti dan difahami. InshaAllah diperbaiki. Memang berbeza menemui rakan-rakan yang sudah bertemu sejak sekolah rendah sehingga sekolah menengah dengan sahabat yang baru kenal di Kolej Matrikulasi, di universiti atau di tempat lain. Pokoknya, perbezaan itu adalah rahmat bukannya untuk dirunguti.



Tangkak…
Pendakian bermula dengan kekuatan kami yang berbekalkan stamina ‘senaman setahun sekali ini’. Sungguh berat memikul badan ini. Target kami adalah kolam air terjun lebih kurang 30 minit pendakian. Agak penat juga mendaki cerun bertangga yang agak curam. Kelihatan ramai pengunjung tidak kira tempatan mahupun dari luar terutamanya dari Singapura (sahabat aku ada bagi tips macamana nak kenal orang singapura ni..heheh biarlah rahsia..)



Sampai sahaja di kolam air terjun, huh… macam tak berbaloi rasanya kerana ramai juga orang yang hendak memandikan dirinya. Namun, semuanya ibarat memahami kerana Allah maha adil. Manusia ini tidak akan dapat bertahan lama dalam keadaan yang di luar kebiasaan. Maklumlah, air terjun itu sejuk dan menyejukkan. Hanya untuk beberapa ketika sahaja kita mampu bertahan di dalam air itu, kita perlu berehat agar tak penat. Kami menunggu giliran kami untuk berenang dan mengambil gambar di air terjun. Huh..

Perjalanan dari rumah aku seawal 9 pagi ini,berkeretakan MATRIX sahabat aku, memang selesa. Hanya lima orang sahaja yang dapat pergi kerana sahabat lain ada praktikal dan berada di maktab. Aku pula, lama lagi nak habis, inshaAllah dua tahun lagi. Perjalanan pergi seindah biasa. Manakala,perjalanan pulang, sungguh memenatkan dengan gelak ketawa sakat –menyakat . Risikonya pasti menyakitkan hati, tapi, kenalah jaga diri.hehe.. tapi semuanya selamat,inshaAllah. Semuanya memahami.
( Berehat sebentar di Sungai Muar,di Tanjung Emas)

Kelemahan aku pastinya jelas bila sahabat aku tanya jalan ke muar melalui jalan Parit Sulong kerana aku pernah belajar di Kolej Matikulasi Johor di Muar. Maklumlah, bila aku di dalam kereta atau dalam bas, aku bukannya melihat jalanraya atau sekitar aku, otak kanan aku menguasai diri bila imaginasi memulakan penaklukan minda. Aku akan berkhayal sama ada realiti ataupun mimpi(maksudnya aku tidur dalma perjalanan). Moralnya, wahai diri ini, ingatlah jalan ke semua destinasi !!

( MASJID MUAR ...lupa namanya... huh...singgah sebentar untuk solat asar. masjid ini ada 'kembar' di seberang sungai Muar betul-betul bertentangan dengan masjid ini..)

Semoga Allah menjadikan kita,wahai sahabat antara orang-orang yang mendapat rahmatnya.

Tuesday, June 16, 2009

Artikel 67 - Peringatan Untuk Diingat

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.


Perkara- perkara Makruh Dalam Solat


1. Bermain-main kecil dengan pakaian atau anggota badan.

2. Menoleh ke kana-dan ke kiri tanpa ada sebab atau kepentingan.

a. Daripada Aisyah r.ha. berkata, “aku bertanya kepada rasulullah tentang menoleh ketika solat. Baginda menjawab: “Hal itu termasuk dalam salah satu daripada banyak tipu daya syaitan dalam solat seorang hamba”

3. Tergesa-gesa dalam solat.

a. Daripada Abu Hurairah r.a berkata, “rasulullah melarang perbuatan tergesa-gesa dalam solat” (riwayat Abu Daud)

4. Memandang ke atas seolah-olah melihat langit.

5. Melihat sesuatu yang melalaikan hati dan mengalih tumpuan.

6. Solat apabila hidangan telah tersaji.

a. Daripada Aisyah r.ha, bersabda Nabi s.a.w, “ apabila hidangan telah tersaji ketika waktu solat telah tiba,maka dahulukan menyantap makanan.” (Riwayat Ahmad dan Muslim).

7. Solat dalam keadaan menahan dari membuang air.

a. Daripada Aisyah r.ha, aku mendengar rasulullah bersabda, “ janganlah salah seorang daripada kalian solat ketika hidangan telah tersedia danjangan solat sambil menahan membuang air kecil.” (riwayat Ahmad,Muslim dan Abu Daud)

8. Solat di belakang saf sedangkan saf hadapan masih ada kekosongan lagi.

9. Solat ketika sangat mengantuk.

a. Daripada Aisyah r.ha, bersabda Nabi s.a.w , “Apabila salah seorang daripada kalian berasa mengantuk, maka tidurlah sehingga hilang mengantuk”

10. Menjalinkan jari- jemari dalam solat.

p/s- saya tak pasti bagaimana yang dimaksudkan menjalinkan jari –jemari, tetapi yang saya tahu, membunyikan sendi jari(seolah mematahkan jari) memang makruh.



