Monday, March 30, 2009

Artikel 28- Puisi 'Di Suatu Teluk'

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Di Suatu Teluk


Getaran angin itu ada kala membisikan kata-kata,
Hati yang tersimpan ini terus membisu,
Mataku yang berlegar pula kian terpaku,
Merenung arah tuju khayalan melayang,
Di situ ku letak rayuan kerinduan.


Membenarkan hatiku melepaskan kedukaan,
Merelakan ketabahan membuka ruang ketenangan,
Moga kelayuan semangatku terubat kembali,
Dek deruan ombak mencanai tebing di suatu teluk,
Menghembuskan segala keserabutan di celah pemikaran,
Agar hidup ini terus dimaknai warkah kekuatan rabbani.

Hanya di situ tempat kutuju,
Hanya di situ juga kakiku menapak,
Kerana di situlah penghujung dunia mampu kusaksikan,
Melihat sang mentari melabuhkan sinar cahyanya,
Menggelapkan persada dunia penglipur lara,
Membayangi awan gemawan yang gebu keputihan,
Agar sang bintang mampu mengintai di keretakan hening senja,
Moga cahayanya membunga cerah berkelip indah,
Kerana semuanya itu adalah makhluk yang taat padaNya,
Menuruti perintah,tiada engkarnya,
Merekalah bukti kehebatan yang kupuja,
Dipuja kerana hebatnya Maha pencipta.

Teluk di selat terpencil,
Membentuk secebis wawasan,
Bersama keindahan bakungnya,
Memberi nama kemewahan alam,
Moga tertulis sudah catatan ketetapan,
Agar hamba ini menginsafi kehidupan dunia sementara.

Hamba ini di sebuah teluk itu,
Mengimpikan juga secebis harapan,
Agar suatu masa dia mampu mencipta suatu kekuatan,
Kekuatan sepertimana Pahlawan pembebas baitulmaqdis,
Panglima pembakar kapal perang di tengah lautan,
Dan juga menuruti jalan insan pembawa rahmat sekalian alam.
InsyaAllah,Kau rahmatilah diri ini yang mendamba cintamu,
Ya Allah Tuhan Maha Mengasihani,
Hambamu ini ingin memahami hakikat kehidupan..…



(Puisi ini menceritakan Teluk Wawasan, suatu tempat yang kulawati sewaktu aku kebosanan dan kerunsingan, temapt ini seindah biasa sahaja, akan tetapi ciptaan Tuhan semuanya aku kagum... )

Thursday, March 26, 2009

ALL THE BEST-DOAKANLAH KEJAYAAN KAMI

IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL





.... to all my friends, All the BEsT..!!!
we've tried our best... may Allah bless us...
..... if you do something, you will get something.. inshaAllah..
..(-_-)..to try to understand the truth..

Artikel 27- Andai Semuanya Itu Bukan Milikku

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Kalau bukan rezeki kita…


Kalau bukan milik kita, nasi di mulut kan terlepas keluar.
Kalau bukan milik kita, kuih di tangan kan terjatuh jua.
Kalau bukan milik kita,air minuman sebesar cawan kan tumpah,
Andai dia yang ku kasih itu,bukan milikku,maka dia akan pergi,
Andai mereka itu bukanlah sahabat buatku,
maka mereka juga akan meninggalkanku,
Kalau bukan rezeki kita, semuanya pasti bukan untuk kita.


Andai ku tahu,
Memang bukan kepunyaan aku,
Jawapan setepat mana pun yang terfikir, tidak dapat tertulis,
Sekuat mana ingatan pun tidak mampu melafazkan sebutir huruf untuk melengkapkan kekosongan,
Seberat mana buku ditelaah, tidak dapat memenuhi ruang jawapan persoalan di atas kertas,
Kerna itu semua bukan milikmu…

Wahai diri,
Ingatlah, manusia hidup selagi rezekinya ada,
Habis rezeki, maka habislah riwayat.
Janganlah engkau bersedih atas sedikit kehilangan,
Janganlah kau bersedih kerna sedikit pencapaian,
Bersedihlah kamu jika kamu menjauhi Tuhan,
Kerna Dialah yang menetapkan segalanya.
Tuhan tahu ketentuan terbaik untuk kita.
Berdoalah padaNya,tawakal sentiasa.
Apabila hati sudah tunduk menerima ketentuan daripada yang Maha Esa,
Musnahlah kekalutan dunia yang meracuni jiwa.
Terpadamlah segala sengketa,
Menyalakan cahaya ketaqwaan di jiwa hamba.

Ya Tuhan, kau jadikanlah kami dalam kalangan insan-insan yang kau rahmati.
Lembutkanlah hati ini agar menerima segala ketentuanmu.
Hambamu ini lemah dan sentiasa mengharap padaMU...

(Ingatlah saudara kita di Palestin selalu.. mereka adalah saudara kita...)

Tuesday, March 24, 2009

Peringatan 2- Palestin,,, jangan menangis lagi..

Janganlah dilupa saudara kita di Gaza...





(sebagai peringatan kepada mereka yang mahu beringat... gambar di atas sumbangan daripada blog winner never quit)

Artikel 26- If Those Things are Not Mine


IN THE NAME OF ALLAH,THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL

If those things are not Mine


If that thing is not mine, the food that I chew up won’t enter my stomach,
If that thing is not mine, the drink that I have will spill out,
If that wisdom is not mine, how much I read, I can’t get something,
If that girl is not mine, how much I love her, she will refuse me,
If that friend is not mine, how kind is me, I still have no friend.
Are these alleges true?

Not as cruel as you think,
Life is like a cycle,
Today you are sad,
Tomorrow you need to be prepared,
Today you get something,
Tomorrow, get ready yourself to lose something,’

If today you hope for something,
Yesterday you might have been disappointed about many things,
Or tomorrow also, you may be in despair again for anything.

