Wednesday, December 23, 2009

Putar atau Pusing


Sama sahaja… Roda Tetap Roda..

Ketika aku kecil dahulu, aku selalu berlagak dan suka cakap besar. Contohnya, aku berani pergi ke belukar seorang diri, tak takut dengan guru besar sekolah rendah dan lain-lain lagi. Sedangkan itu semua hanya kata-kata untuk menguatkan semangat aku sahaja. Sifat aku sebenarnya adalah penakut. Pelbagai cerita lucu tentang sifat ini,tetapi di sini bukanlah medan untuk berkongsi cerita itu untuk ditertawakan. Cukuplah ia menjadi rahsia buat diri dan sesiapa yang terlibat.


Suatu ketika dulu, ketika aku berbual dengan nenek aku, aku punya la cerita akan kehebatan aku dalam exam dan berjaya kalahkan kawan-kawan yang pandai. Mulalah aku 'bongkak' pada nenek aku. Masa kecil dulu,manalah ada kesedaran soal sifat mazmumah ni. Lagipun, dengan nenek sendiri ,sesekali aku juga mahu bergurau. Akhirnya, dalam kebongkakan aku itu, tiba-tiba,terlafaz di mulut nenek aku bahawa , “yelah tu, hidup ini ibarat roda,kejap kita kat atas,lepas tu kita kat bawah la plak”. Aku punyalah tidak serius dengan nenek aku itu, “ tapi, li(bukan nama sebenar) akan berada kat atas je, kalau roda tu turun,li akan cepat-cepat naik atas jangan sampai turun bawah”. Aku katakannya dalam nada gurauan. Bagi aku, walaupun ia suatu kata-kata, sehingga hari ini aku ingat lagi. Akhirnya aku mengerti akan kata-kata nenek aku itu yang aku 'permainkan' suatu ketika dahulu.


(ihsan gambar daripada sahabat, Aman)

Berada di atas itu memanglah indah, ada kala kita akan jatuh juga,bukan kerana kita yang mahu,tetapi ia ketetapan yang kita tidak mampu elakkan. Siapa yang mahu kalah? Sedangkan yang mahu mati pun ,dalam hatinya,takutkan kematian. Begitu juga yang kononnya mulut melebur-lebur kata, "aku mahu gagal la” hakikatnya,di dalam hatinya, begitu besar harapan mahu lulus dan takutkan kegagalan. Manusia penuh dengan penipuan. Itulah hakikat manusia yang jiwanya tidak pernah disucikan tentang tauhid pada Ilahi. Begitu juga diri ini,masih jauh dalam perjalanan untuk kembali padaNya...

Sebagai insan biasa, usaha kita kepada kejayaan itu hendaklah lebih daripada orang lain, andai ketetapan kita telah ditentukan(jatuh), terimalah dengan sebuah senyuman dan ketenangan tanda keredhaan kita.


Semoga kesabaran kita mampu menjadikan kita hamba yang disayangi. Allah sentiasa memberikan yang terbaik buat kita.





Saturday, December 19, 2009

Kata-kata sahaja...

Tenang


masalah yang dikirkan hanya memerangkap diri....
sahabat yang dinanti pula mengeruhkan lagi kejernihannya.....
biarlah hati ini terpaut dalam daerah cintaNya....



perjuangan dan pengorbanan.....



sekadar memori yang tidak akan kembali..........

Sunday, December 13, 2009

Sampah

Patuhi Arahan.

11 haribulan Disember, aku bersama empat orang sahabat aku yang lain oncall di Bilik Bersalin. Nampaknya malam ini, semuanya lelaki yang oncall. Sebabnya, jadual asal yang sepatutnya ada pelajar perempuan telah diganti dengan pelajar lelaki tanpa diketahui antara satu sama lain. Tidak mengapa,kerana di bilik bersalin ada jururawat perempuan sebagai ‘cepharon’(peneman).
Ketika tugasan dilakukan,iaitu menyambut bayi, semua arahan mesti difahami dan mahir agar perjalanan prosedur itu lancar dan selamat. Namun, bukan setakat untuk menjalankan procedur menyambut kelahiran sahaja perlu difokuskan tetapi juga selepas prosedur utama itu iaitu dari segi kebersihan. Semua alat yang tajam wajib dimasukkan ke dalam ‘sharp bin’ iaitu tong khas untuk alat yang tajam seperti jarum dan branula. Aku ada kala memandang peraturan ini sebagai suatu disiplin yang tiada apa-apa pengertian. Sehinggalah malam tadi, ketika aku memerhatikan seorang wanita yang membersihkan dan menggantikan plastic tong sampah selepas ibu bersalin,barulah aku terfikir sesuatu . Dia telah mengambil bungkusan itu dan mengikat plastic itu dengan erat,ada kala terpaksa dipadatkan agar muat plastik itu mengumpulkan semua sampah. Dalam hati, “ Ya Allah, andai ada yang tersilap masuk jarum ke dalam tong sampah sisa klinikal itu, pastinya mengundang derita buat insan-insan ini”.
Mereka bertugas walaupun kerjanya sebagai pencuci lantai,atau pemungut sampah, semuanya tiada beza dengan kita. Malah mungkin,mereka lebih bahagia dan sejahtera dari kita. Namun, mereka yang bekerja di hospital, risiko untuk mendapat kecederaan tercucuk jarum yang telah digunakan amat tinggi jika kita sebagai pengamal perubatan tidak mengambil endah akan peraturan.


Pernah aku tersilap masuk sisa klinikal ke tong sampah biasa kerana tidak perasan kedudukannya yang bersebelahan. Masa itu, jururawat yang tegur. Aku terus mengambilnya semula kerana sampah itu berada di permukaan sahaja(mudah di ambil),dan memasukkan semula ke dalam tong sampah klinikal. Bagi sesetengah orang, mereka tidak akan bertolak ansur untuk mengambil semula sampah itu kerana terasa hina untuk mengambil sampah yang telah dibuang. Bagi aku, kalau aku silap, aku mengaku dan buat apa harus aku malu. Suatu masa dahulu pun, aku bermain dengan sampah untuk mencari tin kosong, botol dan sebagainya untuk kitar semula.
Itulah pengertian peraturan yang ringkas tetapi member makna yang besar andai kita patuhi. Pekerja yang menjaga kebersihan ini, lebih peramah dan sentiasa tenang dalam menjalankan tugas. Walaupun sekotor mana, muntah,najis dan sebaginya, mereka pasti lakukannya dengan mulut yang diam tanpa merungut dengan mulut sehingga didengari oleh orang lain. Kita ? pastinya merungut tanpa henti kerana menegakkan hak kononnya.


Malam ini juga, aku akhirnya berjaya memahirkan diri dalam beberapa procedure walaupun sudah beberapa kali tidak berjaya atas sebab aku kurang yakin dan tidak mahir. Ada kala tidak berjaya itu mengajar kita teknik yang tertentu yang kita sendiri akan fahami. Tepat pukul 6.15am,aku bersama yang lain pulang ke bilik selepas selesai menyiapkan tugasan terakhir.

Tuesday, December 8, 2009

Lagu(Lirik lagu)


Suatu Masa


Bagaimanakan ku mula
Tiadakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berhelai helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua dan ku buangkan jauh
Dari pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara kepadanya



Warna warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Apakah kau rasakan apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suci ku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima


p/s- cinta dunia hanya sementara... cintalah Ilahi kerana cintanya membawa kita kepada sayang pada makhluk yang lain...

Friday, December 4, 2009

Murah hati

Hidup Untuk Memberi


Tidak susah untuk menggembirakan orang lain.

Mungkin hanya dengan kata-kata, mungkin hanya dengan senyuman atau doa.



Berilah kegembiraan itu pada orang lain kerana kegembiraan itu juga akan datang pada kita semula.