Apabila Kamu Tidur

Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:

Apabila salah seorang daripada kamu tidur, maka syaitan akan mengikat seutas tali di tengkuk kepalanya. Syaitan akan memperkuatkan lagi pada simpulan, sambil berkata, “ Bila kamu bangun lalu menyebut nama Allah, maka lepaslah satu ikatan . Jika kamu berwuduk , maka lepaslah satu ikatan lagi. Jika kamu solat, maka terlepaslah ikatan satu lagi. Apabila kamu selesai menunaikan solat, maka terlepaslah ikatan terakhir sehingga kamu bangun pagi dengan cergas dan jiwa yang bersih. Jika tidak, maka kamu akan bangun pagi dalam keadaan jiwa yang kotor.”

(Sahih Bukhari)

Artikel 66 - Tali Yang Paling Kuat

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.


Teka-Teki

15 Jun 2009, Petang ini aku berkumpul dengan sahabat sekolah dan sekelas di kedai makan di tepi laut Selat Melaka . Tujuan utama adalah untuk mengisi masa lapang berbual mengenai ‘plan’ cuti dan bertanya khabar. Dengan bahasa jahat, tujuan kami untuk melepak. Kalau budak yang baik kata untuk merapatkan ukhwah atau sesekali terus dibuat usrah.

Cerita punya cerita, dengan tidak sengaja terdengar bunyi wau yang sesekali menusuk gegendang telinga yang sedang fokus menelaah topic perbualan. Sahabat yang seorang ini menjelaskan perihal tali wau yang kekuatannya bukanlah sembarangan. Pemain wau akan menggunakan tali yang agak besar dan kuat. Sahabat lain menyampuk, “ jadi, mereka guna tali kapal ke? Kalau tak pun tali lembu ke?”

Macam kena hempas dengan kapal sebijik di kepala dia ini, apabila kedengaran, “kau seorang sahaja yang bermain wau pakai tali kapal” aku yang duduk khusyuk menghirup air chikong hampir tersedak dengan lawak spontan tersebut.

Dalam gelak ketawa itu, dengan sengaja sahabat saya yang agak a’lim ini mengeluarkan teka-teki iaitu tali apa yang paling kuat? Aku mula mencurigai teka-tekinya, jawapannya bukanlah sembarangan, mesti ada kaitan dengan Islam. Belum sempat aku membuka tirai pemikiran aku, kedengaran jawapan spontan daripada sahabat-sahabat aku. Akan tetapi….“tali kapal la!Sebab ia besar” sahabat aku ni memang tak habis-habis dengan tali kapal dia mungkin kerana dia seorang pengakap kot. Akhirya, jawapan diberi terus tanpa banyak menunggu.” Jawapannya ialah tali silaturrahim”. Semua terdiam. Maklumlah dalam gelak ketawa dengan tetiba sahaja tazkirah menyambar hati. Sahabat aku yang merupakan seorang pengakap tak setuju, katanya tali silaturrahim mudah putus juga.

Pandangan aku berbeza sedikit.Aku mula memahaminya, pertalian yang terputus bukanlah disebabkan oleh putusnya tali silaturrahim tetapi, Cuma ikatan yang menyimpulkan dua tali itu terbuka. Kerana bagi aku tali silaturrahim memang kuat.




Friday, June 12, 2009

Artikel 65 - Heii Macam-macam II !!

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

Itu dan Ini


Bahasa Ing.ge.ris wajib lulus???

Dulu pasal 10 subjek sahaja dihadkan dalam SPM, kali ini Bahasa Inggeris pula menjadi topik hangat seolah-olah mahu mengalih pandangan daripada memikirkan tentang isu had 10 subjek di SPM. Mmm.. secara jujurnya, aku sendiri rasa curiga kenapa dua isu ditimbulkan dalam masa yang terdekat. Kalau dalam perang, inilah strategi untuk mengalih pandangan musuh berdasarkan pengalaman biasa dalam permainan video game yang saya perhatikan. Taktik biasa la. Walau apa pun yang berlaku, inilah cabaran kita sebagai rakyat yang mahu maju ke hadapan.

Bahasa Inggeris pun menjadi masalah saya sehingga menjadi penghalang aku menggenapkan gred A dalam UPSR,PMR dan SPM. Namun, usaha keras itu pastinya dipandang oleh Yang Maha Kuasa untuk mengizinkan gred yang terbaik untuk kita dalam peperiksaan.

