Saturday, May 30, 2009

Artikel 55- Permata Yang Dicari

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.


MeNGapA Perlu dIdusTA?





( email daripada : generasimasahadapan@yahoogroups.com)


Ada seorang peladang di Afrika yang berasa puas hati dan gembira. Pada suatu hari seorang lelaki yang bijak telah datang kepadanya.


"Jika kamu mempunyai berlian sebesar ibu jari, kamu boleh mempunyai bandar sendiri. Jika kamu mempunyai berlian sebesar penumbuk, barangkali kamu boleh mempunyai negara kamu sendiri."


Pada malam itu, peladang itu tidak dapat tidur. Ada perasaan tidak puas hati timbul dalam dirinya. Itu membuatkan dia tidak gembira. Dia asyik memikirkan kata-kata lelaki bijak itu.


Pada keesokan paginya, dia membuat persiapan untuk menjual ladang miliknya, menguruskan hal keluarganya dan keluar mencari berlian. Dia mencari berlian di seluruh Afrika tetapi tidak bertemu. Dia juga mengembara ke Eropah namun masih tidak berjumpa dengan berlian. Akhirnya dia sampai di Sepanyol dengan keadaan emosi, fizikal dan kewangannya yang tertekan. Dia terlalu kecewa hingga membunuh diri dengan terjun ke dalam Sungai Barcelona.

Kilauan nikmat dunia
Manakala, di tempat asalnya, pemuda yang membeli ladang daripada lelaki Afrika tersebut sedang memberi minum binatang ternakannya di sebatang anak sungai yang mengalir melalui ladang itu. Tiba-tiba pemuda itu ternampak sesuatu yang berkilauan di seberang sungai. Dia mengutip batu -batu yang cantik dan berkilauan itu untuk dijadikan perhiasan di ruang tamu rumahnya.


Pada suatu hari lelaki bijak datang bertandang ke rumah itu. Dia bertanya tentang peladang Afrika yang pernah tinggal di situ dahulu.


"Dia belum pulang. Kenapa kamu bertanya tentang dia? kata pemuda itu kepada lelaki bijak.


"Saya pernah memberitahunya tentang berlian. Batu-batu ini adalah berlian." kata lelaki bijak.


"Tidak, ia hanya batu biasa yang saya kutip dati tebing sungai. Mari kita pergi tengok. Di sana ada banyak lagi" kata pemuda sambil membawa lelaki bijak itu ke tempat di mana dia terjumpa batu-batu yang berkilauan.


Mereka mengutip beberapa ketul batu berkilauan tersebut untuk dianalisa. Terbukti bahawa ianya memang berlian. Mereka mendapati bahawa ladang tersebut sebenarnya diliputi oleh berekar-ekar berlian.



Cerita di atas saya petik daripada buku "You Can Win". Sebagaimana yang saya katakan dalam entri sebelum ini ( Your POWER), sikap merupakan asas kepada kejayaan biar dalam apa bidang sekali pun. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Harvard mendapati bahawa apabila seseorang mendapat pekerjaan:

• 85% daripadanya adalah kerana sikap mereka
• 15% daripadanya adalah kerana kepintaran mereka

Samada kita sedar atau tidak, segala usaha (hampir 100%) tertumpu untuk mendapatkan kepintaran yang cuma contribute 15% itu sehingga usaha untuk mendapatkan sikap yang positif yang menyumbang sejumlah besar kepada kejayaan diabaikan.

• Bolehkah seseorang menjadi eksekutif yang baik tanpa sikap yang positif?
• Bolehkan seseorang menjadi pelajar cemerlang tanpa sikap yang positif?
• Bolehkan ibubapa, guru, jurujual, pekerja dan majikan berjaya dalam peranan masing-masing tanpa sikap yang positif?


Wednesday, May 27, 2009

Artikel 54- Kisah Di Sebalik Kitar Semula

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

Bukan Cerita Derita Duka


Mengemas barang di bilik waktu cuti ini ada kala memeningkan. Buku-buku lama,surat khabar dan kertas-kertas yang sudah berhabuk dikumpulkan untuk di kitar semula. Ibuku selalu pesan andai ada barang terbuang yang boleh dikitar semula,kumpulkan dan letak di dapur untuk dijual.Nanti duitnya boleh beli suratkhabar atau roti untuk sarapan. Biasalah, nak jimat kenalah bijak mengurus barang. Biasanya tin minuman 80 sen sekilo,tin besi macam tin sardin,tin susu harganya 40 sen sekilo, kertas pula lebih kurang 20 sen kalau tak silap la,besi buruk pula tak tentu.kadang kala 20 sen,40sen atau lebih mahal.

Bercerita mengenai kitar semula, mengingatkan aku kisah masa kecilku bersama kembar dan adik bongsuku. Aku dan adik beradikku semasa zaman sekolah rendah memang agak ligat menyelinap kawasan kebun dan rumah jiran. Bak kata orang, dunia tanpa sempadan, begitu juga di kampung, dunia kami tanpa sempadan, ayam,kambing, itik,angsa pun bergerak tanpa had. Tidak memerlukan passport atau visa. Redah sahaja. Memandangkan kami ini dari keluarga yang agak susah(tak la susah sangat sampai meminta-minta),kami bertiga merancang mengumpulkan segala barangan kitar semula sebelum wujudnya kempen kitar semula secara terang-terang lagi. Senang kata, kami ni advance la dalam merebut peluang. Sebenarnya,kerja ini dah dilakukan oleh orang susah sejak berkurun lama. Namun, baru-baru ini dikempenkan agar kita lebih menghargai alam di samping menambah pendapatan yang tak seberapa. Ini adalah pandangan saya.


Ketika kami bertiga merancang mengumpul barang terpakai seperti besi buruk,tin dan botol, rupa-rupanya,atok aku sudah lama melakukan aktiviti ini. Kami sendiri tak perasan sebab atok aku sorokkan dalam stornya kerana tidak mahu ia bersepah atau dicuri orang. Bijak betul. Kami memulakan pengembaraan ke semua longgokkan sampah sarap dengan selamba sahaja. Bagi mengurangkan rasa malu kerana mungkin kerja ini agak kotor, kami keluar di waktu awal-awal pagi ketika orang sedang sibuk menyediakan sarapan (andai waktu cuti sekolah )dan waktu zohor ketika orang sedang tidur atau berehat . Kalau hujan pun kadang kala kami redah,sebab tiada siapa akan keluar membuang sampah. Nyamuk?Lalat? tidak usah nak kata, memang melambak. Sampai bengkak muka,tangan dan kaki dengan suntikan nyamuk pelbagai sepsis yang aku pun tak tau dari famili apa.

Hasilnya, banyak juga botol,tin dan besi buruk dikumpulkan hampir 3-4 guni dalam masa 2 minggu. Kertas pula kami tidak kumpulkan kerana tiada sambutan kot masa tu,lagipun kami tak jumpa kertas di longgokan sampah,kalau ada pun dah basah. Setelah siap dikumpulkan, kami serahlkan kepada atok untuk dijual. Kemudian,duitnya kami kongsi bersama.



Utara dan Selatan

Masih dalam alam sekolah rendah lagi,perjuangan mencari duit ini diteruskan lagi oleh saya sendirian dan dibantu oleh kembar aku yang agak setia. Hehe.. dulu la. Sekarang ini, aku sudah maju sikit,sebab telah menggunakan alat pengesan yang diberikan oleh atok aku. Nak tau ke? Sebenarnya ia alat yang simple tapi sangat bermakna,Magnet . Alat yang dapat mengenal besi dan nikel. Alat inilah aku gunakan untuk menarik besi dalam longgokan sapah dan kambusan debu,abu di temapt bakar. Aku ikatkan magnet itu pada sebatang kayu atau dawai tebal kemudian aku gerakkan ke dalam longgokkan sampah. Memang mudah kerja aku. Dari sini, memang aku diajar dan dilatih agar jangan susahkan diri. Gunakan kebijaksanaan walaupun kita susah.Hargai apa yang ada disekeliling kita. Jangan sesekali kelam kabut atau cemas anda ada sesuatu masalah. Bertenang . Itulah yang atok aku pesan .


