Saturday, February 28, 2009

Artikel 4- Ilmu Hati Untuk Hati

بسم الله الرحمن الرحيم
Ilmu Hati untuk hati??


Kebersihan adalah sebahagian daripada Iman?? Maksudnya?? Bersih fizikal atau bersih batin?? Atau keduanya??? Renung-renungkan??


Senario: orang bukan Islam membersihkan halaman dan ruang di dalam rumah mereka sehingga tiada sampah kelihatan.. adakah mereka ini beriman??? Atau pengecualian kepada islam sahaja? Kenapa perlu ada pengecualian?? Atau sememangnya definisi kata-kata tersebut bukannya secara lateral sahaja???

Kelas tasauf anjuran Pusat Islam USMKK,15 hb February 2009. By Ustaz Nik.

Mesej:


1. Peringkat atau darjat hati seseorang itu bergantung pada kefahaman terhadap ajaran Islam secara mendalam.
2. Memang banyak para ilmuan islam masa kini yang maju pada zahirnya tetapi masih jauh dalam peningkatan darjat hatinya.
3. Bagaimana untuk menaik taraf level hati kita??? Ustaz nik menyampaikan ilmu yang dipelajarinya iaitu bermula kita melakukan amal kerana takut azab Tuhan. Kemudian ,naik ke peringkat melakukan amal kerana untuk mendapatkan kasih sayang Allah dan redhanya.
4. Orang yang melakukan ibadah kerana takut akan azab Tuhannya, mereka ini akan diberi Hidayah agar menjadi insan yang lebih baik,kemudian,dia akan diberi ilmu untuk memahami islam,juga Allah meredhainya.
5. Di samping itu juga, para ibadat atau kita sendiri perlu memahami dan menghayati setiap amal kita. Kerana syirik dalam amal juga wujud walaupun kita faham mengenai islam dan banyak melakukan amal. Antaranya melakukan amal ibadah kerana mahukan bidadari syurga,mahukan nikmat syurga bukannya Allah sahaja. Contoh seterusnya, ahli ibadah melakukan amalnya untuk membuktikan bahawa dia ini paling baik –riak dalam ibadahnya.
Manakala contoh yang paling menimbulkan pertanyaan dalam diri saya sendiri iaitu seseorang yang melakukan banyak amalnya untuk memastikan dia ini telah melakukan amal yang banyak,so!! Cukup saham dan bekalan untuk ke syurga. Perlu diingat bahawa,syurga atau neraka bergantung pada Rahmat Allah. Allah tidak memandang kepada jumlah amal yang kamu lakukan tetapi kepada keikhlasan dalam beramal.

6. Ustaz nik juga memberitahu, ada juga golongan ahli ibadat yang melakukan ibadahnya kerana ingin mendapat kasih sayang Allah dan redhaNya semata-mata. Akan tetapi,di antara mereka ini ada yang tersangkut dalam penilaian ibadahnya.. kerana apa?? Kerana mereka merasakan diri mereka ini mempunyai kekuatan untuk melakukan ibadah.(contohnya-aku ini melakukan ibadah kerana mahu mendapat redhaNYA,biarlah apa pun berlaku,aku mampu melakukan ibadah dengan kekuatan aku demi mendapat kasih sayangNYA. Di sini,mereka ini yakin dirinya mempunyai kekuatan. Sedangkan kita tiada daya melainkan dengan kekuatan yang Allah beri. Ingatlah. )


p/s- memang sangat susah untuk memahami ayat-ayat yang saya tulis ini,kerana untuk memahami ilmu hati(ilmu tasauf), bukanlah sesuatu yang mudah. Ditambah pula ciri-ciri yang Allah berikan kepada saya iaitu seorang yang complicated. Tetapi saya dah susun ayat di atas agar mudah difahami. InsyaAllah. Sila tegur kalau saya tersasar dalam menyampaikan mesej tersebut.

Friday, February 27, 2009

Artikel 3-Antara Dua Ego


Antara Dua Ego


Persoalan dan pertanyaan banyak memberi pengalaman.
Sebagai manusia biasa pastinya kita mempunyai ego. Lebih- lebih lagi apabila bergelar teruna..laki-laki lebih sikit maksud saya.. :P Sebagai pelajar, setiap pertanyaan atau soalan daripada seorang guru itu sememangnya menjadi suatu penyeksaan.Kalau dapat jawapan tak pa la,tapi kalau xdapat..
mmmm…. Memang stresss….
Apa yang mahu saya katakan, kita perlu menerima ilmu dalam pelbagai cara.Persoalan itu sebenarnya,ujian atau pengalaman yang sangat mendalam.Dari situlah ,kita, as a student try to learn and understand about something.Jadi, janganlah tertekan jika ada orang ‘sparing’ or Tanya kita sesuatu.
Ego sebagai manusia lemah ingin membenci sebarang stressor.
Namun, ‘ego’ insan yang mahu mencari ilmu, memandang positif setiap
sesuatu.