Latar belakang aku yang bersekolah di luar bandar memang jelas menunjukkan bahasa Inggeris merupakan antara subjek yang paling sukar . Bukan kerana susah menghafal vocabulary sahaja, tetapi kurang dan mungkin tiada aplikasi di rumah. Maklumlah, di rumah, keluarga jarang bercakap bahasa Inggeris, kalau bernasib baik, dapat belajar bahasa jawa pula.

Apa yang berlaku sekalipun, dilancarkan atau tidak dasar tersebut, segala kesan dan impaknya, kerajaan pastinya mampu menghadapi. Kalau pihak kerajaan berani berumah di tepi pantai,pastinya pihak kerajaan sudah bersedia dengan kelengkapan keselamatan untuk dilambung ombak.


Memang banyak pandangan positif diberikan terhadap pelaksanaannya dan tidak kurang juga pandangan negatif juga, tetapi kita mungkin tidak dapat pandangan yang jelas daripada penduduk luar bandar terutama penduduk di kawasan pedalaman. Kerana mereka mungkin tiada kemudahan komunikasi yang baik, malah latar pendidikan dan kesedaran mereka tentang hak mereka untuk memberi pandangan masih kurang memuaskan .Jadi, mereka ini hanya memendam rasa atau sekadar berbahas dalam persidangan kedai kopi sahaja. Sekadar melepaskan batuk di tangga. Suara mereka sukar didengar.

Pandangan aku, aku tidak kisah apa yang kerajaan tetapkan untuk kebaikan rakyat, tetapi apa yang penting usaha dan strategi kita dalam meningkatkan kualiti pendidikan mesti ditingkatkan. Kerana aku memang lemah berbahasa inggeris dan aku juga memahami perasaan mereka yang khuatir andai Bahasa Inggeris ini diwajibkan lulus dalam SPM. Andai aku tidak bersetuju, memang banyak alasan aku, tetapi marilah kita anggap itu semua cabaran kita,dan tingkatkan usaha kita. Kerana orang yang bermatlamat tinggi,pastinya akan menjalankan usaha yang gigih. Jika tidak dapat menjadi bintang, cukuplah kita menjadi intan.


Artikel 64 - Dilupa, Terlupa dan Melupakan?

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

MATI ITU PASTI


Firman Allah Taala "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Barangsiapa dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan kesyurga maka sesungguhnya ia telah berjaya dan (ingatlah) bahawa kehidupan didunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" (AliImran:185)



P/S- peringatan di atas merupakan nasihat yang diambil daripada kulit majalah SOLUSI yang nampak ringkas tapi sangat mendalam. Majalah yang sungguh berlainan ini sangat mudah menarik pembaca untuk merenung sejenak dan mungkin lama lagi. Carilah majalah ilmiah ini, penulisnya yang hebat dan penyampaian yang kreatif.

Artikel 63 - Respons Yang Dihargai

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

Bermodalkan Idea

Pagi ini 10 Jun 2009,jam 11 lebih,dengan suasana rumahku yang agak sunyi, ibuku menghulurkan bungkusan sampul surat dari tingkap kepada aku yang sedang leka melayari internet yang sangat perlahan. Aku agak terkejut,sampul surat ini daripada siapa ye?

Belek punya belek,masih tiada klu. Cuma yang tertera ialah daripada Telaga Biru.
‘ Ehh.. macam pernah dengar je Telaga Biru ni? Tapi kat mana ye? Siapa yang cakap pasal Telaga Biru ni ye?’ Aku cuba tenangkan fikiran dengan duduk sejenak dan fokus mengimbas memori lampau.

‘Pok Jat(bukan nama sebenar)! rakan sebilik masa aku semasa aku menumpang di biliknya disebabkan Biro Tata negara bulan lepas.Dialah yang sebut pasal Telaga Biru iaitu syarikat yang banyak mengeluarkan buku-buku Tok Guru’ bisik hati aku. Aku dah dapat klu tu dan aku pun fokus lagi,buku yang aku beli semasa aku berbual dengan kawan aku ini. Buku Catatan Nik Nur Mardihah dan Solusi sahaja yang aku beli ketika itu.

‘Yes!! Majalah Solusi’ aku bergegas ke bilik mencari majalah tersebut dan aku sekali lagi membeleknya.

Ya, di situ tertera syarikat Telaga Biru . Mungkin pandangan dalam ruangan RESPONS majalah ini telah diterima dan itulah hadiahnya. Alhamdulillah. Aku masih meraguinya dan aku cuba mencari majalah SOLUSI ini di bandar.

