Thursday, April 30, 2009

Solat yang Bersempadan??

Sutrah dalam Solat.,




Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang bersolat itu mengetahui apa jenis dosanya, nescaya untuk BERHENTI selama 40 TAHUN adalah lebih baik baginya dari meneruskan lalu di hadapan orang solat ini.” Berkata perawi : “Aku tidak pasti sama ada Nabi menyebut 40 hari atau bulan atau tahun.” (Hadith Riwayat al-Bukhari)

Sutrah : Antara Hikmah dan Falsafah

- Sutrah adalah suatu objek yang dijadikan sebagai sempadan kawasan solat, dan diletakkan dihadapan arah qiblat seperti tongkat, sapu tangan, sejadah, kunci, langsir, kipas, tiang, garisan dan sebagainya.

- Bertujuan untuk MEMUSATKAN FIKIRAN orang yang sedang solat, memBERI TANDA orang itu sedang solat, tanpa diGANGGU orang yang lalu-lalang.

- Jarak antara kaki-sutrah adlah kira-kira 3 HASTA (siku sampai hujung jari tengah), termasuk ruang untuk sujud.

- Disyariatkan untuk solat berjemaah, solat sendirian, solat fardhu, mahupun solat sunat.

- Dalam solat berjemaah, sutrah adalah di HADAPAN IMAM. Sutrah makmum mengikut sutrah imam, maka dibolehkan melintasi makmum apabila ada keperluan (contohnya batal wudhuk).

- Para ulama bersepakat bahawa meletakkan sutrah (penghadang/sempadan di hadapan ketika solat) adalah SUNAT. Namun jika dilihat kepada tujuan meletakkan sutrah, ternyata ianya suatu bentuk perkara SUNAT YANG DITUNTUT.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :

Apabila seseorang daripada kamu ingin bersolat, hendaklah ia meletakkan dihadapannya sesuatu. Sekiranya tiada, letaklah tongkat. Sekiranya tiada, buatlah satu garisan kemudian tiada lagi mudharat sesiapa yang lalu di hadapannya.” (Hadith Riwayat at-Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibn Hibban)

Apa tindakan anda seterusnya?

- Jangan lupa letak sutrah bila solat. Kalau tiada sebarang objek untuk dijadikan sutrah, bolehlah solat (terutama solat sunat) di sebalik langsir, tiang, kipas dan sebagainya.

- Sebarkan ilmu ini kepada sahabat yang lain, agar dapat dimanfaatkan bersama.

- Kalau ada sahabat kita yang bersolat tanpa sutrah, cuba elakkan diri dari terlintas di hadapannya. Kalau perlu juga melintas di hadapannya, letakkanlah sesuatu (seperti sejadah) dihadapannya terlebih dahulu sebelum melintasinya.

- Pada permulaannya, mungkin agak sukar untuk mempraktikkannya. Tetapi, insyaAllah dengan usaha yang berterusan, kita dapat melaziminya dengan mudah pada masa hadapan.

- Akhir kata, jom beramal !!!.,



Ikhsan daripada Saudara seislamku.....

Aizat Zainudin,
2307, 29 April 2009,>>aizatzainudin103.blogspot.com<<

Wednesday, April 29, 2009

Penghargaan Bulan April

May Allah bless Us...

Arigatogozaimas


(hadiah daripada rakan Group 9,medic 3rd year- taksempat baca lagi)


(hadiah peribadi kot daripada seseorang.... yang dikenali)


(hadiah daripada pihak KOSMIK atas komen yang terpilih dalamForum Dewan Kosmik... hehe, bagi komen time bangun tidur pagi xtau nak buat ape,buat komen then email ke kosmik, rezeki Tuhan.. masa exam selanjar 3 yang lepas.. baru dapat hadiah tu 2 minggu lepas)


(ni pemberian dari membe yang suka belanja apa2 je..huhu... xtau la dia ni overpemurah kot..hehe.. May Allah bless You and us.. dia g langkawi beli baju dan frame.. )


Semuanya yang berlaku dalam hidup ini tak mampu ku ingat semuanya,moga blog ini bakal mengukir sejarah yang lalu pada dinding mayanya... inshaAllah.. Arigatogozamas....!!

Tuesday, April 28, 2009

Artikel 39- Kuasa Nila Setitik

.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

Lelaki itu..



Melihat dada akhbar yang membicarakan keegoaan lelaki,kekalutan lelaki, kejahatan lelaki ,sungguh terkilan. Dengan merempit,kes rogol,kes curi dan penyeksaan.. Memang semuanya kes jenayah atau kejahatan sangat sinonim dengan lelaki. Kebaikan lelaki tenggelam dalam kekalutan dunia insani. Namun melihat pencapaian lelaki amat membanggakan apabila kepimpinan Negara dan apa jua organisasi masih ditawan oleh kaum adam,masih juga ada yang masih berada dalam landasan yang selamat walaupun berita tentang keburukan tentangnya tersiar tanpa henti.. Jadinya, hanya nila setitik bisa merosakkan susu sebelangga.. apatah lagi jika bukan setitik nila,tetapi lebih dari itu. Susu pun akan menjadi nila. Memang sukar untuk memutihkan,tetapi sebagai insan biasa, bersama kita kembali pada Islam,Al-Quran dan Sunnah jadi panduan.

Andai kita fahami, tidak semua lelaki ini kuat, mungkin kuat zahirnya, tetapi kekuatan pendirian atau jati dirinya amat lemah, lihat sahaja betapa ramai yang mudah dipesongkan?
Lihat sahaja berapa ramai yang mendalami ilmu yang dipelajarinya?
Bakal ketua keluarga? Tetapi tiada kekuatan menakluki nafsu dan menajamkan akal fikiran sendiri..

(bergambar dengan skate abang dan basikal kesayanganku)

Islam itu indah, tetapi adakah diri ini berjaya menjadikan Islam itu indah atau sebaliknya….

Saturday, April 25, 2009

Artikel 38- Permainan Haram yang Menjadi Halal



.:: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI ::.

Mempermainkan Agama


Aku di sini bukanlah seorang yang pakar dalam membicarakan hukum dan menerbitkan bukti melalui dalil yang kukuh. Akan tetapi,kehadiran aku di blog ini untuk member suatu pandangan tentang permainan yang haram tetapi dibenarkan? Sungguh pelik permainan ini tetapi sering mendapat tempat di hati semua makhluk bergelar manusia.