Monday, November 30, 2009

Empat Hari


Sambil Menyelam Minum Air

Bermula cuti hari khamis sehingga hari ahad,setiap saat dan masa itu umpama air sejuk untuk orang yang dahaga. Begitulah aku menghargai saat cuti ini untuk aku mengulangkaji pelajaran dan mengeratkan pertalian keluarga serta sahabat. Namun, lebih daripada sasaran aku,aku dapat bertemu dengan guru sekolah lama,cikgu kimia SMKDO. Alhamdulillah. Sekurangnya,dapat juga aku mengetahui keadaan sekolah lama aku.Walaupun,buku dan nota hanya dapat dibelek ketika malam dan petang,aku bersyukur kerana masih mampu ingat pada pelajaran. Berbanding mereka yang tidak balik rumah, rezeki mereka untuk belajar di hospital pastinya berganda andai tiada masalah. Apa-apapun, masing-masing dengan ketetapannya.
Raya korban tahun ini, aku hanya duduk rumah sahaja kerana tiada kenderaan untuk pergi korban. Lagipun,hari hujan pagi itu menambahkan berat badan untuk bergerak memikirkan alternatif lain. Cuti ini,hanya bertemu sahabat sahaja.


Pengalaman sahabat aku menjadi MA(Medical Assistant)
Sahabat aku seorang ini memang nakal sedikit bila berdepan dengan aku. Aku bakal memegang jawatan doktor manakala dia telah bekerja sebagai MA. Jadi,secara logiknya,dia telah alami alam pekerjaan yang agak penuh dengan tekanan. Katanya,sungguh stres bekerja. Kena marah? Kena buli? Kena peril? Pesakit mati? Semuanya telah dirasai. Selamatlah dia dapat bercuti raya puasa yang lalu,kalau tidak naik gila rasanya. Dia juga tidak sabar untuk melihat aku bekerja kerana mahu melihat aku tertekan dengan keadaan kerja. Secara jujurnya, keadaan sekarang ini pun telah memberi petanda awal alam pekerjaan aku. Jadi,bermula sekarang ini, aku telah memikirkan langkah untuk mempersiapkan diri ke alam pekerjaan agar,minda,fizikal dan segalanya berada dalam keadaan stabil dan terkawal. Diharapkan pekerjaan aku tidak menjauhkan aku pada pencipta. InshaAllah, segalanya kuharapkan padaNya untuk membimbing aku.


Sebagai pelajar perubatan pun,aku juga mengalami tekanan juga, bila kita tidak mampu untuk menelaah buku yang mencakupi pelbagai bidang dan diluar jangkaan kita. Di mana panduan untuk belajar? Di mana panduan yang harus aku ikut? Memang semuanya ada,tetapi buat aku dan mungkin rakan-rakan yang lain, kami agak keliru dan tidak biasa dengan perkara tersebut. Kenapa? Kerana aku dilahirkan dalam keluarga yang kurang mahir dalam bab pengajian di university dan tiada saudara rapat yang dapat mengajar soal kehidupan di university. Aku tahu, semua orang akan berkata seperti ini, tetapi jika mahu dibandingkan dengan yang lain, aku ini umpama musafir yang memegang peta tetapi tidak mampu menafsir peta tersebut kerana kurangnya ilmu dan pengalaman.


(bersama cikgu kimia SMKDO di Carefour Batu Pahat,Johor )

Cabaran yang mendatang,harus dijalani dengan tabah. Kuatkan semangat dan ingat pada Yang Maha Esa. Khusyuklah dalam solat,sesuatu yang sering dilupai ketika hati bergelora membelek masalah. Semakin jauh khusyuk itu,semakin jauh hti ini akan beroleh ketenangan.






Friday, November 27, 2009

Perjalanan Yang Harus Diteruskan


Redhalah






Ada kala kita merasa kita malang,
Ada kala kita merasa yang kita ini hina,
Selalu dibenci dan tidak disayangi,
Sedangkan segalanya hanya ujian untuk meneguhkan kekuatan hati,
Sehingga ujian itu tamat,kita masih di takuk lama,
Masih tidak mampu menghadapi realiti ujian,
Akhirnya,perkara yang hampir sama berlaku,
Masalah yang serupa datang menguji kita,
Lantas kita mengenang memori lama,
Rasa hampa dan dukacita menyalut kembali hati yang diuji,
Dan berterusan sehingga kita mampu menghadapi ujian tersebut…
Sedangkan jika direnung kembali,
Cita-cita dan matlamat kita setinggi gunung…
Namun,tidak mampu menghadapi ujian hanya setinggi bukit…

Bertenang dan merasakan Allah itu sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita,
Adalah kunci ketenangan dalam mengahdapi ujian,
Allah tidak pernah kejam,
Berjayalah orang yang khusyuk dalam solatnya,
Kerana ketenangan dalam mengabdikan diri itu
Bakal dikecapi untuk seluruh hidup kita…
Percayalah akan kehidupan ini hanya untuk Allah,
Allah berikan segalanya…
Tapi kita hanya mensyukuri segelintir sahaja,
Ayuh,usahalah untuk mensyukuri nikmat Ilahi sepenuhnya…








Saturday, November 21, 2009

Pengalaman Tidak Tidur Malam Hari

Bermalam Di Ward

18 November 2009 bermula jam 6 pm, bermulalah sesi ‘on-call’ untuk pelajar perubatan tahun 4 yang dipostingkan di jabatan Obstetric and gynaecology(O&G). Hari ini,aku bersama 3 orang lagi menjalankan rutin tersebut. Harapan kami,agar dapat belajar banyak malam ini. Berkobar dan ada kala bercampur rasa takut bila kita masih pelajar perubatan dan pergi belajar dengan doktor-doktor yang lebih berpengalaman,memang banyak yang perlu dirisaukan. Maklumlah, sistem belajar mereka dengan kami sekarang berbeza sedikit rasanya, saya pun tidak pasti. Yang saya pasti,jumlah pelajar perubatan dahulu lebih sedikit daripada sekarang ini yang semakin bertambah dan mengurangkan kualiti pengajian. Akan tetapi, andai bilangan pelajar perubatan itu diturunkan, apakah aku masih berada di sini? Siapakah aku ketika ini? Persoalan yang tidak perlu dijawab kerana masa sudah berlalu.

Seperti biasa,aku datang tepat 6pm dan terus berjumpa senior untuk bertanyakan soal on-call di O&G,walaupun dah hampir 4 kali orang member taklimat pada aku,tetapi,aku minta lagi untuk diberi taklimat. Kerana bagi aku,pengulangan itu adalah bagus untuk otak aku yang agak lambat mengadaptasi di tempat baru.

Satu persatu kemahiran dan tugasan aku pelajari,namun masih banyak lagi yang perlu aku perbaiki. Ketika masuk sahaja di ward bersalin, sungguh banyak pantang larangnya bermula dengan mengenali setiap perangai orang yang bertugas di ward sehinggalah peraturan khas yang dibuat sendiri,bermula dengan sebesar ward sehingga sekecil pil pun tidak boleh di pandang remeh. Semuanya ada makna. Malam ini,aku cuba berlatih untuk on-call dengan bersungguh-sungguh kerana banyak yang boleh dipelajari bila kita ada kemahuan. Pesakit(ibu mengandung sebenarnya) pula tidak berhenti-henti datang untuk bersalin. Jadinya, persediaan juga perlu dilakukan. Sebagai pelajar perubatan, aku juga kenalah mempelajari segalanya. Mungkin bila aku menceritakan pengalaman aku kepada kawan-kawan,ada yang segan dan ada yang tersenyum sendiri. Biarlah semuanya, kerana aku juga seorang insan lemah yang mahu belajar dan seterusnya menjadi orang yang mampu mengubah dan menjadi perangsang kepada perubahan orang lain. Itulah aku.