Life is like a cycle,
And we are learners,
Learn how to use our ability to cope with this cycle,
You have known already this life is not as easy as you think,
And yet, why don’t you get ready for that?
How to get ready yourself?
Ready your heart to be a learner.

Sunday, March 22, 2009

Artikel 25- Kepimpinan Rasulullah

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Kepimpinan Rasulullah


Sempena Minggu membugarkan SUNNAH Rasulullah, Ceramah –Kepimpinan Rasulullah daripada ustaz DR Najib. Dalam ceramahnya menceritakan bagaimana hebatnya kepimpinan Insan yang membawa rahmat keseluruh alam ini :


1. Bermula dengan kehidupan sebelum Nabi Muhammad menjadi nabi dan rasul, baginda telah dididik dengan pelbagai situasi yang mengukuhkan kepimpinan baginda. Begitu jauh ke depan nikmat dan rahmat Allah melimpah pada nabi junjungan sehingga tiada siapa terduga akan sebab musabab sesuatu itu berlaku sehinggalah kesannya kelihatan. Jadi, kita sendiri juga hendaklah bersyukur atas nikmat dan ujian Allah. Semuanya Allah berikan demi kebaikan kita.

2. Berbalik kepada kisah tadi, pekerjaan nabi semasa kecil adalah mengembala kambing.
Kebanyakan para ilmuan, berpendapat bahawa kambing merupakan haiwan yang sangat sukar dipelihara. Kerana kambing ini binatang yang sangat degil. Sukar untuk disatukan dan sukar untuk dipindahkan dari suatu tempat ke tempat lain. Pengalaman aku juga, melihat dan membantu nenek aku mengembala kambing menunjukkan sememangnya kambing ini sukar diberi arahan. Bayangkan,apabila 2 ekor kambing,biasanya jantan, yang bertemu selalunya mahu berlawan tanduk,kemudian jika nak tarik kambing ini,mmm melawan macam tarik tiang batu,kambing ni suka melawan. Tetapi, bila aku pandai memujuk kambing ini, maka mudahlah kerja. Pengalaman… oleh yang demikian, kepimpinan rasulullah dalam latihan mengembala kambing ini sememangnya tepat. Walaupun mungkin ada orang memandang hina pekerjaan mengembala kambing ini,tetapi inilah pekerjaan para nabi yang sangat licik pengertiannya. Tiada apa yang keji melainkan seseorang itu melanggari hukum Allah.

3. Keduanya, nabi juga seorang yang amanah dan cekap dalam perniagaan. Ini memberi kepercayaan umum kepada orang-orang di sekitarnya. Sehingga Nabi digelar al-amin. Semasa baginda menjalankan perniagaan Siti Khadijah, baginda telah melaksanakan dengan jayanya sehingga memperolehi keuntungan yang besar. Kujuran baginda menarik perhatian semua orang.

4. Kemudian, baginda juga merupakan insan yang sentiasa bercampur dengan masyarakat dan tidak menyendirikan kehidupannya . Ini terbukti apabila kebijaksanaan baginda terserlah apabila baginda dapat menyelesaikan masalah perletakan batu hajar aswad yang menjadi pertelingkahan pembesar di Makah ketika itu. Kisah-kisah yng diceritakan sebentar tadi terjadi sejak sebelum kerasulan nabi Muhammad.

5. Sifat Sabar juga antara kehebatan baginda semasa baginda melaksanakan tugas sebagai rasulullah. Bayangkanlah ketika baginda berdakwah ke Taif(Toif), baginda telah dilemparkan dengan batu oleh kanak-kanak kecil dan mungkin juga orang di situ. Akan tetapi, baginda sentiasa sabar, agar dakwahnya suatu hari kelak kan dapat diterima oleh mereka.



Banyak lagi ciri-ciri kepimpinan baginda yang masih belum kuketahui. Mungkin suatu masa aku akan dapat memahami erti kehidupan baginda...

Saturday, March 21, 2009

Artikel 24 - Tanggungjawab Sebagai Ummat Nabi Muhammad

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Tanggungjawab Sebagai Ummat Nabi Muhammad



Buat pertamanya, selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad pesuruh Allah.
Ceramah ini disampaikan oleh Dr Basit di Auditorium PPSG,USMkk, Kelantan.
Secara ringkas beliau menerangakn sedikit keistimewaan rasulullah :


Sebelum kita mengikut seseorang,mengasihi seseorang,kita perlu mengenali insan itu. Jadinya, untuk menjadikan nabi Muhammad idola ikutan kita, kita perlu memahami kehidupan dan latar belakang baginda. Namun di sini, aku telah memperolehi beberapa fakta baru untuk diriku dan juga sesiapa yang mahu memahami tetang Rasulullah iaitu:

- Nabi Muhammad sangat istimewa kerana keturunannya,kerana tiada waris atau zuriat yang dilahirkan secara tidak sah. Keturunan Baginda sangat dihormati dan berpangkat tinggi.
- Penggunaan nama ‘MUHAMMAD’ merupakan yang pertama kalinya di dunia. Walaupun masyarakat Arab sememangnya menggemari nama yang indah-indah,akan tetapi nama MUHAMMAD tidak digunakan lagi.


Apa pula tanggungjawab kita pada Rasulullah??

- Beriman padanya.

o Beriman pada rasul bermaksud kita percaya pada nabi, bagaimana?apa buktinya kita percaya? Semuanya terletak pada amalan kita seharian, sama ada kita sanggup melaksanaka arahan Allah dan Nabi atau tidak.

- Kasih dan sayang pada Rasulullah.

o Perlu kita tahu membezakan antara kasih kepada manusia dan kasih kerana ALLAH dan Rasulnya. Abu Talib,bapa saudara rasulullah merupakan orang yang sangat sayang pada Nabi,berkorban demi menjaga keselamatan anak saudaranya iaitu Nabi Muhammad. Beliau kasih kepada nabi bukan kerana ISLAM,tetapi kerana Muhammad adalah anak saudaranya. Maka sia-sialah perjuangan Abu Talib secara kasarnya.

o Bukti kita taat dan kasih pada Nabi adalah kita sanggup mencintai Allah dan Rasulullah melebihi harta,pangkat,keluarga dan sebagainya. Sanggup berkorban demi Allah dan rasulullah. Percayalah, apabila kita sayang pada Allah dan rasulullah, maka ini bukanlah sesuatu yang mendukacitakan tetapi merupakan rahmat yang besar.