Huh… sekarang atok aku,tengah sakit. Tak sempat nak tanya lagi,hampir lumpuh seluruh badannya… ruginya tak tanya banyak lagi.. Soalan matematik taraf pakar pun ada.Teka teki pun banyak. Namun,apa boleh buat, hidup aku tidak seperti kebanyakkan orang. Perjalanan aku agak kompleks dan sukar diduga dan ditafsirkan,malah sukar juga dikongsikan. Apa yang mampu aku kongsikan ini, adalah cerita yang tidak akan mengubah rahsia kehidupan aku. Orang selalu merungut dengan cerita derita dukanya, tetapi mereka tidak pernah memikirkan rungutan mereka hanya membuang masa sahaja andai tidak ada tindakan bijak dilakukan. Ibarat menulis novel cerita perihal diri berdakwatkan air di atas kain hitam. Tiada siapa mahu dan mampu mengerti… (kisah zaman alam sekolah rendah... )


Monday, May 25, 2009

Artikel 53- Minggu Pertama Cuti(17- 24 Mei 2009)

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

Mufti Johor Turun Kampung




"Destinasi Iman"
Ibarat mimpi yang diimpikan untuk menjadi realiti kini telah terbukti . Ingin bertemu dengan orang yang hebat dalam urusan agama di negeri sendiri telah tercapai walaupun aku belum serius mahu menanam impian itu. Aku mahu bertemu Mufti Johor dulu, yang lebih tegas penampilan dan gaya bicaranya. Agak terkejut juga masa melihat kain rentang yang memberitahu mufti Johor akan turun dan namanya bukan sepertimana nama mufti yang aku kenal dahulu. Apa-apa pun,aku tetap excited.
22 Mei 2009.





Tazkirah oleh Mufti Johor.

Pertama- Komen tentang segelintir
Memulakan bicaranya dengan mengulas kata-kata wakil rakyat ADUN Semerah. Beliau menegur golongan kecil yang mahu membawa ‘kepelbagaian’ dalam beribadat seperti tidak mahu doa Qunut, tidak mahu membaca basmalah(bismillah) dengan kuat ketika solat subuh,maghrib atau isyak terutamanya semasa membaca al-fatehah. Malah,ada juga yang menggerak-gerakkan jari semasa membaca tahiyyat yang bakal mengundang ketidak selesaan jamaah lain.

Susah nak ambil gambar kat kampung, segan.. biasalah, ni pun curi- curi ambil gambar kat belakang penduduk kampung...

(Aku hanya mendengar dan terfikir mendengar kata-kata beliau, mungkin di kampung sesuai berkata-kata demikian kerana globalisasi masih kurang dengan kemudahan internet dan kadar pendatang asing dari timur tengah atau 'pak Arab' jarang ada di kampung ini. Bagi aku, aku tidak kisah menerima kepelbagaian tetapi kenalah berhati-hati agar orang lain tidak terganggu. Seharusnya, kita kena bersedia menerima sesuatu yang baru kerana ia bakal muncul suatu ketika nanti. Husnuzan).

Kedua- destinasi Iman
Dengan perkataan destinasi iman, Mufti Johor menerangkan dalam tazkirah sejamnya bahawa dalam kita menuju ke matlamat hidup sebenar,perlulah ada cara yang betul dan jangan pula sombong.

Ibarat orang yang bertanya arah tujuan menuju destinasi perjalanannya, andai kita bertanya dengan baik dan sopan ,pastinya penunjuk arah akan memberitahu kita jalan dan halangan yang bakal ada di hadapan secara terperinci. Akan tetapi, andai kita sombong dengan menunjukkan lagak dalam lafaz kata-kata kita, pastinya kita tidak dilayan dan mungkin jalan yang dituju mendapat kesusahan.
Begitu juga dalam mencapai keredhaan Ilahi, tawaduk dan sering memperbaiki cara serta adab dalam bertemu Tuhan amat penting. Orang yang tidak beradab pastinya merugukan diri.

Ketiga- 3 pesanan
Perbanyakkan baca al-Quran-bacalah,fahami dan kenalilah al-Quran dengan bersungguh-sungguh.
Perbanyakkan sedekah- Allah akan tambah keberkatan dalam rezeki kita.
Perbanyakkan solat Jamaah dan solat sunnat- terutamanya solat dhuha untuk kebaikan kita juga.

( Yb Datuk Ariss pun turun padang... tapi, bagi aku yang penting, Mufti mesti ada)

(aturcara majlis yang agak panjang. secara amnya, mereka mahu kita banyakkan sedekah jariah)


Riadah di Bekok, Segamat, Johor

Perjalanan hampir 2 jam dari rumah ke Air terjun Bekok,Sungai Bantang kerana kami singgah solat Zohor di pertengahan jalan. Dua buah kereta mengiringi perjalanan iaitu kawan sekolah lama bersama adik beradiknya dan juga aku bersama adik,pak cik dan mak cik. Catatan perjalanan ini hanyalah peringatan pada penulis agar lebih ingat pada masa lalu.


Hanya bermandi manda,membakar ikan dan ayam sahaja di sini. Tiada apa yang menarik sangat kerana aku tak dapat practice berenang kerana air cetek sangat dan kecil tempatnya..hehe.. redha sahaja..

Semoga Allah merahmati kita semua.

Artikel 52- Bicara Sayangi Negara

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

Biro Tata Negara
Sebelum menjejaki Kem BTN...

Seperti biasa,sememangnya aku tidak pernah 'excited' mahu pergi kem apa-apa pun melainkan aktiviti lawatan yang tiada peraturan ketat. Memandangkan usia semakin meningkat,perkara yang aku tidak suka,perkara itulah menjadi kenyataan. Apa boleh buat, ia menjadikan aku agar jangan membenci apa-apa pun. Think positive,itulah yang aku tanamkan dalam fikiran aku untuk menenangkan hati agar seronok pergi BTN. Sebenarnya, aku dulunya,skipped BTN -'batch’ aku, sebab aku dengan sengaja tidak melaporkan diri dan sekarang baru rasa nak pergi kerana diri dah terlebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,hehe menyesal gak skipped.. tapi semuanya ada hikmah...(InshaAllah)

BTN sudah datang




11 Mei- 15 Mei

Masa yang dinanti sudah tiba, untuk program Kem BTN kali ini, hanya aku dan dua orang peserta daripada pelajar perubatan tahun 3,manakala yang lain daripada pelajar perubatan tahun 1 dan 2. Bak kata kawan seperjuangan saya,
“dah masuk BTN bersama tahun 1,kita jadi muda, so, bolehlah jadi kurang matang”
katanya sambil tergelak. Aku sebenarnya risau andai aku tidak dapat membiasakan dengan pelajar tahun 1 yang aku sendiri tak berapa kenal. Personaliti aku ke BTN sudah berubah sikit,kopiah hitam ala raihan telah aku tinggalkan dalam bag kerana, aku mahu orang pandang aku berdasarkan akhlak aku,penampilan biasa aku,kata-kata aku bukannya kerana kopiah,segala aspek tadi tertutup rapat untuk dinilai. Mungkin ada yang akan kata, aku takut dicop menyokong parti pembangkang. Aku tidak kisah pun, yang penting,sebelum nak cop aku,nilailah aspek tadi . Cerita dunia? Hanya sementara sahaja.