Dalam berurusan di sini, banyak juga perkara yang ada kala menyakitkan hati jika kita tidak tahu memahaminya dan ada juga yang menggembirakan apabila terdengar suara mengatakan…
“ terima kasih doktor(aku) ,terima kasih nurse.. selmatlah baby saya. Syukurlah”
Walaupun aku masih pelajar perubatan lagi. Aku wajar meningkatkan kualiti pengajian perubatan aku demi pesakit pada masa akan datang.











Pesanan seseorang buat diri …

“ sekarang ini kamu berada di bidang perubatan atau apa-apa bidang sekalipun, minat atau tidak kamu kena teruskan untuk menjadi apa yang sepatutnya”

“kalau kamu mahu menjadi seorang doktor, kamu mesti berusaha lebih gigih daripada orang lain, kerana doktor itu suatu pekerjaan dan tanggungjawab yang amat berat. Be proactive!”

“ kalau kita mahu menguasai sesuatu kekuatan,kenalah bermula dari bawah agar kita tahu apa yang kita perlu tahu untuk mengatasi segala kelemahan yang ada”



Saturday, November 14, 2009

Pra-O&G Posting

"Berfikiran Terbuka dan Proaktif"

12 hb November 2009, Khamis.Hari ini hari yang terakhir aku di posting Neuroscience dan baru sahaja melepasi ujian bertulis posting ini. InshaAllah semuanya lulus kalau tiada apa-apa hal. Lantas,posting seterusnya ialah O&G iaitu berkenaan ibu yang mahu bersalin dan soal sakit puan. Katanya,sungguh sukar juga untuk menghadapi posting ini. Aku pun hanya berusaha dan berserah pada yang maha kuasa. Malam ini, aku berhajat mahu ke ward bersalin untuk melihat kelahiran.(secara berdepan dengan saat kelahiran. )

Lebih kurang pukul 10pm aku sampai di ward 1Nilam,HUSM. Aku bersama rakan yang lain di ajar serba sedikit mengenai posting di ward bersalin. Agak lama meninggalkan ilmu berkaitan sistem pembiakan manusia ini,jadinya,agak berkarat otak untuk mengingat kembali. Alhamdulillah, segalanya dapat kukenalpasti akan kelemahan diri dan apa yang perlu aku pelajari. Sungguh tertekan andai kita merasai diri ini sudah pandai dan tidak mahu belajar daripada kelemahan. Itulah ‘ketumbuhan’ yang wujud di dalam lubuk hati aku sejak aku sekolah menengah lagi kerana ia bermula sejak aku belajar sendiri demi mencapai keputusan cemerlang tanpa ada bantuan orang lain. Saat itu, tiada siapa yang dapat membantu kerana tiada kemampuan mengajar aku dan tidak ada semangat belajar yang serius dalam kalangan rakan-rakan aku. Aku ketika itu bertekad menyendiri dan belajar satu persatu dengan banyak bertanya pada guru. Sejak dari situ,lahirlah perasaan bahawa aku bangkit atas usaha aku sendiri dan buat apa insan lain di sisiku? Tidak perlu. Akhirnya ,aku tertekan atas kesilapan dalam member pertimbangan. Kesilapan itu,aku kenalpasti ketika pengajianku di matrikulasi lagi. inshaAllah,aku mampu berubah sedikit demi sedikit.



Berbalik pada cerita hari ini,setelah diberi taklimat ringkas oleh rakan,aku terus belajar bagaimana melakukan prosedur terhadap pesakit. Aku memang lambat sikit bab perkara baru ni. Kemudian sempat memerhatikan beberapa ibu melahirkan anak. Secara jujurnya,itulah pertama kali aku memerhatikan secara lebih dekat dan sebagai pelajar perubatan,kami kenalah tahu lebih banyak tentang proses dan bagaimana memberi rawatan. Bukan sekadar memerhati. Itulah yang aku kena tahu malam ini. Matlamat aku ke ward untuk mengenalpasti apa yang perlu aku tahu dan apa yang perlu aku lengkapkan pada diri.



Bagaimana payahnya seorang ibu melahirkan anak dan bagaimana seorang suami menemani isterinya,serta bagaimana anak keluar daripada rahim ibu. Semuanya disaksikan pada malam ini. Ketika saat anak itu keluar bersama tali pusatnya, betapa lega ibu itu memanjat kesyukuran pada Ilahi. Ditambah pula,apabila bayi itu berbunyi dan menangis menggambarkan masa depannya bermula dengan baik. InshaAllah,bayi itu selamat dilahirkan. Hati aku pula merasakan bahagianya sepasang suami isteri itu mendapat insan baru dalam keluarganya. Semoga mereka menghargai kelahiran ahli baru itu dengan penuh ketaqwaan.

Sebagai pelajar, usaha mesti lebih gigih dalam menimba ilmu Tuhan. Carilah keberkatan dalam menuntut ilmu,moga kita beroleh rahmat dari ilahi. Berfikiran positif dan banyakkan bersabar. Biar kita tidak tahu sekarang,jangan tidak tahu pada masa akan datang.


Friday, November 13, 2009

"Ada orang tu antisosial"

Sendirian

Mengapa aku menyendiri ?.....

"Antisosial..!! sombong..!! kerek!! Poyo..!! Berlagak betul..!!"

Lali sudah telinga aku mendengar suara yang suka menyakitkan hati orang lain yang aku tiada sakitkan hatinya kerana sikap aku yang suka menyendiri. Lantas, bila mulut aku bersuara pula,terasa sakit pula hatinya dengan kata-kata tajam aku yang lahirnya daripada kata-katanya yang telah terbenam dalam di sudut hati. Apakah mereka peduli? Tidak bukan. Itulah, rahsia kegagalan adalah untuk memuaskan hati semua orang itu. Perlulah kita sedar,kata-kata tajam itu bukanlah disengajakan tanpa sebab. Semuanya bersebab. Bayangkan anda yang mahu berubah,tiba-tiba dicemuh dan diperli, pastinya semangat anda akan tergugat. Namun, sebagai manusia biasa,kita wajib bersedialah untuk menghadapi cabaran atas perjuangan yang kita bawa.
Kini, aku yang yang telah mencecah umur lebih 20 tahun ini,sentiasa memikirkan akan sikap suka menyendiri. Akhirnya, terdetik satu persatu jawapannya. Mengapa aku suka bersendiri,sedangkan aku suka berkawan ramai?

Bayangkan apabila kita bersama rakan-rakan yang pelbagai ragam hati budinya. Sudah pasti ada yang berperangai buruk dan ada juga yang berperangai baik. Hati yang kukuh pendiriannya akan terselamat daripada pengaruh yang tidak baik. Begitu juga sebaliknya. Kawan-kawan yang baik untuk mereka yang baik dan begitu juga sebaliknya. Andai kita tersilap pilih kawan,sudah pastinya kita terhumban dalam lembah kehinaan di sisi Allah. Aku mengerti akan kelemahan dalam diri ini, yang lahir dalam keluarga yang serba sederhana tetapi masih mampu hidup dengan usaha yang gigih. Apa yang kawan ada,kita tiada, apa yang kawan kita ceritakan tentang pengalaman melancong,kita pula tiada cerita,apa yang kawan kita makan,kita pula tidak pernah merasainya,dan banyak lagi. Bukan untuk menyalahkan sesiapa, segala yang ada sekarang adalah hadiah atau nikmat dari Tuhan untuk kita. Jadinya,daripada berterusan merasai kekurangan,biarlah kita menyendiri buat seketika dan teruskan fokus dalam pengajian kita. Persaingan kita bukan pada harta keturunan tetapi usaha kita.Alhamdulillah, segalanya sudah berubah menjadi lebih baik.