Tahukah anda apakah permainan ini? Jawapannya ialah mempermainkan agama termasuklah hukum agama Islam itu sendiri. Bukannya aku mahu mencipta suatu kata-kata atau madah ,tetapi inilah realitinya. Aku menonton televisyen dan aku perhatikan banyak filem atau cerita yang sangat mementingkan pengajaran,menekankan hukum agama Islam pada tahap optimum sehingga sesiapa sahaja akan terpukau dengan keindahan bahasanya dan janji ceritanya. Sungguh kagum andai telinga yang tidak tuli mendengarnya,mata yang celik melihatnya,namun bagi mereka yang mempunyai hati yang diimani dengan sebenar-benar iman,maka terasa kesedihan yang amat mendalam memerhati fenomena yang mempermainkan agama. Mereka sebenarnya mempermainkan agama..!! kau tertipu wahai penonton FILEM atau kau juga sama sepertinya.. maaf atas kekasaran ini..



Anda saksikan beberapa filem atau cerita tempatan sendiri, berapa ramai pelakon yang menjadikan pergaulan bebas,meninggalkan solat itu suatu ‘ibadat wajib dalam lakonan,malah ada lakonan yang memaksa hati mereka yang rela untuk mendedahkan organ pembiakan atau organ penyususan mereka. Nafsu mereka menyala-nyala dengan sokongan penuh mentor mereka iaitu Nafsu yang sememangnya mempunyai penasihat dari kalangan profesional iaitu Syaitan yang direjam.. Lihatlah, saudara kita yang mengakui ‘aku adalah ISLAM’ tetapi segala hukum agama,syariat islam KAU TINGGALKAN,Kau permainkan dalam lakonan dan skrip yang kau abdikan????? Kenapa kau sanggup memperbodohkan diri? Kau bukan menghancurkan diri tetapi kau meghancurkan orang lain, saham yang kau laburkan, bertimbun-timbun melambung,jarang sekali akan merugikan kau. Akan tetapi,sebagai saudara seislam,kami kerugian bahawa kau masih meneruskan perjalanan Hitammu..!!





Sabda Rasulullah saw "Barang siapa mencari keredhaan manusia dengan perbuatan yang dimurkai Allah, maka Allah akan membiarkan dan menyerahkan orang itu kepada mereka" (Tarmidzi)



p/s- sekadar pandangan daripada seorang hamba Allah yang menjalani pengembaraan memahami hakikat kehidupan Islam....


Thursday, April 23, 2009

Artikel 36- Bukan Pagi yang Biasa

.::DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI::.

Tazkirah Pagi di Dalam Bas

7.20am,22 April 2009,aku yang sudah menunggu hampir dua jam di stesen bus batu Pahat,kerana bas dari negeri Kelantan Darul Naim tiba awal tidak seperti biasa,kini aku merasa lega kerana aku sudah tiba ke tempat kelahiran aku dan Bas Maju yang akan membawaku ke rumah sudah tiba. . Walaupun nama bas ini maju, tetapi melihat fizikalnya, lansung fikiran penumpang mnerbitkan tanda tanya,maju ke bas ni?.. namun,maju ke tak,bagi aku,sampai ke rumah dengan segera dan selamat,adalah impian aku pagi ini. Maklumlah, exam tahun 3 baru tamat,elektif pun sudah selesai,laporan pun hampir siap, namun,kerinduan pada kampung halaman tidaklah ketara,hampir tiap-tiap bulan aku balik rumah dalam ketidak sedaranku kerana datukku jatuh sakit.Antara Kota Bharu,Kelantan dan Batu Pahat,Johor sudah seperti dua kampung halaman aku. Dua-dua aku suka.


Apa yang menarik hati ini melihat ketika aku mehembuskan kelegaan dapat duduk di atas kerusi bas Maju ini,ialah, kekuatan persahabatan antara seorang cina tua yang bisu dengan pemandu bas melayu yang aku curi-curi perhatikan melalui tingkap bas yang aku naiki ,kerana bas aku juga masih menunggu penumpang. Seorang cina ini sangat ceria dan hanya menjerit dengan bahasanya yang mungkin hanya orang tertentu sahaja memahaminya. Persahabatan antara mereka ini terpancar ketika seorang cina tua ini cuba memberi botol plastik kepada pemandu bas untuk dikumpul kemudian dijual. Biasalah, kehidupan mencari bahan untuk dikitar ini juga pernah juga aku lakukan masa kecilku. Memang seronok tapi bagi sesetengah orang,ia sangat menjijikan. berbalik pada cerita tadi,bukan setakat memberi satu atau dua botol di tepi mesin air tin,malah cina tua itu sanggup mengotorkan tangannya,dan membongkok mencari kelibat botol di celahan dinding sebelah mesin air tin itu. Sungguh terasa hati ni,bila persahabatan ini dihargai.


Malah,cina tua ini,menasihati pemandu bas melayu yang sudah mahu bergerak menuju destinasi,agar mematikan enjin untuk menunggu penumpang agar kekosongan kerusi bas itu dapat dipenuhi sedikit. Isyaratnya mudah iaitu dengan memusingkan tangannya seperti mahu mematikan enjin kereta diiringi laungan suaranya yang jelas nyaring sudah tentu memecahkan kesunyian pagi ini. Sahabat cina ini juga, mengajar saya erti kesabaran. Kesabaran yang ditarbiyah oleh seorang cina yang mungkin bukan muslim ini mendatangkan nikmat kepada pemandu bas itu,apabila,beberapa penumpang muncul untuk menuju ke tempat rutin hariannya. Perkara terakhir yang saya perhatikan, sahabat cina ini,mengajar saya juga erti kebersihan,sebagai pelajar perubatan yang akan memasuki sesi klinikal tahun 4 nanti,pelbagai masalah bakal dihadapi andai kebersihan diri tidak dipelihara. Sahabat cina ini mengingatkan saya agar membasuh tangan selepas menyentuh sesuatu yang boleh mendatangkan kekotoran,dia rupanya menyorokkan botol air mineral 1.5 liter yang diisi penuh dengan air paip di stuktur dinding yang terlindung. Sungguh dahsyat dia ini,bisik hati ku.

Peristiwa Pagi ini juga diteruskan lagi, aku yang duduk di hadapan sekali di dalam bas rupanya bersebelahan dengan seorang mak cik yang mungkin seorang yang berpendidikan tinggi,celik tentang isu semasa. Aku bukanlah duduk betul-betul bersebelahan,tetapi di kerusi bersebelahan,maklumlah barang-barang yang aku bawa,sudah seperti seorang penumpang,tempat duduk aku penuh dengan barang aku. Cuti akhir semester memang maslah bagi aku yang susah memilih barang yang perlu dibawa balik,tapi tambang masih tidak berbeza,itu yang aku suka naik bas daripada naik teksi.