Mengapa kita perlu sayang pada Rasulullah?

- kerana ia merupakan arahan daripada Allah
- kerana tidak sempurna iman seseorang andai kita tidak menyayangi saudara kita sepertimana kita sayang kepada diri kita.
- Kerana Rasulullah sangat menyayangi kita, Baginda mendoakan para sahabat dan juga kepada para ikhwani(saudara seislam selepas kewafatan nabi Muhammad.)

Konklusinya…
Hargailah insan yang menyayangi kamu sebelum kamu dilahirkan, kasihlah dia sekasih-kasihnya.. Ingatlah dia.. Dia itu adalah Rasulullah..

Sabda Rasulullah saw "Barangsiapa yang taat kepadaku bererti ia taat kepada Allah dan barangsiapa yang derhaka kepadaku bererti ia derhaka kepada Allah" (Bukhori)

Friday, March 20, 2009

Cerita Pendek - Calon Soleh Solehah

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI




CALON SOLEH SOLEHAH.......

Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang.

Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran. Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu.

“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”

Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku. Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH.

“Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan. Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru,”
“ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ke?” eh, tiba-tiba pula Tok Ayah mengutarakan soalan cepu mas ini. Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar.


“Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah,” harap-harap inilah alasan yang agak kukuh. “Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz..alamat, sampai Tok Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajat..”
“ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada lah jugak jumpa…”sempat juga aku melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng.

Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihanah. Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat! Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini.

“calon isteri yang solehah…orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betul,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topic tersebut. Aku sekadar tersenyum. Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat. Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian.
“Raihanah ada sebarang pendapat?” soal tok ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu.
“sekadar pendapat tok ayah…jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips,”riuh seketika.
“sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,” aku sedikit terkelu.
Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosong aku, tidak terluah.
“nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh. Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu.
“tapi, ada jaminan ke kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” ada qariah muda berani untuk mengutarakan soalan.
“Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.”
Raihanah melepas lelah barangkali. Lalu dia tersenyum. “ teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi,”
“Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga?
“bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.”
Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini.
“hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia…”kenyitan mata Syahid sewaktu menyerahkan surat bersampul ungu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan lamunannya.


Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya, Raihanah.. calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat sarjana Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian calon solehah.

Syukur Ya Allah.
(Ihsan atau sumbangan cerita ini daripada hamba Allah.)
....MASIH MEMAHAMI CERITA INI.. ...

Thursday, March 19, 2009

Artikel 23- Your Mother

IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL

Lyrics -Your Mother
by Yusuf Islam



Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother


Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.


So, Did you care your Mother? Refresh your memory about her. Because she never forgets you.

Artikel 22- Kesabaran Yang Tercabar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Kesabaran yang Tercabar

Sabar itu sebahagian daripada iman,ada juga yang kata sabar itu separuh daripada iman.. tidak kisahlah yang mana betul,tetapi point yang kita nak ambil sabar itu merupakan komponen iman. Andai kita terlepas pandang sifat ini, kemungkinan kita sendiri akan terperangkap dengan dunia yang penuh liku.


Perlu diingat, kekuatan umat islam ini banyak terletak pada kesabarannya. Lihatlah kekuatan ummat islam yang berjaya meluaskan kebenaran Islam ke serata dunia. Lihatlah kekuatan Bilal bin Rabah yang diseksa dengan kejam. Tiada siapa yang larat menanggung seksa sepertimana bilal hadapi, hanya Allah sahaja yang mampu membalas kesabarannya.

Sebagai Ummat nabi Muhammad, bersyukurlah kita sekarang ini walaupun kita tidak dapat bertemu baginda. Kerna, belum tentu kita akan beriman pada baginda, kalau kita hidup sezaman dengannya. Kerana apa?? kerana pada zaman itu, kepayahan,seksa dan dugaan sungguh melampaui tahap kesabaran insan seperti kita ini. Bayangkan kita di zaman yang serba senang. Bila harga minyak naik, semua merungut, bila gula habis di pasaran,semuanya ketandusan dan hilang arah tujuan sehingga membuat rusuhan atas ujian yang sekecil kuman. Andai kita hidup pada zaman rasulullah, makan kita hanyalah sekadar menghilangkan rasa lapar, tiada ayam masak gulai,tiada ikan bakar,tiada sate,semua makanan yang sedap-sedap tiada? Mampukah kita hidup ? mungkin kata-kata aku ini dipermainkan. Aku tidak kisah,akan tetapi ingatlah,kita ini sudah jauh dengan rasulullah, maka hati-hati dalam perjalanan,kerna utusan untuk menyesatkan kita penuh disekeliling pinggang, tetapi, insan yang mahu mengajak kepada kebenaran hanya bisikan sahaja.

Carilah mereka ini(orang-orang yang soleh) sebelum kau terlambat…

Tuesday, March 17, 2009

Penghargaan 1- Buatlah Yang Terbaik

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Semoga Berjaya Dengan Cemerlang Dalam Peperiksaan Akhir Fasa II







Kepada sahabat medical student 3rd year yang menyertai Medical Student Facilitator Team(MSFT), pihak PPD(Pejabat Pendidikan Daerah) telah menghantar e-mail kepada saya dan juga beberapa sahabat lain. Pihak PPD mendoakan kejayaan kita dalam Peperiksaan Akhir ini dan kejayaan dalam apa jua yang kita lakukan demi kebaikan di dunia dan akhirat .(lihatlah gambar yang saya sertakan,itu semua kad ucapan maya yang PPD hantar pada 16 March 2009. ('',) ...)