Aku sedar akan betapa aku menjadi begini dan aku juga perbaiki segala kelemahan itu dari masa ke semasa. Aku tidak mahu berada di takuk kehinaan. Berseorangan itu banyak membantu aku menjadi seorang yang berfikiran jauh, merancang masa aku dengan lebih baik dan menjauhi aku daripada perkara yang sia-sia. Sehingga aku mencecah umur 22 tahun ini, masih ada juga yang mengatakan aku ‘anti-sosial’. Tidak mengapa kerana aku telah bersedia menempuhi alam bermasyarakat. Mungkin dahulu aku belum cukup kekuatan lagi. Aku berdoa agar Allah memberi yang terbaik untuk diri dan juga orang lain. Bersendiri itu juga mungkin ketetapan Ilahi untuk melindungi kita daripada anasir yang tidak baik. Sedangkan Nabi Muhammad juga suka menyendiri di Gua Hira’ ketika mudanya untuk mendapatkan ketenangan.

Namun, bersendirian itu banyak kelemahannya terhadap diri aku sehingga membuatkan aku tertekan. Biarlah suatu masa nanti,aku berjaya mengatasinya. Bagi aktiviti berkumpulan juga,aku agak kurang proaktif kerana kelemahan aku. InshaAllah,zaman di universiti ini, semuanya telah hampir berubah kerana aku telah banyak belajar daripada rakan-rakan bagaimana berurusan dengan orang di sekitar.

Kesimpulannya,aku mengambil keputusan menyendiri ketika dulu kerana aku tidak bersedia lagi bercampur dengan mereka,kurang keyakinan diri, tidak mahu membazir masa dan mahu menjaga hati ini daripada berbicara perkara yang melalaikan. Hari ini, inshaAllah, aku belajar untuk menghadapi semua masalah itu dengan lebih baik. Usahlah menekan orang yang mahu berubah seperti aku ini kerana khuatir mereka akan berputus asa dan bagi aku,tiada putus asa kerana orang lain.

Perjalanan hidup ini ada kala mempunyai ‘pattern’ yang berulang iaitu jalan cerita yang sama tetapi berlaku pada masa,tempat dan orang yang berbeza. Itulah yang aku mengerti ketika hidup ini sering kali mendapat masalah yang hampir sama dan aku pula semakin mahir menjalaninya. InshaAllah. Memang tiada siapa yang akan dapat menguatkan hati dan diri ini melainkan usaha kita atas izinNya.

Sunday, November 8, 2009

Gambar Kenangan

.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Yang Berlalu Tidak Akan Kembali

(Berlatar belakangkan sawah padi di Kampung Cherang Hangus, Bachok, Kelantan ketika program CFCS)

(gambar berlatar belakangkan Teluk Wawasan yang penuh dengan paya bakau )



(Gambar di pantai irama- bersama gambar kecil rakan-rakan sekolah menengah SMKDO)


Ada kala sesuatu yang berlalu itu memberi kita jawapan atau klu kepada soalan-soalan pada masa akan datang....

terima kasih sahabat-sahabat sekalian atas tunjuk ajar padaku yang masih merangkak dalam kehidupan....

Saturday, November 7, 2009

Hujan

Payung dan Solat Jumaat

6hb November 2009,Jumaat. Hari ini aku seperti biasa dengan rutin membasuh pakaian yang dikumpul sejak 5 hari waktu kuliah. Sungguh meletihkan. Ditambah pula cuaca mendung dan melembabkan udara di sekitar. Maksudnya,aku kena menjemur semua pakaian dalam bilik. Aku mendapat bilik untuk dua orang dan setiap hujung minggu,rakan aku itu akan pulang ke rumahnya di Bachok. Jadi, bolehlah aku menyidai pakaian di dalam bilik ini sesuka hati. Kalau tidak,sukar juga untuk mengeringkan pakaian. Orang merantau di negeri orang kenalah menghadapai cabaran yang baru.


Selesai semua, ketika aku mahu solat jumaat tengahari ini, agak lambat sedikit persiapan aku. Akhirnya ,ketika kaki aku menjejaki jalan keluar dom aku,tiba-tiba sahaja berderai hujan dengan lebatnya seolah-olah memberi kejutan pada aku bahawa aku tidak boleh pergi ke masjid. Aku tersentak sejenak,dah dua kali aku terkena macam ni. Sebabnya aku terlewat beberapa minit sahaja. Lantas aku pergi mencari payung,sasaran aku payung yang besar dan lasak. Aku bertanya hampir semua rakan aku berbangsa cina,namun tiada yang dapat membantu. Jalan terakhir, aku dengan selamba mengetuk bilik budak cina yang aku tidak mengenalinya,kerana di luar biliknya terdapat sekaki payung yang bewarna hitam dan lasak seperti yang aku idamkan. Lantas,aku bertanya dan meminta izin untuk pinjam sekejap. Alhamdulillah,dia beri keizinan walaupun macam berat sahaja mahu memberi pinjam. Payungnya memang lasak dan harganya mungkin mahal juga.

Sekerat jalan sahaja aku menggunakan payung ini bersama rakan aku untuk ke masjid besar. Seorang senior aku telah berhenti dengan kereta mewahnya untuk membawa aku ke masjid. Nikmat betul. Tidak sia-sia usaha aku untuk ke masjid ini kerana dipermudahkan. Hujan di Kelantan ini sungguh lebat dan tidak menentu. Khuatir pula aku andai banjir besar akan berlaku kerana ramai penduduk di sini yang rumahnya pada paras banjir. Semoga Allah menyelamatkan kita semua.

Ketika perjalanan, aku terfikir, mungkin hujan lebat sebegini tidak mewajibkan seseorang itu untuk ke masjid, tetapi bagi aku. Aku telah dikurniakan akal dan kudrat untuk mencari jalan ke masjid. Zaman pula telah berubah dengan kemudahan yang canggih. Tidak ada alasan untuk berbaring tidur lena ketika orang lain berbasah kuyup ke masjid atau mendengar lagu atau menonton video ketika khatib membaca khutbah. Jihad orang zaman dahulu sehingga sanggup berkorban nyawa. Sedangkan aku? Apa yang aku sanggup buat? Setakat hujan lebat yang tiada ribut pun sudah malas hendak pergi ke masjid. Payung yang ada hanya satu. Penggunanya ada dua. Jadi, andai tergerak ke kanan maka kawan di kiri akan basah,begitu sebaliknya. Tangan yang memegang payung juga satu, andai pemegang payung berjalan laju,maka kawan satu lagi akan basah. Pergerakkan juga kena searah dan sama-sama lajunya. Kesefahaman dalam melakukan sesuatu penting untuk mengelak sebarang kepayahan. Kita boleh sahaja melihat orang yang tidak sabar dan degil ketika dalam keadaan sebegini,juga mereka yang pentingkan dirinya. Entahlah, manusia di dunia ini sungguh mengelirukan. Terpulang pada seseorang untuk menghadapinya dengan kaedah tersendiri atau orang lain. Itulah hakikat dunia yang kita perlu faham.


(Masjid Kubang Kerian yang menjadi salah satu masjid untuk solat jumaat)

Friday, November 6, 2009

Medic 1


Lumbar Puncture(LP)

p/s-Artikal ini bercampur bahasa melayu dan Inggeris .

LP ini merupakan prosedur untuk mengambil cecair CSF iaitu cecair dalam bahagian sistem saraf kita. Sering kali disalah tafsir oleh masyarakat bahawa LP ini merupakan procedur yang menunjukkan nyawa pesakit itu berada dihujung tanduk iaitu penentuan sama ada hidup atau mati. Padahal, prosedur ini hanya penyisatan untuk mengenalpasti punca sebenar penyakit untuk rawatan lanjut. Mungkin dulu,ia kebetulan kerana kebanyakan pesakit yang datang dan melibatkan procedure ini dalam keadaan yang agak serius. Namun tidak dinafikan sekarang ini, kesedaran untuk menjaga kesihatan telah meningkat.