Hari pertama,
Permulaan sesi taaruf yang agak lambat dan sedikitbermasalah untuk diri ini. Bukan sahaja perjalanan aktiviti agak perlahan,malah, aku terlibat dengan sedikit perselisihan faham. Biasalah, aku ni,di mana sahaja aku pergi,pastinya ada perselisihan faham. Kekadang aku sendiri tidak mampu mengerti apa silapku sampai mereka berkelakuan demikian. Tidak mengapa, pengalaman membuatkan aku terus menerus bersedia dari segi hati dan perasaan.

Hari kedua
Ceramah tentang keselamatan,ekonomi,pendidikan dan politik. Agak menarik bagi mereka yang sukakan statistik. Aku yang tidak pernah melelapkan mata semasa kuliah,dengan sengaja dan tidak,aku telah terlelap seketika. Tidak dapat aku menahannya. Wah! Kenapa pula ceramah berderet? Dah la chakra (kuasa)aku sikit je. Dalam fikiran aku,
“ bilalah aku nak dapat berblog dan baca blog orang ni, baca tazkirah,pengalaman orang dan fakta-fakta menarik di samping melontarkan komentar.. nak je aku komen setiap ceramah.. akan tetapi aku kan bijak(masuk bakul,angkat sendiri), jangan panjangkan sesi yang aku sendiri dah tak nak dengar lama-lama.. jadi,terpaksa duduk diam je”.

Hari ketiga dan keempat
Aktiviti LDK(latihan dalam kumpulan), saya memang bersemangat dalam aktiviti yang memerlukan aku bersuara dan berkomentar. Namun, untuk BTN kali ini,sekadar mendiamkan diri untuk mebenarkan pelajar tahun 1 meluahkan kata-kata.Secara jujur,aku sendiri adalah pendiam kerana aku jarang berkomunikasi sejak kecil. Ditambah pula,aku ini jenis seorang yang suka memerhati orang dan kekadang tiada keyakinan diri. Inilah masanya aku mengenali pelajar tahun satu.
Hari kelima
Kembara pagi ini dimulakan dengan perjalanan ke Bukit Kluang,Besut. Rancangnya mahu mendaki tetapi telah dibatalkan atas sebab yang tidak munasabah iaitu kerana disiplin kami yang baik,aktiviti pendakian dibatalkan. Aku nak tergelak mendengar alasan yang tiada logika. Dah la aku bersemangat nak mendaki,last2 cancel.tak kisah la.Seterusnya absiling,menuruni tali dari tempat tinggi. Inilah pertama kalinya aku melakukannya,agak kekok juga .


Secara keseluruhannya, banyak yang aku pelajari dari program BTN ini, pertamanya aku dapat belajar kawat dan memberi koman kawat. Perkara yang aku selalu berjaya mengelak dan akhirnya menemui jalan buntu di BTN. Keduanya, aku pelajari banyak sejarah tentang Dato’ On(nama sekolah aku pun SMK Dato’ Onn) dan mengimbas kembali subjek sejarah. Memang seronok dapat tonton Hati Malaya. Cerita tentang kemerdekaan. Ketiganya, aku dapat memperluas persaudaraan mempertingkat kualiti ukhwah.

Friday, May 22, 2009

Artikel 51 - Kisah Silam untuk Motivasi

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

Kejayaan Yang Dihargai

(Semasa aku masih berada di Kelantan,iaitu sebelum pulang bercuti,aku dan rakan-rakan sempat pergi ke ceramah Tok Guru dan juga menziarahi kedai buku Jafar Rawas yang merupakan gedung ilmu,pada awal Mei 2009).

Hari itu, hanya dua buah buku aku beli kerana duit pun sudah makin berkurangan,tetapi atas sebab buku punya pasal, rasa diri ini masih kaya raya mahu membeli semua buku.

Mahu dijadikan cerita, dua buah buku itu ialah Majalah Solusi dan Catatan Hati Nik Nur Madihah. Komen tentang majalah Solusi,secara amnya majalah berorientasikan keagamaan ini sangat mesra pembaca . Artikelnya sangat mudah difahami dan ringkas. Isinya jelas disampaikan. Ibarat tazkirah yang melimpah ruah di dalam majalah ini.

(Majalah Solusi ini agak baru lagi di pasaran, apa komen anda tentang majalah ini?)

Manakala, buku Catatan Hati Nik Nur Madihah, merupakan buku yang sememangnya aku mahu cari kerana semasa aku mendengar ceramah agama, ada seorang ustaz yang menceritakan tentang buku ini dan tergantung ceritanya kerana masa dan beliau juga tidak sempat menghabiskannya lagi. Lalu aku berhasrat mencarinya. Alhamdulillah, di Jafar Rawas kutemuinya di meja kaunter pembayaran di hadapan sekali.



"Sesungguhnya tiada yang lebih hebat melainkan usaha tanpa putus asa."

Orang selalu mengatakan sebegini:

“perlu ke ambil 17 subjek seperti Amalina? Menyusahkan diri sahaja!”

“hah, ambil banyak-banyak subjek tu mesti nak keluar dalam surat khabar la tu, nak tunjuk-tunjuk yang dia seorang yang pandai je!”

mmm.. ada juga yang nak tambah..

“ saya pun pelik la,kenapa …mmm..siapa tu.. Nik Nur Madihah,yang ambil 20 subjek, perlu ke? Ni mesti nak dapatkan perhatian, nak masuk TV la tu. Tak da guna ambil banyak-banyak,akhirnya, hanya beberapa sahaja subjek diperlukan”
Itulah kata-kata seorang penceramah wanita dalam sesinya di dalam program yang saya hadiri baru-baru ini,yang buat-buat lupa nama pelajar cemerlang ini. Aku sendiri mahu bangun dan memekik padanya “ Biarlah dia tunjuk dapat sejuta A 1 sekalipun, yang penting dia tak kacau hidup puan. Ingat penting sangat ke dapat masuk TV? Tak perlu kot, dah dapat 20 A dah memadai dah baginya. Hanya yang bercita-cita tinggi mampu menghadapinya”. Begitulah lebih kurang ayat yang aku nak sampaikan, tetapi aku malas melayan orang yang tidak faham erti menuntut ilmu dan yang bercita-cita tinggi. Aku pun dah lali dengan mereka ini. Makin dilayan,makin banyak yang dia tak akan faham.

Andai anda memiliki buku ini,catatan Nik Nur Madihah,muka surat 24 ada memberi jawapan kepada persoalan kenapa Nik Nur Madihah mengambil 20 subjek. Secara ringksnya, kerana ilmulah dia mengambil risiko menimba pengetahuan yang begitu banyak. Malah, beliau juga seorang yang baik akhlaknya, mendekati Tuhan selalu, menghomati dan menyayangi keluarga dan guru-guru serta memelihara hubungan sesama manusia termasuklah sahabatnya. Bukanlah beliau patut kita jadikan model ikutan secara sepenuhnya,tetapi jadikan beliau pencabar kita menjadi yang lagi baik. Seterusnya, jadikan beliau pengajaran kepada kita dan peringatan kepada kita yang selalu alpa.