Bercerita tentang mak cik yang maju ini , dia memulakan perbualan seperti cara yang aku pelajri sebelum mengambil history taking iaitu develop rapport,dia bertanya khabar dan cerita sedikit tentang rutin harinnya kepada pemandu bas maju ini. Lagaknya seperti sudah biasa dengan pemandu bas ini, memahami kelemahan diri ini dalam perkara ‘common sense’,agak sedih juga,tetapi hidup ini mesti diteruskan kerana Allah akan bantu kita dalam segala hal. inshaAllah.
Mak cik yang agak berada penampilannya memulakan topic perbicaraan iaitu tentang PMR yang akan dimansuhkan? Diikuti isi anak yanglambat tangkap dalm pelajaran. Dua topic ini memang mencabar minda aku untuk melontarkan komen sepertimana yang aku lakukan dalam blog-blog sahabat aku. Akan tetapi,siapalah aku ini, hanya lontaran suara hati sahaja aku lepaskan di legaran perbualan mereka. ikhlasnya,sungguh menarik kata-kata mereka, ringkasan yang dapat aku buat, ialah seorang anak yang lemah dalam pengajian sekolah telah mendapat reaksi kurang memuaskan daripada ibu bapanya serta jiran yang sememangnya jarang yang akan dapat memahami erti seorang anak kecil yang mempunyai masalah. Mak cik ini menyatakan bahawa dia ini tidak berpuas hati yang membangkang ibu bapa dan jiran yang melayan anak kecil itu seperti anak-anak yang lain.



Masalah anak yang lambat tangkap dalam pelajaran ini perlulah dikaji dan difahami, ibu bapa kenalah bersyukur mendapat anak,jangan sesekali mengufuri nikmat ilahi. Bersyukur dengan apa yang ada. Anak kecil yang bermasalah itu telah dinasihatkan agar menyertai kelas khas iaitu kelas untuk mereka yang tidak dapat mengikuti pelajarn yang telah ditetapkan. Pelbagai aktiviti kemahiran diajar seperti mengait,menjahit ,memasak dan lain-lain. Mahu dipendekkan cerita, anak kecil ini, telah menyertai beberapa pertandingan berdasarkan kemahiran yang diajar dalam kelas ini, telah mendapat tempat dalam pertandingan itu,antaranya tempat kedua dalm pertandingan memasak. Mak cik ini juga menceritakan bahawa ada pelajar yang dulunya dipandang rendah kerana tidak pandai dalam pepriksaan,kini merupakan peniaga yang sangat berjaya.

Takdir dan rahmat tuhan itu maha Adil. Bersabar ,bersyukur dalam menerima segala ketentuan adalah kunci utama kekuatan sebagai seorang hamba Allah. Begitulah,erti kehidupan seorang anak yang bermasalah selalunya mendapat hak yang kurang adil daripada pelbagai pihak. Apalah nasib hidup ini andai erti hakikat kehidupan tidak mampu diselami kedasar kebenarannya...

Tuesday, April 21, 2009

Artikel 35- Diari Dari MTS

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Menerokai Alam Tahfiz Sains (MTS), Bukit Panau , Tanah Merah,Kelantan
Comment Moderation


Alhamdulillah baru-baru ini, saya dan beberapa org sahabat selesai menjalani program elektif yang bertempat di Tanah Merah Kelantan. Program elektif merupakan aktiviti pelajar perubatan tahun 3 yang diwajibkan kepada mereka yang lulus tahun 3 dan asyarat aktiviti ini ialah aktiviti selain bidang perubatan.



Apa yang saya mahu coretkan di sini ialah berkenaan dengan pengalaman kami ketika tinggal di sana yang sememangnya menyuburkan ruh untuk menghafaz al-quran dek kerana melihat ketekunan adik2 di situ. Sehingga pengalaman saya sendiri terlupa lirik lagu yang biasa saya lafazkan,kerana fikiran saya yang menjurus memahami hakikat kehidupan seorang hafiz. Memang itu sahaja agenda saya ke MTS.

Secara umumnya, objektif kami ke sana, lebih kepada penghayatan untuk diri sendiri bekenaan dengan kehidupan adik2 hafiz dan hafizah dan beberapa objektif yg lain.

Apa yang saya kongsikan di sini ialah berkenaan lifestyle pelajar di sana . Untuk pengetahuan,di MTS , pelajar-pelajar mengmbil aliran sains tulen untuk menengah atas dan juga SMU untuk tingkatan empat.

Pelajarnya terdiri daripada form 1 sampai 5. Mereka bukan sahaja mesti fokus pada bidang akademik tetapi tidak ketinggalan untuk menghafaz 30 juzuk al-quran. Kalau dilihat cuti tahunan mereka, amat sedikit kerana kebanyakan masa cutinya akan diisi dengan kelas intensif menghafaz quran ataupun mengejar sukatan akademik.

Alhamdulillah tahun lepas, maahad ini Berjaya melahirkan perintis pertama PROTAZ (PROFESIONAL USTAZ DAN USTAZAH) bagi spm 2008. Keputusan terbaik SPM ialah 11 A1. mereka ini ialah para huffaz professional bakal menerajui masyarakat akan datang. INSYAALLAH...


Rutin Harian MTS

Sesi pembelajaran mereka bermula seawal jam 7.30 pagi. Di mulakan dengan kelas quran-dimana masa ini kebanyakan pelajar akan memperdengarkan bacaan mereka (tasmi’) kepada ustaz dan ustazah mereka. Sesi pembelajaran akademik bermula 8.30 pagi sampai lah 12.30 tghri,dan disambung pula dengan kelas quran. Ada yang mngambil peluang ini untuk tasmi’ dan ada juga yang murajaah (ulang balik hafazan)..

Selepas itu sesi akademik bermula kembali jam 1.45-2.45 ptg. Malamnya pula jam 8-10.00 malam kelas quran sekali lagi. Begitulah rutin harian mereka kecuali Jumaat dan Sabtu.

Suasana islamik tertanam subur dalam sesi persekolahan mereka, ini sangat berbeza dengan sekolah harian biasa, mahupun sekolah berasrama,akan tetapi saya tidak pasti bagaimana keadaan di maahad yg lain.

Selesai solat berjemaah di masjid sekolah, mereka akan bersama-sama bermurajaah satu surah samada surah al-mulk, al.kahfi,addukhan, yassin dan juga mathurat untuk setiap selepas waktu solat.
Pandangan Saya Terhadap MTS
Saya teringat,ada satu masa selepas solat maghrib mereka bersama-sama bermurajaah surah ad dukhan, saya pulak memang tak pasti surah apa yang mereka baca. Kerana masing-masing membacanya dengan ’long term memory’ iaitu secara pantas dan lancar. Terasa bagaikan berada di tempat yang lain, di mana jamaah solatnya tidak lagi merujuk al-quran secara manual, tetapi semuanya ada di minda mereka. Saya bukanlah hafiz,atau menghafal surah al-quran yang banyak. Namun,sekali pandang imej yang saya bawa,mungkin ada yang menganggap saya ini seorang ustaz,termasuklah adik-adik pelajar Mahad Tahfiz Sains. Namun, penjelasan saya berikut mungkin membuatkan anda semua memahami hakikat diri saya ini yang banyak kelemahannya. Kerana saya masih dalam persiapan untuk menghafal al-quran secara sistematik.