Doa saya, agar Allah mempermudahkan urusan kita semua. Moga Yang Maha Kuasa akan memberikan yang terbaik untuk kita semua,inshaAllah. Bertawakalah padaNya.



Arigatogozaimas PPD Kota Bharu,Kelantan....


Kepada rakan seperjungan lain, all the BESSSSSSTTT !!!

Monday, March 16, 2009

Artikel 22- To Refresh My Memory About You



In The Name Of Allah,The Most Gracious and The Most Merciful



To Refresh My Memory About You

OCCUPIED JERUSALEM,-- Sheikh Ra'ed Salah, the leader of the Islamic Movement in 1948 occupied Palestine, has warned of a "Zionist scheme" aimed at flattening more than 1,700 houses in occupied Jerusalem during 2009.

Sheikh Salah told a press conference in Sheikh Jarrah neighborhood in occupied Jerusalem on Sunday that he received information that the Israeli occupation authority was planning the demolition of that number of houses.

He pointed out that implementing the scheme would displace more than 17,000 Jerusalemite citizens, adding that occupied Jerusalem was currently passing through the most serious stage since its occupation in 1967.Salah appealed to the Arab and Islamic rulers and ruled to shoulder their responsibilities and save the holy city from the danger of judaization.

EB’’A said….

‘If the Jews from all over the world can support such annihilation done by the Zionist Israelis towards our brethren in Palestine, how would us, Muslims who believe in Ukhwah Islamiyah (Islamic Brotherhood) can just ignore our Palestinian bros and even demean the efforts to help them? ’

source : http://www.palestine-info.co.uk/en/

We are ToGeTher, Palestine, Don’t CRY...

Artikel 21- Ilmu Pada Kaca Mata Kita?

بسم الله الرحمن الرحيم



Ilmu Nurullah atau Ilmu Intelektual

Sebagai insan yang tunduk akan Ketuhanan Allah Maha Esa dan sanggup mengabdikan diri padanya, kita sewajarnya perlu mempelajari Akidah(tauhid),ibadah(fiqh) dan akhlak sekurang-kurangnya. Akan tetapi, setelah semuanya telah kita pelajari,terdengar pula akan amal akan ditolak jika amal itu tidak ikhlas?? Betul x? ikhlas adalah perkataan yang sangat halus pengertiannya. Di mana kita kan dapat mempelajarinya,ilmu berkaitan ikhlas yang merenung jauh ke dalam hati??

Seperti biasa,14 hb March,Sabtu,Kelas tasauf oleh Ust. Nik.

Dalam kelas pada malam ini, beliau membincangkan banyak aspek sebenarnya. Mungkin aku sendiri yang tersasar memahami apa yang nak disampaikan. Maklumlah, hati ini mudah terganggu. Dalam kelas malam yang agak dingin ini,Ust Nik membahaskan tentang Ilmu yang kita pelajari :

Ilmu itu adalah milik Allah. Semuanya adalah milik Allah, jika kita mahu mendapatkannya mintalah daripada Allah. Ini membawa maksud, memang semua orang akan dapat ilmu itu,akan tetapi tak semua akan dapat memahaminya secara mendalam. Terutamanya ilmu Agama. Lihatlah betapa ramainya golongan berpendidikan agama tetapi masih lagi kecundang dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan Islam. Aku ini bukanlah mengutuk golongan agama, malah aku sangat menghormati mereka sehingga aku juga mahu menjadi seperti mereka. Akan tetapi wujud golongan agama yang menuntut ilmu kerna Sijil,kerna Gaji,Kerna Pangkat. Itu semua adalah silap belaka. Sia-sialah amalnya. Jika mereka ini sudah kecundang, apa pula nasib mereka yang tidak tahu untuk mendalami ilmu agama ataupun yang lalai di luar sana? Begitu juga anak-anak yang dihantar ke sekolah agama yang mungkin secara paksa atau rela, kemudian tamat pengajian,suasana yang bertukar coraknya merubah cara kehidupannya menjadi insan yang tiada arah. Begitu ramai yang kehilangan pedoman berbanding yang tetap pada Jalan Allah. Sungguh terkilan. Di mana kekuatan kita semua?

Ilmu yang hanya terletak pada akal dipanggil INTELEKTUAL. Manakala, ilmu yang sampai ke Hati di panggil ilmu Nurullah-Cahaya daripada Allah. Intelektual ini mempamerkan kehebatan manusia dari aspek mindanya. Akan tetapi itu semua belum menjanjikan ilmu yang di dadanya akan masuk ke dalam hati. Bukan mudah ilmu itu untuk sebati di dalam hati. Pelbagai perkara perlu diambil kira. Iaitu, menjadikan Islam itu adalah segala-galanya. Sentiasa ingat Allah. Percayalah pada Allah akan ketentuanNYA. Aku sendiri masih tidak memahami ayat-ayat ini kerana aku pun masih mempelajarinya…

“pernah juga aku STUDY dengan begitu keras sehingga akhirnya aku merasakan tiada apa yang aku pelajari. Hati yang dulunya bersemangat musnah menjadi hampa kerana aku alpa akan Ilmu itu milik Allah. Aku lalai dalam menjaga ilmuNYA, aku bongkak dalam meminta ilmu daripadaNYA. Kini Kesedaran aku,agar menjadikan Rasulullah itu contoh terbaik. Ku mohon, KAU bantulah aku mengikuti sunnah rasulullah agar aku menjadi seperti baginda.”

Perkara kedua,iaitu Ustaz Nik mengingatkan kami bahawa Yakin pada Allah. Berzikirlah padaNya tiap-tiap pagi dan petang. Luangkan masa seketika.bertasbih dan berzikir padanya tiap waktu,tiap denyut jantungmu. Agar segala amal itu terpelihara daripada perkara yang sia-sia. Allah itu lebih dekat dengan kita,malah lebih dekat daripada saluran darah kita. Allah juga bukanlah menyentuh pada dekatnya pada kita tetapi jarakya tidak berenggang.