Jam 2.30 pm , aku ke Bandar Batu Pahat demi mencari majalah ini dan mengharapkan majalah ini ada. Kerana majalah ini masih baru di pasaran dan agak keagamaan sikit. Khuatir di Batu Pahat ini pasarannya terhad. Alhamdulillah, aku menemuinya . Dua majalah telah aku beli iaitu SOLUSI dan KOSMIK serta sebuah buku Rahsia Kehidupan Menurut Kalendar Jawa yang berharga lima ringgit.

Ternyata RESPON aku diterima oleh majalah SOLUSI ini. Aku hanya mencuba sahaja kerana memang tabiat aku suka bagi pandangan dan komen. Alhamdulillah. Hadiahnya bukanlah selumayan peraduan di TV yang menjanjikan duit yang banyak dan kereta besar. Pihak ini memberi aku sebuat CD nasyid kumpulan SNADA dan kaset ustaz Zawawi. fuh... aku jarang dan macam tak pernah je beli CD nasyid. Dapat kaset pula tu, nampaknya kena beli walkman ke?..

Apa yang mahu aku sampaikan di sini, yakinlah pada diri sendiri. Aku yang selalunya kurang keyakinan diri selalunya menyertai ruangan dalam majalah secara senyap. Sekarang ini , zaman dah berubah,hanya taip dalam laptop sahaja dan send. Kalau dahulu kena hantar surat dan mungkin surat tak sampai. Aku yakin, jika satu Malaysia mendapat kemudahan internet yang adil, inshaAllah, Malaysia bakal menjejaki insan bijak pandai yang begitu ramai.InshaAllah dan Alhamdulillah. Bersyukur dengan apa yang ada.

Tuesday, June 9, 2009

Artikel 62- Ziarah Dari Semerah

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

Tetamu Yang Mulia

Hari ini 9 Jun 2009, Selasa, aku yang sedang leka menonton kartun Casper, lepas tu cerita MAR, dan kartun terakhir Detektif Conan di Tv 3, dengan tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran tetamu VIP yang mahu menjengok datuk aku yang terlantar sakit. Maklumlah cuti-cuti ni kan, buku di tangan, mata di televisyen, mana nak habis satu muka surat walaupun dah tiga jam memegang buku. Aku kalau dah tengok TV, memang focus la, tu yang penting bila buiat kerja mesti focus. Kalau nak study pun kena focus, inikan pula buat blog.. hehe.. masih tak focus lagi.

Kehadiran beliau hanya beberapa minit lagi, rumah aku ni dah macam tongkang pecah, bersepah sedikit . Biasalah, bukan kerja aku sahaja yang buat bersepah,tapi kerja kucing-kucing aku yang turut bekerjasama menyepahkan rumah. heheh.

(gambar yang exclusive ini menunjukkan VIP yang terdiri daripada Ketua Kampung, ahli JKM, jururawat HBP dan tetamu khas bersama isterinya)

Beliau ini merupakan orang penting dalam UMNO tempat aku ADUN Semerah. Kehadirannya juga membawa orang JKM…mmm rasanya tak perlu kot, kami ni kaya sebenarnya. Kaya dengan usaha dan kesabaran walaupun tak sekaya beliau lagi. Apa-apa pun, segala sumbangan kami hargai. Adalah sedikit beras, telur,biskut dan lain-lain yang aku rasa datuk aku yang sakit tidak akan menjamah. Sebab,datuk aku hanya makan makanan melalui tiub. Nak makan makanan pun kena kisar sampai lumat.

Beliau ialah Dato Aris ,ADUN Semerah. Kalau bulan lalu, aku bertemu di Masjid Kampung Mampan,kampung sebelah,tetapi kali ini, beliau pula yang datang rumah. Hehe.. walaupun kehadirannya menimbulkan persoalan, namun aku sendiri mahu husnuzan kerana sebelum ini pun, ada juga orang VIP ziarah ke rumah .

(Gambar ini diambil dari pintu rumahku, ambil gambar senyap-senyap... segan pula nak ambil gambar depan-depan.)

Itulah tanggungjawab seorang pemimpin yang sewajarnya dilakukan selalu agar semua masalah orang yang dipimpin dapat difahami dan dibantu. Bukan sahaja tanggungjawab ini iaitu ziarah orang sakit terletak di bahu pemimpin berjawatan, tetapi,kita juga wajar menziarahi saudara kita yang sakit. Bukan mahu ‘memancing’ undi atau menunjuk-nunjuk, tetapi lakukanlah dengan ikhlas. Contohilah kepimpinan rasulullah.

Sunnah perjalanan Rasulullah mengajar kita bagaimana baginda begitu ikhlas dan sayang pada umatnya. Baginda sendiri melawat orang yang menyakiti baginda ketika dia sakit. Kita? Lagi suka kalau orang yang menyakiti kita sakit, ada kala, siap mendoakan lagi orang yang jahat ini terus sakit .. hish.. Ampunlah kami Wahai Tuhan sekalian alam.