Alhamdulillah setelah 4 hari di sana, memberi saya satu konklusi yang menghafal al-quran sepatutnya menjadi kewajipan untuk kita, walaupun tidak dapat menghafal 30 juzuk ,akan tetapi sekurang-kurangnya surah-surah utama seperti al-mulk, yassin, ad-dukhan, al-kahfi sepatutnya sudah menjadi ’long term memory’ untuk mereka yang dah berumur macam saya. Kalau dilihat umur mereka dan keterbatasan waktu mereka, mereka mampu untuk menghafal al-quran..itulah cabaran untuk generasi yang tua macam saya.


Nasihat

Teringat salah satu perkongsian daripada ustaz di mts, dia bgtau utk hafaz alquran sememangnya susah dan payah untuk kali pertamanya, diibaratkan sesorang yang mempunyai sebatang kapak dan berniat untk melapangkan satu kawasan hutan. Di mana dalam hutan itu ada, pelbagai jenis pokok, ada yang berbatang besar, sederhana dan kecil. Nak tak nak untuk melapangkan kwsan hutan tu, seseorang tu mesti menggunakan kapaknya untuk menumbangkan pohon yg besar dulu.... payah, dan sememangnya memenatkan untuk menumbang sebatang pokok besar..hanya kesungguhan dan istiqamah sahaja rahsianya...dan setelah tumbang yng besar, mudahlah bagi menebas pokok yng kecil daripadanya...itulah analogi drpd ustaz tersebut....betapa permulaan utnuk menghafaz quran sememang nya susah....

Itu sahaja pkongsian daripada saya...,

Wallahualam



p/s: general tips2 hafal al-quran ( perkongsian dr guru al-quran di mts)
1.niat kerana ALLAH... ini termasuklah persiapan mental,fizikal,rohani dan emosi agar berada dalam keadaan optimum bagi memastikan kita mampu istiqamah dalam hafalan.

2. Memahami makna dulu. Ini terpulang pada seseorang untuk menghafal. Bagi mereka yang sudah berusia, agak sukar untuk menghafal bulat-bulat tanpa memahaminya. Jadi, inilah teknik hafalan yang memahami tafsir sebagai sebuah penceritaan dalam Kalamullah

3. Mulakan hafalan dengan kesabaran

4. Lebih mudah,jika faham makna dan jalan cerita al-quran-


5. Janggn lupa untuk bermurajaah kembali. Pengulangan ayat hafazan penting untuk meletakkan ingatan jangka masa penddek kepada ingatan jangka masa panjang.

6. Jangan ‘aim to high’ untuk hafal sebanyak yang mungkin dalam satu hari... 7. 3 ayat per day pun dah cukup dah.. selamat menghafaz.

Monday, April 20, 2009

Award ?


Kehidupan ini penuh dengan cabaran.. tetiba plak ada Hamba Allah yang rajin nak bagi Award kat atas ni.. so,terima dengan hati yang redha..

Arigatogozaimas... Azizi ibnu shaukani..

p/s-(heheh.. dah la paksa aku letak kat blog ni..heheh)

Artikel 34- 'XX'

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Wanita


Memahami lirik lagu ini:
(Lagu yang selalu kedengaran di televisyen)

“Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi,
Pabila cinta telah membutakan mata, membuat kutuli telinga,
Apakah salah jika aku menyinta…"


Sungguh indah susunan kata-kata yang membunga ini, tetapi apa yang aku lihat jauh sekali dari apa yang dikata,bak kata pepatah indah khabar dari rupa, apa yang dikata adalah mainan perasaan yang telah ditawan oleh nafsu…

Perlukah ku membuktikan? Perlukah aku memaparkan apa yang mereka lakukan?
Rasanya tak perlu.. cubalah anda tonton TV dalam masa 30 minit. Anda akan dapati cerita atau iklan yang menunjukkan kehilangan harga diri seorang wanita itu mudah dilaburkan??? Bila dilaburkan, kalau untung tinggilah harganya, kalau rugi merundum kelemasan harga dirinya. Apa yang penting ,ajaran Islam telah diabaikan pada tahap MAXIMUM.. !!! Beginilah wanita yang punya hati nurani tetapi masih tidak dapat membimbing hatinya sendiri,malah menutup tiap ruang belahan di jiwa daripada menerima petunjuk..

Indah kata-kata wanita yang lalai itu yang mengatakan ‘kita sebagai orang islam hendaklah melakukan kebaikan,mentaati Tuhan,” sedangkan berpakaian dan berperangai indah di mata Hamba tetapi hina di sisi Allah. YES !! tiada salah melihat kata-katanya,tetapi kalau lihat orangnya..yang menunjukkan aurat,berpakaian entah macamana,aku pun bosan dengan adegan yang bertopengkan kata-kata. Pabila hati tidak ada lagi perasaan MALU pada Tuhan. Bersedialah menghadapi balasan.

SO…!! Bab kutuk orang ini memang seronok, akan tetapi TUGAS PENDAKWAH kita di mana??
Ke mana mereka pergi sehingga berlaku fenomena sebegini iaitu kelalaian kaum hawa yang mudah terpengaruh dengan media yang begitu mudah menonjolkan masalahnya. Memang hal sebegini jarang dikaji dan dibanci?? Perlu ke?

Memang perlu tetapi tidak praktikal setakat ini kerana faktor-faktor tertentu. Aku sendiri menyaksikan pelajar sekolah lamaku,dan juga pelajar sekolah di sekitar rumahku serta mereka yang berjalan di pusat membeli belah. Andai aku mahu menundukkan pandangan daripada melihat mereka ini,iaitu golongan perempuan yang mendedahkan auratnya,bersosial tahap melampaui batas dan berpakaian yang tidak senonoh, maka sepanjang perjalanan aku hanya menundukkan kepalaku menahan dosa yang bakal kulakukan. Terlalu ramai. Sungguh terkilan,di mana keutuhan dakwah kita?.. Islam ditinggalkan tika kita senang lenang, islam dipuja tika kita dalam kesusahan. Wajarkah ini dilakukan??
Dahlah mempermainakn agama, kesian kat diri sendiri… sesungguhnya Allah tidak rugi apa-apa pun. Tetapi manusia sendiri yang teramatlah rugi dan hina. Tunggulah Masanya..!!!