Fikirkan… manisnya gula kerana apa? kerana gula ada manis atau ada manis itu dengan gula?

Sebenarnya Manis itu bersama gula. Ia tidak bersentuh tetapi tidak jauh daripada gula.. betul?
Allah Maha Hebat daripada apa yang tersirat dalam analogi ini…

Allah berfirman "wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kalian kepada Allah dengan takwa yang sebenar-benarnya" (AliImran:102)

p/s- perbetulkanlah aku andai aku melampaui batasan...

Sunday, March 15, 2009

Peringatan 1- Buah Mulut untuk Tiket Keseksaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Bila MuLUT yang Hina ditafsirkan Dengan Pena atau dan Tulisan.

Memandangkan suara pun boleh diubah ke dalam bentuk tulisan,kini segala bentuk tulisan menjadi media untuk merosakkan pemikiran.
Bayangkanlah apabila wujudnya artikel atau bahan bacaan yang berunsur lawak yang keterlaluan,lawak yang mempermainkan hukum Allah, Lawak yang mempersendakan a’lim ulama dan orang-orang berilmu.. apakah nasib ummat Nabi Muhammad masa kini.?

Wahai penulis, jagalah dirimu daripada melakukan sesuatu yang melanggari Hukum Allah..!!
Tegurlah saya ini dan bersama kita memperbetulkan kesilapan !!
Janganlah Engkau dan juga diriku ini membiarkan kemungkaran itu terus berlaku..!!

Berimanlah pada Hari Pembalasan….

Friday, March 13, 2009

Artikel 20- '13'


IN THE NAME OF ALLAH,THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL
بسم الله الرحمن الرحيم

‘13’

Life is not as easy as you think,
Life is not about you per se,
Life does not tell you the wrong,
Life is nothing if you say it is..

You are the winner who always quits,
You are the winner who ignores the loser,
You are the winner to fulfill your ambition,
You are the only winner who has nobody’s respect.

When the Loser is you, you never accept it,
You never respect the winner,
You never learn something from the loss,
You are also arrogant,


If you wanna know, the wisdom is not my mine and also not yours….. ‘meaningless 13’ is a meaningful 13 to me

Wednesday, March 11, 2009

Artikel 19-To Tell The Truth

IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL
بسم الله الرحمن الرحيم
'To Tell The Truth'

RAFAH, (PIC)-- An Israeli warplane on Saturday(7 march 2009) evening launched an air raid on the Palestinian-Egyptian border area in Rafah, south of the Gaza, inflicting more material damage but no casualties.Local sources told the PIC reporter that an F-16 warplane fired two missiles at an area near to the Rafah main border gate with Egypt targeting tunnels used for smuggling goods into the besieged Strip.The sources pointed out that the raid caused more damage to the already devastated buildings, which were evacuated by their inhabitants due to the ceaseless Israeli air raids.
source : http://www.palestine-info.co.uk/en/


Purposeless ? or purposely?



Sabtu, 07/03/2009 - Pemandu sebuah traktor berbangsa Palestin telah ditembak mati, Khamis petang, di pinggir bandar Malha , Baitulmuqaddis, selepas beliau menghentam sebuah kereta polis dan sebuah bas kosong.Saluran TV Israel berkata bahawa pemandu tersebut menghentam kereta dan bas dengan sengaja lalu mencederakan dua orang polis Israel.Akhbar Haaretz berkata pemandu itu merempuh kereta polis kemudiannya melanggar sebuah bas sebelum seorang anggota polis dan seorang pemandu teksi menembak beliau.Beberapa orang saksi berkata bahawa traktor itu tergelincir dan ia adalah satu kemalangan bukan satu serangan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx

Artikel 18- Sejenak Untuk Kau Berfikir, Hanya Sekilas Pandangan

(gambar masjid USM di kala matahari terbit)


Sejenak Untuk Kau Berfikir , Hanya Sekilas Pandangan !

بسم الله الرحمن الرحيم

Sering kali kita terdengar akan keluhan hati dan perasaan terpapar di dada akhbar dan juga di paparan maya komputer. Khabar itu seolah-olah merelakan perjalanan hidupnya dikongsi bersama. Menceritakan tentang saat suka dan duka. Akan tetapi, apa yang mahu saya sampaikan di sini adalah soal balasan dan juga kelakuan kita. Memang indah membaca tulisan yang dibungakan dengan kata-kata bersendikan perasaan. Pastinya mata kita tergoda memahami ayat-ayat tersebut. Haruslah kita ini mempertingkat kekuatan minda dengan sedikit ilmu memahami isi tersurat,menelaah kandungan tersirat agar akal yang diamanahkan ini terangsang untuk memahami hakikat kehidupan. Bukannya mudah menjadi manusia ini, kita ini ada banyak tanggungjawab.
Bercakap soal kelakuan kita, dalam agama Islam , kita disuruh untuk melakukan kebaikan dan bertaqwa pada Allah. Melakukan kebaikan ini bukanlah sesuatu yang mudah sehingga ada antara kita yang terperangkap dengan kelakuan baiknya sendiri. Pendek kata,selagi ada nyawa di badan, buatlah kebaikan tanpa mengharapkan balasan walaupun sekecil zarah sekalipun. Buatlah kebaikan seolah-olah kamu membantu diri kamu sendiri. Letakkanlah diri anda dalam kesusahan orang lain,bukannya meletakkan kesusahan orang lain dalam kesenangan diri. Ayat ini membawa maksud, kita tidak boleh berpura-pura merasakan susahnya orang lain sedangkan kita yang hidup mewah sentiasa berfoya-foya selepas sandiwara merasai kesusahan orang lain. Itulah kerugian paling nyata yang sering terjadi dan tidak disedari. Ada juga yang melakukan kebaikan atas sebab mengharapkan sesuatu yang lebih baik atau hajatnya tercapai. Ini juga antara adegan yang biasa kita jumpa. Bukannya tidak boleh,akan tetapi rugilah amal,kerana Allah hanya memandang amal yang ikhlas iaitu amal yang dilakukan hanya untuk Allah.
Keluhan ? “mengapa orang melayan aku sebegini sedangkan aku ini telah melakukan yang terbaik untuk mereka. Aku tak harap balasan apa-apa. Aku juga sanggup susah untuk mereka. Mereka ini tidak pernah faham aku.” Anda semua pasti selalu mendengar kata-kata ini. Sekali dengar seolah-olah dia ini umpama malaikat yang paling suci. Akan tetapi, dua kali dengar ,tiga kali dengar dan berkali-kali dengar, pastinya kita dapat tangkap ‘point’ yang mahu disampaikan. Sekilas pandangan sahaja merungkai kata-kata insan ini,iaitu dia mahukan balasan atas apa yang dia lakukan. Tiada salah andai kata-kata ini terluah hanya di hati sebagai muhasabah diri ,jika diri ini melakukan sesuatu yang silap. Masalahnya,jika ia terbongkar di khabaran insan-insan lain. Nampaklah kelemahan kita. Nampaklah ketidak redha dan rungutan kita pada ujian ilahi. Untuk kita meningkatkan kekuatan diri, lakukanlah sesuatu hanya untuk Allah. Bukan mudah untuk melakukan secara ikhlas. Mulalah dari tangga bawah dan terus mendaki kepuncak keikhlasan. Bermula dengan memaksa diri melakukan kebaikan sehingga melakukan kebaikan untuk keredhaan Allah atas rasa tanggungjawab diri pada manusia lain. Di samping itu,mengharapkan kasih sayang Allah. Sedarlah bahawa apa yang kita lakukan,kebaikan yang kita semaikan, kejayaan yang kita tawan,semuanya itu bukanlah hasil kekuatan kita, semuanya adalah daripada Tuhan Maha Kuasa. Jangan jadikan diri ini diperhamba oleh dunia kekeliruan. Fahamilah hakikat kehidupan sebenar. Apa yang membezakan kita hanyalah keTAQWAan pada Allah.