Johor Versus Kelantan

Kalau dahulu,ketika zaman SPM aku tahun 2004, Amalina Che Bakri yang menjadi perhatian,anak kelahiran Johor yang menjadi kebanggaan aku di sini. Alangkah terkejutnya aku, ketika aku di Kelantan, negeri ini pula menjadi tumpuan, melahirkan pelajar yang lagi hebat pengalamannya. Masalah yang dihadapi dilalui dengan tenang. Di sini,aku dapat menyimpulkan bahawa, ibu bapa Nik Nur Madihah adalah seorang yang sangat bagus dalam memberi peringatan yang sangat berguna kepada keluarga. Membuat anak-anaknya berfikir dan memahami erti kesusahan dan tanggungjawab. Sedangkan kebanyakan kita, ibu bapa entah apa-apa sekarang ini, menjinakkan anak dengan memberi segalanya,lepas itu mahu pula anak mesti skor full ‘A’s. Sedangkan anak-anak tidak pernah memahami erti usaha tetapi mereka lebih memahami erti meminta. Parah sungguh hidup hari ini.

"Bersyukur atas nikmat yang diberi"



Aku yang pernah mengambil 13 subjek pun rasa agak berat pada awalnya,namun pembahagian masa yang mempermudahkan hidup ini,inshaAllah. Ada juga orang bertanya apa tujuan aku ambil banyak subjek, aku seperti biasa buat muka blur sahaja macam tiada arah tujuan,padahal di hati ini adalah untuk mencapai matlamat yang aku pendam. Jadinya, tiada siapa yang mengetahui dengan jelas mengapa aku mahu mengambil 13 subjek sehingga result keluar. Walaupun tidak penuh A1,itu sudah ku agak, bahasa Inggeris dan EST(English For Science and Technology) yang menggondol A2 membuat aku sedikit tawaduk bahawa aku ini tidak sempurna agar ego aku ditumpaskan.Mahu ambil banyak lagi subjek,ku tahu aku tiada kemampuan menghadapi halangan yang bakal tiba. Dengan diri aku yang ketika itu banyak kelemahan,tidak tahu bercakap,tiada keyakinan berdepan dengan orang, menyendiri dan banyak lagi, kini aku memperbaiki satu per satu dengan Islam persekitaran aku. Aku yakin aku mampu bangkit. Pusat Tarbiyah aku adalah surau kampung aku,tempat aku ‘melepak’antara meghrib dan isyak sambil membelek buku selepas mengaji al-quran bersama orang kampung. Kerana Islam menjaga aku, wajiblah aku menjaga Islam.



p/s- tiadalah apa untuk dibangga-bangga dengan sejarah yang berlalu pergi. Masa depan lebih penting untuk kita bersedia.. sekadar perkongsian.

Wednesday, May 20, 2009

Artikel 50- Mahabbah (kasih sayang)

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

Kasih Yang Tak Kena Tempatnya?

Cuti yang bermula sejak 10 April lalu,hanya baru dapat dikecapi oleh aku 12 Mei ini kerana terlibat dengan beberapa program. Alhamdulillah,segalanya berjalan dengan lancar. Cabaran yang dihadapi dapat diatasi atas bantuan sahabat-sahabat. Aku yang berada di kampung halaman,Kampung Peserai Kecil, Batu Pahat Johor, mencari-cari kelas agama atau ceramah agama di masjid sekitar untuk mengisi waktu kosongku. Maklumlah, hati ini yang mahukan,badan bergerak ikut hati,otak sedia menerima ilmu yang bakal diajari. Batu Pahat ini merupakan daerah yang terkenal dengan nama tempat bermula dengan ‘Parit’, contohnya Parit Sulong, Parit Simen, Parit Sonto(Ingat tak cerita Usop Sontorian? Kalau tak silap, parit inilah yang menjadi modal cerita tersebut) dan banyak lagi parit yang aku sendiri tidak mengetahuinya.

Akhirnya, malam Isnin, 18 Mei 2009, Masjid Kampung Mampan, masjid sebelah kampung aku menganjurkan kelas tasauf. Secara keseluruhannya, kelas ini agak mudah difahami dan tidak berat sepertimana kelas tasauf yang aku hadiri di USMkk, Kelantan. Tajuknya ialah Mahabbah iaitu kasih sayang.



Pengajaran diambil…

Bagaimana kita wujud? Sudah tentu kita akan jawab kita dijadikan daripada tanah melalui proses sains yang kita telah pelajari atas izin Ilahi. Namun, daripada perspektif tasauf, kasih sayanglah yang membawa kita berada di sini. Tanpa ada kasih sayang,ibu tidak akan menanggung beban sarat mengandungkan kita. Mungkin juga anak yang baru lahir disumbat ke dalam tong sampah,parit atau lubang tandas. Kerna syurga itu di bawah tapak kaki ibu, maka sebagai anak, hargailah pengorbanan mereka.

Situasi masa kini, kasih sayang ibu bapa kian berubah ibarat cuaca yang kini semakin melampaui batasnya. Jika dahulu, ibu bapa sayang akan anak dengan memberi rotan. Hari demi hari, rotan kian kurang seksaannya kerana pukulan terhadap anak kini dianggap deraan. Maka,lahirlah kasih sayang dari benih yang berbeda sehingga melahirkan anak yang juga berbeza akhlaknya iaitu kurang ajar dan derhaka. Kerana kasih ibu bapa yang tidak bertempat,terlalu menyayangi anak,memberi segalanya,kebebasan tanpa batas,akhirnya musnah anak dan masa depannya. Jika anak melakukan kesalahan, pandai pula mereka mempertahankan anaknya walaupun bukti nyata di depan matanya. Itulah kasih dan sayang yang tidak kena pada tempatnya. Masalah ini terjadi di Parit Sulong,dalam daerah Batu Pahat baru-baru ini berdasarkan penceritaan guru tasauf tersebut, seorang anak yang mencuri motosikal(orang jawa kata ‘maling’) dilindungi kesalahannya oleh ibu bapanya sendiri. Sungguh terkilan.
Pada akhir zaman nanti,tatkala kita sudah menjauhi islam,menjauhi ulama’ dan para ilmuan agama, maka nantikanlah 3 bala daripada Allah iaitu segala usaha kita tiada keberkatan, diangkat pemimpin yang zalim dan mati tiada iman.

(Inilah keindahan Kelantan, Siapa kata kita tak mampu berubah?? Harap, Islam akan kukuh perkasa di negeri ini dan seluruh dunia...)


Guru tasauf ada menyampaikan beberapa ayat yang aku suka mendengarnya iaitu:

“Nasihat ini umpama siraman air. Hati pula ibarat tanah. Hati memerlukan siraman air untuk terus subur dan menghasilkan keluaran buah-buahan dan sayuran yang segar. Andai, tanah itu dibiarkan kering, maka, tanduslah ia tidak dapat menghasilkan apa-apa. Begitu juga dengan hati. Hati memerlukan nasihat agar ia terus berbakti pada agama. Biarkan ibu bapa berceloteh panjang menasihatkan anak-anak, kerana suatu masa nasihat itu bisa terngiang-ngiang di telinga anaknya.”



P/s- mendengar ceramah di kampung sendiri juga banyak cabarannya, kalau di Kelantan ,bahasa loghat Klate yang kadang kala sukar untuk kufahami,namun, di tempat sendiri juga aku menghadapi masalah bahasa juga apabila guru tasauf tersebut membuat beberapa selingan dalam bahasa jawa yang sudah pasti aku tidak faham langsung. Hanya orang kampung yang tulen memahaminya.


Monday, May 18, 2009

Artikel 49- Kepimpinan

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.


Benarkah anda seorang Pemimpin?



Mendengar sahaja perkataan pemimpin, ada yang rasa teruja dan ada juga yang fobia serta takut mendengar perkataan tersebut. Termasuklah diri ini yang tidak suka memegang mana-mana jawatan melainkan dengan paksa rela.




"Hakikat kehidupan masa ini,mendedahkan bahawa jawatan pemimpin menjadi rebutan. Mengapa ini berlaku?"