Mengapa perlu melakukan LP ?
Biasanya LP dilakukan setelah beberapa ujian(test/investigation) yang kurang risikonya,telah dilakukan tetapi perlu dipastikan dengan LP untuk kepastian. Antara keperluan atau indikasinya:

1. Suspicion Meningitis – LP diperlukan untuk melihat White Cell count(cel darah putih) dalam cecair cerebrospinal fluid(CSF).

2. Suspicion of subarachoid haemorrhage – pendarahan dalam bahagian otak. Walaupun CT scan boleh menunjukkan lokasi pendarahan tetapi ada kala CT scan tidak dapat menunjukkan pendarahan setelah pendarahan itu berlaku lebih sehari dan pesakit memiliki symptom sakit kepala, seizure atau lain-lainnya.

3. Suspicion of central nervous system diseases like gullain-barre’ syndrome atau carcinomatous meningitis- LP untuk melihat kewujudan penyakit ini.

4. Therapeutic relief of pseudotumour cerebri- iaitu tekanan dalam kepala(intracranial pressure) meningkat,pesakit ada symptoms sakit kepala yang amat sangat, tetapi CT scan tiada menunjukkan apa-apa. Jadinya, LP diperlukan untuk mengurangkan tekanan dalam kepala dengan mengeluarkan sedikit cecair dalam bahagian saraf tunjang kerana CSF akan mengalir ke dalam saraf tunjang juga.


(LP procedure)


Dalam sesetengah kes,LP ini sangat merbahaya (contraindication) dalam :

1. Tekanan /ICP yang tidak seimbang dan terlalu tinggi kerana LP boleh menyebabkan herniation(bahagian otak yang mempunyai tekanan tinggi akan ditolak ke kawasan yang rendah tekanannya melalui lubang/foramen .Ini menyebabkan kerosakkan bahagian otak tersebut).
2. Penyakit kulit papa bahagian yang mahu dicucuk(LP area).

3. Masalah pembekuan darah/Coagulopathy.


Bagaimana melakukan LP ?

Kebenaran atau consent diperlukan untuk prosedur ini.
Pesakit akan diterangkan bagaimana prosedur ini dilakukan,risiko dan faedahnya.
Pesakit akan baring atau dalam keadaan duduk dengan membengkokkan badan seperti kedudukan bayi dalam kandungan(fetal position).

Kawasan untuk LP akan dikenalpasti, iaitu bahagian L3-L4 atau L4-L5( kawasan tulang belakang,lumbar vertebra ke-3 atau ke-4) kerana di kawasan ini, kedudukan saraf tunjang hanya pada L1-L2, kawasan LP ini hanya memiliki saraf seperti bebenang yang tersusun seperti ekor kuda. Bagaimana nak tahu kedudukan L4/L5 atau L3-L4? Dengan merasa tulang pelvic(tulang punggung). Kedudukannya yang searas dengannya ialah L4-L5. Penanda diperlukan untuk menetapkan kedudukan dengan tepat.

Kemudian,antiseptic solution(cecair iodine) akan disapu untuk sterile kawasan LP,dan dibiarkan kering sebentar.


(LP needle (jarum lumbar puncture), agak panjang . mengandungi 2 komponen iaitu jarum dalam(stylet) untuk mengelak tertarik saraf disebabkan tekanan negatif dalam jarum semasa jarum ditarik keluar dan jarum luar untuk guide puncture.)

Selepas itu, Jarum LP akan dicucuk sehingga titisan cecair (CSF) keluar. Sebanyak 3 atau 4 botol kecil diambil bergantung pada ujian yang mahu dilakukan. 10 titisan setiap botol sahaja diperlukan.Cecair yang diambil tidak menghabiskan cecair yang berada dalam badan.

Komplikasi LP :

1. Headache(sakit kepala)- akan pulih dalam 2-3 hari selepas itu. CSF dalam badan dalam 150ml.
2. herniation.
3. Infection (jangkitan jika tidak menjaga kebersihan LP)
4. kecedaraan saraf kecil jika kecuaian berlaku. Jarang berlaku.


(Tulang belakang manusia)

untuk maklumat lanjut.. http://emedicine.medscape.com/article/80773-treatment

Thursday, November 5, 2009

Fikir-fikirkan



Peringatan Buat Diri Sendiri


p/s- Orang kata.. cerita paling membosankan adalah cerita tentang diri kita sendiri. betul ke? Aku rasa mungkin betul. Jadinya, sesiapa yang berfikiran demikian, maafkan aku, kerana blog ini banyak catatan daripada pengalaman diri. Blog ini sebagai otak kedua aku untuk menyimpan pengalaman silam.


5 November, Khamis, antara hari-hari di penghujung tahun 2009. Pagi ini,setelah aku mengikuti kelas Lumbar Puncture, aku ke bilik pembedahan,OT bersama dua rakan aku,berpakat ke sini untuk mempelajari sesuatu. Pesakit tersebut memiliki ketumbuhan pada saraf tunjangnya, (sch+ epndy). Maka pembedahan untuk membuangnya dijalankan.

Inilah , pertama kali aku berada di bilik pembedahan selama hampir 5 jam untuk menyaksikan pembedahan di samping membantu doktor Neurosurgery. Memang banyak yang aku pelajari dari pengalaman ini. Kami juga ponteng kuliah untuk ke sini , bak kata seorang doktor yag pernah aku terima rawatannya, ‘ponteng sahaja sesekali kuliah andai ada peluang yang baik atau kamu ada masalah yang perlu diselesaikan. Kuliah dalam bidang perubatan ini tak akan habis’. Sebab itulah aku berani ponteng kali ini.Dulu, aku selalu meninggalkan peluang keemasan kerana menuruti sistem yang ada kala tidak sesuai dengan diri.

Ketika pembedahan dijalankan,dari situlah satu per satu organ atau tisu di badan manusia aku perhatikan dengan jelas sehingga tulang belakang dikerat untuk mengeluarkan ketumbuhan atau tumour dalam saraf tunjang. Akhirnya, saraf tunjang itu dapat aku perhatikan,jalur putih dan dihujungnya bercabang seperti benang putih yang tersusun seperti ekor kuda,(cauda equina). Allah Maha besar, saraf yang sekecil benang itu memainkan peranan yang besar dalam tubuh. Hanya manusia yang tidak sedar akan tanggungjawabnya terhadap penciptanya yang telah memberi kekuatan,tetapi tidak mahu mengabdikan diri.

Setelah lapisan yang membaluti saraf tunjang dibuka dengan mengerat salutan itu secara teliti. Ketumbuhan yang ada dapat diperhatikan dengan lebih jelas di tempat yang telah disyakinya melalui ujian radiograh,CT scan. Setelah hampir 5 jam kemudian, barulah,siap procedure pembedahan dan pesakit siap untuk dihantar ke ward. Mungkin kesakitan ketika pembedahan itu tidak dirasai,tetapi setelah bius habis di badan, pastinya sedikit derita akan dirasai kerana procedure tersebut. Hanya kesabaran menjadi kekuatannya. Aku sungguh kagum pada mereka yang menjalani pembedahan ini kerana beranai menghadapi kesukaran dan kesakitan demi masa hadapan yang lebih baik. Ibarat bekorban sedikit demi kebahagiaan masa akan datang. InshaAllah.


Pengajaran hari ini, aku perlu berani menghadapi kenyataan hidup,sanggup bekorban, tenang dan belajar dengan lebih bersemangat untuk membaiki kelemahan diri.

Adakah kita layak menerima darjat yang lebih tinggi sedangkan usaha kita hanya sedikit ?

Adakah kita sanggup merasa kejayaan seorang diri dengan merasa diri ini adalah seorang yang bijak dan pandai ?

Tidakkah kita terfikir ilmu yang kita ada hanya setelah kita berbincang dengan rakan-rakan, jarang sekali mutlaknya terletak atas usaha kita?

Wednesday, October 28, 2009

Realitinya aku 'unconcious'


Aku stres rupanya….....