Namun beruntunglah mereka yang berusaha berubah menjadi wanita yang diredhai Tuhan. Moga mereka ini terus mendapat kekuatan mentaati Tuhan Maha Kuasa.


Saturday, April 18, 2009

Artikel 34- nak ke tak nak??

Memori untuk KALAMULLAH


Perhatikan gambar di bawah(hutan)..

Anda diberi tugas untuk menebas Hutan tersebut??Mampu ke tak?? Cuba bayangkan?? Bagi mereka yang sanggup mereka pasti dapat menyelesaikannya walaupun lambat.









Andai anda seorang yang memahami hakikat sebuah hutan,pastinya anda akan terkejut dengan tugasan sebegini, sedangkan hutan memiliki tiang-tiang yang kukuh iaitu pokok balak yang sebesar bangunan, dan bilangannya seramai jumlah manusia. Malah,penghuninya pula menggerunkan kita, setakat harimau masih kita duga, sedangkan banyak lagi makhluk berbisa yang tidak diterokai lagi.. bersediakah anda menebas hutan??






Bagi mereka yang dah ‘GIVE UP!!’ awal-awal lagi dah naikkan bendera putih.Logiknya, untuk menebas hutan, pokok balak mesti ditebang dulu, kemudian pokok kecil seperti pokok petai,pokok buluh dan sebagainya. ini adalah konsep dan strategi dalam menyelesaikan masalah di atas. Andai anda mahu menebas semak,rumput,buluh diikuti kayu balak, sesungguhnya anda memang pelik, bukan kerana anda buat salah, tetapi kesalahan anda tidak mahu memikirkan jalan yang paling mudah. Fikir-fikirkan..





Akhir sekali ,kita tebas semak dan lalang setelah menumpaskan gagasan balak iaitu tunjang kekuatan hutan. Dan selepas selesai semuanya,ratakan tanah. Maka sempurnalah tugas kita..


Apa yang saya nak sampaikan bukannya suruh anda tebang pokok, tetapi, HOW HARD to memorize KALAMULLAH?? saya mahu anda memikirkan di sebalik kata-kata ini, untuk menghafal al-quran, bukanlah sesuatu yang mudah. Sangat sukar awalnya tetapi setelah kita fahaminya,inshaALLAH,mudah.Begitulah analogi apabila kita mahu menghafal al-quran, akan tetapi bila kita sudah mendapat klue atau kekuatan, perjalanan kita dalam menghafaz al-quran semaikin mudah.



Perlu kita ingat setiap kelakuan kita mestilah ada NIAT yang JELAS.. kemudian kesungguhan dalam melakukan sesuatu..

untuk menghafal al-quran, anda perlu menjawab soalan ,adakah anda Mahu menghafal al-Quran?


YES or NO?


selepas itu barulah kita ikut langkah atau strategi menghafal..
Apa yang penting… BERSABAR..!!!Jom kita menghafal al-quran,KALAMULLAH..


p/s- saya pun masih dalam usaha menghafal al-quran... masih mentah dalam menghafal berbanding usia yang semakin tua..

Monday, April 13, 2009

MISI BERMULA ... (elektif)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Elektif – Sharing is Caring(Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah)







14 hb April, aku dan rakan-rakan akan pergi memulakan misinya ke sekolah maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah.Antara Objektif kami adalah untuk menghayati kehidupan para tahfiz yang juga mempelajari subjek sains,mendedahkan kepada mereka pandangan masyarakat terhadap kewujudan mereka dan mengkaji organisasi sekolah mereka.
Harap-harap aku dapat mencapai agenda aku ini.. Moga suatu masa, aku juga akan jadi seperti mereka. Diharap juga, aku dapat menjadi seperti Rasulullah setelah aku memahami hakikat kehidupan orang-orang yangrapat pada agama ISLAM.….

MISI BERMULA… !!!

...YA Allah permudahkanlah urusan kami...

Saturday, April 11, 2009

Artikel 33- Hutang oh Hutang

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH
LAGI MAHA MENGASIHANI


Hutang???



Hukum memberi hutang adalah sunnat. Hukum membayar balik hutang adalah wajib, hukum membuat hutang adalah harus.(kalau tak silap) iaitu lebih baik berhutang daripada meminta-minta.


Orang yang meminta-minta ini adalah rendah darjatnya di sisi Tuhan.Tetapi kita tidak dibenarkan memandang rendah pada golongan yang meminta-minta terutamanya mereka yang tergolong dalam golongan yang miskin. Orang selalu kata, mereka ini iaitu peminta sedekah adalah orang yang malas dan keji. Usahlah mengatakan sedemikian andai anda tidak mahu menghulurkan bantuan, cukuplah menutupkan bibir anda daripada mengatakan sedemikian.. aku juga pernah mengatakan ayat-ayat sebegitu kerana aku tidak faham situasi mereka. Aku juga berasal daripada keluarga yang agak susah dan aku sentiasa berusaha, sehingga aku mendalami kisah rasulullah yang sentiasa memberi bantuan pada orang miskin tanpa mengeluh walaupun nabi tiada harta yang banyak. Maka, aku kagum dengan baginda. walau sesusah macamana pun,apa yang ada,rezeki yang nabi ada,pasti Nabi berkongsi dengan orang lain.. sedangkan aku,hanya mementingkan diri.. Ya Allah, bantulah aku dalam mentaati perintahmu.


Banyak kesan negatif kesan daripada kita meminta-minta. Antaranya kita mungkin diancam oleh mereka yang memberi.Malah kita juga akan kurang dihormati oleh mereka.Seolah-olah mereka menjadikan kita sebagai hamba atau peminta sedekah.Berkawan juga kenalah berhati-hati,terutamanya berkawan dengan kawan yang kurang memahami Islam secara sempurna.