Biasanya, manusia akan mengejar pangkat,harta dan pengaruh.Semuanya itu akan dapat dikecapi andai anda merupakan seorang pemimpin. Pemimpin biasanya merupakan orang yang berpengaruh dalam masyarakat.Lebih hebat pengaruhnya,lebih mudah urusan dan kejayaan kepimpinannya direalisasikan. Sebab itu,mengenali hati manusia yang tidak pernah puas menerangkan kepada kita kenapa ada orang yang terlalu taksub mengejar pangkat. Realitinya, semakin tinggi pangkat,semakin besar pengaruhnya. Maka,mereka yang dahulunya tidak berpangkat,kini sudah menjawat jawatan,akan terus berusaha mendapatkan pangkat yang lagi tinggi.

Sebenarnya,tiada salah mencari pangkat andai tujuannya untuk member kebaikan dan mencegah kemungkaran. Malah, dialu-alukan untuk memimpin kita semua. Jangan pula, pandai bermadah puisi tetapi tidak tahu melaksanakan apa yang disuarakan,cakap tak serupa bikin.

Manusia tidak dianggap bagus,andai mereka tidak mengenali Tuhan. Maka, tugas pemimpin adalah untuk membimbing pimpinannya mengenali Tuhan dan melaksanakan ajaran Islam sepenuhnya. Pemimpin ini bukanlah yang berpangkat sahaja,tetapi kita sendiri yang memimpin diri, juga keluarga kita, semuanya berhak memimpin. Belajarlah untuk memimpin. Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang berjaya mengeluarkan diri dan keluarga serta saudaranya daripada kejahilan kepada kebaikan dan keredhaanNYA.


Pesan rasulullah...

Daripada Ibnu Umar r.a. meriwayatkan hadis rasulullah menyebutkan bahawa, “ kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kamu pimpin”. Amanah yang tidak dapat dielakkan kerana itulah tujuan kita hidup di atas muka bumi ini. Menjadi khalifah bumi dan mengabdikan diri pada yang maha Esa. Bersedia meningkatkan kualiti kepimpinan melalui peluang dan anugerah yang Allah berikan. Sesungguhnya Allah tidak pernah kejam dan Dialah Tuhan yang Maha Adil.




Fahamilah kepimpinan Rasulullah dan para sahabat yang sungguh mengagumkan. Saidina Umar contohnya ,pemimpin yang begitu prihatin terhadap rakyatnya sehingga berjalan malam mencari rakyatnya yang dalam kesusahan. Beliau juga bersederhana dalam hidupnya. Pakaiannya hanyalah seperti rakyat biasa dan bukanlah secantik pemimpin negara lain. Akan tetapi,beliaulah pemimpin yang berjaya memimpin rakyatnya untuk meluaskan Islam ke serata dunia termasuklah dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi ketika zamannya.




p/s- semoga kita mampu mencontohi kepimpinan rasulullah dan sahabat. Menjadikan Islam di hati.

Saturday, May 16, 2009

Artikel 48- Hakikat Seorang Guru

:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI::


Pengorbanan Guru Tiada Terduga

Aku seorang bekas pelajar SMK Dato’ Onn, Batu Pahat, Johor. Mungkin ada guru yang masih ingat lagi atau sudah terlupa tentang kami. Kami pelajar 5 Zamrud,Kelas Sains Tulen yang merupakan kelas pertama dan boleh dikatakan kelas orang-orang pandai la. Pandai ke kami ? sekadar kelas sahaja. Bagi aku, sahabat di kelas lain juga pandai,mereka pun ada kepandaiannya sendiri,cuma,kami di bidang akademik,mereka di bidang lain. Itulah keindahan ciptaan Allah yang Maha Adil. Namun, sepandai-pandai kami hanyalah jaguh kampung sahaja, bila ingin membandingkan diri kami dengan sekolah lain,jauh ketinggalan.


Apa yang menarik perhatian aku ketika di sekolah, apabila ada beberapa orang guru yang sangat berusaha keras membantu aku dan rakan-rakan seperjuangan. Aku antara pelajar yang mengambil subjek lebih sedikit dengan tambahan Pendidikan Seni,Tasawwur dan Akaun. Bak kata kebanyakan orang, “Buat apa lah ambil banyak-banyak dan menyusahkan diri sendiri? ” . Bagi aku, biarlah aku susahkan diri jangan aku susahkan orang lain. Subjek tambahan ini,adalah subjek yang agak menarik dan agak mencabar. Pendidikan Seni merupakan subjek yang memerlukan bakat untuk mendapatkan kekuatan hasil lukisan,akan tetapi akan kubuktikan bahawa aku mampu skor tanpa bakat yang baik. Tasawwur,subjek yang sangat bagus untuk memahami ilmu agama. Namun ,guru mengajar subjek ini sangat sibuk dan mungkin tiada kelas disediakan. Akaun,subjek yang agak hebat pengaturan urusannya dan aplikasinya membantu aku mengatur masa dengan baik. Tengok sekali imbas subjek ini memang tiada kaitan dengan masa,tetapi aku sengaja kaitkannya dengan masa. Iaitu apabila melakukan sesuatu,mestilah dirancang, mestilah kita rekod apa yang telah selesai,hampir selesai,masalah dan yang belum selesai. Segalanya mesti ada rekod dan sistematik. Apabila urusan tidak direkod dengan baik,masalah lain akan timbul,iaitu stress .



"Air mata guruku"

Semasa perjalanan menghadapi SPM, boleh kukatakan semua guru kami berkorban demi anak muridnya. Di sini, hanya beberapa orang guru yang mampu ku imbas pertolongannya padaku iaitu Cikgu Matematik(Cikgu Ayazi), Cikgu Pendidikan Seni (Cikgu Nur Sina), Cikgu Prinsip Akaun(Cikgu Don),Bahasa Melayu(Cikgu Maimunah) dan yang lain-lain. Semuanya sangat baik, sehingga suatu pujian dipersembahkan padaku dan sahabat –sahabat,“ cikgu gembira dapat anak murid macam kamu(aku dan rakan-rakan),kamu pandai tetapi tak sombong,suka tanya cikgu kalau tak faham” huh… mendengar kata-kata itu diiringi titisan air mata guruku itu membuatkan hati aku mahu hancur kerana aku menyimpan kemarahan aku atas hukuman oleh guru itu padaku yang tiada logiknya. Aku pernah di’merahkan’ kulit tanganku dengan libasan pembaris panjang guruku atas alasan kerja cuti sekolah yang aku tidak sempat lakukan kerana aku mengikuti kursus di Perak sebagai pemegang biasiswa Telekom sepanjang cuti sekolah dan aku juga tidak diberitahu oleh sahabat aku tentang tugasan itu. Tugasan itu baru kutahu setelah beberapa minit sebelum masuk ke kelas beliau. Aku tidak kisah pasal alasan yang bakal aku nyatakan,tetapi,guruku tidak memberi peluang untuk aku katakan sepatah pun kata untuk beliau memahaminya. Jiwa muda,biasalah, marah sahaja menjadi tabiat aku. Namun, bila lafaz sejujur hatinya menusuk hati ini,aku terdiam kaku,tersentak. Ingin juga aku menitiskan air mata yang pastinya aku tidak akan mengalirkan semudahnya. Begitulah, kata-kata yang jujur ini membantu aku terus bangkit.
Setinggi perjuangan aku juga,ada beberapa orang guru yang sangat prihatin tentang kepayahan aku,mereka menyediakan aku soalan latihan agar aku mampu menjawab SPM dengan jayanya. Sehingga,aku tidak sempat membuat buku latihan yang terlalu banyak. Alhamdulillah, moga Allah merahmati mereka dan juga kita semua.