Firman Allah Taala "Kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu beri makan sebahagian dari apa yang kamu sayangi, dan sesuatu apa yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahui." (AliImran:92)

Sunday, June 7, 2009

Artikel 61- Heiii...Macam-macam !!!

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

Keliru

Ekonomi

Jualan produk ubat gigi yang membingungkan. Dengan kata mudah produk hijau lawan produk merah. Apa yang mahu diketengahkan ialah kualiti ubat gigi tersebut. Satu ada fluoride dan satu lagi tiada. Si produk merah ini kata fluoride bagus untuk pertahanan manakala Si produk Hijau kata flourida ini sangat merbahaya dan memudaratkan kesihatan gigi berdasarkan kajian masing-masing. Kedua-duanya telah mendapat logo halal. Peningnya???

Nak tau lanjut pasal Flouride? check it at this link Flouride



Politik

Pergaduhan mulut,tangan,kaki , media dan sebagainya telah membuatkan aku sendiri pening. Bila… apabila Parti biru mengatakan parti hijau menggunakan agama. Macam-macam la berita yang diputar belit agar benda yang remeh akan dipandang serius. Perjuangan parti ini pun sebenarnya dah lari dari tapak asalnya. Kebanyakannya menggunakan sejarah asal usul kemajuan sedangkan, sejarah itu dah berlalu, masa dah berubah,perjuangan yang lalu entah kemana. Apa yang penting bukan kerjasama tetapi, ….(jawab sendiri). Parti hijau pula, memang lah sangat suci perjuangannya. Tetapi,tetapi aku sendiri tidak suka akan sesetengah orang di parti ini yang suka mengutuk orang. Aku sendiri melihat akhbar si Parti biru dan parti hijau. Boleh dikata tiada beza kecuali kekuatan hujjah dan kejelasan perjuangan dalam agama lebih kepada si parti hijau. Mengapa saya katakana sama perangai mereka berdua? Sebab, dua-dua saling hentam menghentam. Sedangkan kita perlu bersabar. Keliru yang mana patut ku pilih nanti… borang ke parti pun dah ada depan mata untuk di isi, … malas nak tengok borang tu dan malas nak isi… atas pagar la jawabnya ??


Pendidikan

Kali ini kerajaan mahu hadkan 10 subjek pula. “Waduh, tak bestnya..!!” semua kawan-kawan aku kata begitu kecuali kawan-kawan aku yang dalam maktab perguruan. Hehe,, entahlah kenapa pula bakal guru kata OK?? Aku pun mencari kepastian. Kebanyakannya kata, tak da guna ambil banyak subjek ni. Membazir masa je. Namun, kata kawan aku yang tak berapa setuju dengan keputusan kerajaan itu, “rasanya tak menyusahkan sesape pun, pelajar yang rela ambil, mereka tahu keupayaan mereka, lagipun tak best langsung andai 10 je”

Aku pula kata, “ 10 je?? Heheh baguslah , dah jadi macam PMR. Pelajar makin pandai, dicabar dengan cabaran makin mudah. Ibarat lompat tinggi dengan halangan setinggi budak tadika untuk peserta setinggi zirafah. InshaAllah lepas. Aku pun tak berapa setuju, kenapa dihadkan? Memanglah kerajaan akan dengar desas desus atau bantahan pada awal dan lama-kelamaan akan hilang. Itu realiti, orang akan menyampah dan malas bersuara. Tetapi kerajaan perlu ingat akan kesan pada masa akan datang andai 10 subjek ini bagus, maka laksanakankanlah. Aku cuma suka diberi kebebasan menuntut ilmu. Kerana ilmu, ambil 20 subjek sebenarnya tidak rugi dan tak menyusahkan. Malah, menimbulkan kerjasama pelbagai pihak terutamanya apabila kejayaan digenggaman tangan. Secara positifnya, memang dapat kurangkan bebanan guru dan kerajaan kot kalau dihadkan kepada 10 subjek. Aku tak pasti akan bebanan yang mereka maksudkan semasa aku mendengar berita dan baca suratkhabar.Katanya pasal biasiswa dan bayaran. Bukankah semua itu boleh diuruskan dengan berhikmah dan bijak. Entahlah.. 10 pun 10 la, asal pelajar semua dapat mencapai cita-citanya..”

Keliru aku juga dalam redha menerima keputusan kerajaan kerana aku juga pelajar yang ambil banyak subjek, 13 subjek. Hehe..