Firman Allah Taala "Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya kejalan kebaikan dan bertakwa mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya, serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)" (Al Lail:17-21)

Firman Allah Taala "Kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu beri makan sebahagian dari apa yang kamu sayangi, dan sesuatu apa yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahui." (Ali-Imran:92)

p/s- artikel ini hanyalah ulasan daripada saya untuk sama-sama fikirkan.. anda bolehlah memberi teguran demi kebaikan.

Monday, March 9, 2009

Artikel 17-Take A Look

IN THE NAME OF ALLAH ,THE MOST GRACIOUS AND THE MOST MERCIFUL

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Take A Look

How are you today? hopefully, we will be in a good health including our physical,mental,spiritual and others... Just wanna show you some photo.. ok..!! take a look..!!









Football field in the morning


Sharing is Caring...so, there are a few photo 'almost' about USM for all my friends and whoever you are :






Below:
The mosque –MURNI mosque or USM Mosque.


Below: My Hostel in the morning...mmm... still sleeping.







Here, I would like tell you that,when I have no idea… mmm I will do something like this… Salam Maulidur Rasulullah.. SELAWAT ATAS JUNJUNGAN NABi MUHAMMAD… and Happy Birthday to E'BA.. arigatogozaimasssssssss.... see you again..

the only person can make nothing to be something is YOU..

Artikel 16 - Wahyu Pertama

بسم الله الرحمن الرحيم

Wahyu Pertama




Wahyu Pertama - Nowseeheart


Terbuka luas kubah langit

Tujuh belas Ramadhan al Mubaraq
Terpancar sinar cahaya putih
Menggetarkan abid yang beruzlah
Bagaikan petir menyambar Gua Hira'
Jibril menghulurkan watikah dari yang haq
Lembar Al-Quran pun bermula yang pertama
Lembar Al-Quran pun bermula yang pertama
Dan bermulalah kehidupan Rasulullah
Menyampai amanah
Dari Tuhan yang memerintah cakrawala
Ditaat disembah
Dan bersaksilah pada dua kalimah
Nan tergantung dikemuncak 'arasy'
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
Yang menciptakan manusia dari segumpal darah
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang pemurah
Yang mengajar insan dengan kalam
Terbuka luas kubah langit
Detik gemilang wahyu pertama

.

Sunday, March 8, 2009

Artikel 15 - Dengarkanlah Bisikan Ini

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengarkanlah bisikan ini..

Hati yang lemah juga mahu bersuara,
Andai aku mampu mengubah segala,
Ku pasti tiada yang akan terluka,
Tiada yang akan kecewa,
Tetapi itu semua tak mungkin,
Kerna diriku sendiri tidak ada daya dan kuasa,
Hanya berserah pada yang Maha Kuasa.


Janji yang kulafazkan terikat setia,
menghambakan diri pada pencipta dunia,
Masa berputar pula merubah segalanya,
menghitung detik mengakhiri perjalanan,
Aku ini insan lemah,
Jiwa aku sering kali berkata..
Andai aku ada kekuatan,
Akan ku bangkit menegakkan kebenaran..

Wahai hati ,
Dengarkanlah bisikan suara ini,
Janganlah dikau menghambakan diri pada sahutan itu,
Janganlah kau menikam aku ini dari dalam,
Kuatkanlah dirimu itu,
kuatan dirimu menentang amarah durjana,
pimpinlah ia pada mutmainah sejahtera,
kerna,
Aku adalah insan yang mendamba kasih sayang Tuhan,
kasih sayang yang tiada berbelah bahagi,
dan,
Mungkinkah aku ini layak disayangi?
Mungkinkah aku ini layak menjadi hambaNYA?
Harapan hati ini ingin menjadi seperti pejuang ISLAM,
Tariq az-Ziyad, Solehudin al-Ayubi, para sahabat,
Namun layakkah aku ini?
Sedangkan insan lain mengatakan hati ku ini jijik,
Hati ini jahat dan hina?
Aku mahu menjadi seperti mereka.