“Pernah suatu ketika saudara saya menumpang barang perniagaan di rumah kawan rapatnya. Saudara saya berniaga burger tiap-tiap malam di kawasan rumah kawan rapatnya itu. Segala bahan mentah di simpan dalam peti sejuk kawannya itu. Manakala barang-barang kering sebahagiannya diletakkan dalam rumah tersebut. Persahabatan kadang –kala tidak mengenali erti nilai duit. Akan tetapi, ada juga mata yang terlalu degil membutakan dirinya malah mencelikkan medan penglihatannya sebulat-bulat sphere matanya untuk menilai harga setiap erti persabatan yang diniagakan. Sampai hujung bulan, sampai bil kepada saudara saya tersebut jumlah bayaran yang perlu dibayar untuk tumpangan setiap kilogram bahan mentah dan setiap isipadu barang-barang perniagaan yang diletakkan walau seinci dan walau sesejuk 1 darjah circious sekalipun di rumah kawan rapat tersebut. Huh… sungguh mendukacitakan hati saudara saya ini mengenangkan bantuan sahabat adalah pelaburan perniagaan yang begitu menjijikan. Mahu memutuskan persahabatan tidak bisa dilafazkan oleh hati kerana itu bukanlah perjalanan keturunan kami. Kesimpulannya, saudara saya itu terpaksa mengeluarkan duit hasil perniagaan yang baru sahaja mendatangkan hasil. Sungguh terkilan.. moga Allah membantu saudara saya tersebut…”
Inilah kisah yang aku jadikan pedoman hidup di dunia ini, moga aku tidak terlibat sama dalam masalah yang sama. Moga aku jadi insan yang peka pada perubahan dan bersedia menghadapi dugaan,inshaAllah.

Wednesday, April 8, 2009

Green is Beautiful

(poster ini menyuruh kita memikirkan apa sebenarnya?? .... literally ? or mmm)

ARIGATOGOZAIMAS....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Selamat Menyambut Hari Kelahiran TRONX -013

Jarang sekali meraikan hari kelahiran sendiri pabila berada dalam dunia luar dari rumah. Kerna aku ini seorang yang introvert, setiap majlis birthday orang lain atau kawan aku, just ignore je. Huhu.. tapi masa mengubah segalanya,inshaAllah.

Andai di rumah hanya keluarga yang raikan dengan hidangan yang typical iaitu sate dan kek. Hehe.. Ok je bagi aku la, yang penting orang lain menghargai,xkisah la nak bagi apa pun,x bagi ape2 pun xpe. Moga Allah merahmati mereka yang sentiasa mendoakan aku. Terima kasih. Ya Allah, bantulah kami yang baru sahaja selesai peperiksaan akhir tahun 3, berikanlah yang terbaik kepada kami.

Kepada mereka yang telah bersusah payah menyediakan hidangan jamuan besday aku, May Allah bless Us. KEK- Hakikat Kelahiran- TRONX-013. Tiada Lilin dan diiringi Doa. Alhamdulillah. Rasanya inilah kali pertama menyambut kelahiran di Kelantan dengan cara yang aku idamkan iaitu secara Islam, doa dan tiada tiup lilin(demand sikit). Ada dua kali tahun ini kelahiranku disambut,iaitu bersama kumpulan PBL 9(bersama 2 orang rakan lain iaitu Ghani dan Own) dan bersama kawan-kawan medic 3(walaupun xsemua dapat datang, busy katanya..)


(KEK MUSLIMIN YANG HADIAHKAN PADAKU... TAKDE LILIN.. HEHEH MAASYOUKKK...!!)



(KEK yang PBL 9 beri,tapi kena kongsi dengan Ghani and Own, cantik la hiasannya, tapi ada lilin.. heheh.. tak tiup pun, diarang yang tiup, maklumlah, kalau aku tiap,alamat ,aku makan sorang je kek ni. hhaha.. xda pengalaman tiup kek ni..)

Artikel 32- Nasihat Diri Untuk Jaga Solat

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

--- Solat Pun termasuk dalam kerja LAST minit juga?----


Memahami hakikat kehidupan ini,sungguh derita hati merasai bebanan jalanan yang tiada batas ujiannya, namun segalanya perlu dihadapi tanpa ada rasa jemu dan putus asa agar kita mampu menjadi insan yang bersyukur. Sedarlah akan hidup ini suatu yang sangat mencabar. Disebabkan itulah aku memahami bahawa Allah menyediakan pelbagai jalan penyelesaian untuk menenangkan hati. Antaranya SOLAT 5 waktu.

Solat fardhu ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh jika kita mahu menjadi insan yang berdarjat tinggi di sisi ilahi. Perlulah difahami bahawa ISLAM bukanlah agama yang mengajar kita melakukan kerja LAST MINIT..!!!!! Tu BUKAN kerja Orang ISLAM.. tapi orang ISLAM mampu melakukan kerja dalam apa jua keadaan tanpa ada keluhan termasuklah kerja last minit. Itulah sepatutnya ada dalam hati kita. Solat sendiri menyedarkan saya akan setiap pekerjaan bermula dengan PERSEDIAAN, GERAK KERJA dan PENILAIAN.


Solat menghendaki kita berwuduk sebagai syarat sebelum solat. Namun,sebagai manusia yang telah hidup hampir dua dekad ini, saya memahami bahawa PERSEDIAAN solat bukan setakat wuduk,tetapi mental,fizikal,spiritual dan emosi. Bagaimana mahu anda menjaga semua ini??? Jika anda berbual sebelum solat??? Tergelak macam Pontianak?? Anda bermain hanset?? Ada juga yang bergurau senda sambil pukul memukul manja kononnya??? Tatkala IQAMAH berkumandang, syaitan pun lari,anda pun jadi NORMAl la balik… macam inikah kita jadi hamba Allah yang kononnya mahu mendapat solat yang khusyuk???? Muhasah banyak-banyak.. kita boleh berlakon khusyuk, muka serius masa solat, pergerakkan yang tenang seolah-olah kita mendapat khusyuk 1000%.. akan tetapi, hati ini bukanlah boleh kita tipu, hati ini ibarat lautan yang sering bergelora. Khusyuk itu pula selalu datang dan pergi. Sukar untuk ditawan dan sukar untuk ditambat. Hanya hati yang sentiasa ingat Alalh mampu memahaminya. Ilmu yang tinggi pula belum menjajnjikan khusyuk, badan yang sihat juga ada kalanya melalaikan. Sungguh sukar mendapat khusyuk. Sebagai hamba Allah,berusahalah mencarinya. PERSEDIAAN solat itu sangat penting. Fahamilah, bersiap sedia sebelum solat dengan tenangkan fikiran,pisahkan fikiran keduniaan, berpakaian kemas dengan bau-bauan harum dan kuatkanlah semangat untuk menjadi MUSLIM sebenar. Jauhilah perkara yang lagho seperti berbual kosong,ketawa dan apa sahaja yang mengganggu ketenteraman hati. Pastikan kita berwuduk dengan sempurna,yang membawa maksud, tidak membazir dan tidak terburu-buru. Pastikan rukun dan sunnah nabi dilaksanakan dalam wuduk.