Sudah hampir seminggu aku tidak menulis diblog ini,bukan kerana aku merajuk atau malas,tetapi kerana aku terhenti di tengah perjalanan. Sudah beberapa kali aku mencuba untuk ‘post’ artikel walaupun pendek, tetapi hakikatnya,aku tiada berkemampuan kerana merasakan ada yang tak kena. Sehingga hari ini pun aku masih dalam keadaan yang kurang stabil. Hari ini aku menjalani peperiksaan psychiatry setelah sebulan berada di sini. Alhamdulillah, perjalanan peperiksaan tadi tidak diganggu langsung oleh stress aku. Aku memang bersyukur. Selalunya,bila aku stress,perasaan itu terbawa-bawa sehingga aku menjalani exam. Jadi, sebab itu, aku akan menjauhi sebarang pergaduhan ketika hampir peperiksaan,mula bersangka lebih baik,tenang,jaga makan dan minum dan segalanya. Apa yang penting,aku akan kembali pada pencipta dengan lebih sedikit daripada kebiasaannya kerana kelalaian aku. Kerana masa atau jangka masa yang mendebarkan itu pastinya mengundang stres dalam hati, hanya kepada Allah kita mengharap.

(ketika mula-mula belajar menunggang kuda)

Seminggu telah berlalu dengan pelbagai kerenah diri dan orang disekitar. Pelbagai buah mulut dihadiahkan kepada hati yang tengah tertekan menambahkan bebanan diri. Mulalah badan akan bermasalah dengan tidurnya,makan dan keletihan. Muka pula akan mula menunjukkan kita tertekan dan masam. Focus kita akan terbantut dan mudah pula memarahi orang lain tanpa sebab yang munasabah. Kesemua itulah yang akan dialami bila seseorang dalam keadaan stress.Aku juga tidak ketinggalan dalam merasainya juga. Akan tetapi, aku bukanlah orang yang hidup kerana dunia, aku ada akal untuk berfikir secara hikmah dan menuruti arahan Yang Maha Esa. Aku sedar selera aku juga berubah, tetapi aku kawal makanan aku agar tidak membazir atau aku yang tidak menjamahnya. Kesihatan badan wajib dijaga. Aku sedar juga, fokus aku terganggu dan sukar mendapat hasil daripada study aku. Akan tetapi aku insan yang mahu belajar memahami kehidupan sebagai hamba Allah. Hidup ini pastinya akan diuji. Hari yang dijanji pasti akan datang.

Semalam,ketika hati mula gelisah ditambah pula aku yang mahu exam, hatiku mula mencari jalan keluar daripada keadaan stres ini. Lantas, aku duduk sebentar dan imbas balik kata-kata guruku, ‘ hati yang mati itu sukar untuk khusyuk dalam ibadahnya. Bagaimana kamu dapat hidupkan balik hati itu ialah dengan banyakkan ingat Allah ,berzikir padaNya’. Aku pun mula tersentak dan ingat kembali padaNya ketika dalam keadaan tertekan ini. Ketika di surau,aku berfikir sejenak, “kenapa aku harus tertekan? Esok pula aku akan exam,Argh! Takutnya !”. Hatiku mula menjawab, “ kenapa aku perlu takut dengan exam? Buat sahaja yang terbaik yang kamu mampu lakukan. Kamu takut pada manusia? Mengapa? Sedangkan kamu buat perkara yang dibenci Allah,kamu tidak pernah rasa bersalah atau takut? Mengapa? Tidakkah kamu rasa aku mempermainkan tauhid kamu?” aku terdiam dengan kata-kata aku sendiri. Azamnya, aku terus lupakan gementar aku,aku lupakan tekanan aku, kemudian hidupkan amalan aku,husnuzan dan terus mulakan hidup dengan lebih kuat. Bersangka baik pada Allah.

Pagi ini 28 Oktober 2009,aku disuruh oleh Prof untuk mencari pesakit dan membentangkan kes tersebut. Huh.. aku mengeluh seketika,bukan kerana apa, sebabnya kedua-dua pesakit yang aku bertanya secara baik menolak permintaan aku. Pesakit pertama itu menolak dengan mukanya yang begitu bengis pada aku,dan yang kedua pula,menolak secara baik dan kelakar pula. Kerana,pesakit tersebut memberitahu nama penyakitnya pada aku, awal-awal lagi. Jadinya, aku terpaksa cari kes lain. Kes ketiga pula, sangatlah rumit dan aku pula dah mula pening. Sebagai jalan penyelesaian,aku bertanya pada pesakit, ‘apa yang doktor beritahu pada pak cik mengenai masalah pak cik?”. Kemudian,dia menjawab, “ doktor pun tak tahu nak diagnose apa?”. Kemudian,namanya dipanggil untuk masuk ke bilik. Aku mengambil kesempatan untuk mencari pesakit lain. Pesakit keempat, Alhamdulillah, sangat bekerjasama dan baik. Semoga Allah memberinya kekuatan menjalani hidupnya. Aku dapat menyelesaikan tugasan aku dengan aman dan tenteram. Kemudiannya,menyusun ayat sebentar dan membentangkannya pada Prof. Memang pengalaman bersama prof agak berbeza,bila soalannya diaju ibarat aku telah khatam membaca buku setebal kamus Dewan Bahasa . Memang agak sukar bagiku kerana aku bukanlah pelajar yang cemerlang dalam mencari jawapan yang rumit. Hanya sekadar pelajar biasa yang menuruti jalan sebagai pelajar perubatan yang tiada panduan perjalanan. Hanya naik sekapal bersama yang lain. Aku punya akal,dan aku tidak akan biarkan akal aku tidur dalam lenanya.



Akhirnya, barulah aku memahami erti stres dalam erti kata lain pengalaman untuk dirasai sebelum aku memahami orang lain. Banyak lagi 'rempah' kehidupan yang aku belum merasai.

Thursday, October 22, 2009

Pandangan Untuk Difikiri

Pengalaman Di Bengkel Mengurus Stres

22 hb Oktober 2009, Khamis, hari ini aku bersama rakan dari kumpulan 7 ,yang dipostingkan di jabatan Psychiatry telah diamanahkan untuk mengadakan Bengkel Mengurus Stress. Hari ini, terasa ingin menulis pengalaman aku di sekolah Wakaf Baru Kota Bharu Kelantan. Biasalah,segala yang berlaku pasti akan aku catatkan dalam memori kedua aku iaitu blog ini.

Segala yang dirancang telah dapat aku laksanakan dengan yang terbaik berdasarkan pengalaman yang aku timba bersama MSFT. Sejak beberapa hari ini, aku seolah ketandusan idea untuk menulis sama seperti blogger lain yang sama-sama dalam kumpulan aku. Entah mengapa aku jadi begini,tiada aku ketahui. Cuma,biarlah hati ini tenang pada Ilahi. Objektif program kali ini ialah untuk berkongsi cara menangani stress agar mereka mampu menjalani masa hadapi dengan lebih bersedia. Seramai 13 orang pelajar tingkatan 3 lepasan PMR telah berfasilitatorkan aku dan rakan perempuan ,Jin lee.


Sememangnya,sukar untuk mengatasi halangan dalam membentuk perhubungan komunikasi(ice breaking). Namu, segala tips dan pengalaman lalu banyak mengajar aku untuk menarik perhatian mereka,sehingga aku rasa mereka menghargai apa yang aku katakan. Tidak kisahlah andai mereka tidak mahu mengikut kata-kata aku ,tapi mesej yang aku mahu sampaikan itu telah dimasukkan dalam fikiran mereka melalui beberapa aktiviti aku yang agak unik berbanding rakan yang lain kerana aku menggunakan kaedah teori dan scenario ditambah pula aku telah ada pengalaman bersama Team Fasilitator MSFT,USM yang kini diambil alih oleh Persatuan Sains Perubatan. Teori disampaikan dengan mesej yang disusun dalam sistematik agar pelajar atau adik-adik memahami. Setiap mesej akan ditekankan dan diulangi agar mereka faham. Setelah itu, aku memberi mereka situasi yang sebenarnya menceritakan perihal masalah mereka sendiri dan menyuruh mereka selesaikan menggunakan cara yang telah diajar melalui teori. Alhamdulillah,mereka memahaminya.