Tuhan,
Bantulah aku, bantulah hatiku yang lemah,
Sesungguhnya tiada daya aku ini mendapatkan redhamu,
Aku berserah padaMU,
Aku tidak mahu keliru lagi tentang dunia,
Berikanlah aku pemutus jalan keraguan ini,
Moga aku akan menikmati manisnya menghambakan diri ini padamu..



Saturday, March 7, 2009

Artikel 14 - Dunia Ini Hina?

بسم الله الرحمن الرحيم
‘‘Di dunia ini, telah ada ciptaan yang amat menakjubkan. Pemandangan indah dan keajaiban ciptaan makhluk yang sementara ini ada kala meracuni iman kita, hanya hati yang tenang menjalani jalan ketetapan sunnah Rasulullah saw sentiasa mendapat petunjuk’’ ……

Saya menghadiri kelas atau kuliah Maghrib di surau Murni pada 17 February 2009.

Ustaz menyampaikan suatu kisah yang berkait rapat dengan tema kuliah malam ini iaitu kisah nabi memberitahu para sahabat berkaitan Dunia. Suatu ketika, ketika nabi berada di pasar, kelihatan seekor anak kambing yang cacat telinganya dan hampir mati (atau telah mati, xberapa pasti).
Nabi mengangkat anak kambing tersebut dan bertanya kepada para sahabat, siapakah yang mahu membeli anak kambing ini? Mereka iaitu para sahabat menjawab kami tidak mahu membeli anak kambing yang hampir mati ini. Andai ia hidup sekalipun, telinganya cacat. Kami tidak mahu. Rasulullah mengingatkan para sahabat bahawa begitulah kalau kamu melihat hina kambing ini, maka Allah memandang dunia ini lebih hina daripada kambing ini.
Mesej yang saya dapat, sebagai seorang insan, kita janganlah terpedaya mengejar kekayaan, harta, pangkat dan kemasyhuran sehingga melepaskan ikatan keagamaan kita. Setiap insan seharusnya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan padaNYA.
Janganlah kita risau akan balasan di dunia sebaliknya kita patut merisaukan apalah nasib kita di akhirat kelak. Walau apa pun kekurangan kita, janganlah sesekali merungut sehingga kita seperti tidak meredhai ketetapan Ilahi. Ingatlah akan janji Allah, dunia ini hanyalah untuk kamu lalu dan memanfaatkannya untuk akhirat.

Artikel 13 - Doa Seorang Hamba

بسم الله الرحمن الرحيم


Doa Seorang Hamba

Doa ini diambil dalam buku kecil Ma’surat-Doa selepas membaca al-Ma’surat:


Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingatiMu (dan menyebut namaMu), hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat)Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)Mu.

Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. (Ya Allah) kurniakanlah kami (din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya (dan mala petaka). Kami mohon (ya Allah), kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami (ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharapkan orang lain selain daripada Engkau sendiri, dan tidaklah kami menyembah selain daripada Engkau (ya Allah).

Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Janganlah, ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ini ditentukan oleh diri kami sendiri walau kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih mudah dan cepat, wahai Tuhan yang memperkenankan pinta, perkenankanlah.

(amalkanlah wirid al-Ma’surat ini agar kita terlindung daripada segala bahaya, insha Allah)

English Version

Prayer of a Servant

This blessing is taken from the miniature book of Ma'surat-Blessing after reciting al-Ma'surat:

O Allah, we seek from Thee indeed, an acquiescent tongue in remembering Thee (and uttering thy Name), and a pure heart in expressing gratitude towards Thee, and a straightforward body in trustworthiness upon Thee. O Allah, we seek from Thee indeed, a complete faith, we seek from Thee an attentive heart, we seek from Thee valuable understanding, we seek from Thee authentic conviction. (O Allah) we seek from Thee a decent way of life, we seek from Thee the salvation (to save us) from all types of calamity (and misfortune) and we seek from Thee an enough wealth so that we may not look forward to other people's. And grant us (O Allah) the genuine faith from Thee so that neither we are afraid nor we are anticipating others but Thee only, and never we may worship others but Thee only (O Allah).

And bestow thy favourable Hand with thy own blessing upon us, upon our family, upon our children and upon those who are with us. And may Thou forsake not ourselves to decide our own destiny even for a second or less (than that period), O Lord who answers (our) prayers, amen.

(do regularly recite this al-Ma'surat in order to stay away from misfortune, insha Allah)

Below is the flash version of al-Ma'surat











Artikel 12 - I'll be there, one day

بسم الله الرحمن الرحيم


“They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze”

Wahai teman, saudaraku di Palestin,
Teguhkan semangatmu menegakkan kebenaran,
Hidupmu pasti bahagia di suatu jajahan akhirat,
Jika syahidmu itu yang kau pertaruhkan.

Wednesday, March 4, 2009

Artikel 11- Something Against All Odds

In The Name Of Allah,The Most Gracious and The Most Merciful


Something Against All Odds.

Nothing or Something?
Friends or foes?
Barriers or challenges?
Problems or chances?
Love or loath?

You are what you think.
The only person that can change your mind is you.
The only person that can give you hope is only you.
The only person that can make you hopeless is also you.
The person that can get you in trouble is also you.





As a human,
Ready for trouble,
And never give up,
Our journey is not 100 miles,
But a million miles.

So, friends,
Open your both eyes to appreciate everything,
Stimulate your brain to think something,
Motivate your heart to raise you up,
Before it is too late,
We need to wake up,
We need to understand that we can do something,
Something that challenge your strength,
To love someone that you hate before,
To cooperate with your ‘enemy’,
Then, you won’t be in hopelessness.
Because you have something,
Something that you’re the only one who really knows it all…




"…dan KAMI jadikan sebahagian daripada kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar(menghadapi ujian itu)..al Furqan:20

Artikal 10- Just to Remind You


بسم الله الرحمن الرحيم

"We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight"


Wahai saudaraku di Palestin,
janganlah dikau bersedih,
kesedihan itu selayaknya adalah untuk kami di sini,
insan yang tidak mampu berbuat apa,
sekadar memboikot dn berdoa,
tidak seperti kalian yang menaruh nyawa dan tenaga,
demi islam tercinta...