Kenapa saya katakana Solat termasuk dalam kerja last minit?? Kerana kita sendiri ada kala lalai dan sering kali solat terburu-buru. Bagi kita solat ini boleh ditangguh-tangguh dan bagi yang solat berjamah, sudah tentu merasakan,buat apa nak pergi masjid cepat-cepat,solat mesti belum start lagi, orang semua mesti buat solat sunnat kan. Anda sudah pasti pernah melakukan kerja last minit,buat homework last minit,sudah tentu kita merasa tertekan,hasil kerja pun alar kadar dan tidak sempurna. Memang anda tidak tertekan sangat bila anda mengabaikan solat,tetapi hakikat hati mampu merasakan dirinya itu sangat tertekan kerana jauh dari Tuhan.
Mesej yang saya mahu sampaikan di sini ialah, JAGALAH SOLAT KITA dan LAKUKANLAH SOLAT UMPAMA JIHAD PADA JALAN ALLAH. ..



“Orang-orang bahagia tidaklah mempunyai hal-hal atau pencapaian yang hebat dan membanggakan,tetapi mereka ini sentiasa melakukan yang terbaik untuk diri dan juga orang lain.”

Monday, April 6, 2009

artikel 31- Hidup untuk makan atau sebaliknya?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Mati kerana terlebih makan


"MONTEL, gemuk gempal, gendut atau apa-apa saja gelaran yang diberi, apa yang pasti 'fenomena' berat badan berlebihan merupakan masalah yang melangkaui sempadan agama, bangsa, warna kulit mahupun negara."


Gemuk bukan sekadar menjejaskan penampilan diri malah lebih mustahak ia kerap dikaitkan dengan masalah kesihatan terutama apabila berat badan mencapai tahap obesiti.

Masalah tersebut amat berkait rapat dengan gaya hidup terutama dari segi tabiat pemakanan yang tidak sihat sehingga mendorong kepada timbulnya frasa baru 'mati bukan kerana tak makan tapi mati kerana terlebih makan'.

Begitu pun hasil kajian terbaru oleh sekumpulan penyelidik di Britain baru-baru ini, mungkin membuat sebahagian daripada mereka yang menghadapi masalah tersebut mula memeriksa semua tabiat pemakanan mereka atau berkira-kira untuk mendaftar di mana-mana gimnasium atau pusat kecergasan.
Ini kerana, hasil kajian oleh kumpulan penyelidik dari Universiti Oxford itu mendapati risiko obesiti sama bahayanya dengan merokok iaitu boleh memendekkan jangka hayat hidup seseorang.
Kumpulan penyelidik tersebut telah menjalankan sebanyak 57 kajian yang meliputi beberapa kawasan di Eropah dan Amerika Utara.
Kajian tersebut melibatkan seramai sejuta orang dan tempoh penyelidikan telah berlangsung selama 10 hingga 15 tahun.
Dalam tempoh tersebut, didapati lebih kurang 100,000 orang yang terlibat dalam kajian telah meninggal dunia.

Menggunakan kaedah ukuran indeks jisim badan (BMI) iaitu ukuran yang membahagikan berat seseorang dalam kilogram dan ketinggian dalam meter untuk menentukan tahap obesiti, para penyelidik tersebut mendapati jumlah kematian paling rendah pada manusia yang mempunyai BMI 23 hingga 24 iaitu ukuran normal berat badan ideal.

BMI= (berat dalam kg)/ (tinggi dalam m)²

Dalam satu kenyataan rasmi mereka menyatakan, golongan yang mempunyai berat badan berlebihan mempunyai BMI daripada 25 hingga 29. Manakala bagi yang mengalami obesiti pula, BMI mereka melebihi 30.
Peto yang juga ahli statistik dan profesor di universiti yang sama menemui fakta bahawa mereka yang mempunyai BMI 30 ke atas kehilangan tiga tahun daripada umur mereka sepatutnya hidup.


Keputusan hasil kajian terbaru itu nyata bercanggah dengan satu kajian terdahulu oleh kumpulan penyelidik berbeza, yang menyatakan bahawa golongan yang mempunyai berat badan berlebihan hidup lebih lama daripada mereka yang kurus dan mempunyai berat badan normal.

Bagaimanapun kajian tersebut telah disangkal kerana ia adalah kajian yang telah dibuat antara tahun 1975 hingga 1985 dan kesimpulan tersebut tidak lagi relevan untuk zaman ini.
Kadar peningkatan obesiti semakin mendadak di barat dan menjadi punca utama masalah jantung di barat.

"Adalah diharapkan orang ramai menyedari tentang risiko penyakit yang akan menyerang jika mereka mengalami obesiti dan mengambil langkah segera untuk mengurangkan berat badan dengan cara yang sihat".

"Terutamanya bila diri ini berada di negeri Kelantan, negeri ini memang terkenal dengan pelbagai makanan dan manis-manis masakannya. Apa yang penting adalah berpada-pada dalam melakukan sesuatu. Turuti nafsu tanpa pertimbangan akan binasa badan! "

sumber- Utusan Malaysia

Friday, April 3, 2009

Artikel 30- The Truth is the Truth


Why Allah Commands Muhammad to Read if he’s illiterate
(copyright from http://kelasperadabannabawi.blogspot.com/)

Surah Al Alaq, Q96:1-5 describe the event of first revelation from Allah almighty to Prophet Muhammad during his meditation in Hiraq cave. In the Quran 96:1, Allah commands Prophet Muhammad with the word “Iqra”. The verse is later on mistakenly being translated as ‘Read’ in English translation Quran.





In Arabic, Iqra’ itself indeed give meanings to ‘read’. However, it also means to “Proclaim” messages.
The exact meaning for this word is “the command from God to Prophet Muhammad to proclaim the messages of Islam to the people according to the revelation.”
It is impossible if we command someone who is illiterate to read something from text materials, but it is making sense if we command someone to proclaim the messages which he has been taught.



The Quran makes it clear in Q29:48 and Q7:157 that Prophet Muhammad was illiterate.

For the sake of arguments, if we agree that Muhammad was not illiterate, what does it prove? That he authored the Quran? What then do we say of Moses (P) and Jesus (P) who were not illiterate? Does their literacy prove they authored their respective scriptures?

....wanna get some more?? curious about Islam and comparative religion? .... just click..

http://kelasperadabannabawi.blogspot.com/

Artikel 29- Suatu Cerita

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

‘Mr pseudoCinderella’

Moga diambil iktibar…. Itulah pesan dariku pada diri ini dan juga penjengah blog yang complicated ini…

(Gambar padang USM,sebelah Asrama Putra Nurani ketika subuh)

Suatu malam yang sangat mendebarkan hati aku kerna tinggal 2 hari sahaja lagi,tangan aku akan diuji untuk menulis jawapan bagi memenuhi persoalan masalah perubatan,dengan kata mudah aku akan menduduki peperiksaan akhir tahun 3 pada 29 March 2009. Banyak lagi yang perlu diulangkaji. Memang sibuk dan aku pula menyibukkan diri dengan aktiviti yang orang lain tak nak pergi kalau dah nak dekat exam.