Sosial

Keliru aku juga tak henti henti apabila rakyat Malaysia terutamanya remaja sudah jadi rakyat asing. Aku mula terfikir akan di mana aku ye? Indonesia? Cina? UK? US? Huh… sukar kufahami akan jati diri manusia yang longlai. Mudah sahaja larut dalam kemodenan teknologi. Harta dan popular jadi idaman. Itulah suntikan berjam-jam melalui kotak pandangan jauh(television).

Rambut yang kusut masai di biarkan gerbang,kalau cantik pun dah jatuh harga kerana telah tercemar dek udara di Malaysia yang banyak karbon dioksida dan dedebunya. Badan berisi dirasakan kurus apabila mengenakan baju bersaiz model . . tudung pun hilang ,akhlak pun longlai. Agama? Entahlah.. keliru aku memahami manusia sebegini.



Jawapannya telah ada, pastinya aku sudah jelas akan kekeliruan yang nyata. Jauhi perkara yang batil.

Artikel 60- Kenangan Terindah

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.


AWARD


Salam,

(Award bulan Mei lalu ...)
Terima kasih pada saudara yang memberi, andai ada award dari blog yang aku tak ambil,sila beritahu ye.. saya ni kekadang terlepas pandang dan mungkin terlupa..

MAy ALLah BleSS US..

"Meluaskan persaudaraan, mempertingkat kualiti ukhwah"


p/s-Award yang telah aku ambil, telah kusimpankan dalam peti kaca di atas,hehehe.. jarang jumpa kedai yang boleh buat peti kaca macam di atas. :)

Friday, June 5, 2009

Artikel 59- 'Puisi' Palestin

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.


Suara Sepi

Senjata serba canggih terus berpesta
Insan yang tak berdosa menjadi mangsa
Suara dunia menzahirkan bantahan
Tiada sedikitpun memberi kesan

Jiwa bersarang dendam kebencian
Tiada lagi istilah kemanusiaan
Mereka punya hati
Tak punya rasa
Telinga telah tuli
Mata telah pudar

Ada tangisan tak siapa mendengari
Suara itu kian lama kian menyepi
Terkulai anak dari pelukan ibu
Darah masih panas
Tubuh terbujur kaku



Tiada kedengaran kicauan burung
Bumi kemerahan langit makin mendung
Mereka yang malang di bumi Anbia
Azab sengsara kehilangan upaya

(LAGU BERTAJUK SUARA SEPI OLEH PENYANYI TEMPATAN)


p/s- bagaimanakah keadaan mereka setelah lama berita dan khabar seolah-olah meredhakan kesengsaraannya... moga Allah merahmatinya..

Artikel 58- Pergi Yang Tidak Akan Kembali

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI::.

Ziarah Yang Bermakna


Isnin, 1 Jun 2009- ziarah anak jiran meninggal dunia...
Awal-awal pagi lagi berita sedih tentang kematian anak jiran aku telah pun tersebar ke seluruh kampung aku. Namun, aku hanya baru tahu sekitar jam 9 pagi, maklumlah, sambung tidur semasa cuti memang menjadi rutin tidak sihat aku. Perlu kuatkan semangat.!!

Aku dan ayah aku segera pergi ke rumah jiran yang terletak hanya selang satu kilang sahaja kerana sebelah rumah aku ialah kilang pembuat mesin roti. Jarak kilang ini sangat dekat dan merimaskan. Arwah ini merupakan seorang polis dan meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya selepas menghadiri jamuan perkahwinan. Umurnya sekitar 24 tahun. Muda lagi umurnya.

Jenazahnya sampai dari hospital Melaka sekitar jam 2.15 pm. Iaitu selepas Zohor. Aku menghampiri jenazah yang terkujur kaku itu. Hatiku juga mulai berdebar sedikit,tak tahu kenapa. Kulihat wajahnya sudah pucat dan sedikit parut kecederaan di wajah. Hatiku membisik “ bilalah tiba masa aku berada ditempat sebegini?, Ya Allah, apakah aku sudah cukup amal? Takut juga rasanya bila umur sudah tiba dihujung ajalnya”.

Setelah solat jenazah dengan sedikit gangguan dalam solat iaitu hanset aku lupa untuk di’off’kan,bordering sekejap, aku keluar menunggu jenazah dibawa ke kubur untuk dikebumikan. Sementara itu kulihat, sekitarku ramai orang yang datang, terutamanya polis yang merupakan kerabat arwah. Ibu bapa arwah juga merupakan anggota polis. Bahkan, pihak polis juga menyediakan khemah khas PDRM untuk tetamu yang menziarahi jenazah, van untuk membawa jenazah juga ada. Sungguh kagum kulihat mereka. Hati ini sekali lagi membisik “ bila aku dah mati, ramai ke yang nak jengok aku? Huh… siapalah aku di dunia ini, kawan pun tak ramai, saudara pun hanya beberapa sahaja. Orang kampung?? No komen. Biarlah aku bersederhana ,moga aku dirahmati Allah.” Keluhan hatiku masih belum berhenti.