Bahkan, kaedah yang aku sampaikan kepada mereka tentang stress dalm bengkel ini memang jauh menyimpang daripada skema yang ditetapkan oleh ketua kami kerana aku tidak mahu perjalanan bengkel ini umpama robot . Secara jujurnyanya, aku kurang tekankan pada mereka perihal bagaimana stress mengubah sistem badan(bukan memandang rendah tetapi ada mesej yang lagi penting diutamakan ) kerana level mereka tidak mungkin memahami lagi secara terperinci dan ini bukan sahaja memeningkan mereka,tapi mungkin kurang menarik perhatian dalaman mereka. Cadangan asal untuk memberi sedikit ceramah mengenai stress agar mereka dapat idea sebelum membentuk kumpulan kecil untuk bertanya apa-apa yang mereka tidak faham tentang ceramah,tetapi telah diubahsuai. Terpaksa akur.


Biarpun aku ini, kurang pendidikan agama, tetapi ilmu agama itulah aku gunakan sebagai modal motivasi hidup aku. Dengan modal itu, aku laburkan semuanya untuk mereka gunakan sebagai sumber motivasi. Bagi aku, kembali kepada Islam itu adalah jalan terbaik untuk menjadi insan yang cemerlang. Namun, aku keliru pada mereka yang berjaya tetapi sanggup meninggalkan agama atau mereka yang berjaya tetapi seolah merasakan agama Islam itu sekadar kewajipan sahaja. Bahkan dalam diri,aku mengaku bahawa tanpa Islam, aku tidak akan berjaya di tahap sekarang ini. Kerana aku mengenali Islam aku ,segala perbuatan aku dijaga,setiap fikiran aku dijaga,setiap makan dan minum aku dijaga. Stress aku juga dibela dan ditenangkan oleh cahaya Islam. InshaAllah.

Sunday, October 18, 2009

ingatkan aku....





.... Bila hati ini

MATI...???

... kepada siapa yang harus aku mengharap?......


Tidakkah kau terfikir hidup atau mati hati ini...?

setiap kemaksiatan berlaku.... pernahkah hati ini terdetik untuk membencinya dan memperbetul keadaan..?

hati yang tiada kekuatan bagaimana mahu menjadi insan yang gagah?
hati yang rapuh mahu pula untuk berdebat tentang ketuhanan ?

bantulah daku ke jalanMu Ya Allah.. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani....

Monday, October 12, 2009

S-U-S-A-H atau U-S-A-H-A

Masa untuk Berubah

12 oktober 2009,8am-9.30am, aku ke Besut,Terengganu untuk lawatan ke Pusat Serenti atau PUSPEN. Di sini, aku bersama rakan-rakan seramai 27 orang akan membuat perbincangan atau perkongsian tentang kesihatan terutamanya tentang merokok. Namun, itu bukanlah topik yang mahu aku ceritakan,kerana aku mahu berkata sesuatu disebalik kisah hari ini yang mungkin orang lain kurang mengerti tentangnya.


(PUSPEN Besut,Terengganu)
Berbincang bersama pelatih di sini, aku banyak sekali belajar tentang pengalaman dan pandangan mereka yang aku rasa sangat berkualiti mutunya. Contohnya, ketika mereka berbicara soal kempen merokok, kerajaan hanya tahu berkempen tentang rokok ini melalui media dan di majlis yang tertentu, sedangkan mereka di kawasan kampung ini jarang sekali dapat memahami mesej yang mahu disampaikan. Walaupun mereka tahu bahaya merokok tetapi kurang memahami bagaimana rokok itu bertindak ke atas badan seseorang. Ibarat iklan atau kempen itu sekadar memenuhi syarat sahaja, asal buat je. Tiada kempen secara agresif untuk menyebarkan maklumat itu sehingga ke ‘lubang cacing’. Pelatih tadi juga berkata,dia juga merasa tiada gunanya kempen atau rawatan diberi andai mereka sendiri tidak mahu berubah, masuk ke PUSPEN seribu kali pun andai degil juga, tiada maknanya.
Ketika sesi perbincangan itu hampir tamat, aku sempat berbual dengan seorang pelatih dalam lingkungan 20-30an, sungguh ramah dia menjawab soalan aku. Dia menerangkan satu persatu tentang PUSPEN. Wajahnya mengharapkan dia mampu berubah dan keluar dari PUSPEN dengan masa depan yang lebih cerah. InshaAllah. “Ada masa lagi,panjang umur,kita bertemu lagi ,kat USM ke atau tempat lain,inshaAllah”katanya sebagai penutup perbualan yang singkat itu. Apa maksud orang yang berkata sedemikian? Aku tertanya-tanya mengapa sesetengah orang berkata sedemikian manakala yang lain tidak. Adakah ia membawa maksud ukhwah itu terbentuk atau sekadar kata-kata. Mengapa aku tertanya-tanya? Kerana beberapa pesakit yang rapat dengan aku selalu berkata demikian ketika saat perpisahan,iaitu pulang ke rumah. Entahlah… Aku yang dalam kumpulan perbincangan ini kurang sedikit bercakap kerana aku kurang bersedia sedikit,tetapi aku membiarkan mereka bercakap untuk mereka kongsikan pengalaman. Sedangkan aku, hanya mampu menambah point yang aku rasa perlu. Aku mahu sahaja berkongsi pengalaman aku, tetapi aku rasa tidak dapat kestabilan keyakinan dalam diri,mungkin malam tadi aku tertidur lebih sampai 10 jam tanpa sedar. Tak sempat nak study pasal ‘smoking’ terutamanya bagaimana mahu merawat dan tips berhenti secara berkesan kerana cara biasa mungkin sudah lali ditelinga mereka.
Jam 11 pagi,kami ke dewan mesyuarat untuk sesi pengenalan PUSPEN lebih lanjut, dan ada juga sesi perkongsian dengan pelatih yang sudah hampir tamat tempoh pemulihannya. Alhamdulillah, tirai perbicaraan pelatih itu sungguh molek didengar kerana dimulakan dengan puji-pujian terhadap ilahi. Dia seterusnya menceritakan sejarah penyalahgunaan dadah, Heroin. Dia juga bersyukur kerana berada di PUSPEN. Banyak yang dia pelajari. Sehingga merasakan dia telah berubah dan menjadi orang yang lebih menyayangi antara satu sama lain. Melalui program halaqah dan TC(terapi kekeluargaan).Sanggup membantu sahabatnya yang sakit tanpa merungut . Kehadiran kami pula ke sini, menyedarkan dia juga bahawa masyarakat di luar masih menerima mereka walaupun kesilapan lalu menggelapkan nama baik mereka di sisi keluarga mahupun masyarakat. Dia juga mengingatkan kami semua bahawa kemahuan diri sendiri untuk berubah itu lebih penting dari segalanya andai kita benar-benar impikan kejayaan dalam hidup. Akan tetapi,dia juga menyedarkan aku bahawa aku perlu bersyukur tentang apa yang Allah berikan pada diri ini. Mengapa? Kerana pelatih tadi bersyukur pada Allah kerana dikurniakan sifat pemalu dan pendiam,di mana kedua sifat inilah yang membantunya dalam usaha berhenti mengambil bahan terlarang. Sedangkan aku, sejak dari dulu lagi,asyik merungut mengapa aku terlalu pemalu dan pendiam sehingga aku tertekan dengan kelemahan ini, sehingga sekarang ini juga. Walaupun aku menyedari malu itu sebahagian daripada iman,tetapi aku hanya dapat mengawal diri lima puluh peratus sahaja. Akan tetapi,ditambah pula bahawa hari ini,sifat ini rupanya ‘hadiah’ buat aku untuk menjadi pelindung diri daripada terjebak dalam perkara yang melalaikan. Mengapa? Sungguh aku sedar, memang ia terjadi sejak kecil hingga dewasa, tetapi aku ini manusia lemah,kurang memahami hakikat kejadian manusia di dunia. Akibatnya,aku diibaratkan oleh sahabat aku sebagai orang yang baik,kiranya dalam kelompok orang berkopiah, walaupun aku bukanlah tahu banyak tentang agama berbanding mereka sekalipun. Biasalah, orang pendiam itu biasanya lebih dipandang baik. Hakikatnya, orang yang pendiam inilah menyimpan sejuta malah berjuta dendam dan rancangan yang kalian sendiri tidak tahu. Aku? Mungkin ada atau tidak. Islam itu satu-satunya agama yang telah dibenarkan mengalir dalam segenap tubuhku walaupun banyak lagi tisu di badanku yang belum diresapinya.