Malam itu,aku baru pulang dari surau untuk majlis ilmu daripada ustaz fatah, aku pulang dengan hati yang tenang,inshaAllah. Aku sendiri merasakan ketenangan itu adalah sesuatu yang indah ketika kerunsingan fikiran menakluki hatiku. Alhamdulillah,moga dipermudahkan urusanku. Aku memulakan strategi study aku seperti biasa, lembaran nota ku selak,memerhatikan ilmu Tuhan yang masih belum kukuasai untuk diuji dalam masa 2 hari lagi. Sedang sibuk menelaah nota, dengan tidak tahu dari mana jatuhnya idea untuk membasuh baju melayu(qurtah) untuk solat jumaat esok,aku tersentak seketika, ‘alangkah bagusnya aku basuh baju qurtah putih untuk solat esok’. Dalam situasi yang lain,hampir terlupa akal ini memikirkan keseraman malam jumaat ini,walaupun ustaz fatah ada menyebut pasal malam jumaat ini dikaitkan dengan perkara-perkara yang menyeramkan. Ditambah lagi,bila bibir beliau melepaskan perkataan ‘klewon’-spesis hantu kot yang aku pun tak pasti tetapi cerita hantu tu bakal disiarkan pada pukul 11 malam ini.

Aku bergegas ke bilik basuh,baldi merah yang sederhana saiznya ku isi air paip kekuningan(pathognomonic air di negeri yang terlindung daripada anasir jahat,inshaAllah) tiga suku,cukup-cukup untuk membasahi benang-benang putih baju solatku. “sekejap lagi aku basuh pula,harap-harap aku tidak lupa,nanti busuk pula baunya” bisik hati kerisauanku. Perjuangan aku untuk peperiksaan diteruskan. Sehelai demi sehelai lampiran nota aku selak dan fahami,hanya tuhan mengetahui kerisauanku ini.
Tepat 11.20pm, aku tetiba teringat untuk membasuh baju. ‘mashaAllah,selamat aku teringat nak basuh’, hatiku bersyukur dalam terkesimanya. Manakan tidak, baju tu untuk solat jumaat aku. Aku mahu memakai baju putih untuk solat jumaat,mahu juga aku mengikut sunnah. Aku menyalin pakaian kepada baju khas untuk membasuh. Aku ni memang cerewet pasal kesucian,walaupun aku ini tidak tahu menjaga kekemasan tempat aku.

Basuhan baju aku juga sangat cepat,lebih cepat daripada biasa, aku mahu menhabiskan sebelum pukul 12. Dalam pemikiran aku adalah nota perubatan yang aku ulangkaji sahaja,walaupun ada kala terselit pemikiran tentang keheningan malam. Tetiba pula datang rasa seram yang tiada aku ketahui dari mana datangnya persaan ini. Namun,aku gagahkan pemikiran aku untuk menhabiskan basuhan, lebih kurang 20 minit selepas itu aku pun sempat menghabiskan tugasan yang jarang orang buat di waktu malam yang sangat tua kurasa di asrama ini. Aku menggengggam pemegang baldi erat-erat dan menuju keampaian di tinggkat 2 sebelah bilik aku. ‘waduh,gawat ni, penuh semuanya’.aku menjeling kearah ampaian di sekitar bilik aku,mencari celah-celah pakaian yang disidai untuk kulabuhkan baju lembabku ini. Namun, semuanya agak penuh,kerna apa agaknya tetiba ampaian ini penuh,aku pun tak tau. Mugkin pemiliknya tak nak angkat pakaian yang dah kering. Fikiran aku mula menampakkan ideanya agar menyidai pakaian di ampaian di bawah asrama putraku yang malam ini mungkin akan dihujani dengan embunan yang sejuk. Aku menuruni tangga satu persatu kerna takut tergelincir dek sandalku yang sudah kehausan bunga di tapaknya. Ketika jasad ini menuruni tangga, pemikiran yang aneh datang lagi, ‘eh pukul berapa ye ni?(mataku melihat jam),ooo.pukul11.48pm. ok lagi ni, hantu keluar kul 12 am kan? Heheh kalau cerita cinderella,dia dah lari lintang pukang ke rumah kerana waktu sudah larut malam.’ Astagfirullah,apa yang aku fikirkan ni. Tetiba hati jahatku menguasai aku. Biarlah terjadi,aku ada Tuhan.

Tempat yang dituju sudah sampai,ampaian yang begitu luas kelihatan kosong. Cuma disepahi dengan pakaian yang bertebaran di bawah ampaian kerana telah ditiup angin kuat. Ada juga pakaian yang tidak diangkat oleh tuannya. Malam ini,bintang tidak aku hiraukan,angin malam pula masih menyorokkan dirinya, cahaya bulan pun samar-samar . Hanya cengkerik yang menjerit-jerit memecahkan keheningan malam. Mungkin pungguk yang rindukan bulan berkabung mendiamkan diri. Sungguh tenang dan sunyi malam ini. Susunan baju aku kemaskan agar cepat kering dek haba daripada panahan cahaya matahari pagi esok.

Sekali lagi,aku terfikir ‘eh takutnya sidai baju malam-malam ni,dah la baju putih berselerakkan, tetiba je nanti muncul pakaian yang boleh terbang,sudah,”,aku mula risau. Debaran aku bukan kepada exam lagi,tetapi pada ilusi yang tak sepatutnya ada. “Alhamdulillah,dah habis pun pakaian yang perlu disidai, takda hantu kot ni,”hatiku kelegaan. Namun,sedang aku mengemas sidaian,tetiba terdengar libasan pakaian lembab semacam untuk mengibas baju yang lembab sebelum disidai. Huh,.. sudah !! bunyi apa ni..!! aku menjerit dalam hatiku.. ya Allah,aku ada mu.aku berserah padamu. Ku toleh belakang memang tak ada orang pun,memang aku pasti tiada orang pun kalau tak toleh,tapi biarlah aku memalingkan mata ini agar aku benar-benar pasti tiada orang. Sah, bunyi ni memang pelik….

Aku terus balik ke bilik macam biasa seperti tiada apa yang berlaku… kerana biarlah rahsia ini tersimpan untuk aku … suatu masa aku akan beritahu..(sekarang ini ,ia menjadi kenangan pada diri ini…)



Pengajaran—janganlah buat kerja sampai lewat malam,mala mini untuk kita berehat dengan memperbanyakkan ingatan pada Allah.

Kuatkanlah hati ini dan yakinlah pada Allah. Dialah Tuhan Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Janganlah pula kita bercakap besar kerana pasti kita akan rugi- bak kata rumateku 08/09, wat gos around comes around….