Ayah aku mahu ke kubur, “Ayah nak ke kubur, nak ikut ke? Atau nak balik?”. Soalan cepu emas yang aku tidak akan jawab TIDAK. Aku sememangnya mahu ikut sampai ke kubur, kalau boleh aku nak tolong gali dan kebumikan. Tetapi, apakan daya, aku ini sekadar insan biasa.
Di tanah perkuburan Kampung Mampan, liang lahad sedalam aku sudah siap menadah jenazah untuk dipeluk menemui penciptanya. Jenazah dibaringkan dalam biliknya berdindingkan papan,berbantalkan beberapa ketul tanah liat kelabu sebesar buah kelapa. Keranda yang baru dibuat diturunkan perlahan-lahan. Akhirnya, tanah yang bertimbun diselimutkan kepada jenazah agar cahaya mentari tidak lagi bisa menembusinya. Tok Imam kemudiannya membaca talkin dan doa dalam terik mentari ini. Kepanasan cahaya tidaklah kurasa kerana ada payung yang menghalang panasnya sang mentari. Alhamdulilah. Aku juga melihat ramai juga yang berteduh dalam kebun kelapa sawit ketika majlis pengebumian itu kerana tak tahan panas. Huh… “ kat sini panas hanya sementara dan masih kurang lagi panasnya, macamana la kamu semua nanti andai pergi ke Makkah menunaikan haji, pastinya perit!” aku mengutuk sedikit sikap tak nak berpanas sekejap orang-orang ‘bandar’ ni. Aku pun tak suka sangat kalau panas selalu, tapi bersyukurlah atas nikmat tuhan.

Langkahku meninggalkan tanah perkuburan membuatkan ziarah kali ini amat bermakna bagiku tika aku dalam percutian. .

Monday, June 1, 2009

Artikel 57- Tokoh Yang Dihormati- Awang Kenali

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

TOK KENALI (1871 - 1933)


(Artikel ini sumbangan daripada email yahoo group- generasimasahadapan@yahoo.com)

Beliau ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/1871M. Ulamak & Wali Besar Negeri Kelantan. Di kenali diperingkat awal dengan panggilan Awang Kenali oleh gurunya Syeikh Ahmad bin Mustafa bin Muhammad Zain al-Fathani.Pada tahun 1969 ke Makkah utk belajar.



Beliau seorang yang warak hatta tidak mempunyai pakaian lebih dari sehelai, tidak memiliki wang, tiada siapa yang mengetahui beliau makan ataupun tidak samada siang ataupun malam. Seorang yang dianggap aneh. Beliau tidak membawa kitab sebagaimana orang lain dlm majlis ilmu. Tetapi memiliki ingatan yang begitu kuat. Beliau duduk dalam halaqah ilmiyyah dengan memejamkan mata. Sehingga orang menyangka beliau tidur.

Hampir semua murid Tok Kenali meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar dengan Tok Kenali semuanya mendapat kedudukan dalam ilmu dan masyarakat. Antaranya ialah Syeikh Idris al-Marbawi,Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti, Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung dan ramai lagi dikalangan ulamak.



Beliau aktif menulis. Antara karyanya: Risalatud Durril Mantsurterjemahan dan penjelasan Fadhilat Burdah Bushiri, Madkhal Kamil fi 'Ilmis Sharfi, Mulhiq li Miftahit Ta'allum fi I'rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah 'ala Ratbih. Terlibat dlm menyelesaikan pertikaian antara Syeikh Yusuf al-Nabhani dengan Muhammad Abduh (pemimpin Kaum Muda Mesir)Para alim ulamak, asatizah dan orang ramai menyembahyangkan jenazahnya di hari kewafatan beliau pada hari Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Jenazahnya ditalkinkan oleh Tuan Guru Hj Mohammad Nor bekas Mufti Kelantan.


Artikel 56- Kisah Di Sebalik Minggu Orientasi

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

Orientasi

Minggu orientasi yang pertama sekali aku kenal adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ onn, diikuti MRSM Jasin untuk 2 bulan sahaja, Kolej matrikulasi, USM kubang kerian.

“Apa agaknya orientasi ni sebenarnya? Pelik je bunyinya? Tak pernah dengar pun sebelum ni?” itulah luahan aku semasa di Tingkatan 1 semasa minggu orientasi.

Memang perit berpisah dengan keluarga walaupun dengan ahli keluarga yang tidak rapat sekalipun, bila terpisah, terfikir alangkah bahagianya andai kita dapat meluangkan masa bersama .