Kepada mereka yang bergelar pendidik, Selamat Hari Guru.

P/S- segala silap salah kami,ampunkanlah wahai guruku..

Monday, May 11, 2009

Artikel 47- Duhai Sahabat

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.


"Duhai Sahabat"

Sahabat,
Jejakmu sering kali berselisih denganku,
Ada kala tapakmu bertindih dengan langkahku,
Namun, kepastian perjuangan kita pasti ada persamaan,
Lumrah sunnatullah membezakan gaya kita,
Tetapi, matlamat kita hanya Allah.


Ketika aku jatuh,
Pimpinlah aku untuk berdiri,
Ketika aku berdiri,suruhlah aku duduk ,
Agar aku tidak penat dan menghalang pandangan orang dibelakangku,
Ketika aku sesat,suluhlah cahaya kebenaran dari ilmumu,
Ketika aku di jalan lurus,
Sahutlah perjuanganku,
Janganlah kau meninggalkan aku,
Atau membiarkan aku meninggalkanmu,

Kerana Allah matlamat aku,
Sahabat itu kasih sayang yang Rasulullah ajari,
Janganlah kau lupakan,
Janganlah kau mempermainkan,
Janganlah kau sesakkan nafasmu pula,
Sehingga nikmat ilahi menjadi hijab kepada rahmat Tuhan yang Maha Kuasa...

Kerana hakikat persaudaraan,
hakikat kehidupan dan juga
hakikat seorang hamba Allah,
baru sahaja kufahamai betapa indahnya nikmatNya


Arigatogozaimas semua !!!
Syukran lafaz yang terindah,
Terima kasih atas persaudaraan kerana Allah.

" meluaskan persaudaraan,mempertingkat kualiti ukhwah "



P/s- kini, aku terlibat dengan BTN(biro tata negara) selama 5 hari bermula 11- 15 Mei 2009. Maka, tidak dapat aku berblog dan berkomentar dalam masa ini. :) Semoga Allah merahmati kita semua. Maaf ,andai ada tetamu yang mahu blog ini dikemaskini.

Sunday, May 10, 2009

artikel 46- Duhai Ibu

>:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::<


Duhai ibunda dan Ayahda

" Selamat Hari Ibu, Semoga Allah merahmati ibuku "



Sudah lebih 20 tahun aku dibesarkan,
Sudah banyak aku menyusahkan hidup keluargaku,
Segala yang ada belum mampu membalas jasanya,
Ibu dan Ayahlah yang selalu aku lupakan,
Nisbah jasanya, antara insan yang mustahil aku patut pinggirkan,
Namun,apakan daya, kelalaian aku selalunya menyeksa hati ini,
Menjadikan aku derhaka pada mereka,
Ampunilah aku, YA ALLAH, Tuhan yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

" YA ALLAH, RAHMATILAH IBU DAN BAPAKU"

Arigatogozaimas atas segala jasamu,
syukran atas pengorbananmu,
terima kasihku pada segala sayangmu...

Saturday, May 9, 2009

Artikel 45-Belajarlah Ikhlas

>:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::<

(Kekecewaan pada semua rakyat yang mengenali Islam pasti memancar jauh disudut hatinya apabila artikal ini disiar pada akhbar cetakan hari esok,Ahad,10 Mei 2009)

Komen aku apabila membaca artikel ini : Belajarlah Ikhlas, sedih aku melihat mereka ini. walaupun aku tidak minat akan POLITIK,tetapi dengan tiba-tiba terlintas hati ini,ingin menulis peringatan untuk diri sendiri dan mereka yang mahu beringat.

"Jangan Dimakan Umpan Yang Tidak Berkail, Kerana Bahayanya Melibatkan Seluruh Jiwa Ragamu"

Ingat tak kita akan Bilal bin rabah? sumayyah?
mereka yang menegakkan dan memelihara Islam??

Duit? permata? wanita??
atau hukuman seberat mana sekalipun...
Tidak perlulah kau menyusahkan diri kau sendiri untuk menawan hatinya.
hati yang telah mendapat cahaya keimanan..

Hari ini...
Islam diuji lagi dengan pelbagai kerenah manusia yang tidak dapat mematangkan hati nurani mahupun murninya perangai kian kelabu,kerana cintakan dunia. Nak Kaya, Nak Duit, Nak Enjoy!!

Sesiapa sahaja akan menjadi mangsanya andai keimanan yang disemai tidak dipelihara.

Wahai manusia yang mengakui Islam, berhati-hatilah akan pujuk rayu manusia yang mahu melalaikan dirimu daripada mendekati Allah..

Allah Maha mengetahui Insan Yang Ikhlas dan Insan yang Berpura-pura atau Munafik atau Hasad... semuanya Allah tahu..

Ya Allah,peliharalah kami daripada segala yang buruk, rahmatilah kami...

(Gambar hiasan- Kembali pada Allah, dihasilkan oleh Ustaz Farid, http://www.faridrashidi.com/)

p/s- membangun bersama Islam.. Anatara Johor dan Kelantan .. Dua kubu besar untuk membangun bersama,tetapi dua dunia yang berbeza dan sering membezakan, Aku hanyalah rakyat Malaysia. Islam adalah pegangan aku... Batu Pahat,kawasan yang agak aman,surau dan masjidnya yang agak aktif,begitu juga di Kelantan surau dan masjid juga agak aktif dan adakala tersangat aktif, sehingga suasana Islam yang menenggelamkan kejahilan manusia. Namun,masa akan mencoretkan sedikit perbezaan yang pasti menimbulkan perselisihan..

Artikel 44- Kenangan Dua Program

>:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHI::<

Kerana Adik-adikku Sekalian


28 April dan 6 Mei merupakan 2 tarikh yang sangat bermakna bagi saya dan juga satu kumpulan elektif yang akan ke Acheh yang terdiri daripada 10 orang ahli. Manakan tidak, kami bekerja keras mengerahkan segala idea dan pengalaman untuk membantu orang lain dan juga diri sendiri. Modul baru kami reka untuk sesi setengah hari,modul yang ada terlalu panjang masa diambil. ditambah pula, kami ini baru bertatih dalam dunia fasilitator.Bukan mudah, halangan itu sudah pasti ada, bak kata orang puteh :

“Expect The Unexpected”


(Fasilitator program 28 April 2009)


(Program Motivasi 6 Mei 2009)


Objektif

28 April- program ‘Meningkatkan Kualiti Keterampilan Pelajar’ bersama Prof Jamil,Jabatan Psychaitric. Prof mengambil slot ‘Teknik Belajar Secara Berkesan’,manakala kami pelajar perubatan mengambil slot bengkel yang terdiri daripada sesi taaruf(ice-breaking), sesi simbiosis, dan sesi IBL(issue based learning). Kumpulan sasaran adalah daripada kalangan pemegang biasiswa. Respon daripada mereka ini sungguh kami hargai. Mereka memberi tumpuan yang baik. Mungkin kerana mereka ini saling kurang mengenali antara mereka berbanding program 6 Mei kami. Objektif program ini ialah memotivasikan pemegang biasiswa agar mereka menghargai pemberian biasiswa dengan belajar bersungguh-sungguh .

(sesi Teknik Pembelajaran secara Efektif)


(sesi Taaruf- permainan tali ajaib)

(sesi bersama Fasilitator)


(Jom makan..)