Artikel 9 -Cintakan Dunia




بسم الله الرحمن الرحيم

Cintakan Dunia(by Ustaz Nik , masjid Murni,USMKK,USM,sabtu,21/02/2009)

Setelah tamat study group bersama rakan-rakan,saya dan mereka pun bergerak ke masjid murni untuk solat maghrib dan seterusnya menanti kelas yang paling saya minat. Kelas ini dikendalikan oleh Ustaz Nik Ahmad,kelas tasauf yang membicarkan soal hati dan pedoman. Kelas yang jarang dipromosikan.
Sekadar menginsafi detik 40 minit bersama seorang insan yang lebih memahami. Cerita ustaz nik ini bermula dengan kisah cinta dunia:

Kita sebagai hamba Allah yang mahukan kasih sayangnya tidak boleh memandang tinggi kepada mereka yang diberi kekayaan dunia,kelebihan yang mengaburi jiwa dan juga kesetiaan pengikut serta jawatan setinggi langit yang membutakan mata. Hormatilah insan-insan yang dipandang hina oleh dunia iaitu mereka yang mempunyai hati terpikat pada Allah dan sanggup melepaskan nikmat dunia dari hatinya. Mereka ini bukanlah orang yang papa,mereka ini juga bukanlah menolak dunia,mereka ini juga bukanlah orang yang selekeh. Tetapi mereka inilah yang berjaya menawan dunia dalam hati mereka yang meletakkannya di luar jajahan hati. Memagarinya dengan cintakan Akhirat agar cinta dunia tidak mampu menerobos masuk melalui rekahan hati ini.
Fahamilah, insan yang mendapat nikmat dunia ibarat keldai yang diberi bebanan. Semakin tinggi darjatnya,semakin banyaklah bebanannya. Sehingga suatu masa,bebanan itu yang menggangkat keldai tersebut. Janganlah menghambakan diri pada dunia. Kita mungkin berasa kasihan kepada golongan miskin kerna tidak punya apa-apa,akan tetapi, orang yang hebat jiwa nuraninya,merasa kasihan mengenangkan nasib golongan hartawan,lebih-lebih lagi mereka yang sudah menjauhi landasan keimanan yang membawa mereka pada pencipta.
Wahai makhluk yang punyai akal fikiran,ingatlah, di kala ini, banyak ibadat yang boleh dikatakan ‘plastik’. Kerna apa? Lihatlah kepada buah-buahan plastik yang dihias di atas meja-meja makan. Semuanya lebih cantik malah mempunyai struktur yang tiada cacatnya. Namun,alangkah ruginya pemilik itu pabila buah tadi tidak boleh dimakan. Begitu juga bunga-bunga yang tersergam indah menyerikan suasana taman,apabila kuntum-kuntum bunga itu juga plastik, jangankan rama-rama mahu hinggap,kumbang perosak pun,tidak mahu menjejakkan kakinya di atas kuntum itu.Makhluk-makhluk seperi itu juga boleh memahami erti kepalsuan. Begitu juga ibadat kita,apabila tika detik solat,kita membawa segala harta,soal kereta,soal politik,soal tugasan dan soal keluarga dalam solat,walaupun solat itu terlaksana indah di mata manusia,namun,Allah itu maha melihat.Keindahan ciptaan itu terletak pada aslinya mengikut sunnatullah(ketetapan allah) . Begitu juga hati manusia yang perlu kembali pada pencipta agar keharuman hati membangkitkan kekuatan diri untuk terus berbakti. Janganlah kita mencampurkan soal dunia dalam ibadat kita. Ini membawa maksud agar kita tidak menghambakan diri pada dunia,tetapi bukanlah kita menolak dunia.
Kerna tingkat hati manusia ini pasti akan berbeza,namun sebagai insan biasa, kuatkanlah kekuatan diri untuk bertaubat atas segala silap dan kejahilan dulu kala. Paksalah hati untuk mendapatkan kesempurnaan ibadat agar pinta taubat itu membenarkan kita meneruskan langkah menjejaki jalan keredhaan Allah….

Maa’salam…

Monday, March 2, 2009

Artikel 8- Blind Spot in My Mind and My Heart?

In The Name of Allah,The Most Gracious and The Most Merciful

‘Blind Spot' in My Mind and My Heart?


Literally, blind spot in medicine, means the small area of the retina (a part of the eye) where the nerve fibres from the light-sensitive cells lead into the optic nerve. In this area, no rods or cones cells, hence it does not register light. Those sentences actually wanna tell you that blind-spot is an area of your eyes which unable to see the object.



But, does the heart have its blind spot ?? or our mind creates its own blind spot to get rid from stressor?? Can you answer this simple question after you see the pictures below??

Did you see these pictures before ? Who are they? And where are they now?What’s wrong with them?


What’s that? Ready to fight? The Big with weapon versus the Small with nothing? Who will win?


Friends, can you see, this is the construction or destruction?




Why did they kill people who have no wrongs?Why did they think other people are their target to cast down their bombs or bullets?Why? Did they do something that hurts you? If no, why this happened?



If yes, why this young boy had been killed?His friends could only stare on his face, and hope he can wake up…But, it is impossible unless….. the war is stopped immediately..!!




Did you hear her voices?The sadness and sorrow voices..Look and STARE at her face!! What do you feel?And put yourself in her place?? What do you feel?




To All my friends, I just wanna remind myself and also yourself, that we need to help our friends in Gaza. Please, do something than do nothing!! Please, strengthen your spirit to help them.Don’t allow your heart to blind your eyes ! Don’t allow your heart to blind your mind !Teach your heart to feel others’ feelings..So, you will see there is something in your blind spot..
Remember your friends in Gaza….
May Allah bless them.