Inilah yang dimaksudkan antara dua ego. Ego menurut kelemahan atau ego memperbaiki kelemahan.



"Bukan semua yang kamu benci itu tidak baik untuk kamu,dan bukan semua yang kamu suka itu adalah baik untuk kamu…"


Artikel 2- Peringatan Pada Insan Yang Mahu Mengerti

Peringatan Pada Insan Yang Mahu Mengerti


السلام عليكم ورحمة الله وبركات
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد



Dan daripada ibnu Umar ra katanya, Rasulullah saw telah menepuk bahuku serta bersabda "hendaklah engkau jadi di dunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan." Ibnu Umar ra berkata, jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati." (AlBukhori)



Kehidupan sebagai insan yang mahu menuntut ilmu sememangnya mencabar apabila kita diuji dengan pelbagai urusan yang bertali arus sehingga melalaikan kita akan utusan waktu yang datang dan pergi.
Dalam suasana kita menuntut ilmu, menangguh tugasan merupakan seksaan paling nyata untuk kita pada masa hadapan.
Nabi kita berpesan agar pelihara waktu kita.Biarlah kita merasa tidak selesa untuk seketika demi kebahagiaan berpanjangan. Ini membawa maksud agar kita bersabar dalam melaksanakan tugasan sebagai hamba Tuhan yang mahu mencari keredhaanNYA.

Semoga kita berada pada jalan yang benar….

Artikel 1- Setenang Air di Kali, Sesyahdu Angin Sepoi-sepoi Bahasa

بسم الله الرحمن الرحيم
Setenang Air di Kali,sesyahdu angin sepoi-sepoi bahasa







Mungkinkah angin yang sepoi-sepoi bahasa istiqamah dalam menghembuskan nafasnya?Mungkinkah juga air di kali akan mengalir setenang biasa?

Atau semuanya mengamuk melepaskan tekanan pada sekitar.

Begitu juga hati yang sememangnya sentiasa bergelora.

Hati yang lemah seperti sampan di tengah lautan di malam yang tiada bintang.

Sentiasa dihempas badai dan tiada pedoman untuk menentukan arahnya.

Hati kita sentiasa bercelaru,kadang kala kita sendiri stress!

Seperti yang saya fahami, untuk mengubati hati, ilmu tasauf perlulah dipelajari.Ilmu ini banyak menerangkan segala hal berkaitan hati agar kita mampu mendekati pada tuhan maha pencipta.

Guruku pernah mengatakan:
‘tak semua orang akan mahu mempelajari ilmu tasauf,andai mereka datang pun,hanyalah untuk memenuhkan ruang, Kalau mereka dengar sekalipun,belum tentu akan masuk ke hati. Andai sampai ke hati,belum tentu akan menjadi sebati”

Kata-katanya membuatkan saya ini tersentak memikirkan,apakah nasibku ini sebagai hambaNYA??

Ketekunan kita untuk mencari rahmatnya,kesungguhan kita melaksanakan ibadah,dan juga keperitan kita menjalani hidup sentiasa diperhatikan oleh Tuhan. Banyakkanlah tawakal. Allah itu Maha Adil. Inilah kata-kata yang saya pegang agar hidupku aman.

Mukaddimah- Salam Pertemuan



(terunatelukwawasan.blogspot.com.)

Objektif Penubuhan Blog

-berkongsi segala bentuk maklumat.

-menerima segala bentuk teguran agar sama-sama mendapat manfaat.

-meningkatkan kekuatan diri dalam pelbagai aspek.




Seuntai kata pembuka bicara....

Teluk Wawasan

Nama lain bagi tempat ini adalah Teluk Bakung.

Tempat yang paling saya suka lawati setiap minggu pada petang hari apabila ada kesempatan, terutamanya ketika bercuti di kampung halaman.

Tempat ini bukanlah secantik pantai irama atau pantai cahaya bulan di Kelantan, air laut di sini keruh.

Tempat ini sangat kurang membangun.

Seperti di tempat lain, di sini juga selalu ada pasangan yang dimurkai Tuhan tetapi dirahmati syaitan maha durjana… pasangan yang tiada ikatan pernikahan.

Saya ke sini, untuk mendapatkan ketenangan, tatkala petang tiba saya akan menaiki motor atau berbasikal ke sini.

Melihat Kebesaran Yang Maha Esa,

Memerhati ombak yang berderai,

Merasai hembusan nafas angin laut,

Terasa diri ini sangat hampir padaNya,

Kerana aku ini hanya insan biasa,

Yang mahu memahami hakikat kehidupan

“SALAM Pertemuan… Moga Allah membimbing saya dan juga saudara dalam menunaikan perintahnya..

Sesungguhnya aku memohon ampun atas segala kesilapan yang telah,sedang atau bakal aku lakukan, ya Allah. Aku juga bertawakal padaMu setiap apa yang aku usahakan.”