6 Mei- program untuk pelajar Tingkatan 5 kelas Sains seramai hampir 150 orang pelajar merangkumi 4 kelas. Secara keseluruhannya program ini diamanahkan kepada kami setelah kejayaan program 28 April berjaya memikat para guru di sekolah terutamanya Kaunselor sekolah. Alhamdulillah. Apa yang kami lakukan adalah untuk adik-adik,pesanan dari pada abang dan kakak yang telah melalui zaman persekolahan ,segala sesal dan kelalaian kami,diharap janganlah adik-adik ulangi. Kami mahu adik-adik berjaya. Namun, ada beberapa pelajar yang sememangnya kurang memberi kerjasama ketika sesi muhasabah. Masalah itu adalah biasa ketika dalam program sebegini. Tatkala sahabat mereka di sisi, gurauanlah menjadi aktiviti mereka. Aku sudah bersedia dengan golongan yang tidak suka program motivasi dan golongan yang bermain ketika program ini. Sudah aku katakan melalui artikel42- Pemikiran Kan Berubah. Aku juga pernah membenci motivasi dan aku juga pernah tidak memberi tumpuan. Jadinya, aku dengan izin Allah,mampu meletakkan diri aku pada masalah ini. Objektif program ini adalah seakan program yang lepas. Empat sesi iaitu taaruf, pembentangan Sharing is Caring, Modul Learning Style dan juga sesi Muhasabah(introspeksi,dengan kata mudah Tarbiyah minda).

(sesi Muhasabah oleh fasilitator yang berkelayakan melakukannya)

Moderator dari Johor

Kedua-dua program ini dimoderatorkan oleh aku sendiri, namun,hanya program 28 April yang aku banyak bercakap dan agak aktif. Manakala, program kedua ini,hanyalah aku kurangkan bercakap,tetapi menyerahkan tugasan bercakap kepada Fasilitator. Kerana aku juga mahu belajar daripada Fasilitator tentang style mereka. Sememangnya , mereka ini hebat,cuma mereka tidak ada kesempatan untuk menyertai program sebegini. Walaupun, mereka merupakan kumpulan yang menyertai program ini untuk memohon sumbangan dari pihak sekolah,akan tetapi, cara kerja mereka sangat baik. Kerana, soal sumbangan dari pihak sekolah bukanlah perkara yang utama kerana aku sebagai moderator dan orang yang bertanggungjawab menguruskan program ini selalu memberi peringatan bahawa program ini tidak menjanjikan duit,tetapi kepuasan sebagai seorang abang atau kakak yang mahu mengingatkan adik-adiknya. Aku juga selalu bertanya pada ahli kumpulan elektif ke Acheh ini,andai mereka tidak diberi sumbangan ,adakah mereka akan menyertai program ini menjadi fasilitator? Alhamdulillah, hampir semua mengatakan mereka akan menyertai secara ikhlas. Biasalah, aku ini selalu membuat kejutan untuk mereka walaupun aku tidak akan ke Acheh . Sumbangan dari pihak sekolah amat besar dan sangatlah kami hargai. Itulah hadiah buat mereka yang ikhlas. Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 1,itulah gerangannya yang terletak hanya di sebelah USM Kubang Kerian,Kota Bharu,Kelantan.

p/s- selepas elektif,14-18 April,kini program motivasi 28 april dan 6 Mei. Selepas ini BTN bakal menanti kehadiran aku,11-15 Mei,xdapat tengok blog la. Aku juga bersedia menerima tarbiyah daripada mereka . Moga aku akan sedar bahawa aku perlu sayangkan Malaysia ini, kerana Islam yang menyuruh aku. Harap-harap aku dapat belajar daripada mereka tentang modul dan softskill untuk MSFT(Medical Student Fasilitator Team, USM). Bantulah kami ya Allah.

Friday, May 8, 2009

artikel 43- Tok Guru..!!!

>:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::<

Di Suatu Jalan


(Ilmu itu wajib dicari, harap tidak memandang saya berpihak pada yang mana, tetapi pandanglah saya sebagai seorang yang mahu Islam. Itu sahaja. Yang salah tetap salah, dan yang benar wajib dipertahankan dan dibuktikan…)




Islam adalah agama yang menyatukan kita dalam peringkat antarabangsa. Lihat sahaja sehebat manapun kita ,akhirnya kita sujud menghadap ilahi, kasut yang mahal bisa kan tertanggal di luar masjid, pengawal keselamatan,pekerja buruh,pencuci kereta, atau sesiapa sahaja yang datang awal ke rumah Allah,dipersilakan duduk di hadapan. Akan tetapi,andai dikau panglima perang,raja atau jutawan sekalipun, kalaulah dikau lambat datang ke masjid, sedarlah, tempat kamu adalah di belakang. Sedarlah. Islam agama yang adil. Hitam,putih,hijau, merah, biru atau pink ke, semuanya adalah tertakluk pada kuasa Allah. Islam satu-satunya agama yang Allah redha.


Manusia bermula dengan Adam. Allah menciptakan semuanya ada benih, termasuklah pokok pisang yang bijinya tiada tumbuh andai ditanam,tetapi induknya yang akan membiak. Namun,konsep asal,iaitu pewaris sentiasa wujud. Sehinggakan Nabi? Siapa pewarisnya?? Ulama adalah pewarisnya. Ketahuilah, generasi yang seterusnya sangat bergantung pada insane sebelumya iaitu ibu bapanya.

Islam, juga mengajar kita hakikat berfikir secara mendalam dalam setiap apa yang dilakukan. Islam mengajar kita berusaha dan berikhtiar. Jangan sesekali meminta sedekah dan meminta-minta. Perhatikan sejarah nabi Ibrahim dan Ismail. Hajar ,ibu kepada Ismail telah berulang alik dari dua bukit mencari air, sehingga Allah akhirnya memberi nikmat dan rahmat air zamzam yang terpancar dari tumit Nabi Ismail. Begitu sukar usaha yang dilakukan oleh orang yang taat pada Allah dalam mendapatkan nikmat ilahi,USAHA dan ikhtiar tanpa henti. Kita? Hanya mengeluh.


Contoh lain, Maryam, ibu kepada nabi Isa yang diarahkan agar menggoncangkan pokok kurma agar dapat menggugurkan buahnya. Bayangkan kita yang lelaki pun agak tak larat menggerakkan pokok tu dengan gagahnya,apatah lagi perempuan bernama maryam yang sarat ketika itu. Nikmat Allah,kuasa Allah tiada siapa dapat menduga.



Inilah pesanan dan ilmu dalam majlis hampir 1 jam saya bersama Tok Guru dan mereka yang hadir pada majlis beliau,Jumaat, 8/05/09. Moga Allah merahmati kita.


(gambar hiasan - contohilah, buang sampah di tempat yang betul. hargailah alam sekitar- Think Green)

Thursday, May 7, 2009

Artikel 42- Pemikiran kan Berubah..

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

Aku dan Motivasi Diri

Berbicara topik motivasi,kaunseling,motivator,dan apa sahaja yang berkaitan dengannya,langsung aku tidak berminat untuk mengambil peduli. Memori aku tidak ada ruang untuk paparan idea mereka mengisi di mindaku. Bagi aku,

“apalah mereka ni, hanya membuang masa berceloteh di hadapan aku, aku tahu la nak menjaga diri, aku tahu merancang strategi aku untuk terus berjaya. Tak payah ajar aku”

Inilah bisikan kebongkakan hati ini yang membesar dalam suasana yang agak tertekan,ketika aku dalam alam persekolahan menengah. Aku sendiri tidak dapat mengawalnya, mahu tak mahu, perjalanan hidup mesti diteruskan.Aku percaya, Allah akan membantu aku memahami erti seorang hambaNya.