Akhirnya, pengajaran yang aku perolehi di sini ialah harus ada kekuatan dan pengorbanan dalam mendisiplinkan diri, mensyukuri nikmat dan menyesali perbuatan hina yang lalu. Berusaha dan terus berusaha. Sebagai pelajar perubatan, aku harus berusaha lebih gigih untuk menjadi yang terbaik dalam menguruskan masa hadapan yang lebih cerah. inshaAllah. Blog ini adalah sebahagian catatan aku untuk aku terus bermuhasabh diri dan menanti sebarang teguran.

Sunday, October 11, 2009

Jom Makan !

Parit Jawa in Batu Pahat

Sudahlah terkenal dengan parit yang melambak, kini aku tertarik pula pada satu tempat yang menghidangkan masakan lauk tengahari kegemaran aku iaitu asam pedas(walaupun bukannya 100% aku suka…).
Perjalanan hampir 4 minit dengan kereta kerana panduan ala-ala makan angin ketika raya ketujuh,hari terakhir aku berada di Batu Pahat sebelum pulang ke Kelantan,negeri yang penuh ketenangan,inshaAllah(tapi sejak dua menjak ni agak tak tenang sebabnya ada gangguan dari luar). Berbagai jenis ikan dimasak dengan menu asam pedas antaranya ikan Merah, ikan Pari, ikan terubuk dan lain-lain lagi. Semuanya sedap. Ada beberapa restoran di sini tetapi hanya satu restoran terpiih untuk dimuatkan dalam slot rancangan di TV3,mungkin program ‘Jalan-jalan Cari makan’ aku pun tak pasti kerana jarang ke sini.



Parit Jawa ni terletak antara Bandar Batu Pahat dan Bandar Muar,orang kata jalan Muar lokasinya. Memang tiada belok-belok,jalannya lurus sahaja.Aku sengaja memasukkan catatan ini kerana ingin menyimpan kenangan ketika raya ke-7,waktu aku mahu pulang ke university dan keadaan aku tengah tak tenteram,dengan tiba-tiba ,aku diajak ke restoran asam pedas.Buat-buat berselera la nampaknya.



Namun, kerana lokasinya bersebelahan dengan laut, sungguh tenang hati ini melihat keagungan ilahi tatkala mendengar ombak memukul daratan.



Hari Ini Untuk Difahami


11 Oktober 2009, pagi Ahad ini aku ke ward 5 seperti biasa untuk tujuan pembelajaran atau clerk case andai ada kesempatan. Mula-mula lagi, aku telah membuka tirai pagi ini dengan mengikuti aktiviti senaman bersama pesakit psychiatric ini. Aku bersenam tanpa rasa segan walaupun ber'white’ coat. Kemudiannya mengikuti occupational therapy oleh pelajar UITM, mereka menyuruh pesakit semua membuat ayat dan juga kad hari lahir. Macam-macam kerenah mereka aku perhatikan. Apa yang penting mereka semua mengikuti kelas itu dengan sepenuh hati. Aku pula terkejar-kejar dengan satu persatu aktiviti. Ini kerana terapi ECT atau electroconvulsive therapy telah dijalankan beberapa minit lalu ketika aku berada bersama pesakit. Namun, aku tidaklah kecewa sangat kerana ada satu lagi pesakit yang memerlukan rawatan itu. Rawatan ini dilakukan dengan selamat,pesakit akan diberi ubat penenang dan bius, kemudian sedikit 5-10% kalau tidak silap cas elektrik yang diberi kepada pesakit dalam lingkungan 20 tahun itu. Prosedur ini hanya mengambil masa tidak lebih 30 minit. Selepas kejutan elektrik diberi, pesakit akan mengalami seolah sawan(fits) atau generalised tonic clonic. Kemudiannya akan sedar beberapa minit seterusnya.

Aku seterusnya membantu staf untuk menghantar pesakit tersebut balik ke ward. Memang aggressive. Seolah terapi tadi tidak memberi kesan.Selepas itu, aku ke klinik pula untuk mendapatkan case baru untuk pembentangan. Dapat la seorang yang begitu peramah. Alhamdulillah. Sebenarnya, hari ini aku tersentak,kerana aku merasa hidup aku ini kurang jelas matlamatnya dan kurang panduan untuk mencapai matlamat itu. Hari ini juga,aku belajar banyak benda untuk menjelaskan matlamat aku itu. Andai dahulu aku belajar seorang diri kerana aku tidak mahu bergantung pada orang lain, kini aku terpaksa belajar bekerjasama dalam pasukan yang kebanyakkannya tidak mahu dan tidak suka untuk bekerja dalam pasukan. Alasannya, mahu berlatih berdikari. Bagi aku, bekerja dalam pasukan itu sangat berguna untuk belajar dan tolong ahli yang lain dan juga diri sendiri. Melaluinya, kita kena proaktif serta jangan biarkan diri kita bergantung pada orang lain. Berdasarkan rawatan dalam psychiatric juga, semuanya dilakukan dalam kumpulan, jarang sekali dilakukan sendirian. Mengapa harus melakukan bersendirian? Memanglah kita akan belajar buat sendiri,dan kita juga akan tahu banyak benda andai kita banyak bertanya. Akan tetapi, bidang perubatan dan juga umur yang semakin dewasa, orang lain memainkan peranan dalam pembangunan rohani,emosi,intelek serta keyakinan kita. Hargailah mereka.

Hari ini juga aku terkesima dengan layanan beberapa orang yang seolah memandang tidak kena terhadap aku, mungkin perasaan aku, atau aku paranoid. Namun, usahlah paranoid aku itu menjadi kenyataan. Mereka memandang serius setiap gurauan aku sehingga aku tercengang dengan kata-katanya. ‘Kumpulan’ yang aku harapkan terbentuk untuk pembelajaran aku kini telah terpisah dari alam aku. Aku sendiri kurang memahami hakikat kehidupan seorang pelajar di sini. Mengapa mereka bertindak sendirian? Berseorangan? Kerana masing- masing ada matlamat. Sendiri mau ingat la? Begitukah tujuan semua ini? Entahlah.. namun apa yang penting,kita bersabar menanti waktu yang sesuai untuk bertindak dan menuai hasil. Usah merungut.

Friday, October 9, 2009

8- 10 Oktober 2009

Hari Terbuka Desa

Hari ini, aku melawat ke Flora and Fauna Fest sebabnya aku minat binatang dan tumbuhan.., ..... sekadar beberapa photo untuk dikongsi..





(yang peliknya, kenapa iguana ni tak tukar warna pink ye?? lama dok dalam sangkar pink, atau ink pink dah habis??..)



(kucing ni nampak malas je... atau memang malas.. husnuzan...!!!)



(aku harapkan kuda yang dibawa ke USM,tapi kambing pula yang dapat... jadi la..)






(tak tahu plak, arnab ni 'make up' atau memang dilahirkan sedemikian..)