Di sekolah menengah lama aku, tiada apa sangat dengan program orientasinya, biasa sahaja kerana aku masih boleh balik rumah. Berbanding di MRSM,aku tidak ingat apa yang berlaku sepanjang minggu ini, kerana apa yang aku fikirkan ketika itu adalah alasan untuk aku keluar MRSM. Aku merancang untuk berhenti mengaji di MRSM bitara ini. Ayat yang aku ingat dalam program ini ialah apabila seorang guru yang terlibat memberitahu kepada kami ,

“kamu jangan fikir nak balik pula, kalau kamu semua nak tahu, ada pelajar baru 2 bulan di MRSM ni, dah benti keluar.”

Dalam hati aku, haruskah aku menjejaki langkah mereka?? aku seolah-olah tercabar. Dengan tangisan tak berbunyi dalam hati bila berjauhan dengan keluarga. Sungguh sepi hati ini. Sepanjang di MRSM,ramai sahaja yang merasa aku ini menjadi cabaran mereka kerana layanan yang aku dapat seolah-olah dibencinya dan tidak adil. Kerana apa? apa yang aku lakukan? Mungkin kerana khabar angin mengatakan markah Matematik aku paling tinggi?? Aku rasa itu suatu khabar yang tiada asas wahai sahabat sekalian. Itulah ayat yang mahu kulafazkan tetapi kupendam kerana ia dah berlalu jauh. Aku sememangnya sedar bahawa aku ini banyak kelemahan dan banyak tak tahu. Tetapi mengapa mereka yang dahulu baik dalam tutur kata, sekarang sudah tajam kata-kata digunakan sehingga sebak hati ku ini menambah kekuatan azam untuk terus meninggalkan MRSM. Namun, ada juga yang baru mahu bertaaruf, ketika malam minggu terakhir aku di MRSM,iaitu ketika kami berhimpun di luar asrama kerana pintu terkunci. Malam itulah, seorang sahabat ini menguji aku tentang pengetahuan aku terhadap rakan seasrama. Soalannya hanya bertanyakan siapa orang itu dengan jarinya menunjuk liar ke arah rakan kami. Wah, sungguh susah. Namun, aku menjawabnya dengan jujur dan ikhlas. Ada juga beberapa yang aku tak kenal. Maklumlah,aku ni pemalu dan pendiam. Daripada kaji selidik sahabat ini melalui soalannya, maka termaktublah, bahawa aku masih mengambil tahu rakan yang lain walaupun aku ini seorang yang pendiam dan pemalu. YESS!!! Ada juga orang yang masih percayakan aku, Alhamdulillah.. thanks Allah.



Namun, masa itu hanya sementara, aku kembali ke sekolah asalku, segala barang yang aku pinjam,ku pulang dengan penuh kemaafan atas kesilapanku kerana kepulangan aku tika mereka semua sedang berada di kelas. Hampir semua tidak tahu bahawa aku ini telah pergi meninggalkan mereka. Cuma beberapa insan yang rapat ku berikan lafaz selamat tinggal. Huh.. sedihnya .

Sekembalinya di sekolah lamaku,….

Seolah-olah pihak sekolah sudah menyediakan tempat untuk aku kembali.. Aku ingat akan kata-kata penolong kanan HEM, allahyarham Cikgu Deraman, “ kedatangan kamu dialu-alukan, meja dan kerusi pun dah ada di kelas untuk kamu” lebih kurang macam tu lah kata-katanya kepada aku melalui ibu bapaku. Aku mulanya agak segan dan sangat malu untuk kembali ke sekolah lama ibarat lari dari medan perang. Namun, aku tenangkan diri bahawa medan peperangan aku adalah SPM,bukannya MRSM. Aku yakin SMKDO adalah tempat aku untuk mencipta sejarah.

Sejarah itu dah tercatat,kini orientasi di USM. Hari pertama seperti biasa,pendaftaran, pembahagian kumpulan dan taaruf. Hari seterusnya, biasanya diikuti ceramah atau ucapan daripada orang-orang penting seperti Dekan, Pengarah Kampus dan lain-lain untuk memperkenalkan USM.

(Apa yang penting, aku mesti tulikan telinga kerana aku tak suka majlis formal.Inilah silap aku, degil. Sebab itu banyak perkara tak tau. Sebenarnya aku tak faham,dan aku cuba dengar tetapi, still tak faham dan aku tidur.... Heehe..)

Dalam minggu orientasi ini, banyaklah fasi yang menunjukkan kebengisan hipokritnya, hati mereka baik sebenarnya cuma menjaga disiplin kami yang suka lewat dalam menghadiri aktiviti. Pengenalan tentang USM memang diutamakan. Agak stress juga minggu ini,kerana tidur pun tak cukup. Aku pula jenis yang tidur banyak,memang la stress tahap menyakitkan.

Begitulah cerita disebalik orientasiku.