Sehingga suatu ketika,aku sebagai pemegang biasiswa Telekom Malaysia semasa Tingkatan 4 dan 5,telah diwajibkan untuk menyertai suatu kem motivasi di Perak.
“aduhai, mesti bosan dan membosankan,xda ke program lain? Motivasi ni membosankan”

Itulah kata-kata aku ketika mendapat surat ke kem anjuran syarikat komunikasi ni. Aku cuba sedapkan hati,dengan bersangaka baik dan cuba menggunakan ia sebagai suatu percutian dan pengalaman. Di sinilah, suatu peristiwa besar berlaku dan mencelikkan mata aku yang separa celik ini untuk memahami apa itu motivasi yang hakiki?? Pemergianku ke sana sungguh bermakna. Memang aku tidak sangka,begitu mendalam kesan kem ini sehingga sekarang. Modul yang digunakan agak tinggi maknanya sehingga setiap tindak tanduk aku mempunyai maknanya. Setiap apa yang aku lakukan ditegur silapnya dan dipuji andai aku lakukan dengan betul. Moderator dan fasilitator yang sungguh mengagumkan aku. Di sinilah baru aku sedar apa maksud motivasi yang sebenar.Sehingga aku sendiri menjadi motivator ketika ini pada adik-adik di sekolah,inshaAllah,sekadar yang termampu(walaupun masih bertatih mempelajari daripada rakan-rakan yang petah berbicara sedangkan diri ini hanya petah di hati berkata-kata tanpa pendengar yang setia).



Sekarang ini, aku masih banyak lagi tidak tahu mengenai motivasi dan teknik berkaitan. Maklumlah, penyakit membenci perkataan motivasi telah bertapak kukuh,aku sendiri tidak menyedari akan kekuatan motivasi aku juga boleh mencabar orang lain. Cuma aku yang tidak faham erti motivasi yang menenggelamkan diri sendiri. Mungkin suatu masa, segalanya bakal terbongkar melakar sejarah yang tidak pernah aku fikirkan ia akan terhasil. Seperti apa yang berlaku sekarang.. hanya Tuhan yang maha mengetahui.

Tuesday, May 5, 2009

Artikel 41- Jangan Pilih Jalan Kegelapan

.:: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ::.

Mat rempit berleluasa
Justify Full
Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Mei – Memeranjatkan!
Operasi besar-besaran menangani aktiviti lumba haram di seluruh negara selama dua hari sejak kelmarin, bukan setakat berjaya memberkas pesalah trafik malah mendapati 235 daripadanya adalah remaja bawah umur.
Pada saat rakan sebaya mereka sibuk menelaah pelajaran di rumah, golongan remaja itu pula membahayakan diri merempit bersama-sama penunggang dewasa lain.
Dalam operasi yang diadakan serentak di ibu negara, Perak, Pulau Pinang, Johor dan Selangor itu, tiga remaja berusia bawah 15 tahun ditahan kerana terlibat dalam aktiviti ‘merempit’ itu.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof memberitahu, pihaknya memandang serius penglibatan golongan belia terutama remaja bawah umur dengan aktiviti lumba haram.
(Utusan Malaysia Online)

(ingatlah saudara kita yang dalam kesusahan)

Pandangan Aku:

Aku melihat masalah ini dari sudut yang berbeza iaitu apakah kaitan filem tempatan yang mengisahkan kehidupan Mat Rempit yang keterlaluan dengan Gejala Mat Rempit secara realitinya??
Bagi aku, ada kaitannya, untuk menghalang atau menyelamatkan remaja atau orang yang terlibat dengan masalah REMPIT,janganlah kita memberi idea,gambaran atau peransang untuk mereka terus terjebak melalui filem atau cerita tentang REMPIT. Memang matlamat mereka kononnya mahu mengurangkan masalah rempit, dan memberi kesedaran agar jangan merempit. Sedangkan ,orang yang terlibat dengan filem ini sebenarnya memberi wadah pembinaan chakra atau kuasa untuk menaikkan semangat ‘jihad’ mereka untuk terus ber’jihad’ dalam perang di Jalanraya bukannya di jalan Allah. Malah, betapa terharunya kita bila mereka sanggup mati ‘syahid’ melawan ‘musuhnya’ iaitu rakan yang sama-sama meletakkan otaknya di kepala lutut agar nafsu dapat dipenuhi. Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala yang sia-sia.
Orang yang mempermainkan agama akan mendapat kemurkaan Yang Maha Kuasa. Hati-hatilah dalam setiap tindakan kita. Andai kita tidak tahu, janganlah memandai-mandai… tanyalah orang yang memahami..

Sunday, May 3, 2009

artikel 40- Fitnah


.:: Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ::.

Bahana Fitnah


Mendengar suatu panggilan Dalam cerita Wanita Hari ini, dengan tetamunya seorang ustazah Asni,Nora dan suaminya dikendalikan oleh Ifa raziah dan seorang lagi yang saya tak kenal,membuatkan saya terkesima.

(setiap yang ada di bumi ada pasangannya, yang membezakan manusia dengan yang lain adalah akalnya)

Aku jarang menonton Tv di USM, bila sampai ke Rumah inilah aktiviti utama,iaitu menonton Tv untuk mendapat idea untuk blog,untuk melihat suasana dunia,untuk relaks(heheh) dan juga mendapatkan ilham . Moga Allah yang melindungiku …


Menonton rancangan yang satu jam ini,seperti mendengar al-kuliyah yang semakin longlai auranya pada aku,kerana cara atau penyampaian al-kuliyah yang terlalu mengejar masa dan tergesa-gesa membuatkan aku rasa tak selesa. Bagi aku, Wanita Hari Ini yang aku tonton pada 1 mei 2009,jam 12 pm ini benar-benar dapat membantu menyedarkan kaum wanita dan juga laki-laki untuk menjauhi FITNAH.


(al-Quran dn Sunnah adalah cahaya dalam kegelapn hati manusia )

Fitnah itu apabila kita mengatakan sesuatu yang tidak benar kepada orang lain.

Mengumpat pula mengatkan sesuatu yang benar tetapi mengenai keburukan seseorang itu di belakang orang itu.

Mengutuk pula mengatakan kelemahan atau keburukan yang benar tentang orang itu di hadapannya.

Kembali pada panggilan seorang penonton dalam Wanit Hari Ini,

Ada seorang hamba Allah,seorang ibu yang telah bercerai mengadu pada Ustazah bahawa dia telah difitnah oleh anaknya sendiri. Anaknya,mengatakan ibunya telah berzina dengannya. Cerita ini disebarkan dalam pejabat ibunya bekerja. Betapa pilunya hati seorang ibu. Bahkan suaminya telah berpisah. Perkara kedua yang menyedihkan apabila saudara dan kawan-kawan sendiri menjatuhkan semangatnya,dengan melemparkan tuduhan bahawa si ibu ini tidak pandai menjaga anak dan masa mudanya selalu bergaul bebas dengan laki-laki. Itulah punca anak-anaknya jadi sedemikian. Padahal, semuanya itu Finah kata pemanggil tersebut. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui setiap Hal.

Bagi kita? Apa yang kita rasa jika kita yang mendapat tuduhan sedemikian?

Bila melihat blog atau website dan juga media massa serta media cetak yang memaparkan gossip atau fitnah,sungguh sedih diri ini. Sehingga kita boleh mengumpulkan golongan sebegini menjadi Persatuan Fitnah Negara..!! begitulah kata-kata ustazah Asni dalam rancangan Wanita Hari ini…

Pesanan:

"Semasa aku di kelas agama,aku penah diberitahu bahawa kenapa kita mengumpat??Antaranya kerana kerana kita mahu melepaskan marah atau geram kita pada mangsa kita .. pernah ngumpat x? apa yang anda rasa lepas ngumpat?? Lega??


Allah menyuruh kita bersabar dan memaafkan orang lain.. ingat..!!! "
Jauhi Fitnah.. Dosanya lagi teruk daripada membunuh!!!